Bab 1 Kisah Lama
Haaa... Kelihatan dari jauh Kelompok Badarien sedang menuju ke sini. Ya Kota Bluetal. Sudah beberapa kali mereka datang tapi keadaan masih tetap sama. Dunia sekarang dalam keadaan kucar-kacir atas satu kesilapan Raja Benua Oasis.
Tentu kamu semua bertanya-tanya siapa aku ? Mana pergi navigator cerita yang biasanya? Sebenarnya begini, perjalanan mereka masih jauh lagi untuk sampai ke puncak menara ini. Jadi biarlah aku yang ambil alih cerita. Lagipun, kamu tentu mahu tahu bagaimana Kota Bluetal bukan?
Sepertimana yang telah dimaklumi, kami berasal dari Benua Ulala.
Tetapi kami berpindah ke Benua Oasis kerana satu sebab. Nanti aku akan ceritakan semuanya.
Bagai seorang penulis yang sedang membuat persoalan dan persiapan cerita untuk menarik minat pembacanya. Begitulah aku. Ya! Sekarang kamu sudah mula tertarik. Siapa aku? Buat masa ini Biarlah Rahsia. Hehehe.. sebentar lagi kamu semua akan tahu.
Dimana Raja Benua Oasis? Untuk tahu segalanya-galanya, kita haruslah memulakan kisah dari awal. Ya mula dari benua ulala.
Apakah kamu semua sudah bersedia? Tarik nafas, tenangkan fikiran dan masuklah ke dalam cerita ini.
20 Tahun yang lalu
Semuanya bermula di Benua Ulala, tempat pertama kali orang menemui logam unik yang bernama Bluetal. Seorang bijak pandai menggelarkan dirinya sebagai profesor yang telah mengkaji metal Bluetal.
Setelah berapa tahun mengkaji ternyata logam Bluetal itu memberi tenaga elektrik yang mampu menggerakkan benda. Dengan erti kata lain, kami sudah tidak perlukan pelita untuk menerangi malam. Kalau di dunia kamu, mungkin kamu tidak perlukan tiang elektrik, kincir angin atau arus sungai untuk mengalirkan elektrik.
Kelebihan logam Bluetal itu di kembangkan untuk kegunaan penduduk. Malah barangan seperti Tinefon dan Newscreen menggunakan tenaga dari Bluetal. Kami mengolah logam itu berbentuk segi empat tepat. Seperti batu bata. Setiap satu logam Bluetal itu mampu menjana elektrik selama 3 hari penuh. Selepas itu logam itu menjadi debu. Cara menggunakannya juga cukup senang. Profesor itu mencipta tempat meletak logam itu.. errr macam mana aku nak jelaskan.
Haa!! Generator. Macam itulah! Kami hanya perlu meletak logam itu dalam tangki generator itu lalu eletrik pun dapat di gunakan! Hebat. Seiring dengan waktu, Kota Bluetal menjadi kota termaju dan berteknologi di dunia. Mereka berkembang pesat dari sudut ilmu pengetahuan dan sains. Seluruh kota berwarna biru laut.
Nanti dulu, aku kena bagi contoh warnanya.
Inilah warna kota kami. Semuanya terbuat dari logam Bluetal itu. Debu logam itu kami jadikan simen. Kota kami sama sahaja seperti kota yang lain. Cuma lebih baik. Profesor itu telah menjadi pemimpin besar kota kami. Dia membawa kami ke arah masa depan yang cerah.
Apa? Dari mana asal logam itu? Oh ya aku belum cakapkan? Mengikut dari teori profesor itu, logam itu tercipta kerana tekanan air di bumi beratus tahun dahulu. Dia mempercayai bahawa bumi pernah di penuhi air keseluruhannya. Kerana tekanan air itulah mencipta logam bluetal dalam paras air laut. Selebihnya aku cuma mampu menjawab kuasa alam.
