Bab 6 Yang Terlupakan

Kerana takut garis masa menjadi rosak, Day memutuskan untuk berehat dahulu. Mereka semua kelihatan tidak tahu apa-apa yang terjadi melainkan Day dan Badar. Tubuh mereka ada anti masa yang membuatkan seseorang tidak berubah dengan rosaknya garis masa yang berbeza.

Badar : aku terlalu....

Day : ya, kau ikut emosi. Berhentilah memikirkan hal yang sudah lepas. Teruskan bergerak ke depan. Hanya.... Itu yang .... Membuat kita hidup.

Badar : .......

Badar hanya terdiam. Wajahnya berkeringat dan menitik peluh ke lantai.

Qan : apa yang terjadi Badar?

Badar : engkau tak akan percaya apa yang lihat..

Kata Badar dengan nafas yang berat.

Margaret : bagi dia minum air manis.

Dengan cepat Delima dan Tama pergi mengambilkan makanan. Crisa menuju ke arah Margaret lalu bertanya....

Crisa : ini kesan sampingan ke?

Margaret : boleh di katakan begitu. Menurut kajian, melintasi masa boleh membuatkan seseorang hilang zat dalam badan.

Mika : ya. Dia sudah melintasi masa sebanyak dua kali. Kemungkinan zat dalam badan dia terbakar dua kali ganda.

Crisa : ohh jadi untuk memulihkan yang dah hilang. Badar harus makan.

Badar cuba berdiri tetapi dia terjatuh. Tubuhnya saja tidak mampu bergerak lagi. Fikirannya pula seperti bercelaru.

Day : angkat dia ke ruang rehat sekarang. Mika, rawat dia. Sekarang!

Mika terus bergegas untuk membantu Badar.

Crisa : Ozen, kau carikan makanan daging, sayur dan makanan manis yang harus Badar makan nanti.

Ozen : ya lah. Man, ikut aku.

Man : ok.

Beberapa jam kemudian, setelah Badar sedar semula dan selesai makan. Mereka kembali ke lab semua. Tempat mesin masa itu berada.

Heigo : ini yang terakhir.

Day : ya.

Heigo : apa jadi kalau kita gagal?

Day : dunia akan kacau bilau.

Man : contoh?

Day : kau tak akan bertemu perempuan yang kau suka.

Heigo : itu saja?

Day : itu cuma contoh.. lebih tepat lagi, apa yang kamu ada sekarang akan hilang. Kamu akan menjalani kehidupan yang berbeza sebagai orang lain. Kamu semua tidak akan pernah bertemu.

Tama : itu teruk.

Qan : ya tapi aku kurang yakin kita akan berjaya.

Mika : aku juga. Sia-sia.

Badar : kita kena cuba. Walaupun aku gagal.. Tama, Ozen, Crisa, Delima, Heigo, Qan, Man... Aku akan cari kau kalau aku gagal.

Man : kenapa nama aku terakhir?

Heigo : sebab tak penting.

Day : kita mulakan! Masuk cepat.

Badar pun masuk ke dalam mesin masa itu. Dia melompat ke dalam dimensi masa.

.......................

Apabila dia membuka mata, Badar sedar dia sedang perjalanan menuju Kota Bluetal.

Man : Badar bagi aku naik kuda pula! Kau seorang je naik ni.

Tama : jangan Man. Badar itu Raja kita.

Badar : tak boleh.

Man : aduh... Kejam betul .

Badar memandang depan. Kemudian melihat ke kiri dan kanan. Apa yang harus dia ubah? Di masa ini?

Selepas itu, dia melihat orang tua itu berbaju lusuh, berjanggut yang tidak teratur. Senang cerita, kusut masai orang nya. Mereka melepasi orang tua itu tetapi dia bersuara.

Orang tua : kau orang lagi? Hehehe.. sudah berapa kali? Aku pun tak ingat.

Crisa : apa yang orang tua tu cakap?

Heigo : abaikan je. Tak betul kot orang tu.

Badar tahu perkara itu. Dia sudah berulangkali berjalan di tempat ini. Tapi apa yang harus dia buat? Apa yang harus dia buat?
Apakah dia harus membawa orang tua itu ke Kota Bluetal?

Badar memberhentikan kudanya.

Qan : ada apa?

Tama : haa Badar? Kenapa?

Delima : sejuk ni. Kita nak cepat sampai.

Badar turun dari kudanya.

Badar : kau orang pergilah dulu.

Man : yay aku dapat naik!

Crisa : kenapa Badar? Kita dah nak dekat..

