HIPERBOLA by Leader Annati

Bismillahi Maa Syaa Allah Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahil 'Aliyyil' Adziim.

Allahumma Solli A'ala Saidina Muhammad Wa 'Ala Alisaidina Muhammad.

Assalammualaikum W.B.T.

Alhamdulillah pada malam yang penuh barakah ini kita sama-sama masih dapat berhubung dalam majlis perkongsian ilmu atas keizinan-Nya.

Sebelum saya memulakan sesi penerangan, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan dalam kelab G2C yang diketuai oleh yang dihormati Mami Tun Indah yakni seorang wanita yang telah banyak menyumbang jasa untuk menghidupkan kelab ilmu penulisan ini dan semestinya jutaan terima kasih untuk mami TunIndah juga.

Kepada sesiapa yang belum mengenali diri saya,maka di sini saya inginkan memperkenalkan saya ialah Anati Althafunnisa atau nama sebenar Halimatun Sa'diah yakni pemilik akaun wattpad yang bernama Anati_Althafunnisa. Saya secara rasminya telahpun berusia 18 tahun pada 7/3 yang lalu. Saya rasa cukup setakat itu sajalah sesi perkenalan diri daripada saya dan mari kita ke sesi tujuan utama kita berada dalam buku ini pada malam ini.

Baiklah pada malam ini topik yang ingin dikupaskan ialah Hiperbola.


Apa itu Hiperbola?

Bola yang hyper ke? Eh tidak! Tidak! Semestinya tidak. Hiperbola adalah merupakan salah satu ceraian dibawah jenis gaya bahasa pertentangan. Gaya bahasa pertentangan? Eh apa pulak itu? Tidak pernah dengar pun.

Baiklah, gaya bahasa ini terdiri daripada 5 ciri gaya yang disingkatkan kepada 5Pe iaitu :

1) Perbandingan

2) Pertautan

3) Pertentangan

4) Penyirnaan

5) Pengulangan

Dan nama-nama gaya bahasa yang selalu kita ketahui seperti :

1) Metafora

2) Personifikasi

3)Simile

4) Anafora

5) Asonansi

6) Aliterasi

7) Paradoks

8) Epifora

9) Rima

10) Sinkop

11) Imejan

12) Pleonasme

13) Inversi

Dan termasuk juga Hiperbola  adalah merupakan ceraian-ceraian yang berada dibawah 5Pe gaya bahasa di atas.

Sahabat-sahibah yang saya kasihi sekalian,

Sebelum kita ke pucuk pangkal isinya, eloklah kita cari akar umbinya dahulu,bukan?

Baiklah, kenapa Hiperbola dikelaskan dalam kelas gaya bahasa pertentangan?

Hendak lebih jelas,mari kita fahami dahulu definisi gaya bahasa Pertentangan.

Gaya bahasa Pertentangan adalah bermaksud bentuk gaya bahasa yang menonjolkan makna yang berlawanan dengan maksud sebenarnya. Jenis gaya bahasa ini adalah yang paling ketara diterapkan dalam penulisan kreatif. Oleh sebab itu, maka tidak hairanlah juga mengapa gaya bahasa Hiperbola sering diaplikasikan di hujung mata pena kedalam bait-bait kata para pujangga di atas helaian kertas mereka, bukan?

Sememangnya gaya bahasa ini ialah unsur keindahan yang paling kerap dimasukkan kedalam penulisan kreatif, lebih-lebih lagi penulisan puisi.

Dan kenapa Hiperbola dicerakinkan dan disenaraikan sebagai jenis gaya bahasa Pertentangan?

Nak tahu jawapannya?

Ha! Tibalah kita ke mauduk perbincangan yakni definisi atau permaknaan gaya bahasa Hiperbola. Mari kita kenali dengan lebih jelas, apa itu Hiperbola?

Hiperbola ialah sejenis gaya bahasa yang mengandungi kenyataan sesuatu perkara yang berlebih-lebihan atau melampau-lampau daripada hakikat atau maksud yang sebenar. Hiperbola ini sebenarnya ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani kuno yang bermaksud berlebihan. Oleh sebab hiperbola ini berlebihan-lebihan maka gaya bahasa ini dikategorikan sebagai gaya bahasa pertentangan, semua disebabkan ciri atau sifatnya yang jauh daripada gambaran dan hakikat asal. Seperti analogi sikap kita sebagai manusia lah, suka berlebih-lebihan atau orang Inggeris sebut overacting. Masalah kecil sahaja tetapi suka memperbesar-besarkan keadaan, tidakkah hal sedemikian akan mendorong ke arah konflik yang lebih besar dan rumit? Maka sesuailah dikategorikan sebagai sesuatu yang bertentangan dengan hakikat sebenar.