Sama seperti dalam beberapa kisah, kamu akan selalu mendengar ayat ini. Maaf, tadi itu baru sahaja pendahuluan. Inilah permulaan kisah yang sebenar nya. Jika anda berfikir ini kisah tentang teknologi, anda salah. Kerana ini adalah kisah cinta dua sahabat yang saling suka tetapi dalam waktu yang sama mereka tak saling meluahkan.
Selalu! Setiap masalah mesti sebab cinta. Hahaha aku faham. Tapi kerana cintalah dunia kucar kacir. Orang sanggup berbuat apa demi cinta. Bak kata orang lama, Tak ada yang adil dalam cinta dan peperangan.
Dua orang sahabat itu bernama Timer dan Margaret. Mereka berkawan sejak kecil. Memasang impian yang sama sejak kecil iaitu mengubah hidup mereka yang miskin. Kerana itulah sekarang di usia 15 tahun mereka masih belajar di institut sains milik profesor itu. Ya semestinya mereka di kelas yang sama.
Dalam kelas mereka, ada 3 orang pelajar yang sering mendapat markah ujian yang tinggi. Mereka ialah Timer, Day dan Margaret. Ternyata ada seseorang yang menjadi orang tengah di antara mereka.
Margaret : tengok dia tu. Sombong.
Timer : haha biarlah dia. Dia kan memang pemalu.
Lelaki yang bernama Day itu selalu di buli tetapi selalu juga di selamatkan. Kali ini, kebetulan Timer lalu di lorong tersebut. Kawasan institut.
Timer : berhenti!
Pembuli : alamak! Timer datang. Lari!!
Tiga orang pembuli itu terus melarikan diri. Timer bertubuh tinggi dan tegar badannya. Manakala Day rendah sedikit dari Timer. Margaret pula lebih rendah dari Day.
Timer : haish kau ni tinggi tau. Macam mana kau boleh kena buli?
Day : aku... Kurus..
Timer : makanlah banyak. Sayur, daging ayam. Nanti badan kau ada otot.
Margaret : betul tu. Ok lah. Jom Timer.
Mereka berdua pun bergerak namun...
Day : sudah lama aku kagum dengan kau orang berdua. Pasangan yang bijak.
Margaret : eh kami bukan pasangan yang gitu..
Timer : err ye ye. Bukan. Kami cuma sahabat rapat.
Day : mana mungkin sahabat berbeza jenis tidak menyimpan perasaan antara satu sama lain.
Margaret : mana ada.. eee..
Timer datang merangkul bahu Day.
Timer : kau ni sengaja ya buat kami rasa malu ya?
Day : oh malu?
Margaret : pelik juga kau ni rupanya. Hahaha..
Timer : hahaha.. betul .
Dengan pengenalan diri yang agak janggal itu, mereka bertiga menjadi sahabat. Dua tahun kemudian, mereka tamat belajar...
Margaret : Day, mana Timer?
Day : entahlah. Jumpa profesor kot?
Margaret : aku ada pasang niat.
Day : niat apa tu?
Margaret : ingat tak kali pertama kita jadi rapat? Kau cakap kami ada perasaan...
Day : oh ya ingat..
Margaret : sebenarnya itu betul. Aku pasang niat nak bagi tahu perasaan aku dekat Timer.
Day : jangan, macam mana kalau dia benar-benar menganggap kau sebagai sahabat saja?
Margaret : eh kenapa kau ni? Tak akan lah.....
Day : jangan... Aku kau nak letak mana?
Margaret sedikit terkejut.. cawan yang dipegang oleh dia terjatuh. Margaret terus pergi meninggalkan Day.
Day : nama aku Day. Bermaksud hari.. tetapi tak ada yang tahu hari apakah hari ini? Hari bahagia kerana lulus cemerlang atau hari berduka kerana cinta di tolak.
Ya.. hari itu adalah hari di mana aku merasa paling tersakiti. Kena buli pun tak sakit macam ni. Akulah A Day.. malam itu aku bermimpi sesuatu yang buruk dan malam itu juga aku mendapat Core Raja. Aku sendiri tak tahu aku berketurunan Raja atau bangsawan. Mungkin aku anak buangan dari orang-orang bangsawan.
