Ghost Writer!


Dari ; amirah1654

Di suatu kerajaan tinggal sepasang suami isteri yang sangat bahagia.Tambah bahagia apabila mendapat si cahaya mata pertama.

"Beta namakan putera kita Jonny"

"Jonny,Jonny," sengaja si maharaja memanggil anaknya yang baru lahir.

"Yes,papa," jawab anaknya.

Pelik bin ajaib apabila si putera mampu bercakap sewaktu kecil.Akibatnya,putera itu dikurung di dalam sebuah istana lama yang dipenuhi arkib-arkib lama kerana mimbang si putera merupakan bala buat negara.

Sejak dari haritu,si putera tidak mampu melihat dunia luar dan menghabiskan masanya dengan membaca.Namun,

"Argh,stress lah aku! Kenapa buku aku pegang selalu hangus!"

"Eh,putera ni sihat ke tak?putera kan manusia separuh api." jawab seekor kucing di situ.

"Macam mana aku kena benda ni?apalah dugaan aku dapat ni," si putera bertanya.

"Sumpahan maleficent," jawab kucing di situ.

"Macam mana kau tahu?" tanya putera itu semula.

"Sebab aku salah seorang dari mangsa sumpahan maleficent," jawab kucing itu.

"Siapa maleficent?"

"Argh,macam mana boleh jadi putera ni!" kucing itu memegang kepala.

" Mak kau lah," tiada lagi istilah putera disitu.

"Omg," si putera tergamam.

X X X X X

Dari : Dhiacandy

Indah mengendap Zahra yang sedang menulis di atas sehelai kertas. Sudah lama, dia perhatikan gerak-geri Zahra namun hatinya tidak tergerak untuk mengetahui apa yang cuba disembunyikan Zahra. Busy!

Ada suatu hari, Indah terlihat Zahra bermain dengan pisau. Ada warna merah seakan darah yang menitik di atas lantai. Terkejut bukan kepalang Indah melihatnya. Namun, tangan Zahra masih kekal menulis. Apa yang cuba dibuat oleh Zahra. Menulis dalam gelap? Gila. Hanya ditemani satu batang lilin.

Alli rakan sekelas Zahra pun tidak faham dengan karenah Zahra. Sampai satu masa Indah menunjukkan rakaman video yang dirakam olehnya kepada Alli. Terkebil- kebil Alli melihatnya. Rasa takut bertandang ke hati.

Hari Isnin, hari yang ditunggu-tunggu Indah dan Alli. Mereka telah bersepakat untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Zahra di atas kertas-kertas itu.

"Zahra, Adam panggil!"

"Jap, nanti saya datang."

Sejurus Zahra keluar dari bilik. Cepat-cepat Alli dan Indah menyerbu masuk. Dicarinya di dalam laci atau lebih tepat disetiap pelosok bilik Zahra.

Akhirnya, Indah menjumpai helaian kertas misteri yang tersimpan kemas di bawah katil.

~saya suka Adam. Dia baik, hensem, tinggi, semua dia perfect melainkan giginya yang terlebih ke hadapan atau lebih tepat jonggang. Kesian dia, asyik-asyik kena buli. Why? Demi cintaku pada dia. Aku sanggup dibuli dan dicemuh tapi apakan daya aku tak mampu nak bela dia. Aku sendiri pun berempat mata. Nerd! Oh diariku, oh kertasku.

Setiap malam, aku suka makan epal. Kulitnya aku buang dengan menggunakan pisau. Ada satu hari, hujung pisau terkena pada cecair sirap ketika aku membuat air sirap. Aku suka tulis dalam gelap sebab tiada yang memerhati. Aduh jauh benar menyimpang.

Persoalannya, macam mana nak confess dekat Adam?~

"Ceh, aku ingatkan apa!"

"Pala bana betul."

"Aku ingat si Zahra saiko. Pftt, luah cinta dekat kertas weh. Misteri, misteri."

"Aku ingatkan apalah."

"Indah, Alli? Buat apa kat sini?"

Serentak Alli dan Indah memandang Zahra.

"Tak ada apa-apa. Kami keluar dulu."

"Arghhh!"

Dua bilah pisau dihala ke perut Indah dan Alli

"Kenapa busy body sangat, hah sayang? Ish, ish. Kan dah mati awal."

Perut mereka berdua ditikam bertubi-tubi oleh ZAHRA.

X X X X X 

Dari : MuimbinaAbdullah

Sekeping kertas dalam genggaman aku. Manusia api.

