OPENING & ENDING By @Muim
Leader : MuimbinaAbdullah
X X X X X
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Assalamualaikum.
Saya ahli baru G2C, Muimbina Abdullah, diberi amanah atau arahan untuk menyampaikan ilmu yang berjudul Macam mana nak buat opening dan ending terbaik yang mampu menyentuh jiwa pembaca?
Pertama sekali, saya nak beritahu di sini, saya lemah dengan opening dan ending ini, ini hanya sekadar nota kajian saya.
Kedua, apa yang saya terangkan di bawah mungkin tidak serupa dengan apa yang terkandung dalan karya saya, jadi, karya saya bukanlah contoh terbaik untuk memahami gaya opening dan ending yang terbaik.
Insya-Allah saya akan mula sekarang.
Macam mana nak buat opening dan ending terbaik yang mampu menyentuh jiwa pembaca?
First of all, saya akan menerangkan tentang opening.
Kenapa pentingnya opening?
Sudah menjadi lumrah penulisan, perenggan pertama cerita menentukan nasib sesebuah cerita itu.
Adakah akan terus dibaca atau ditinggalkan. Kadang-kadang ada cerita yang bagus tetapi ditinggalkan tidak dibaca hanya kerana pembukaan yang kurang menarik.
Oleh kerana itu, saya akan menerangkan cara membuat opening yang baik.
PENGUMUMAN: CONTOH SAYA AKAN BAGI DALAM BAHASA INDONESIA. KALAU PANDAI, BOLEH TERJEMAHKAN DI RUANGAN KOMEN.
1. DI MULAI DENGAN PERKARA PENTING
Opening yang dimulakan dalam situasi penting.
Contoh: Malam saat Jake Djones tahu bahwa orangtuanya hilang di suatu masa dalam sejarah, tercatat sebagai malam dengan badai terdahsyat.
(The History Keepers, Damian Dibben)
2. MEMULAKAN DENGAN MEMPERKENALKAN WATAK YANG UNIK.
Jika dalam novel kamu ada watak yang nampak luar biasa atau unik, masukkan dia dalam satu situasi pembukaan.
Contoh: Kami memanggilnya sang Profesor. Dan, dia memanggil anak lelakiku Root—akar, karena, sang Profesor berkata, puncak kepala anakku yang datar mengingatkannya pada simbol akar kuadrat.
(The House Keeper & The Professor, Yōko Ogawa)
3. KONFLIK
Salah satu opening terbaik adalah memulakan dengan konflik. Tanpa konflik, cerita akan menjadi statik tak bergerak dan tanpa tujuan.
Contoh: Keputusanku untuk menjadi pengacara semakin kuat ketika kusadari ayahku membenci profesi hukum.
(The Rain Maker, John Grisham)
4. MENYENTUH EMOSI
Mulakan cerita dengan pembukaan yang membuai emosi pembaca.
Contoh: Apa kau akan mati kalau tiba di sini sebelum tengah hari? Aku duduk di sini, di tengah-tengah serpihan hidupku seperti yang kau tahu, dan kau…kalau aku memang mengenalmu, kau pasti baru saja bagun.
(Attachments, Rainbow Rowell)
5. KETAKUTAN
Untuk opening ketakutan, lebih sesuai dalam cerita misteri dan suspen.
Contoh: Tyler mencarikanku pekerjaan sebagai pelayan, kemudian Tyler menodongkan sepucuk pistol ke dalam mulutku dan berkata, langkah pertama menuju kehidupan abadi adalah kau harus mati.
(Fight Club, Chuck Palahniuk)
6. MENGEJUTKAN ATAU TEKA-TEKI
Opening seperti ini mungkin akan membuat pembaca berhenti sejenak, berfikir serta tertanya-tanya jalan cerita tersebut.
Contoh: Ditelan seekor buaya raksasa sudah cukup buruk bagiku.
(The Son of Sobek, Rick Riordan)
7. MEMUKAU
Cerita yang menggunakan gaya bahasa yang mampu memukau pembaca, pembaca akan berfikir tentu penulis akan sentiasa menggunakan gaya bahasa dalam ceritanya.