Badar : taka da apa-apa.. kau orang pergi dulu. Aku rasa aku tertinggal sesuatu.

Ozen : itulah kau, asyik terlupa je. Haa cepat sikit. Jangan lama.

Badar terus pergi meninggalkan mereka dengan berlari dengan pantas. Dia mengeluarkan benang ikatan pengikut di jari jemari nya. Benang itu menuju ke arah kiri.

Badar apa lagi, dia terus melompat dan terbang mencari 'orang' itu. Setelah 5 minit mencari di udara dia melihat kelibat orang itu. Dia mendarat di atas tebing. Orang itu berada di bawah tidak menyedari kehadiran Badar.

Orang itu sedang memotong ikan untuk santapannya.

Badar : Zafar..

Zafar terus menoleh ke arah Badar.. tetapi dia mengabaikan panggilan Badar. Dia terus memotong ikan dan mengumpulkan kayu di satu tempat.
Badar turun dari tebing itu. Dia mendekati Zafar.

Badar : Zafar.. kembalilah.

Zafar mengendahkan Badar. Dia hanya melakukan kerjanya.

Badar : Zafar.. kau dengar tak ni ? Buat tak dengar kau ya?

Zafar : aku dengarlah!

Zafar menjerkah. Badar terdiam.

Badar : kenapa Zafar? Kau merasa bersalah? Jangan risau.. aku dah maafkan kau.

Zafar : bersalah? Hahahaha.. malah aku yang rancang benda tu.

Badar terpana. Dia cuba memahami apa maksud Zafar sebenarnya.

Badar : aku tak faham..

Zafar : selepas aku dapat tahu kau akan berkahwin.. aku mula risau kau tak fokus dengan tujuan sebenar kau. Nanti kau akan lupa sebab apa kau jadi Raja.

Badar : .......

Zafar : jadi aku merancang pengkhianatan aku sendiri. Biar kau jadi tak tentu arah. Hehe.. tapi, Nurin sedar dengan hal itu.. sebab itu dia berpura-pura jatuh cinta dengan orang lain...

Badar : Zafar!!! Berani kau buat macam tu...

Zafar : ohh itu dia.. kau bertindak sesuka hati bila tak ada hal yang sama seperti pemikiran kau.

Badar : ....... Jangan buat aku ...

Zafar : buat apa?! Hah? Jangan lupa aku juga sudah semakin kuat. Aku boleh bunuh kau bila-bila masa dengan kekuatan core aku.

Badar terus menunbuk wajah Zafar. Dia terlempar kuat ke arah tebing sehinggakan salji itu menimpa Zafar.

Badar : kenapa kau buat macam tu? Bangun lah! Aku tahu kau tak akan pengsan sebab tumbukan lemah macam tu!

Zafar terus melompat ke arah Badar. Dia menendang Badar. Badar menghindari nya dengan memegang kaki Zafar. Dia membaling Zafar ke pokok. Pokok itu tumbang.

Zafar : Badar!!! First Chance!

Dia menumbuk Badar dengan pantas. Tetapi Badar melawan balik dengan menumbuk pukulan itu.

Zafar : kau kuat tapi kenapa kau sentiasa nampak lemah!

Badar : sebab... Aku tak mahu orang lain terlalu bergantung dengan aku.. macam mana kalau aku tak ada.

Zafar : yahhhhhh!!!

Zafar ingin menumbuk Badar dengan sekuat tenaga. Badar juga sudah siap melawan balik dengan tumbukan juga.

Orang tua : sedapnya bau...

Mereka jadi terhenti.

Zafar : baik kau lepaskan aku. Kenapa aku tak boleh bergerak ni?

Badar : sepatutnya aku tanya kau! Kau kan yang buat...

Zafar : bukan aku!

Orang tua : pandang sini..

Mereka berdua boleh bergerak semula.

Badar : kau!! Sunbigball!

Bebola matahari yang besar muncul di atas Badar. Zafar takjub melihat itu. Tetapi panas dari matahari itu membuatkan salji mencair dan pokok di hutan terbakar.

Orang tua : ehh aku bukan musuh kalian berdua.

Badar : Release..

Matahari itu hilang.. Badar mendekati orang tua itu.

Badar : apakah kau yang buat kami tak bergerak tadi?

Zafar : ah? Dia yang buat?

Orang tua : aku juga seorang anti masa

Zafar : apa...? Apa dia cakap ni?

Badar : rahsia.. aku tak boleh bagitahu sampai kita ke kota Bluetal.

Orang tua : jadi dia lah kunci utama masa ini?

Badar : mungkin. Pak cik siapa?

