Bab 9 Hanya untuk berhibur
Kini mereka menuju ke tingkat 5 dengan lif. Apa yang ada di tingkat 5? Setelah mereka sampai di situ, suasana nya agak gelap. Ada lampu-lampu jalan menerangi tingkat itu. Sejurus mereka melangkah masuk, muzik di mainkan dengan sambutan luar biasa dari penduduk!
"Itu dia!! Tetamu terhormat kitaaaaaa!!!!"
Mereka semua mempelawa kelompok Badarien untuk masuk. Muzik terus bermain dan memeriahkan suasana.
Heigo :
wah aku suka tempat ni.. boleh joget..
Man :
Sini bising sangat lah. Tingkat apa ni werza?
Werza : oh sini tingkat untuk hiburan semata. Ada tarian, nyanyian, panggung cerita.. semua ini tempat untuk orang yang berbakat dan hanya untuk hiburan.
Qan :
fuh tapi rancak lah sini. Seronok.. yeahh!!
Heigo :
woohooo!!
Tama :
Mati-mati ingat kota malam versi dua.
Crisa :
ok jom kita pergi.
Zafar :
ye tak ada apa yang boleh kita buat dekat sini.
Man :
eh nanti lah. Bagilah kami lepas kan stress dulu.
Heigo :
Ampun tuanku, izinkan kami semua rehat sebentar di sini.
Badar :
Baiklah, beta berikan kamu semua 1 jam dari sekarang.
Heigo, Man, Dan Qan terus berpisah dari mereka. Masing-masing mencari tempat hiburan sendiri. Badar, Zafar dan Tama di tinggal sendiri.
Crisa :
ahhh kau ikut kita orang..
Crisa menarik Ozen untuk menjadi tukang jaga para wanita yang sedang berbelanja.
Delima :
nasib awak lah. Siapa suruh berdiri sebelah Crisa.
Werza :
hahaha.. kesian. Kita nak ke mana?
Crisa :
aku nampak satu tempat tadi. Macam best.
Werza :
apa tu.?
Crisa :
apa kata kita guna masa 1 jam ni untuk berurut?
Delima :
Bagus idea tu. Tapi sinikan tingkat hiburan.
Werza : ya tapi mereka masih menyediakan khimat pelanggan. Macam kedai makan, pakaian, klinik dan termasuklah rumah urut.
Delima :
Ohh harap tempat itu khas untuk wanita..
Ozen :
ehem.. habis aku tengok je kau orang ? Banyak cantik. Aku juga nak urut.
Crisa :
haa ye lah.. tapi kau kena jaga kita orang. Risau aku kalau ada orang intip.
Mereka pun pergi ke rumah urut. Sungguh bertuah kerana rumah urut itu ada bahagian lelaki dan perempuan yang di asingkan.
Crisa :
Ozen.. kau urut dekat dengan pintu ni. Kalau orang lelaki masuk kau patahkan tangan dia.
Ozen :
iya lah...
Sementara itu, yang tersisa tadi sedang duduk di teater opera. Mereka menonton nyanyian opera itu. Pada akhirnya mereka semua tertidur sehingga 1 jam.
Tama :
eh dah habis ke?
Tama menguap.
Zafar :
tak sangka aku tidur dengan nyenyak.
Badar :
nampaknya kita tidur lena. Bermakna tidur yang baik.
Zafar :
nak kemana pula lepas ni?
Tama :
tingkat seterusnya je lah.
Mereka pun keluar dari situ. Terdengar bunyi muzik yang kuat di jalan.
Tama :
macam tak percaya satu tingkat besarnya bersamaan satu kota.
Kata Tama setelah melihat sekeliling.
Zafar :
itulah. Tapi tempat ni tak sesuai untuk aku.
Badar :
sama lah. Jom kita tunggu dia orang depan lif.
Satu jam masa yang di berikan telah berakhir. Namun mereka semua tidak kunjung datang.
Zafar :
kita tunggu sekejap lagi. Kalau mereka tak datang juga.. kita cari mereka.
Hampir 30 minit berlalu, tiada tanda-tanda yang mereka akan datang.
Zafar :
haish, dia orang berseronok tanpa ingat akan misi kita.
Badar :
aku jadi tak sedap hati lah.
Tama :
aku juga merasa kan suatu hawa keberadaan yang cukup membuatkan aku meremang.
Memang benar ada dua orang yang memerhati mereka dari jauh.
Penjaga 1 :
tetamu luar itu tak tahu apa-apa.
Penjaga 2 :
hehe biarkan saja mereka.
Zafar mula bertingkah tak keruan. Akhirnya...
Zafar : Badar!
Badar mengangguk tanda setuju. Mereka berpecah untuk mencari mereka semua. Zafar mencari di tempat orang yang sedang menari. Badar pula mencari di tempat orang menyanyi. Sedangkan Tama dia pergi ke tempat khidmat pelanggan.
Tama :
cis , kota ni terlalu besar. Macam mana kalau dia orang ikut seseorang pergi ke kota lain?
Ketika sedang berlari mencari salah seorang daripada kelompok Badarien, dia terlanggar seorang gadis kecil.
Maya : aduh!!
Tama : erghh.. eh maafkan abang adik.
Gadis itu terus berlari tanpa menghiraukan Tama. Ternyata ada orang yang mengejarnya.
Ada 5 orang yang mengejar gadis itu. Mereka berpakaian seperti mafia.