Contoh ayat-ayat hiperbola yang saya petik daripada nukilan puisi dan sumber bacaan penulisan kreatif yang lain.

1) "Mayat menangis di hadapan pintu rumah."

Huraian berdasarkan contoh di atas :

Tahu tidak mayat itu apa? Mayat itu mayat la. Ha! Sudah. 😂

Semua sedia maklum mayat itu ialah manusia yang telah meninggal dunia atau mati. Mati. Istilah mati itu bukankah membawa maksud roh dan jasad itu telah terpisah sesama sendiri lalu bagaimana lagi manusia yang telah mati boleh menangis, bukan?

Jantung sudah berhenti mengepam, nadi sudah berhenti berdenyut maka seluruh tubuh sudah pucat lesi tanpa darah yang dapat dialirkan ke tubuh badan.

Tetapi sebenarnya kan, ini cerita sebenar ya. Jangan ragu-ragu bukan hiperbola tetapi hakikat asal. Ada sahaja mayat-mayat yang pernah terjadi dan dikisahkan di luar sana serta pernah terjadi kepada almarhum ahli keluarga saya sendiri. Air mata mengalir saat mereka sudah tidak bernafas, terbaring kaku di pembaringan, mengalirkan air mata saat dikafankan. MENGALIRKAN AIR MATA ya, mengikut fakta Sains, hal demikian adalah disebabkan otot-otot mata yang bertindak balas secara sendirinya. Mengalirkan air mata dirangkumi oleh situasi menangis yakni cuba mengekspreskan perasaan sedih tetapi menangis yang dimaksudkan di atas itu lebih kepada tangisan yang beremosi sedih dan kecewa . Oleh itu, tidak logiklah jika mayat boleh menangis sedangkan jasadnya sudah tidak diisi dengan roh. Maka disebabkan itulah analogi itu dikatakan hiperbola yakni berlebih-lebihan. Apa yang ingin disampaikan sebenarnya ialah keinsafan atau penyesalan diri si mati yang tidak terhingga sehingga mampu menangis meratapi dosa-dosanya sepanjang dia bernafas di atas muka bumi Tuhan ini. Itu sahaja.

Kenapa mayat boleh mengalirkan air mata?

Hal ini adalah disebabkan berlakunya pengenduran pada kelenjar-kelenjar otot yang ada di dalam tubuh badan maka secara automatik kelenjar air mata menyebabkan air mata mengalir daripada tubir mata si mati.

2) "Akan Ku renang lautan api   demi membuktikan cintaku padamu. "

Huraian :

Ada ke orang yang sanggup berenang dalam lautan api semata-mata demi cinta?

Ada? Tidak mustahil.

Jangan dikatakan hendak berenang wahai sahabat-sahibah sekalian, kita hulurkan kaki ke dalam lautan semarak api itu pun sudah hangus si kaki inginkan pula hendak berenang, belum sempat berenang sudah jadi abu dibawa lahar-lahar yang menggelegak.

Baiklah, maksud ayat hiperbola di atas ialah si pulan ingin menggambarkan betapa dalamnya cinta dia untuk si kekasihnya tersebut

sehingga sanggup merentungkan diri sendiri di dalam lautan api yang sangat panas dan menggelegak. Melampau tidak melampau itu? Kan sudah bertentangan daripada maksud sebenar?

'Sedalam mana pun cinta kita kepada seseorang yang namanya makhluk janganlah sampai mensia-siakan nikmat nyawa yang Allah S.W.T kurniakan. Bersederhanalah kita dalam menyayangi seseorang dan jangan sesekali mencintai makhluk lain lebih daripada dzat Yang Maha Esa kerana sebaik-baik cinta ialah cinta kepada yang Maha Pencipta.'

3) "Jeritannya menggoncang bumi"

Huraian :

Ada ke makhluk yang boleh menjerit sampai berggoncang bumi ini?

Ada ek? Oh ya? Saya tidak tahu la pulak kalau Al-MasihidDajjal sudah keluar sebab makhluk pembawa fitnah ini sememangnya diberi kelebihan oleh Allah untuk menggoncang bumi, bumi sahaja ya tetapi bukan seluruh cakrawala sebab Ya Wahid sahaja yang Maha Berkuasa dan Perkasa untuk meruntuhkan seluruh galaksi dan Dia selamanya tiada tandingan.