Aku bermimpi dunia hancur. Puing-puing bangunan berada dekat aku. Semua nya gelap dan berkabus. Debu-debu berterbangan di udara. Di sana aku melihat Margaret terkapar lemah menyandar dinding. Dia menyedari kehadiran aku..
Day : Margaret! Apa jadi?! Kenapa dengan semua ini?!!
Margaret : aku... Sa..lah...
Nafasnya berat dan tercungap-cungap.
Day : apa yang salah? Cakap.. beritahu aku..
Margaret : salah.. pi..lih..
Margaret tersenyum memandang Day.
Margaret : kalaulah waktu boleh diputar kembali. Kau yang akan aku pilih..
Aku terbangun dari mimpi itu. Bangun dengan persoalan yang bermain di fikiran. Apa maksud mimpi itu? Beberapa hari kemudian aku dapat tahu bahawa aku memiliki Core Raja : Ramalan masa depan.
Ramalan itu hanya muncul apabila aku terlelap. Suatu hari, profesor dalam keadaan nazak. Dia memanggil beberapa orang pelajar terbaiknya. Termasuk kami bertiga..
Profesor itu terbaring lemah sambil menatap para pelajar nya.
Profesor : aku.. tak akan berlama lagi..
Day : jangan cakap begitu profesor. Penyakit tentu ada ubat nya.
Pelajar 1 : ya betul tu. Kita boleh cari antidot ni.
Profesor : tak ada masa untuk itu semua.
Margaret : profesor...
Profesor : oh Margaret.. aku bangga melihat kamu semua. Kamu lah yang akan mewarisi tekad ilmu itu.
Pelajar 2 : jangan cakap seperti ini kali terakhir. Tolong jangan..
Pelajar itu mula menangis...
Profesor : bluetal... Kota ini... Aku akan serahkan pimpinan nya kepada Timer.
Timer : apa? Ke.. napa saya?
Pelajar lain juga terkejut. Termasuk Margaret dan Day.
Day : profesor!
Profesor : sebab.... Ini.... Naluri... Saya... Tolong jaga... Kota ini....
Profesor itu meninggalkan pesan sebelum menghembuskan nafas terakhir nya.
Beberapa bulan kemudian,... Timer menjadi orang yang paling sibuk..
Timer : untung ada kau Day.. aku tak mampu buat seorang diri...
Day : ya kota yang besar ni.. oh kejap.
Timer : kenapa?
Day : fasal Margaret.. dia kata dia nak meluahkan perasaan dekat kau.
Wajah Timer berubah. Matanya menjadi tajam dan bersinar-sinar. Tetapi bukan kerana Margaret..
Timer : haaa tak boleh. Aku lebih fokus dengan kerja aku sekarang. Aku ada impian baru.
Day : impian baru? Apa tu?
Timer pun mengeluarkan Blueprint lakaran sebuah menara.
Day : apa ni?
Timer : inilah kota masa depan. Kota ini mempunyai 12 tingkat.
Day : aku tak faham..
Timer : kota ni.. kau bayangkan.. macamana kalau kota ini .. tempat kita ni. Ada 12 tingkat yang luas nya.
Day : wah! Aku takjub tapi ...
Timer : ya .. kota Bluetal yang baru akan bertingkat 12.. setiap 1 tingkat ada kota lain sampai ke tingkat 12.. aku nak buat kota macam tu. Dengan logam Bluetal.. aku akan cari jubin untuk dinding menara ni nanti.. macam mana? Kau nak tolong aku ke tak?
Day : aku suka impian kau. Tapi ada risikonya?
Timer : tak sebanding dengan risiko yang lain.
Day : apa? Ada lagi?
Timer : ya.. aku nak jadi Raja Benua!
Day : kau gila ke?!!
Bersambung....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top