Oleh kerana aku merupakan manusia api dalam dunia ini, dia dikeji, dicerca, dihina, dicaci dan dimaki.

KEJAM.

DUNIA INI KEJAM.

MENTANG-MENTANGLAH AKU MANUSIA API.

MEREKA MEMANDANG BAGAI ORANG DARI NERAKA.

Itulah ayat yang ditulis aku di atas kertas itu.

Air mata ku mahu keluar, tetapi aku manusia api? Jika keluar apa jadi?

Aku tahan air mata ku sehabis baik, kerana belum pernah air mata keluar dari mataku ini, adakah api mata yang akan keluar? Tidak ku tahu.

Setahun kemudian.

Aku berjumpa seorang manusia biasa. Namanya Alli. Dia tidak memandangku seperti orang lain. Aku dapat lihat pandangannya penuh kasih. Terima kasih Alli.

Setahun kemudian.

Seorang bayi telah dilahirkan menambahkan populasi manusia di muka bumi. Tetapi, yang mengejutkan, anak aku adalah seorang manusia laut.

X X X X X 

Dari : nyvdlca

"Baiklah, kenalkan ini Gory Fred. Dia akan belajar dengan kita." Kata Miss Amy.

Semua mata pelajar di dalam kelas tertumpu ke arah pelajar lelaki yang baharu sahaja berpindah ke sekolah mereka. Rupa pelajar lelaki itu kelihatan sedikit...menyeramkan.

Wajah yang kelihatan cengkung. Badan kurus kering.

"Gory, kamu boleh ambil tempat duduk di sebelah Leya."

Terkejut Leya apabila namanya disebut oleh Miss Amy. Leya memerhati kerusi kosong yang bersebelahan dengannya.

'Alahaiii, tak naklah duduk dengan mamat ni. Muka dia seram bapak macam Momo.' Getusnya di dalam hati.

Gory melabuhkan duduknya bersebelahan dengan Leya. Leya menjarakkan sedikit kerusinya daripada Gory. Rasa seramnya terhadap Gory menggunung tinggi.

KRING!

Bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah tiba. Belum sempat pun Miss Amy mahu menyambung pembelajarannya.

Semua pelajar berlalu pergi meninggalkan kelas untuk keluar rehat. Leya masih berada di dalam kelas bersama-sama Gory dan sekumpulan pelajar lelaki yang nakal.

"Hishh, mana aku letak dompet aku tadi?" Bisiknya seorang diri sambil tangannya menggeledah isi di dalam beg.

"Momo Gory! Apa khabar bro?"

Suara garau milik Harry menarik perhatian Leya.

Harry, Larry dan Garry berkumpul di meja Gory. Mereka menayangkan wajah persis seorang pembuli. Leya tahu akan nasib yang bakal menimpa Gory sebentar lagi.

"Kau adik momo eh?" Tanya Larry sinis.

"Momo~~ do you love me~~ are you flying?~ duduududuu~" sakat Garry kasar.

Mereka bertiga ketawa terbahak-bahak apabila Garry membuat tarian Jeng Jeng Jeng Jeng sambil menyanyikan Momo versi Keke Challenge.

Gory tetap beriak tenang walaupun dirinya dikutuk sebegitu rupa oleh tiga orang pelajar lelaki nakal itu.

'Lebih baik aku berambus sebelum dengan aku aku sekali kena sakat.' Bisik hati Leya.

Leya membuka langkahnya untuk keluar daripada kelas. Tetapi, langkahnya terhenti apabila Harry menarik lengan bajunya.

"Ehh, kau tak nak temankan Momo rehat sekali kah?" Sindir Harry sinis padanya.

"Lepaskan aku lah tak guna! Kau ingat muka kau tu hensem sangat kah nak kutuk muka orang? Muka macam muka unta tua."

'Hehe, sedangkan aku sendiri pun kutuk muka mamat tu tadi.' Sempat hatinya berbisik.

"Apa kau cakap tadi?" Sengaja Harry mahu Leya mengulang semula ayatnya.

"Eh, pekak dah? Itu lah simpan tahi telinga dari zaman purba tak pernah korek lagi." Sekali lagi Leya mengutuk Harry.

Harry hilang rasa sabar terhadap gadis di depannya itu. Tangannya menggenggam penumbuk dan bersedia untuk didaratkan pada wajah Leya.

Dengan sekali hayun sahaja penumbuk itu melekap pada pipi kanan Leya membuatkan gadis itu jatuh terduduk.