Oleh sebab itu, pernyataan yang tidak kenyataan di atas sememangnya bertentangan daripada hakikat yang sebenar, hal ini demikian adalah kerana maksud yang ingin disampaikan ialah jeritan si pulan itu penuh dengan perasaan, samada perasaan amarah, sedih,kecewa,gembira,tertekan atau apa sahaja tetapi kalau sampai dihiperbolakan 'mampu menggoncang bumi' itu makanya lebih kepada jeritan yang terkandung emosi negatif. Kalau orang yang gembira dia tidak akan menjerit sampai nak runtuh bumi tetapi mereka selalunya menjerit diiringi dengan perbuatan terloncat-loncat serta tepuk amai-amai sahaja, sudah terlalu gembiralah kan? Begitulah sikap sesetengah individu apabila perasaan gembira menguasai diri tetapi tidak mengapalah kerana mungkin ada sahaja insan yang terlampau gembira lalu menjerit 'I love You' sehingga bergoncang bumi ini. 😂

Jeritan itu juga boleh dikaitkan sebagai jeritan yang menggerunkan, sebab apabila bumi bergoncang kita akan rasa takut bukan? Eh!eh! Sudah kenapa bumi ini, nak kiamat sudah ke? Ha! Nak dekatlah tu😅

*Dajjal sudah nak keluar , Al-Kahfi ayat 1-10 terawal dan terakhir sudah hafal ke belum?

Macam mana saya tahu? Banyak sahaja petanda yang Allah sudah bagi tidak akan la kamu tidak tahu, apa yang kamu sibukkan dengan hal dunia ini sangat sampaikan tanda-tanda BESAR kiamat sudah muncul pun kamu tidak sedar? Ini lah salah satu tanda-tanda kiamat, manusia lalai dengan dunia, biarpun matahari terbit dari sebelah Barat, yang tidak solat tetap tidak solat, yang suka bermaksiat tetap dengan maksiatnya, yang lalai tetap dengan kelalaiannya.

Maaf, selingan untuk tarbiahkan hati dan muhasabah diri kita.

Okay next!

4) "Biarpun berkecai tulang di badan tetapi menyerah tidak akan sesekali."

Huraian :

Ayat di atas adalah untuk menyatakan betapa kuatnya keazaman si pengungkap kata-kata tersebut dalam memperjuangkan sesuatu iaitu tidak kiralah sesuatu itu samada berjuang di medan perang atau mempertahankan hak dan maruahnya. Apa yang pasti adalah dalam kata-kata tersebut terkandung satu keberanian, matlamat dan usaha yang tidak akan pernah putus. Oleh sebab itulah, bagi menyatakan semua itu,ayat hiperbola sedemikian dibina yakni bagi menunjukkan betapa kuatnya keazaman dan pengorbanan seseorang itu dalam memperjuangkan sesuatu tersebut.

5)"Akan ku tunggu dirimu biar 1000 tahun pun lamanya"

Huraian :

Semua yang baca ini umat Nabi Muhammad S.A.W, bukan? Ada tidak dalam ini umat nabi Isa A.S? Ada tidak?

Kenapa saya tanya soalan sedemikian?

Sebab nabi sendiri telah bersabda yang umur atau hayat umat baginda yakni kitalah hanya antara 60 hingga 70 tahun dan sedikit sahaja yang dapat hidup melebihi 70 tahun kerana nabi sendiri juga wafat pada usianya 63 tahun dan kita ialah umat nabi Muhammad S.A.W maka hayat kita tidak akan sampai pun 1000 tahun melainkanlah kita umat nabi Isa yang sehingga kini masih hidup lagi dan diangkat ke langit oleh Allah sedangkan usianya sudahpun beribu-ribu tahun.

Oleh sebab itu, maka mustahillah jika ada orang zaman ini yang boleh hidup selama 1000 tahun. Ayat hiperbola di atas hanya ingin menggambarkan betapa setianya si individu tersebut sehingga sanggup menunggu kekasihnya atau seseorang yang disayangi sehingga 1000 tahun sedangkan belum tentu lagi pada ketika itu dia masih hidup. Kesetiaan. Itulah nilai dan maksud sebenar yang ingin disampaikan dalam ayat hiperbola di atas.

6) "Hatiku bagai dikunyah-kunyah sehingga lumat."

Huraian :

Ayat di atas membawa maksud hati si pengungkap tersebut terasa sakit melampau. Kalau peribahasa kita boleh jumpa perumpamaan yang berbunyi 'hatinya bagai kaca terhempas ke batu' yakni membawa maksud hati yang remuk-rendam disebabkan rasa kecewa atau kesedihan yang begitu jelas dan ketara sekali.

