PROLOG



NUR Arayana binti Sofi Kadir.
Nama panjang aku. Nama pendek pula, Ara aje. Sebenarnya ada sejarah kenapa nama aku jadi Arayana. Mak kata sepatutnya abah daftar ‘Nur Aryana.’ Tapi entah macam mana abah tertulis Arayana. Lepas tu abah malas nak ubah, jadi dia biar aje nama tu melekat kat aku. Aku pun tak kisah dengan nama tu janji sedap disebut.
Dan sebenarnya, aku tak tahu macam mana nak cerita.
Orang kata jodoh ni kalau datang cepat, murah rezeki. Tapi aku rasa macam entahlah... Sebab jodoh aku datang dalam situasi yang agak tak berapa menarik. Tak macam dalam drama TV. Paling tidak pun, kahwin paksa dengan jejaka kaya yang kacak melangit kemudian dari benci, lama-lama menjadi suka.
Tapi kes aku ni, bukan setakat benci, tapi geli!
Dan orang tu bukan orang jauh pun... Abang dua pupu aku sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top