Puisi by Leader Fais
TAJUK : PUISI
TARIKH : 28 FEB 2018 (RABU)
LEADER : FAIS a.k.a Ezzuwan_
PEMANTAU : zamharibakti_okt17
xxxxx
Assalamualaikum saya ucapkan kepada grup CivilWatt.
Hari ini, saya selaku leader akan memberikan sedikit ilmu tentang puisi moden yang mungkin kurang mendapat sambutan di dunia Wattpad. Hmm, apa yang saya akan ajar kali ini?
Baiklah di bawah ini saya akan dua tajuk:
1) Isi (Tema) Dalam Puisi.
2) Jenis Puisi.
Inilah tajuk yang akan saya kupas. Saya tak mahu ajar apa itu puisi tradisional atau juga puisi moden. Dan segala gaya bahasa di dalam puisi kerana semua itu telah kamu semua pelajarinya di sekolah dalam bahagian KOMSAS. (Jangan cakap kamu semua tak tahu makna KOMSAS tu? Saya rotan nanti! Haha).
Sebelum kamu semua ingin membelajari puisi. Kamu semua harus mempersiapkan dahulu layar dan sahuh; kerana sebentar nanti kamu semua akan berlayar di atas samudera yang luas dan tidak berpenghujung (Sekadar analogi tentang hakikat sebenar puisi).
Sudah siap? Ayuh, kita mulakan!
xxxxxxx
1) Isi (Tema) Dalam Puisi
Sebelum kamu semua mengarang puisi, sudah pasti kotak otak akan memikirkan apa yang akan ditulis terlebih dahulu. Tidak kira puisi itu untuk menasihat, mengajar atau juga untuk meluahan sesuatu perasaan. Sesuatu tema atau isi tidak akan pernah bersimpang jauh.
Namun begitu, adakah kamu semua tahu terdapat tujuh isi atau tema yang tiap satunya berbeza di antara satu dengan yang lain?
Di bawah ini, sudah saya senaraikan tujuh tema tersebut. Dan tidak lupa juga, saya telah menyedikan satu contoh untuk setiap tema.
a) Ode: Berisi tentang puji-pujian kepada pahlawan atau seseorang yang telah berjasa.
Contoh:
b) Himne: Berisi puji-pujian kepada Tuhan.
Contoh:
c) Elegi: Berisi tentang kesedihan (dukacita terhadap sesuatu).
Contoh:
d) Epigram: Tentang nasihat atau perkara-perkara yang baik.
Contoh:
e) Satire: Puisi tentang mengecam, mengejek atau menyindir dengan kasar mengenai kepincangan sosial atau ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat.
Contoh:
f) Romance: Berisi cerita tentang cinta sesama manusia (lawan jenis), bangsa dan negara.
Contoh:
g) Balada: Puisi yang berbentuk cerita tentang seseorang dalam kehidupan.
Contoh:
Okey, itulah kesemua tema yang terdapat dalam puisi. Sekarang ini, saya akan mengupas pula tajuk kedua iaitu jenis puisi.
2) Jenis Puisi: Diafan & Prismatis
Puisi mempunyai tiga jenis iaitu: Diafan, Prismatis dan Gelap.
(Akan tetapi, puisi jenis Gelap saya tidak akan ajar kepada kamu semua kerana jenis itu tidak begitu sesuai untuk kamu yang masih tidak mahir menulis puisi).
Baiklah, saya akan mulakan dengan puisi jenis Diafan dahulu.
a) Puisi Diafan: Puisi ini yang menggunakan kata-kata secara terbuka (tanpa kiasan). Puisi jenis ini kurang menggunakan bahasa majas, imaji, metafora dan segala unsur-unsur gaya bahasa dalam puisi. Puisi jenis ini mudah difahami dan tidak mengandungi makna yang berlapis-lapis.
Contoh:
b) Puisi Prismatis: Puisi ini selalunya mengandungi banyak kiasan. Ada kalanya puisi jenis ini mempunyai banyak makna. Dalam bahasa mudah (makna di dalam makna). Puisi jenis ini agak sukar difahami kerana mengandungi banyak makna di dalamnya. Namun begitu, masih ada juga yang mudah difahami. Untuk menulis puisi ini memerlukan suasana atau mood tertentu.
Contoh:
Baiklah, itu saja daripada saya. Sila bertanya jika tidak memahami.
xxxxxx
Nota dari. Ezzuwan_
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top