7) "Tolong keluarkan aku dari neraka ini!"

Huraian :

Ayat di atas adalah untuk menggambarkan betapa perit dan azabnya penderitaan yang dialami oleh individu tersebut sehingga menggelarkan tempat keberadaanya itu ialah neraka sedangkan hakikat yang sebenar kita semua tahu bahawa neraka itu perkara ghaib yang tidak boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia selagi mana kita belum menjengah ke alam akhirat.

8) "Kalau aku tidak dapat hutangku semula,akanku cari kau hingga ke lubang cacing!"

Huraian :

Kata-kata hiperbola di atas adalah untuk menyatakan bahawa individu tersebut benar-benar serius dan bertekad untuk menuntut hutangnya semula dan tidak akan sesekali menyerah untuk mendapatkan semula haknya. Mustahil jika manusia boleh memasuki lubang cacing yang terlampaulah kecil itu sedangkan saiz kita dan cacing jika dibandingkan sangatlah ketara bezanya bagai langit dengan bumi.

9) "Suaramu begitu merdu sekali sehingga malaikat pun pasti terpegun."

Huraian :

Ini juga betul-betul melampau dan memandai-mandai. Individu itu sendiri juga tidak pernah melihat malaikat bagaimana dia boleh tahu yang malaikat boleh terpegun dengan suara si pulan tersebut. Kita sendiri sedia maklum bahawa malaikat ialah makhluk Allah yang tidak mempunyai nafsu tetapi mempunyai iman yang sangat mantap dan tidak pernah turun tahap keimanannya. Mana mungkin malaikat akan terpegun dengan nyanyian kita,manusia walau semerdu mana sekalipun. Kata-kata hiperbola di atas adalah bertujuan untuk menggambarkan betapa merdu dan lunaknya suara si pulan yang dipuji itu.

10) "Lariannya benar-benar seperti kilat yang memintas."

Huraian :

Mustahil jika manusia boleh berlari selaju kelajuan cahaya seperti kilat secara semula jadi tanpa bantuan sebarang objek teknologi moden yang canggih. Selaju mana pun kita berlari tidak akan setanding dengan kelajuan cahaya yang merembat. Kata-kata hiperbola di atas hanyalah ingin menggambarkan betapa lajunya larian tersebut sehingga mampu membuatkan semua orang terpegun dan berasa kagum dengan kelajuan larian individu yang dipuji tersebut kerana amat pantas sekali. Khairul Hafiz Jantan pun tidak selaju kelajuan cahaya lariannya sebegitu juga Hussin Bolt.

Fungsi Gaya Bahasa Hiperbola :

Jika ayat dan kata-kata hiperbola ini semuanya berlebih-lebihan dan melampau sehingga bertentangan daripada maksud dan hakikat yang sebenar,maka mengapakah hiperbola dicipta?

Tujuan gaya bahasa hiperbola dicipta adalah untuk memukau dan menarik perhatian para pembaca sehingga menimbulkan rasa minat yang mendalam dan kekaguman dalam diri setiap pembaca lalu menjadi penggemar bahan bacaan kreatif.

Selain itu, hiperbola juga bertujuan untuk menyampaikan maksud yang mendalam dengan bahasa kiasan-kiasannya atau kita gelar maksud yang tersirat dimana setiap pembaca perlu memahami apa sebenarnya yang ingin disampaikan dalam ayat tersebut dan nilai-nilai serta pengajaran yang perlu kita sendiri cuba untuk singkapkan.

Baiklah,saya rasa itu sahaja perkongsian ilmu daripada saya untuk saudara-saudari sekalian pada malam ini. Sebarang salah dan silap, saya pohon ampun dan maaf. Jika ada ayat yang terkasar bahasa ke saya mohon maaf. Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk  saya persembahkah itu datang daripada diri saya sendiri yang mana asalnya juga datang daripada Allah S.W.T Tuhan yang menciptakan diri ini.

Sebarang persoalan atau apa-apa sahaja nak tegur dan beritahu mengenai ilmu-ilmu di atas yang mungkin ada tersilap fakta atau apa-apa pun,maka jangan segan-silu lah untuk tinggalkan komen ya. Sama-sama kita belajar, sama-sama kita kongsi ilmu,sama-sama kita jadi insan yang berilmu.

Maka saya akhiri majlis dengan Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

* * *

Nota dari 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top