Bab 2 Kisah Lama II

Institut Pengajian Sains Bluetal (IPSB) adalah sebuah tempat yang besar untuk para pelajar dan para pekerja. Tempat itu terbahagi kepada dua bahagian. Di sebelah kanan tempat penduduk yang berusia 13-17 tahun untuk belajar. Dan di sebelah kiri pula untuk orang yang bekerja. Had limit pekerja cumalah 60 tahun. Para pekerja biasa nya di beri kerja berbeza mengikut kepakaran masing-masing. Di sana jugalah tempat para pencipta teknologi moden bekerja.

Ya, semestinya tempat di sebelah kiri itu lebih luas berbanding tempat belajar. Timer, Margaret dan Day bekerja di situ sebagai penemu dan pencipta. Sehinggalah Profesor yang memimpin tempat itu meninggal dunia dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada Timer. Pada awalnya ramai yang tidak bersetuju dengan pilihan profesor itu. Tetapi tindakan Timer dalam memimpin kota Bluetal itu sangat memuaskan. Semakin banyak teknologi di cipta dan lebih mudah penduduk menggunakannya.

Tinefon dan Newscreen di cipta pada zaman pemerintahan Timer. Malah teknologi itu mendapat sambutan dari orang luar negeri dan benua.

Margaret bekerja di bidang fizik. Dia menjadi pengajar kepada orang yang baru hendak belajar. Dengan erti kata lain, orang yang baru habis sekolah dan mahu melanjutkan pekerjaan di bidang fizik ini. Oleh kerana Margaret seorang gadis muda yang cantik rupawan, ramai orang yang ingin memperisterikan nya. Ada ketika dimana orang-orang beratur untuk meluahkan perasaan cinta, namun dia tolak dengan baik. Bukan itu sahaja, orang yang sudah berumur juga mahu mengawini nya.

Timer yang melihat kesusahan Margaret terus mendekati Margaret.

Timer : hei Margaret, jom makan.

Margaret : haa ye.

Org 1 : eh mana aci macam ni!

Org 43 : ya! Dia ajak senang je kau terima..

Margaret : dia ajak makan. Bukan ajak kahwin...

Org 38 : ohh kau suka dia ya?

Timer : kami sudah lama berkawan. Apa salah aku ajak kawan pergi makan?

Mereka berdua pun pergi meninggalkan orang-orang itu.

Margaret : fuh lega rasa. Rimaslah.

Timer : biasalah orang popular.

Margaret : dulu masa miskin tak ada orang ajak kahwin..

Timer : tu lain.. masa tu kau tak sematang ini. Hahaha..

Margaret : kau suka ?

Timer : hah?

Margaret : maksud aku , kematangan aku?

Timer : oh suka. Lagipun manusia itu selalu berubah.

Margaret : iya lah Profesor..

Aku hanya melihat mereka bermesraan dari jauh. Jangan di ganggu kebahagiaan itu. Walaupun di tolak tetapi aku harus memastikan dia akan tetap tersenyum. Jadilah Margaret yang aku kenal.

Suatu hari, Timer membentangkan ideanya kepada aku. Ideanya sangat bagus dan unik. Idea yang penuh dengan impian.

Timer : ya .. kota Bluetal yang baru akan bertingkat 12.. setiap 1 tingkat ada kota lain sampai ke tingkat 12.. aku nak buat kota macam tu. Dengan logam Bluetal.. aku akan cari jubin untuk dinding menara ni nanti.. macam mana? Kau nak tolong aku ke tak?

Day : aku suka impian kau. Tapi ada risikonya?

Timer : tak sebanding dengan risiko yang lain.

Day : apa? Ada lagi?

Timer : ya.. aku nak jadi Raja Benua!

Day : kau gila ke?!! Di kota malam sudah ada yang namanya Raja Benua.

Timer : hahaha.. bukan di sini. Tapi di benua Oasis.

Day : hah kenapa?

Timer : sana sejuk sikit. Lagipun aku dah mengkaji. Logam Bluetal ini lebih lama di gunakan dalam suhu yang dingin..

Day : betul ke? Ya, cuaca tempat kita ni agak panas. Tak pernah terfikir pula aku suhu boleh jadi asbab.

Timer : ya hebatkan?

Day : tapi.... Haaa untuk jadi Raja benua kau harus ada Core Raja.

