PLOT by Leader Ariff.
TAJUK : PLOT
TARIKH : 12 FEB 2018 (ISNIN)
LEADER : ARIFF a.k.a HAMBALLAH07
PEMANTAU : kukilkufiq & LeezJoon
##### Opening #####
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum semua. Buat yang belum kenal saya ni lagi, nama saya Ariff. Umur 13 tahun. Lebih dikenali di wattpad sebagai @HAMBALLAH07. Jadi, saya yang akan jadi leader untuk kelas hari ini, harap beri kerjasama.
#############################
PLOT
* Plot adalah amat penting dalam sesuatu cerita. Ia diibaratkan seperti alur cerita. Plot menentukan bagaimana sesuatu cerita ini akan ditulis.
*Plot secara amnya terbahagi kepada empat elemen, pengenalan, konflik, klimaks, peleraian.
* Plot dapatlah kita lakarkan dengan mudah jika kena caranya.
******
INGAT! JIKA ANDA SERIUS UNTUK MENULIS, JANGAN MAIN-MAIN SOAL PLOT DAN ALUR PENCERITAAN. TIADA ALASAN MAHUPUN JALAN PINTAS.
Elemen Plot
1) Pengenalan
- Pengenalan merupakan aspek yang sangat-sangat penting. Baik buruk satu cerita bergantung pada pengenalannya. Tiada yang mahu baca cerita yang awalnya sudah tidak menarik bukan?
- Pengenalan adalah aspek yang amat susah untuk ditulis. Sebab apa? Sebab untuk dapatkan idea yang hebat untuk pengenalan bukan mudah.
*******
PUNYA IDEA YANG MENARIK DAN LUAR BIASA? SATU PERMULAAN YANG BAGUS.
2) Konflik
- Konfliklah benda yang menjadi perencah dalam cerita. Jika Plot ialah resipi, pengenalan ialah bahan-bahan maka konflik adalah langkah-langkah.
- Konflik ini perlu dicipta sebagai sesuatu yang mustahil. Tidak boleh dilepasi. Biar pembaca sekali naik stress(sebenarnya, saya pun stress bila hadap konflik yang saya buat)
- Terfikir di mana logiknya cerita jika konflik tak dapat dilepasi? Bagaimana pulalah nak habiskan cerita? Di sini datangnya kepentingan benda yang diberi nama klimaks.
******
PASTIKAN ANDA BUAT SESUATU YANG MUSTAHIL!
3) Klimaks
- Klimaks, hidangan utama. Bukti sedap atau tidak 'masakan' kita. Klimaks, ciri pentingnya adalah, perlu ada konflik yang lebih besar. Keliru? Sebenarnya, ia bermaksud kembangkan konflik sebelum ini. Jadikan ia bertambah mustahil.
- Inilah masanya, benda yang digunakan untuk mempermainkan perasaan pembaca. Plot twist. Kita pusingkan segalanya. Maka yang mustahil menjadi logik. Di sinilah kreadbiliti penulis diuji.
*******
SILA AMBIL MASA UNTUK BUAT PLOT TWIST. IA BUKAN KERJA SEMINIT, TAMADUN ROM TIDAK DICIPTA DALAM SEHARI.
4) Peleraian
- Tak kurang pentingnya. Penulis yang hebat sebenarnya mampu buat peleraian yang bagus. Ini tak bermakna kita tak holeh buat. Ia cuma perlukan usaha.
- Peleraian boleh berbentuk dalam sama ada persoalan, pernyataan, atau peleraian fikir sendiri.
*******
INGAT! PELERAIAN TAK BOLEH DIBUAT MAIN, MESKI EPILOG SIKIT SEPERTI PROLOG, TAK BERMAKNA IA TAK SEPENTING ISI CERITA. BAHKAN MUNGKIN LEBIH PENTING.
##############################
Sedikit perkongsian tips penulisan dengan mengaplikasikan fungsi plot:
Dua teknik yang ingin saya kongsikan ialah,
1) Teknik Kepingan Salji (Snowflakes Method)
2) Teknik Pokok
Ok, so saya akan kongsikan sedikit teknik. Pastikan anda praktikkannya, jangan jadi macam saya, tahu tulis tahu terang belum tentu mahu buat 😂😂😂
Jadi, snowflakes method. Kita mulakan dengan yang ini dahulu.
Macam saya cakap, plot amat penting. Tak jaga, alamat sama nilai dengan sampah. Maaf saya kasar tapi itulah hakikatnya. Jadi, untuk snowflakes method, pertama sekali, bayangkan anda melihat satu kepingan salji. Lukis jika perlu.
Lihat, kepingan salji ada centre-nya. Lalu dari titik tengah itu ia bercambah menjadi cabang-cabang. Ya, inilah contoh paling asas untuk panduan penulisan.
Secara amnya, kita boleh describe atau terangkan sesuatu cerita dengan hanya satu ayat. Tombiruo Terakhir karya Ramlee Awang Murshid. Kita boleh terangkan dengan mudah, ia berkisahkan, "Ejim yang sudah memiliki wajah baharu menghadapi cabaran dalam kehidupannya yang baharu di kota." Tak usah panjang-panjang.
