WATAK PERWATAKAN&BLURB


Blurb Belahan Jiwaku
MUHAMMAD AKMAL satu nama yang cukup biasa didengari di mana-mana sahaja. Yang membezakan dengan lelaki lain disekelilingnya, dia hanyalah seseorang yang kurang upaya kategori MD-pelbagai dan LD-pembelajaran. Kekurangan yang ada menyebabkan dia menjadi bahan ejekan juga bulian sesetengah orang yang tahu akan kondisi sebenarnya. Pun begitu, ia tidak mematahkan semangat Akmal untuk teruskan hidup dengan membantu emaknya mengusahakan kebun buah di kampung halaman.
"Mal, terima kasih selalu tolong mak. Mak sayang Muhammad Akmal. Mal satu-satunya anak mak yang mak ada. Jangan tinggalkan mak ya, sayang..." -FARIZAH
"Baik, mak... Mal... Mal pun sayang mak. Mal tak tinggal mak. Janji."-MUHAMMAD AKMAL
Bahagia yang dikecapi hanya seketika cuma apabila dia dan si ibu dilanggar tanpa sengaja sehingga terlantar di hospital. Farizah mati di tempat kejadian tanpa sesiapa tahu insiden yang berlaku. Si pelanggar lari berjaya lepaskan diri dari tertangkap tetapi hidupnya tidak tenang dek terganggu dengan bayangan tragedi yang berlaku sehingga syarikat modelingnya turut lingkup.
Dek tidak tertahan dengan bayangan-bayangan yang mengganggu, dia akhirnya membongkarkan kepada kedua orang tuanya amat mengejutkan mereka. Lantas, dia diugut.
"Papa nak Khayra nikah dengan budak laki tu kalau tak nak meringkok ke dalam penjara! "-TUAN KHALIS
"Apa? No, papa! Khayra tak nak nikah dengan si bebal tu!"- NUR KHAYRA KARISSA
"Pilih satu antara dua, nikah atau penjara?"-NUR KAYSA KAISARA
“Aku akan pastikan hidup kau musnah, Khayra!”-DZIL ISYHAD
Oleh kerana tersepit dengan keadaan serta ugutan kakaknya Nur Kaysa Kaisara juga Dzil Isyhad kekasihnya, Khayra terpaksa setuju menikah dengan Akmal.
Akmal si dungu itu turut setuju menikahi gadis yang tidak dikenali kerana mempercayai tipu helah Tuan Khalis mengatakan arwah emak mahu mereka berdua dinikahkan. Kisah pahit getir bermula tatkala bahagia yang diharapkan, nista yang dilemparkan si Khayra. Adakah sinar bahagia di hujung nafas Muhammad Akmal?
“Aku terpaksa nikah dengan kau. Kau perlu tahu dalam lubuk hati aku paling dalam... untuk bersuamikan si terenjat macam kau, takde dalam kamus hidup akulah, Akmal!”-NUR KHAYRA KARISSA
"Mal mintak maaf kalau Mal tak sempurna di mata Khayra."-MUHAMMAD AKMAL
Masihkah ada sayang di hati Akmal buat Khayra andai tahu kebenaran gadis itu punca kematian ibunya? Masihkah ada penyesalan di hari Khayra tatkala dia diselamatkan dari mati terbunuh oleh Akmal? Lelaki itu menjadi mangsa korban. Akmal mati atau hidup hanya Belahan Jiwaku mampu menjawabnya.
🌺🌺🌺🌺🌺
Watak perwatakan...

🌸Muhammad Akmal(Yang terpuji, sempurna, sangat pandai)
🌸Usia 26
🌸OKU kategori MD(Pelbagai) dan LD(pembelajaran)
🌸lurus, tulus, rajin dan sangat menyayangi serta mentaati ibunya.
🌸Tinggal bersama ibunya serta hanya mampu bantu ibunya Puan Farizah mengusahakan kebun buah-buahan peninggalan arwah abahnya juga menjual di pasar pagi.

🌺Nur Khayra Karissa(Cahaya kebaikan kesayangan)
🌺Usia 25
🌺Ikon fesyen termuda dan terkemuka
🌺Angkuh, tidak suka dengan perkara remeh-temeh. Setia. Dunianya hanyalah kerjaya.

🌸Dzil Isyhad(Yang punyai penyaksian)
🌸Usia 26
🌸Mulut manis, hipokrit, komited dalam kerja.
🌸Pelabur terbesar hartanah dan memiliki aset bersih sebanyak myr60b hasil dari industri perbankan, hartanah dan makanan. Mengalahkan taikun terkaya di dunia.
🌸Kekasih Khayra.

🌺Luna Leisha(bulan pelindung)
🌺Usia 25
🌺Lemah lembut, penyayang dan rela berkorban
🌺Anak kepada ahli perniagaan tersohor
🌺Tunang rasmi Dzil Ishyad

🌺Nur Kaysa Kaisara(Cahaya berani permaisuri)
🌺Usia 27
🌺Kakak Khayra
🌺tegas, penyayang dan bertimbang rasa.
🌺pemilik kedai bunga serta dekorasi dalaman rumah
🌺Janda cerai hidup angkara suami curang.
🌺Tinggal sebumbung dengan kedua orang tuanya.

🌺Farizah(Jelas)
🌺49 tahun
🌺Ibu Akmal.
🌺Sangat menyayangi anaknya. Bersifat pelindung. Reda dengan ketentuan Ilahi.
🌺Pengusaha dan penjual buah.
➡️update 7 oct 2022
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top