Bab 10 Pembantu Tarian

Tak di sangka-sangka, pengembaraan mereka yang santai itu menjadi masalah lain buat kelompok Badarien. Crisa, Man, Werza, Delima, Ozen, Heigo dan Qan di culik oleh orang misteri yang berada di tingkat hiburan itu. Di tingkat 5 itu terdapat kota-kota untuk acara hiburan. Sesiapa yang ke sana akan berhibur. Apa saja jenis hiburan ada di sana seperti nyanyian, pertunjukan, teater, tarian dan permainan yang lain. Itu termasuk dengan judi.

Badar, Zafar dan Tama sedang mencari petunjuk akan kehilangan kelompok mereka. Semua orang menghilang secara tiba-tiba tanpa pesan sedikit pun. Beberapa kejadian setelah kehilangan mereka semua kini Badar berada di tempat yang tersembunyi.

Tama : kenapa kita kena jaga budak ni?

Zafar : mungkin dia berguna untuk kita. Siapa kau?

Maya : nama saya Maya.

Badar tersenyum sambil memandang gadis kecil tersebut.

Badar : apa adik buat dekat tempat macam ni? Sini semua hiburan orang dewasa. Bukan tempat untuk kanak-kanak.

Gadis itu melihat ke lantai seolah-olah berfikir apakah dia boleh percayakan lelaki ini?

Maya : sebenarnya saya sesat abang.

Zafar : sesat? Maksudnya? Dari kota yang lain ke?

Tama : ya, kita sekarang ada di tengah kota. Kalau smpai hujung menara ini masih banyak kota-kota lain. Baru tingkat 5 ni. Dah besar macam ni.

Zafar : apa yang kau bebelkan? Semua orang tau tu.

Tama : kau nak cakap aku bodoh ke? Ha?!

Badar : sabar.. jangan sampai dua-dua hilang tangan kang.

Maya : abang siapa?

Badar : hahaha .. beta seorang Raja Baru.

Maya : macam raja beruk je.

Tama : eh berani kau cakap macam tu...

Badar : sabar Tama. Tak sabar aku hantar kau balik rumah cik Limah.

Zafar : cik limah mana pula?

Badar : cik limah biadap.

Jawabnya berseloroh. Maya juga mula merasa selesa dengan mereka bertiga.

Maya : sebenarnya... Saya dari tingkat 12. Seminggu lepas saya terjumpa lif untuk turun jadi saya cuma cuba masuk. Tahu-tahu saya sudah di sini.

Tama : ohh jadi kau lupa jalan nak ke lif pula?

Maya : mula-mulanya lupa. Tapi selepas jumpa gerbang lif untuk ke atas, saya kena tangkap dan kena paksa untuk belajar menari.

Zafar : biar aku teka. Puan Joa?

Maya : ya.

Badar : wahhh.. dia tu lah. Kan? Siapa ye?

Zafar : kau tak bagitahu dia ke?

Tama : err macam dah.

Zafar : mana boleh macam.. kau kena pastikan kau dah cakap. Kata nak jadi pengikut setia.

Badar : dah dah. Haish. Semenjak kebelakangan ni kau orang asyik gaduh manja pula.

Maya tertawa melihat mereka bertiga.

Tama : manis juga budak ni.

Badar : ya.

Mereka bertiga melihat Maya yang tertawa kecil itu berasa hangat di hati.

Zafar : ehem.. manis apa? Masalahnya sekarang kita kena ke hujung kota.

Badar : ya. Lebih baik kita bergerak sekarang secara perlahan.

Dengan ada maya, mereka cepat sampai ke pusat judi itu. Ternyata pusat judi itu sungguh besar seperti istana. Luas dan banyak tempat yang dijadikan hiburan.

Tama : tengok poster ni. Judi, persembahan dan rumah urut.

Zafar : tempat kotor ni.

Badar : ya.

Tama hairan tetapi dia hanya diamkan saja dari bertanya.

Badar berada di depan pintu masuk itu lalu menendang sekuat-kuatnya sehingga pintu itu terpelanting dari dalam.

Orang-orang yang berada dalam itu terkejut dan terus melarikan diri. Ada yang menjerit ketakutan sehingga membuatkan pekerja-pekerja di situ keluar untuk memeriksa keadaan.

Pekerja 1 : kau siapa?!

Badar : masalah nya.. kau siapa?!!

Kata Badar sambil senyum sinis.

Zafar : kenapa tak cakap terus tujuan kita?

Pekerja 2 : mereka cuba menentang kita. Serang!!

Ketika itu ramai orang-orang di situ cuba menyerang Badar, Tama dan Zafar.

Badar : Tama!

Tama : ok.

Tama di arah untuk menyerang dahulu.  Tama terus mengeluarkan satu pedangnya.

Tama : Angin Meniup!!

Tama menebas udara dengan kuat sehinggakan mereka semua terlempar ke dinding.

Pekerja 8 : mereka bukan orang biasa. Panggil bos sekarang!

Salah satu pekerja yang mendengar perkataan itu terus masuk ke dalam. Semua orang dalam pusat judi itu sedang bersiap sedia. Mereka tidak bergerak tetapi saling bertatapan melihat siapa yang akan menyerang dahulu.

Keluar seorang perempuan yang mungkin berumur 50an, berambut pendek dan memakai cermin mata. Dia juga memakai baju mewah berwarna emas pucat.