Timer : aku ada.

Day : lagi satu kau kena ada Restu Raja Benua. Semua raja.

Timer : wah mana kau tahu?

Day : aku baca teks kuno. Eh kejap? Kau cakap apa tadi?

Timer : mana kau tahu?

Day : bukan! Sebelum tu?

Timer : aku ada...

Day : ada apa? Core Raja?

Timer tersenyum kecil.

Timer : kau tengok mereka semua tu.

Timer mengeluarkan teknik Wave Saw! Itu membuatkan orang-orang yang sedang bekerja di sana seketika pengsan mendadak secara bersamaan.

Day : arghh!!

Timer : macam mana?

Day : kau... Kau ada Core Raja.

Timer : pelik kau tak kena pengaruhnya.. jangan-jangan kau pun ada Core Raja.

Day : ya .. aku harus jujur. Memang ada. Tapi biasa saja.

Timer : aku pandai dan bijak bukan sebab aku belajar betul-betul. Tapi sebab Core aku... Core Genius.

Day : Wah core yang unik. Tapi type Raja.

Timer : kau pula?

Day : Ramalan je.. belum tentu betul.

Timer : jadi kau boleh tengok sesuatu gambaran masa akan datang?

Day : boleh di katakan begitu. Tapi belum pasti betul.

Timer : mungkin kita berdua anak bangsawan yang di buang.

Day : mungkin...

Dengan membawa impian yang besar. Aku, Timer dan Margaret mula melakukan pengembaraan. Timer melarang Margaret untuk ikut bersama tetapi di tantang keras oleh Margaret. Jangan pernah lawan kata-kata dengan wanita. Memang kalah.

Pengembaraan demi pengembaraan, Margaret banyak mendatangkan masalah. Maksud aku, dia punca kami dapat dugaan, kesulitan dan kepayahan dalam pengembaraan itu. Kadang kala dia di culik oleh orang bandit untuk di jual, kadang-kadang dia sakit dan kadangkala dia kelaparan. Jadi satu hal untuk kami sentiasa menyelamatkan nya.

Timer : kau ni.. aku dah cakap jangan ikut. Kau bawa masalah. Aku ada impian nak di capai.

Margaret : apa masalahnya? Apa? Kau tak menikmati pengembaraan kau ni?

Timer : bukan itu yang aku maksudkan. Aku nak cepat..

Mereka berdua bertengkar selalu. Padahal mereka saling sayang. Aku cuma akan selalu buat bodoh sahaja.
Pengembaraan di teruskan. Timer memilih jalan mudah untuk terus ke Raja Benua Surama. Kerana Raja ini menjadi raja selama ratusan tahun dan tak pernah tua. Kerana itu dia di gelar sebagai ketua bagi pangkat Raja Benua.

Sesampainya kami di istana Raja Benua Surama, beliau kelihatan tertarik dengan impian dan idea Timer. Baginda lantas memanggil semua Raja benua untuk berkumpul di benua Surama..

Raja Benua Surama : Raja Aman.. bagi restu kau..

Raja Aman : baiklah..

Muncul 1 bintang Raja di langit. Itu tanda sebagai Restu.

R. B. Surama : Raja Malek.. giliran kau.

Raja Malek : haa sebab ni je..

1 lagi munculnya bintang. Begitulah seterusnya..

R. B. Oasis : nanti dulu! Kenapa perlu bagi restu Raja pada budak ni?

R. B. Surama : ohh. Kau membantah perintah beta?

R. B. Oasis : bukan, tapi semua benua sudah memiliki Raja Benua. Kalau dia nak jadi Raja Kecil rasanya tak perlukan restu. Hanya perlukan restu Raja benua tempat dia tinggal.

Timer : hehe bukan itu yang saya mahukan. Impian saya lebih besar. Untuk orang tua yang sudah tidak mahu memajukan diri. Memang akan berkata begitu.

R. B. Oasis : apa kau cakap?! Hormat Raja! Kau itu cuma Rakyat biasa!

R. B. Surama : rakyat biasa inilah yang menguntungkan kita. Dia masih kuat dan gagah. Dia juga banyak idea. Itu senjata kita.

R. B. Oasis : dengan siapa kita akan berlawan?

R. B. Surama : tiada siapa.. cuma berjaga-jaga dengan pemberontakan dunia. Jadi Raja Benua Oasis.. kau di gugurkan menjadi Raja Benua.