"Ergh.." aduh Leya dalam kesakitan.

Darah merah pekat mengalir dari tepi bibirnya yang pecah ditumbuk oleh Harry sebentar tadi.

"Itu lah balasa kau sebab.."

BAKK

Harry tersungkur jatuh di atas lantai kelas. Kepala Harry mengalirkan darah yang banyak.

Leya memandang ke arah gerangan yang memukul kepala Harry menggunakan kerusi besi itu. Ianya seorang lelaki berwajah tampan. Rambut lelaki tersebut meliang-liuk ke kiri dan ke kanan keran Ianya adalah api.

Lelaki itu mengukir senyuman senget ke arah Larry dan Garry yang mulai dirundung ketakutan.

"Cabut!" Jerit Larry kuat.

Namun, pergerakkan Larry dan Garry terhalang apabila sebatang kayu yang sudah dimakan api mendarat didepan mereka berdua.

"I need your blood."

BAKKK

Serta-merta tubuh badan Larry dan Garry tumbang diatas lantai apabila menerima lontaran kerusi besi daripada lelaki misteri itu.

Leya tergamam dengan apa yang dilihatnya.

"Leya, kau okey?" Tanya lelaki misteri itu kepada Leya.

"Kkkau siapa?"

"Gory. Tapi, nama sebenar aku adalah Flame." Flame menghadiahkan senyuman manisnya kepada Leya.

Fuhh, cair kiub ais. Batang lilin pun boleh cair.

Flame mencalitkan sedikit darah yang banyak mengalir pada lantai kelas di jarinya. Leya pelik melihat kelakuan Flame.

Flame mendekati Leya lalu menyentuh pipi Leya yang terdapat kesan lebam akinat ditumbuk Harry. Terasa suam pipinya menerima sentuhan tangan Flame.

Tidak lama kemudian, pipi Leya kembali pulih seperti asal. Rasa sakitnya hilang serta merta.

"Okey?"

Leya hanya mengangguk menjawab pertanyaan Flame.

"Sekarang, kau ikut aku."

Leya pelik.mendengarkan ayat Flame.

Dahi Leya disentuh Flame menggunakan jarinya yang masih terdapat kesan darah. Badan Leya terasa menggigil seperti ada sesuatu yang masuk ke dalam tubuh badannya.

"Roh seorang remaja yang hipokrit adalah kekuatan aku."

X X X X X 

Dari : catrynnnn

"Kau tulis apa tu?"

Balmond menoleh kebelakang dan didapati Freya sedang melihat kelakuannya menulis sesuatu ke atas sehelai kertas itu.

"Senarai nama orang yang akan mati selepas ni." balas Balmond beriak biasa.

Freya mengambil tempat duduk bersebelahan Balmond. Freya masih setia melihat apa yang ditulis Balmond diatas kertas itu.

"Jadi, malam ni kau nak jalankan planlah maksudnya?" Soal Freya.

Balmond mengangguk menandakan 'ya'

Selesai menulis senarai atau lebih tepat plan mereka malam itu, Balmond menyerahkan kertas itu tadi kepada Freya.

Freya sedang menghadam plan mereka untuk malam nanti.

"Kacaklah plan kau. Amacam kau rasa beres tak malam ni?"

"Kalau kita dapat hapuskan semua. Maknanya bereslah tu"

Freya mengangguk dan keluar daripada bilik operasi mereka. Mereka hanya perlu bersedia untuk melakukan rancangan yang telah ditetapkan.

Balmond duduk di kerusi sambil memikirkan apa plan keseterusnya dan secara tiba-tiba Balmond dapat mendengar letupan yang amat kuat daripada luar biliknya.

Balmond bangkit daripada kerusi dan dapati luar kawasan biliknya sudah dimusnahkan menggunakan bom. Disegenap ruang itu, Balmond dapat melihat kelibat Freya yang sudah tidak bernyawa dan disimbahi darah akibat dibom.

Balmond berlari mendapatkan mayat Freya. Freya berada didalam dakapannya. Air mata Balmond gugur.

"Freya, aku akan balas dendam atas kematian kau"

×××

Kertas ditangannya dibakar sehingga lumat menjadi debu.

"Seterusnya, kau Argus." desis Balmond seorang diri.

Balmond hilang setelah api yang marak menjilat badannya. Api yang akan membakar Argus dan dalang-dalang yang mempunyai Freya.




THE END 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top