Inilah dia komponen pengenalan anda. Cari idea dan keluarkan dalam satu ayat. Dari sini semuanya bermula. Bagi komponen snowflakes method, sebenarnya plot diterangkan secara lebih terperinci. Ok saya akan kupas lebih dalam. Dari empat komponen, Pengenalan, konflik, klimaks, peleraian akan adanya banyak lagi cabang agar plot sempurna. Ianya seperti di bawah. Saya gunakan filem Doraemon Stand By Me sebagai contoh:
1. Hidup Mc (kita describe macam mana hidup Nobita. Dia budak cemerkap, selalu lewat, bodoh, selalu kena buli dan tak pandai bersukan.)
2. Insiden Luar biasa (kita buat satu peristiwa yang boleh ubah hidup mc 360°! Contohnya kehadiran doraemon yang tak dijangka. Dengan semua alat doraemon, hidup nobita di-upgrade)
3. Konflik kecil. (masa nobita jumpa doraemon dan sewashi, konflik utama ialah masa depan nobita yang tak cerah. Jadi terpaksalah doraemon tolong)
4. Peluasan cerita( untuk bagi feel, kita luaskan lagi apa yang mc boleh buat lepas ada insiden itu. Nobita mula bergantung pada doraemon.)
5. Mula selesaikan masalah (tahap ini, doraemon putuskan untuk jadikan nobita dan shizuka berkhawin. Jadi mereka perlu ke masa hadapan)
6. Pebesarkan lagi konflik (shizuka di masa hadapan hampir mati, banyak cabaran yang nobita dapat untuk selamatkan dia)
7. Timbulkan masalah yang tak terselesaikan, konflik utama(dah elok dorang akan khawin, doraemon pula kena tinggalkan nobita. Dengan nobita yang tak boleh uruskan diri sendiri, Tak boleh diselesaikan jadi nobita hampir berputus asa,)
8 mula buat last attempt (Nobita buktikan doraemon boleh pergi dengan tenang dengan mengalahkan giant)
9 plot twist( ini elemen paling penting. Wujudnya ubat bohong, akhirnya doraemon boleh kembali)
10 peleraian (buatlah peleraian yang sentimental, akhirnya nobita dan doraemon hidup dengan bahagia.)
Dan lengkaplah snowflakes korang. Setiap cabang tu buat satu ayat je. Lagi senang. Secara tak lansung sinopsis dapat dihantar dengan mudah pada editor jika kita dah buat draf penuh macam ni.
Seterusnya, saya kenalkan teknik pokok. Pertama sekali, harap maaf anda bukan kena lukis gambar pokok rambutan dan mempelam di dusun kampung, anda kena bayangkan satu pokok. Ya, jadi penulis ni pun kena banyak benda nak dibayangkan. Kalau sebelum ni bayangkan kepingan salji, sekarang bayangkan pokok.
Pertama, letak MC kita atas pokok. Ini merangkumi pengenalan. Bagi dia seronok-seronok dulu main atas pokok tu
Kedua, baling batu dekat dia. Balinglah segala tok nenek gajah yang jumpa. Seksa dia teruk-teruk. Bagi dia nangis. Bagi dia terseksa. Ini mewakili konflik
Ketiga, konflikkan semua benda lagi teruk. Masa ni dia akan tercabar. Mesti dia balas balik kan? Hah, ini mewakili klimaks. Tengok apa sangat dia boleh buat untuk hapuskan konflik.
Empat, peleraian. Guide dia turun. Dah puas buli, bagi dia ilmu untuk selesaikan. Ajar! Bukan tolong. MC kena usaha sendiri.
Ok, done. Tips dia simple kan?
Secara peribadi, saya nasihatkan guna teknik snowflakes untuk cari identiti cerita itu. Cari draf penuh, cari alur cerita. Reka plot. Kalau teknik pokok, boleh gunakan untuk imagine macam mana teruknya konflik. Macam mana dia punya klimaks. Ingat, ini peribadi. Saya beritahu apa yang perlu. Tak perlu terikat, ingat apa saya cakap ni. "Orang yang hebat bukan orang yang patuh pada peraturan, tetapi menyesuaikan peraturan itu," be yourself! Cari identiti.
J.K Rowling pun langgar hukum penulisan. Otai-otai ada kata tak boleh letak sihir terlampau banyak dalam cerita fantasi. Ada beliau peduli? Sihir elemen terpenting Harry Potter. Berjaya sahaja? Sebab? Dia ada identiti, plot dia tersusun. Dia jadi diri sendiri.
Sebagai penutup, kalau ada silap dan salah mohon perbetulkan. Sila tanya jika kurang jelas apa yang saya terangkan. Saya cakap macam ni, sebab saya terlampau yakin anda faham apa yang anda fikir saya maksudkan. Tetapi saya amatlah sangsi sama ada anda faham apa sebenarnya yang cuba saya sampaikan. Apa yang baik datang dari Allah, yang buruk dan hina datang dari saya yang serba kekurangan. Wallahualam.
Nota daripada HAMBALLAH07
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top