M1 :
ketepi!!!
Tama :
hah? Sila langkah mayat aku dulu.
...............
Badar masih mencari-cari pengikutnya di tempat orang menyanyi. Tetapi tiada hasil. Badar jadi memikirkan sesuatu.
Badar :
Apa dah jadi sebenarnya ni? Aku tak ingat pula yang aku lalui benda ni. Seingat aku ... Ya aku terus ke tingkat 6 untuk hantar Werza dan terus pergi ke tingkat 12. ini bermakna masa telah betul-betul berubah.
Waiter :
Abang nak pesan makanan ke?
Badar :
bukan.
Seorang waiter menyapanya di kelab nyanyian.
Waiter :
tentu abang dari luar kan?
Badar :
ya, ada nampak orang dari luar tak?
Waiter :
Ohh tadi ada orang bawa tetamu ke sesuatu tempat. Tetapi tetamu tu.. diaa....
Badar :
dia apa?
Waiter :
macam tak sedarkan diri.
Badar :
kau tau mana dia pergi?!!
Waiter itu menunjukkan jalan yang mereka lalui. Badar terus berlari dengan pantas.
Waiter :
wah laju orang tu berlari. Mesti ada core lari laju.
Dengan keadaan yang menegangkan itu, Badar khuatir akan keselamatan mereka. Bap!!
Zafar :
aduh! Apa ni?
Badar :
Zafar! Ada jumpa apa-apa tak?
Zafar :
Kau rupanya. Ada orang cakap mereka tak sedarkan diri. Itu yang aku cepat ni.
Badar : baik cepat!
Mereka berdua terus bergegas mencari mereka. Sedangkan Tama masih berlawan dengan Mafia tadi.
Tama :
rasa kan!! Bayu di bawah angin!!
Tama mengeluarkan teknik angin nya dengan satu pedang. Kelima-lima mafia itu pengsan.
Tama :
boleh saja aku bunuh kamu semua. Hmm mana budak tadi ya? Ahh tak penting, aku kena cari mereka semua.
Dia terus memasukkan pedang dan sambung mencari. Ketika mencari dia merasa seperti ada seseorang yang mengikutinya dari belakang.
Lantas Tama mengeluar satu pedang dan memotong tong sampah besi itu dengan teknik..
Tama :
smooth water!
Tong itu terbelah dua. Ada gadis tadi yang mengikuti Tama.
Tama :
kau rupanya.
Maya :
abang macam orang kuat. Saya bayar abang untuk jadi penjaga saya.
Tama :
eeerrrr... Aku bukan penjaga. Aku tengah cari seseorang.
Maya :
mereka hilang?
Tama :
ya. Macam mana kau tahu?
Maya :
................
Maya mendiamkan diri. Dia tidak menjawab.
Tama :
ok lah. Aku pergi dulu.
Baru sahaja dia menoleh... Gadis itu di sergap dan di culik oleh seseorang.
Tama :
woi budak!!
Orang itu terus lompat ke bangunan atas dan melarikan diri. Tama terus mengejarnya. Maya cuba melawan tetapi tidak kuat dengan kudrat orang dewasa.
Tama :
lepaskan dia!!!
Penculik itu terus berlari dari bangunan ke bangunan yang lain.
Tama :
berhenti!!!
Badar dan Zafar yang sedang berlari mendengar jeritan Tama.
Zafar :
itu suara Tama..
Badar :
lompat ke atas!
Mereka terus lompat ke atas bangunan.
Zafar :
aku nampak, sana!
Mereka berdua mengejar Tama dengan laju.
Zafar :
Tama! Kenapa? Ada apa?
Tama :
Orang tu culik budak. Aku nak selamatkan dia.
Badar :
oh kalau macam tu kita kejar dia. Mungkin ada informasi tentang pengikut aku.
Badar menggunakan kekuatan penuh pada kaki dan melompat dengan pantas seperti di tiup angin Badar berada di sebelah penculik itu.
Tama :
cepatnya.....
Tama melopong melihat kekuatan Badar. Badar menumbuk tubuh penculik itu sehingga dia melepaskan genggaman tangan Gadis itu.
Zafar :
tangkap penculik tu Tama
Tama :
ok..
Maya :
terima kasih.
Badar : kau ok ke? Kenapa dia orang culik kau?
Tama pergi ke tempat penculik itu jatuh.
Tama :
mana kau nak lari hah? Cakap! Kat mana kau nak bawa budak tu?
Zafar juga tiba.
Zafar :
Lebih baik cakap. Sebab dia suka potong tangan orang.
Tama : aku kira sampai 3. Kau tak cakap aku potong 3 kali. Dua tangan, satu kaki. 1,.,... 2....... 3...
Baru sahaja Tama ingin mengeluarkan pedang...
Penculik : ok ok! Aku cakap.. Pusat Judi! Hujung kota. Puan Joa orang besar sana...
Zafar : ohh jadi sekarang aku kira sampai 3.. kalau kau tak lari...
Penculik itu terus bangun cuba untuk melarikan diri tetapi Zafar tepuk belakang dia sehingga pengsan.
Zafar : aku belum habis cakap.
Zafar dan Tama menuju ke Badar.
Tama : apa yang dia cakap?
Zafar : tempat ni macam bahaya lah..
Badar : budak ni diam je. Rasa nya tempat ni tak selamat. Kita kena cari tempat sembunyi.
Bersambung......
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top