Prolog & Epilog by Leader Syaz

TAJUK  :    PROLOG & EPILOG

TARIKH  :   03 MAC 2018 (SABTU)

LEADER  :  SYAZ  a.k.a  syasafiyy_  

PEMANTAU :     LeezJoon



Asalammualaikum, selamat sejahtera saya Syaz or Piyah atau apa2 je, suka hati anda nak panggil saya apa. Kali ini saya diberi tugasan untuk menerangkan serba sedikit mengenai prolog dan epilog.

Terlebih dahulu maaf jika ada salah silap dalam nota yang saya buat ini, kerana saya juga bersumberkan Google tapi google pun keluar bahasa Indonesia tapi takpa nasib saya boleh sikit-sikit translate ke bahasa melayu, berkat layan sinetronlah katakan.

Jika tidak faham, anda boleh kemukakan soalan. Saya akan cuba menjawapnya sebaik yang mungkin, insyaallah.


Apa itu prolog?

1) Prolog adalah prakata ataupun kata pendahuluan/pembukaan/pengenalan dalam sesebuah cerita.

2) Selalunya prolog akan disajikan dengan pantun, syair, flashback atau sesuatu peristiwa yang berlaku didalam sebuah penceritaan itu.

3) Prolog juga ialah beberapa keterangan ataupun pendapat pengarang mengenai cerita yang akan dipersembahkan.


Apakah fungsi prolog?

1) Berguna untuk menerangkan situasi

2) Prolog disusun bertujuan untuk membangkitkan minat pembaca terhadap isi sesebuah penulisan.


Definisi PROLOG menurut kamus dewan bahasa edisi keempat

Akronim bagi programming in logik (pengaturcaraan dalam logik, iaitu sejenis bahasa pengaturcaraan komputer)

Contoh prolog :-

Dunia ini terasa berhenti, ketika aku harus siap menerima kenyataan pahit, memiliki seorang ayah dengan keadaan cacat. Ku ingin ayah lebih sempurna, seseorang yang tak cacat, seperti ayahnya semua orang. Seorang ayah yang dapat mendengar harapanku dan kekhawatiranku. Di sini, di rumah petakku, aku hanya tinggal berdua dengan ayah, sesudah kematian ibuku beberapa tahun yang lalu.

http://nusalendriputri.blogspot.my/2012/12/contoh-prolog.html?m=1


SALAH SATU CARA MEMBUAT PROLOG

Gunakan prolog untuk memaparkan kisah latar belakang. Salah satu cara untuk memanfaatkan prolog adalah mengisinya dengan kisah latar tentang satu atau beberapa watak. Cara ini boleh membantu anda sebagai penulis untuk menghindari cerita yang akan mengganjal alur ditengah novel, seperti flasback atau latar belakang. Cara ini juga berguna terutama jika anda kesulitan untuk menyelitkan detail masa lalu watak ke dalam alur novel.

xxxxx

JIKA PROLOG ADALAH PEMBUKAAN, MAKA PENUTUP DISEBUT EPILOG

xxxxx



Apa itu Epilog?

1) Epilog biasanya adalah ringkasan atau bahagian akhir sesuatu cerita.

2) Biasanya ditulis untuk menjadikan sesebuah cerita itu tampak lebih menarik.

3) Penyataan sebagai penutup sesuatu karya.

4) Boleh diucap dalam bentuk puisi, sajak ataupun pantun.

5) Bahagian penutup karya untuk kesimpulan

6) Kata penutup yang mengakhiri cerita.

7) Hikmah pada umumnya berisi mengenai amanat, kesimpulan, pengajaran yang dapat diambil didalam cerita tersebut.


Apakah fungsi Epilog?

1) Menyampaikan pengisian cerita, hikmah pada cerita yang baru dipersembahkan.

2) Menegakkan pesanan moral, nilai murni mahupun refleksi hidup dalam kehidupan yang diceritakan.


Definisi epilog menurut kamus dewan bahasa edisi keempat

Bahagian akhir sesebuah karya ataupun drama yang memberi komen atau ringkasan tentang karya berkenaan.

Ucapan ringkas ataupun puisi yang diungkapkan oleh seseorang pelakon/waktak kepada kepada penonnton pada pengunjung sesebuah persembahan drama.


Contoh epilog :-

Kematian ayah yang begitu cepat membuatku sadar bahwa ayahlah segalanya. Kini aku menjalani hidupku dengan kesendirian. Hari-hariku berbalut kesedihan dan luka mendalam. Aku yakin Tuhan akan menurunkan seorang malaikat yang akan menemani dan membuat tawa bahagia untuk hari esok dan seterusnya.

http://nusalendriputri.blogspot.my/2012/12/contoh-prolog.html?m=1


SALAH SATU CARA MEMBUAT EPILOG

Epilog bisa berupa kilas balik.

Flash back ini adalah mengulang bahagian prolog dengan bahasa yang berbeza. Maksudnya ialah memberikan penekanan pernyataan penting dalam lead. Boleh juga bermakna membulatkan pengertian seluruh ceritanya.


xxxxx

Sekian, itu sahaja yang mampu saya berikan, kemukakan soalan jika tidak berkeberatan ya.



Nota daripada    

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top