Bab 3 Kisah Lama III

Dalam khemah besar itu, ada lampu yang terang. Dah ada satu tempat tidur. Tompokan salji berada di luar khemah. Ada mesin pemanas di dalamnya. Tanah di situ juga agak lembab. Balyaa masuk bersama Margaret dan Day.

Day : ni lah khemah aku. Duduk dulu. Aku buatkan kopi..

Margaret dan Balyaa rancang bersembang tentang perjalanan nya menuju ke situ. Sesekali Day menyampuk.

Day : haa dah siap.

Balyaa : tak kan ini saja? Aku lapar ni. Aku suka daging. Kalau ada lah.

Day : cih bagi betis nak paha. Aku bagi tangan kang..

Margaret : aku pun lapar ni.

Mahu tidak mahu, aku terpaksa memanggang beberapa keping daging untuk Balyaa dan Margaret. Aku juga berasa lapar sebenarnya.

Day : cuba cakap hal yang sebenarnya.. kenapa kau tiba-tiba nak kerja?

Balyaa : errrr.. malu nak cakap. Tapi kau orang dah tanya jadi aku jawab lah.

Margaret : haa jawab lah.

Balyaa : aku ada anak yang..

Margaret : kau dah ada anak!!!

Belum habis cakap, Margaret menyampuk.

Margaret : bila masa kau kahwin? Orang mana? Cantik ke? Kahwin lain ke?

Balyaa : itulah kau, belum habis cakap lagi dah potong. Bukan anak betul. Aku ambil anak angkat. Kebetulan ada orang letak anak itu di depan rumah.

Day : oh dah jadi Ayah la ni..

Margaret : sebab tu kau nak kerja. Aku faham.

Balyaa : yaa.. dia sekarang dalam usia remaja.ada orang datang rumah aku mengatakan bahawa orang Bluetal perlukan pekerja. Itu yang aku cepat-cepat pergi. Aku lupa nak cakap kat anak aku!

Day : lahhhh..

Balyaa : tapi dia dah besar.. pandai lah jaga diri.. mungkin dia akan cari aku juga nanti. Cuma aku risau...

Day : risau kenapa?

Balyaa : ada seseorang cuba mempengaruhi dia untuk menjadi Raja Baru.

Margaret : kenapa dia buat macam tu?

Balyaa : entahlah.. dia kata anak aku itu pewaris tahta benua Reinland.

Day : Reinland?!

Margaret : kau tahu soal tu?

Day : aku terbaca teks kuno lama. Ada menyebut kan tentang Reinland.

Balyaa : jadi betul lah wujud?

Day : entahlah. Terkadang kisah benar itu menjadi sejarah. Sejarah menjadi mitos. Mitos pula menjadi lagenda.

Margaret : apa kau mengarut ni?

Balyaa menghelakan nafas panjang.

Balyaa : harapnya dia tak terlalu berpengaruh lah. Aku kalau boleh nak anak aku jadi macam kau. Bijak dan pandai berkata-kata.

Day : hahaha.. biasa je lah. Apa nama anak kau tu?

Balyaa : aku bagi nama dia, Badar.

Day : Badar?!!

Margaret : kenapa?

Day : bukan ke itu nama Raja Perang zaman dulu? Perang demi kebebasan?

Balyaa : wahh kau tahu ya. Saja aku bagi.. lagipun kisah Badar itu cuma cerita. Bukan betul.

Day : kisah Badar si Raja perang itu betul. Aku sudah mengkajinya.

Balyaa : kau ni. Sengaja buat aku takut.

Margaret : kau tak payah risau lah. Dia saja je tu. Lagipun nama tu sekadar nama je. Kan?

Balyaa : betul ...

Day : semakin dalam kau belajar, semakin banyak kau tak fahami.

Kata aku sambil menghirup air kopi dengan perlahan.

Margaret : daging dah masak ni. Boleh makan!!

Kemudian, hari terus berlalu. Menara 12 tingkat masih belum siap. Kerangka menara itu baru siap setelah 10 tahun di pasang.

Timer : haish!! Lambat!

Pekerja 1 : Tuanku, kami mengjangkakan semuanya akan siap dalam 10 tahun lagi.