Contoh: DUHAI Sang Raja, yang duduk di atas takhta kejayaan, yang dimandikan oleh kemerlip cahaya lelampu warna-warni dan wewangi asap dupa-dupa.
(Dewi Khayalan, Kahlil Gibran)
Tujuh cara diatas adalah opening yang membuat pembaca tertarik dengan karya itu. Tetapi penulis perlulah bijak menenun kata sehingga terhasil sebuah baris kata yang indah.
※※※※※※※※※※※※
ENDING
Untuk menamatkan sesebuah cerita. Tanyakan soalan ini kepada diri kamu, penulis.
Adakah tujuan protagonis tercapai, atau tidak?
Adakah protagonis berhadapan dengan antagonis yang sepadan?
Adakah protagonis berhasil menyelesaikan konflik?
Apakah protagonis dapat memetik hikmah dari masalah yang dia hadapi?
Jika soalan diatas majoriti jawapannya ya, maka tamatkan.
Sejujurnya nota di bawah ini saya dapat dari Ariff HAMBALLAH07 apa yang disampaikan itu menarik, saya akan kongsikan di sini. Saya akan tukar sedikit notanya.
1) Bad Guys Win, Good Guys Lost.
Ending yang sesuai untuk buku bersiri (ada sambungan seperti dwilogi dan trilogi). Situasi di mana Antagonis atau musuh menang, manakala watak utama kalah.
Pengakhiran untuk siri awal yang menjadi batu loncatan untuk buat siri baru.
2) One Good Guys Die, Almost All Enemies Die, Main character is missing.
Ini adalah satu daripada sad ending. Salah atau watak penting mati, banyak musuk yang mati, tetapi.. watak utama pula hilang melarikan diri.
3) Who is good? Who is evil?
Ending ni mempersoalkan semula peranan watak itu kini dan akan datang.
Ini adalah situasi yang menipu pembaca. Orang yang kita sangka baik jadi jahat, dan yang jahat jadi baik. Siapa jahat sebenarnya? Siapa baik sebenarnya? Ini ending yang suspens kalau penulis pandai main plot.
4) Main character lost his match, some random guy win the fight.
Watak utama kalah teruk, seorang out of nowhere win it easily.
5) Fight or not, you die.
Lawan atau tak lawan, masih ada orang yang mati. Main character hidup dan bunuh ketua musuh.
6) Another lie
Cipta satu senario yang bercanggah tapi membetulkan situasi semasa. Buat pembaca ragu-ragu dengan persepsi mereka.
Kita beri hint tentang sesuatu sehingga pembaca akan betul-betul teka benda yang salah, twist plot dan tukar persepsi mereka.
Kita buat mereka percaya benda yang tak ada, dan betulkan pemahaman mereka.
7) Good guys win, evil guys still alive
Main character menang, tapi orang jahat masih ada.
8) Good guys win, no evil. Everything is fine.
Happy ending, semua happy. Tidak ada apa-apa lagi.
9) Restart
Permulaan semula, loop kepada awal cerita semula.
Semua ini bergantung pada plot yang sesuai.
Ending perlu berhubungan erat dengan konflik yang kita timbulkan di awal cerita. Surah Yusuf ayat pertama dan kedua adalah endorsment Allah tentang kisah ini yang menceritakan tentang mimpi Yusuf semasa kecil. Ayat ke-3, adalah opening cerita. Dan ending cerita ada oada ayat ke-100. Ini bermakna Al-Quran sangat sesuai dijadikan rujukan penulisan.
Saya tak mampu hendak memberikan teknik yang mampu menyentuh jiwa.
===========
Eh, belum tamat lagi, hari ini di group Inkfinity, saya dapat ilmu baru. Akan saya kongsikan sebagai rujukan bersama.
Seorang bertanya: Nak mulakan ayat tu macam mana? Sesuai tak mulakan sesuatu bab/cerita dengan menggambarkan suasana/keadaan dalam cerita tu?
Seseorang yang berlainan menjawab: Yup sesuai..ikut kesesuaian cerita la😂
Legendnic berkata: Pembuka kata yang menarik ialah letakkan persoalan yang power.