Puan Joa : apa kejadah kau merosakkan bisnes aku? Pintu ni besar harganya belum tentu kau dapat bayar!

Puan Joa terus marah sebaik saja dia keluar.

Badar : oh kami dengar kawan-kawan kami di culik di sini.

Kening Puan Joa terangkat. Kemudian dia menguncikan mulut sebentar.

Puan Joa : hmm apa kata kita minum-minum sebentar. Mari sini.

Badar : Aku tak boleh minum air yang kau minum.

Tama sekali lagi memandang Badar. Dia hairan kenapa Badar berkata begitu.

Zafar : tapi kami boleh berbincang..

Akhirnya mereka semua berada di satu bilik yang agak mewah namun kecil ruangan nya.

Puan Joa : apa kata kita sepakat ?

Badar : sepakat apa?

Puan Joa : macam ni, aku perlukan pekerja untuk jadi penari di pentas. Sambil mereka main judi bolehlah mereka terhibur. Ini suatu idea untuk kembangkan bisnes. Orang akan datang lebih ramai dan aku akan jadi lebih kaya. Hahaha.

Badar menepuk meja!

Badar : kau ingat aku datang untuk minta kerja?! Aku tengah cari kawan aku. Mana diorang?!

Zafar : kami bertiga boleh saja hancurkan apa yang kamu bina selama ini.

Puan Joa terasa tergugat dengan ancaman Zafar.

Puan Joa : baiklah! Aku tak nak ada apa-apa masalah dengan budak setahun jagung macam kau bertiga. Jadi, haa ambil kawan-kawan kau tu.

Tama : macam ni kan senang. Dari tadi lagi bagus.

Puan Joa : aku cuma mahukan khidmat tarian. Pekerja yang boleh menari.

Badar : jadi kau cari mereka dengan paksa untuk bekerja?

Puan Joa : hanya tu je yang boleh. Kalau tak paksa siapa mau bekerja ?

Zafar : tapi inikan tingkat untuk hiburan. Sepatutnya semua orang bergembira disini.

Badar : ya, sebab ada orang tamak macam kau lah orang tak bahagia. Malah takut datang sini.

Tama : mak cik ambil satu kertas. Tulis besar-besar ada kerja kosong sebagai penari. Jadi senang mereka nak datang minta. Bukan paksa.

Puan Joa : bagus juga idea kau. Aku akan buat.

Zafar : tiba-tiba pandai pula dia.

Kata Zafar sambil melirik ke Tama. Badar hanya tertawa kecil.

Puan Joa : jadi siapa yang nak ganti pintu depan?

Tersenyum lebar Puan Joa ketika menanyakan soalan itu.

Dalam penjara pula...

Delima : saya dengar bunyi tapak kaki.

Heigo : aku pun.

Man : syuh diam.

Ozen : siapa ?

Crisa : mungkin orang yang menangkap kita.

Qan : boleh jadi.

Werza : macam ramai.

Bunyi itu makin mendekat. Lampu api juga semakin mendekati tempat mereka di kurung.

Qan : itu Badar!

Man : Badar!!!! Kau jumpa kami.

Heigo : kita selamat.

Crisa : haaa nasib baik.

Delima : buka pintu ni Badar.

Qan : mereka pasang gari ancore ni. Kalau tak dah lama kami terlepas.

Ozen : betul Badar. Tama cepatlah tolong.

Werza : kenapa dengan kamu bertiga ni? Senyap je.

Crisa : Hei Badar? Kita selamat kan?

Badar, Zafar dan Tama menunduk kepala seolah-olah ada sesuatu yang berat untuk di luahkan.

Badar : apa yang aku akan cakap.. akan di cakap oleh Zafar.

Badar menunduk kembali.

Zafar : aku pula?! Kau punya pasal lah. Kan boleh ketuk elok-elok.

Werza : apa ? Apa yang terjadi?

Zafar : macam ni... Errr ahhh Tama kau cakap lah.

Tama : macam ni.. kau orang jangan terkejut. Pemilik tempat ni setuju melepaskan kita.

Mereka yang di dalam penjara itu bersorak riang.

"Yuhuuuu!!"

Ozen : eh jap jap. Apa maksud kita? Kita semua ke?

Crisa : ya lah. Kau orang kan bukan tawanan.. kenapa kita..?

Tama : Badar.. dia tendang pintu besar yang mahal sampai tercabut. Hancur pula tu. Jadi sebagai ganti rugi nya...

Qan : apa dia?

Heigo : tolong jangan cakap makan peria sambil kena sebat.

Man : tidakkk!! Aku tak makan peria!!

Tama : sabar.. apa yang aku nak bagitau ni akan di bagitahu oleh Badar.

Badar : eh main ganti-ganti pula ya. Okkk. Di harap pengikut setia ini jangan terkejut. Anggap je lah ini latihan.

Crisa : Cakap je lah apa dia!!!! Lambat betul.

Crisa marah kerana lama menunggu jawapan.

Badar : ......ri..

Qan : hah? Apa?

Werza : tak dengar.

Badar : haish.. aku cakap ....... Ri..

Delima : Ri apa? Rimau?

Badar : menari.

Semua orang terkejut! Mereka pun menunduk kecewa sama seperti Badar tadi.

Rupa-rupanya sebagai ganti, mereka semua harus bekerja sebagai penari selama 24 jam. Dapat untung yang cukup untuk pintu itu sudah cukup.

Bersambung....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top