Timer : cepatkan jadi 5 tahun sahaja. Aku tidak boleh menunggu terlalu lama.

Balyaa : kita kena kerja keras!!

Balyaa cuba memberi semangat kepada pekerja-pekerja bangunan itu.

Timer : Margaret...

Margaret : yaa..?

Margaret yang berada di sebelah Timer mendekatinya. Aku hanya melihat.

Timer : kau tahu kenapa aku nak cepat?

Margaret : tak tahu. Kenapa?

Timer : sebab bila menara ni siap. Aku akan rasmi menjadi Raja Benua. Itu janji aku dengan Raja Benua Surama.

Margaret : jadi?

Timer memeluk bahu Margaret dengan sebelah tangan..

Timer : bila aku jadi Raja, kau akan jadi permaisuri aku. Haha. Tentu kau suka. Aku tahu kau dah lama suka kan aku.. anggap lah ini hadiah perkahwinan kita nanti.

Aku yang mencuri dengar perbualan mereka terpana sebentar.. tetapi aku melihat Margaret seperti orang yang dalam keraguan...

Margaret : apakah aku harus merasa bahagia? Ya seharusnya begitu. Tapi kenapa aku rasa... Bukan ini yang aku tunggu selama ini. Bukan cara ini.. cinta? Aku mahukan itu...

Margaret tersenyum dengan rasa ragu. Lima tahun berlalu.... Akhirnya siap juga Menara itu. Menara itu di beri nama Blue Tower. Tapi sayangnya... Berat aku nak cakap... Setelah semuanya siap, sudah ada penduduk dan Timer memerintah. Balyaa sakit. Dia tak boleh bangun dari tempat tidurnya.

Timer : kau sudah dapat apa yang kau tuai. Inilah kau dapat. Sakit.

Day : Timer!!

Timer : eh kenapa kau ni? Betullah.. kan?

Day : kau tak patut cakap macam tu.

Balyaa : berhenti. Aku nak tenangkan fikiran.

Day : tapi dia tak patut cakap macam tu.. Balyaa buat untuk kau Timer.

Timer : untuk aku? Dia buat untuk duit... Hehe..

Timer terus pergi meninggalkan mereka berdua..

Day : jangan ambil hati Baly...

Balyaa : jangan risau.. aku cuma dah tua... Rambut aku dah beruban.. tubuh aku juga dah lemah..

Margaret : Balyaa! Kau ok ke?

Margaret yang tiba-tiba datang ke rumah Balyaa mengejutkan aku. Mana tidaknya, dia menjerit. Hampir gugur jantung aku..

Balyaa : aku ok.. cuma di masa sekarang aku memikirkan tentang anak aku. Badar. Di mana dia sekarang.. sudah 50 tahun..

Itulah yang aku cuba sampaikan.. 5 tahun itu menjadi 50 tahun. Bagi Balyaa dia sudah berusia 100 tahun.

Balyaa : aku terlalu lama meninggalkan dia.

Day : aku dah suruh orang-orang untuk mencari Badar di negeri Nolko. Tapi mereka cakap tak ada sosok Badar di sana.

Balyaa : jiran mereka?

Day : sudah meninggal dunia. Hanya anak-anak yatim yang ada.

Balyaa : mungkin... hehe dia mencari aku.. tapi tak tahu di mana. Mudah-mudahan dia selamat. Nanti kalau aku tak ada, tolong bagitahu dia..............

Aku menjaga dia selama dia sakit. Dalam satu hari tidak pernah aku meninggalkan Balyaa. Dia sahabat yang baik walaupun lebih tua dari aku.

Waktu berkerja. Tingkat 12.. di tingkat itu cuma tempat bekerja para ilmuwan. Jadi memang banyak teknologi. Nanti kamu tahu lah. Sebab aku nak mulakan ceritakan sesuatu apa yang terjadi pada Timer.

Ketika itu aku bertemu dengan dia. Alangkah terkejutnya aku apabila tahu dia menciptakan satu mesin iaitu Mesin Masa!!

Day : apa kau cuba nak buat ni?

Timer : tenang Day.. aku cuma nak memajukan dunia sains kita ni. Mari kita buktikan yang pengembara masa itu wujud.