Orang tua : tak kan tak tahu? Akulah raja benua oasis yang lama.

Badar : hah?!!

Zafar : !!!

Badar : kau masih hidup?!

Orang tua : mestilah. Nama pak cik Zasa.

Badar : Zasa ?

Zafar : apa lagi, minta restu Raja dekat dia Badar...

Badar : tak boleh. Sebab dia bukan Raja benua oasis sekarang.

Zafar : apa?

Zasa : bagitahu saja yang terjadi tapi jangan terlalu terperinci.

Badar : baiklah. Aku sebenarnya dari masa depan.

Zafar : masa depan? Tahun berapa?

Badar : mungkin 16 hari ke depan. Aku dalam misi untuk ubah sedikit celah biar masa yang betul kembali sedia kala.. kalau aku tak buat., Di masa depan yang lain ... Dunia akan tertimpa bencana alam yang besar. Sebab dunia tak seilmbang. Garis masa rosak.

Zafar : ohhh..

Badar : itu je reaksi kau?

Zafar : antara semua orang.. akulah paling kenal kau .. jadi aku faham dengan cepat ...

Badar : kalau macam itu, kembali lah. Kasihan dengan yang lain. Mereka mahu kita bersama-sama. Fasal lain kita lupa kan. Bak kata orang lama "waktu adalah penasihat yang bijak sana".

Zasa : sebab itu kau kemari ya? Tapi sebenarnya sudah berulangkali aku bagi petunjuk. Tapi kau menganggap aku orang gila.. hahaha.

Badar : eh maafkan saya pak cik Zasa.

Zasa : tapi hati-hati. Kembalikan Raja Benua itu ada akibat lain yang harus kamu hadapi.

Zafar : oh ya. Raja benua menghilang... Kan ?

Badar : nanti aku cerita. Macamana?

Zafar : boleh. Cuma satu syarat..

Badar : apa dia?

Zafar : tolong lah dengar apa yang orang lain nak kata.. kau sekarang bukannya seorang tapi bersama.

Badar : tak adil lah. Aku nak bercinta kenapa tak boleh?

Zafar : bukan tak boleh. Cuma aku takut kau lupa tujuan kau.

Badar : hahaha.. jangan risau Zafar. Aku berjanji dengan kau, tak ada apa yang akan menghalang kita dari mencari Reinland.. sesekali pun aku suka dengan seseorang.. aku akan tangguhkan..

Zafar : bagus..

Badar : tapi kenapa kau tiba-tiba....

Zafar : mementingkan Reinland? Bukan apa. Kita dah menjalani pengembaraan bersama.. ada satu yang aku sedar... Dunia ini banyak orang tersiksa. Aku ada impian baru, aku akan selamatkan mereka. Aku akan buka kan mereka satu kota..

Badar : impian yang murni.. kau akan jadi Raja di kota itu. Dalam masa yang sama kau akan jadi penasihat aku.

Zasa : kalau kamu berdua perlukan aku. Panggil lah aku.

Badar : macam mana?

Zasa : kamu cuma perlu jerit "walalalakau" kuat-kuat.

Zafar : tu pun bukan panggil nama nya!

Zasa : hahaha.. ikan ni aku habiskan ya.

Zasa menghilang..

Zafar : kau dah habiskan dari tadi! Tak guna orang tua!

Badar : hahaha.. menarik. Setiap orang aku jumpa selalu menarik.

Setelah itu, mereka berdua kembali ke tempat Kelompok Badarien. Kelompok Badarien sudah sampai di pintu gerbang negeri 12 itu.
Mereka terkejut melihat Zafar ada bersama Badar.

Delima : Zafar? Itu Zafar la!

Man : mana? Maaaaana?

Heigo : ya Zafaria!!!

Ozen : huh, datang juga dia.

Tama : nasib tak merajuk lama.

Crisa : itulah Zafar. Kenapa kau tak nampak ni Man?

Man : kerana mataku hanya tertumpu kepada mu.

Sesampainya Zafar di sana... Suasana menjadi hening... Zafar juga tak tahu harus berkata apa? Haruskah dia memulakan dengan meminta maaf?

Tama : apa kau tunggu lagi tu?

Ozen : haa tarik lah kuda ni.

Zafar : hihi..

Zafar tersenyum lebar.. dia menarik tali di kuda itu. Badar juga terus menaiki kuda.

Zafar : jom berangkat..

Badar tersenyum sambil melihat langit yang cerah itu. Kelihatan nya masa tidak berubah setelah mengajak Zafar.

Bermulalah pengembaraan sebenar Badar dan pengikutnya menuju ke kota Bluetal!!

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top