Contoh?
Entah kenapa agaknya, manusia ini sering kali bermain wayang dengan kebenaran, di atas pentas yang gelap, tanpa sebarang lampu sekalipun? Langkahku dilebarkan, di celahan ribuan manusia yang berjalan menuju ke matlamat masing-masing.
Selepas itu banyak perbualan masuk.
Dan di bawah ini sedikit nota penting.
TIPS MEMULAKAN CERITA BERTARAF DUNIA!
1. Jump into action.Terus tunjukkan ketegangan, bahaya dan debaran.
Watak sedang dikejar serial killer, watak tengah bergaduh bertumbuk, sedang dalam perang dan lain-lain.
2. Timbulkan persoalan
Buat satu watak ni mati dengan tragis.. Rekalah apa pun macam mana.. kemudian, baru buat ulang dari mula masa dia masih hidup and macam mana dia boleh mati sedemikian rupa... Siapa pembunuhnya...
Aku nampak langit yang tinggi di atas ku. Penuh asap dan semakin kabur. Aku basah dalam lopak darahku sendiri. Ah, aku takkan begini... aku takkan begini kalau aku tak curi sebuku roti!
3. Sneak in between protagonists/antagonists/other characters conversation.
"Have you caught the boy yet?" Dr. Fey asked. His finger was tapping the desk in a fast pace.
"No, not yet, sir," Kelly answered. Her head hang low in embarrassment.
4. Tunjukkan latar yang signifikan dalam jalan cerita.
Contoh dalam cerpen Hemingway ke siapa... dia menceritakan tentang bar. Lebih kurang macam ni... 🤔
Bar kecil di tepian jalan itu akan semakin sunyi apabila malam semakin larut. Debu-debu jalan akan melekat pada cermin dan pintu kafe. Kemudian, akan dibasuh pula dengan embun dingin di waktu subuh nanti. Namun, lelaki tua itu masih di situ.
Not 100% like what he write, tapi... teknik ini digunakan kalau latar tempat itu ada peranan yang signifikan terhadap jalan cerita.
Salah satu tugas penting bab pertama kamu bukan sahaja kena tarik perhatian, tapi kena tunjukkan siapa MC, latar dan masalah dalam cerita.
5. Mulakan dengan ayat yang kontradiksi dan kontroversi
"Aku hidup di zaman yang manusia boleh menjadi malaikat."
Sumpah, aku tak berbohong.
6. Punchline lawak
(Saya tak pandai buat)
Rakyat Malaysia ni ialah sekumpulan manusia yang 'power'. Kononnya kalau mereka angkat tangan, kereta akan terhenti. Lagi power, budak-budak mudanya boleh pusing tangan laju-laju macam tiada sendi tulang!
7. Menceritakan tentang watak penting
Lelaki itu tidak banyak bercakap. Sejak dia tiba ke sini petang semalam yang perjalanan bermula jauh-jauh dari Kota Arialun, dia hanya menyampaikan pesanan Raja pada Ketua Zaiznie. Selebihnya, dia membantu sesiapa yang memerlukan kekuatan seseorang tanpa disuruh. Walaupun wajah tanpa emosi, sepasang mata redup beriris hijau itu... menawan.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Apa pembukaan cerita yang kamu rasa cliche?
1. Dimulakan dengan deringan lonceng bangun pagi.
KRING!
"[Nama watak] bangun! Kamu dah lambat pergi kerja/sekolah ni!"
2. Gambaran Cuaca
"Pada suatu pagi yang cerah…
3. Bunyi lonceng sekolah untuk latar sekolah
KRING!
Bunyi lonceng sekolah bergema. Bangunan Elit Prince School mengeluarkan...
4. Memperkenalkan diri watak
Hi! Nama saya bunga binti pasu. Saya berumur 13 tahun…
Pembukaan cerita yang kamu rasa cliche perlu dielakkan.
Jadi sekian sahaja daripada saya. Nama patik Muimbina mengundurkan diri.
Alhamdulillah.
Daripada: @MuimbinaAbdullah
Kepada:Semua
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top