Day : tapi mesin masa itu sesuatu yang berisiko. Ianya mampu merosakkan ruang masa. Mesin ini mesin terlarang!!

Timer : aku cuma nak buktikan!! Kenapa kau nak marah ni? Salah ke ilmuwan macam aku nak membuktikan teori orang di luar sana!!

Kerana Timer nekad untuk mengerjakan mesin masa itu dengan serius. Aku terpaksa membantunya untuk menyempurnakan itu. Margaret juga membantu. Kerana ilmu fiziknya itu sangat berguna dalam hal ini. Aneh? Ya kenapa mereka belum berkahwin walaupun Timer sudah menjadi Raja Benua? Tak pula aku tanya. Nanti orang cakap aku menyibuk hal orang.

Apakah orang suka aku? Kamu yang membaca kisah lama aku ini, apakah kamu semua suka dengan aku? Aku cuma orang biasa yang realistik. Aku sangat faham akan emosi manusia. Kerana itu aku tidak mengganggu hal orang lain walaupun Margaret... Aku sukakannya dalam diam.. sehingga hari ini...

Akhirnya.. mesin masa kami siap... Mesin itu berbentuk spera. Kami mencipta alat kontrol untuk mengimbangi masa. Kami juga pastikan bahawa tiada apa yang akan mengubah sejarah masa ketika membuktikan teori masa itu.

Tetapi, Timer mahu masuk ke dalam mesin masa itu untuk memastikan nya sendiri.

Day : aku tak tahu berapa kali aku cakap benda ni tapi kau gila ke? Nanti kau terperangkap kat sana macamana?

Timer : jangan risau. Kita kan dah buat jam masa ni.. benda ni boleh kontrol pergerakan aku. Dia bokeh bagitau aku apa benda yang boleh dan tak boleh.

Margaret : kau memang nekad sungguh..

Day : tapi....

Aku memang tidak setuju dengan hal itu. Sangat berbahaya bagi dunia. Apakah ramalan aku sebelum ini akan jadi kenyataan. Belum sempat aku memberikan kata putus, ternyata Timer sudah masuk ke dalam mesin masa tanoa aku sedari.

Margaret : Day! Dia dah pergi!

Day : apa?! Jangan!!!!

Aku cuba untuk menyelamatkan dia tetapi baru sahaja aku mendekati pintu mesin masa itu terpadam!!

Day : Timer!!!

Kelam kabut aku cuba untuk menghidupkan kembali.

Margaret : apa kau nak buat?

Day : Selamatkan dia! Bagi aku jam masa lagi satu. Aku dah agak benda ni berlaku..

Mesin masa itu hidup semua. Cepat-cepat aku masuk untuk menyelamatkan keadaan. Tetapi aku berada di masa yang berbeza. Aku berada di masa kota Bluetal hancur.

Day : tempat ni... Sama macam mimpi aku..

Margaret : Aday...

Aku mendengar sahutan lemah.

Day : Margaret!

Aku melihat Margaret bersandar di dinding yang hancur itu. Aku terus merangkul kepala nya.

Day : apa jadi?

Margaret : Timer.. dia..

Day : dia yang buat semua ni?

Margaret hanya mengangguk perlahan..

Margaret : kalaulah aku pilih kau dulu, ini semua tak akan berlaku...

Aku memeluknya dengan erat. Airmata aku mengalir.. tapi semua sudah terlambat. Malah aku yang membantu Timer membuat mesin masa. Aku bersalah.... Margaret dengan perlahan menekan butang kembali pada jam aku..

Aku kembali.. mesin masa itu hancur seketika aku kembali di sana. Di masa aku.

Margaret : kenapa badan kau kotor?

Day : kita kena selamatkan Timer..

Entah apa yang sudah dia lakukan di masa lampau. Tetapi ini semua menjadi serba kekacauan!

Margaret : aku rasa. Lebih baik biarkan saja dia.

Day : apa kau cakap? Dia akan merosak sejarah masa . Dia akan mengubah sejarah dan dunia yang ada sekarang.....!

......................................................

Badar : Jadi,.. dimana Balyaa sekarang?

Bersambung..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top