R. B. Oasis : apa? Kau tak boleh buat macam ni! Aku tak bagi restu..

R. B. Surama : perlu ke aku bunuh kau?

Day dan Margaret merasa seram dengan sikap Raja Benua Surama. Timer pula kelihatan tenang...

R. B. Surama : bawa dia pergi dari sini! Pengawal!

Raja Benua Oasis itu di angkut dan di tarik oleh pengawal kerajaan itu.

R. B. Surama : kesian. Sampai mana kita tadi? Oh Timer.. kesian kan?

Timer : kesian? Aku tak ada masa untuk hal itu.

Timer bertatapan mata dengan Raja Benua Surama.

R. B. Surama : kau ada mata yang bagus. Dari mata kau aku melihat tekad yang kuat. Timer! Aku memberi restu Raja kepada engkau dan mulai hari ini, kau akan menjadi Raja Benua Oasis yang baru!!!

Semua orang di situ menepuk tangan.  Setelah itu, mereka mula membuat menara 12 tingkat itu di benua oasis.

Timer : dengan orang seramai ini.. masih belum cukup untuk sempurna. Ini akan memakan waktu.

Margaret : sudahlah Timer. Berhenti. Jangan paksa orang buat kerja lebih dari yang mereka mampu.

Timer : ahhh.. mereka semua sudah dapat habuan mereka! Upah mereka banyak. Bukan sedikit.

Day : Timer.. kau dah berubah.

Margaret : ya betul!

Timer : hahaha.. manusia itu selalu berubah kawan ku.

Balyaa : berhenti!

Day : Balyaa??! Apa kau buat sini?

Balyaa : aku perlukan kerja.

Margaret : kau merantau dari negeri Nolko sampai benua oasis ni? Dengan kaki satu?!

Timer : hahaha.. kau tengok. Orang yang berkaki satu memahami kehendak aku.. hahaha.. silakan Balyaa.. aku sangat percaya akan kebolehan kau dalam bertukang.

Baylaa : terima kasih.

Timer berlalu dari situ untuk berehat di khemah. Margaret dan Day menyapa Balyaa dengan ramah. Tentu kamu nak tahu macam mana kami boleh kenal Balyaa? Macam yang anda tahu, Balyaa ialah ayah angkat Badar. Sebenarnya dialah salah satu orang yang membuat kota Bluetal dengan debu logam Bluetal itu. Sebab itu kami mengenali nya. Dia cedera di bahagian kaki ketika bertukang di kota kami. Kecederaan itu membuatkan dia harus kehilangan satu kaki dan kembali ke negeri Nolko.

Day : kenapa kau datang sini?

Balyaa : aku perlukan duit.

Margaret : bukan ke duit pampasan yang profesor bagi itu banyak.

Balyaa : err aku beli tanah, buat rumah dan tolong orang kampung buat rumah.. hihihi..

Day : hahaha memang Balyaa.. aku kahum dengan rasa simpati kau. Itu kebaikan yang tak jemu aku pandang.

Balyaa : ada-ada je lah kau.

Margaret : dia ni memang pelik. Sejak kami kenal dia. Memang susah nak faham apa dia cakap.

Balyaa : ahahhaha ...

Day : perli ya. Hahaha...

Margaret : bila kau start kerja?

Balyaa : mungkin esok. Aku baru sampai. Bagilah aku rehat..

Day : ya betul juga. Jom minum. Aku buatkan kopi.

Day mengajak Balyaa untuk ke kawasan perkhemahannya. Margaret melihat keperibadian Day merasa terbuka dengan Day.

Margaret : dia sangat berbeza dengan Timer. Timer berubah tapi Day masih sama. Day baik dengan orang-orang. Tak kisah orang tu asal mana. Tapi Timer... Perasaan ini hanya pada Timer..

Margaret mengelamun.

Day : woi Margaret. Jom lah lepak dulu.

Margaret : hah tunggu aku..

Margaret mengejar mereka.

Balyaa : punya panjang nama nak panggil.

Day : hahaha. Aku dulu nak panggil dia Mar je..

Margaret berjalan bersama mereka. Dia mengelamun lagi.

"Jika impian Timer dipindahkan pada Day, apakah Day akan berubah juga?"

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top