PUSARA CINTA
🌸Wahai sang bulan penghias cakerawala
Datanglah menjemput rindu buat yang tercinta
Hapuskan gerhana yang membawa segala duka
Hadirkan nyaman berselimutkan suka bahagia
Agar mutiara jernih tidak jatuh di hujung pusara🌸
(Akmal dan Khayra)
❤❤❤
SELESAI sahaja urusan pengebumian jenazah Farizah, Tijah dan Leman bergegas ke hospital bersama Don yang lambat terima berita duka itu dek kesibukan dengan urusan peribadinya. Kekesalan menghimpit jiwa dengan kemalangan yang melibatkan Farizah juga Akmal. Andailah dia menghantar mereka pulang terlebih dahulu, tentu kejadian ini tak akan terjadi.
Akmal yang terlantar dicermati wajah pucat itu lama. Apa yang doktor khabarkan tentang Akmal jatuh tangga, buat hatinya dipalu sayu. Don tidak habis mendoakan insan istimewa itu agar cepat pulih. Pemuda itu dalam keadaan dipasung dan masih tidak sedar sejak jatuh pengsan.
Ada bunga-bunga kebimbangan di kelopak hati Tijah dan Leman tika ini.
“Tentu dia cari mak dia sampai jatuh tangga.” Tijah membuat spekulasi.
“Saya menyesal sebab tak hantar arwah Kak Zah dengan Akmal balik semalam. Kalaulah saya endahkan permintaan Mal yang nak mandi sungai tu, tentu semua tu tak jadi. Saya rasa bersalah sangat. Sebab sayalah, Akmal tinggal sebatang kara.” Don tunduk tenung kaki, kesal.
“Benda dah nak jadi, halang macam mana sekali pun tetap akan jadi kalau itu kehendak Allah. Bukan disebabkan kamu, Don. Dan lepas ni... Abang Man harap kita semua sama-sama tengokkan Akmal. Bantu dia meneruskan perniagaan buah maknya tu. Kita tak boleh biarkan dia.” Leman menepuk perlahan bahu Don.
“Kak Tijah nekad nak jadikan Akmal anak angkat andai takde saudara mara yang datang ambil dia nak jaga dia.” Tijah menyampuk, menyuarakan hasrat hatinya.
Don mengangguk setuju. Akmal patut diberi perhatian. Dia sendiri akan lindungi Akmal nanti demi menebus rasa salahnya dengan kecelakaan yang menimpa kedua beranak itu. Dia berharap isterinya tiada halangan nanti jika dia lebihkan perhatian terhadap Akmal.
“Hnh... hm...” Terdengar satu suara menghapuskan perbualan mereka. Tubuh Akmal bergerak-gerak mahu bebaskan diri dari pasungan sebaik tersedar.
“Lepas! Lepas ah!” Akmal meradang lagi.
“Doktor, tolong bebaskan dia doktor!” Don memanggil doktor, mahu Akmal dibebaskan. Tidak tergamak di hatinya melihat Akmal dalam pasungan sebegitu. Dia manusia bukan binatang untuk dibungkus bagaikan mayat.
Dr. Amran terpaksa membuka pasungan Akmal setelah lelaki itu berjanji tak akan mengamuk lagi. Dengan syarat membawa dia temui emaknya. Mereka terpaksa setuju kerana risau jika Akmal buat hal lagi dengan menghilangkan diri.
Mahu tak mahu, Akmal dibawa ke pusara si ibu tercinta menggunakan kerusi roda hospital oleh Don, Leman dan Tijah setelah mendapat kebenaran pihak hospital.
“Mak? Ma... mana mak? Mak!” Akmal tercari-cari emaknya yang tidak kelihatan di situ.
“Mal, ni rumah baru mak Akmal...” maklum Don perlahan-lahan cuba fahamkan anak muda itu bahawa ibunya sudah tiada.
Pandangan Akmal jatuh ke arah tanah kubur yang masih merah. Tiada kata yang mampu terluah dari mulutnya. Diam memerhati dengan renungan kosong. Lama begitu sehingga mereka habis membaca yasin dan surah-surah untuk disedekahkan buat arwah, barulah dia meletuskan kuntuman bunga kecil suaranya.
“Mak mana?” soal Akmal tegas.
“Mal... mak kamu dah pergi ke syurga. Allah dah jemput dia dulu,” jelas Leman tenang.
Lama Akmal diamkan diri dan kembali bersuara. Ada intonasi protes dalam nadanya.
“Janji... takkan tinggal Mal. Janji... takkan tinggal mak. Mal janji!” Dia tepuk-tepuk dada sendiri dari perlahan bertukar semakin kuat pukulannya. Memerah matanya.
“Janji tak tinggal Mal. Janji tak tinggal mak. Janji pergi syurga sama-sama. Tipu! Tipu! Mak... tipu!” Dengan semena-mena Akmal membentak-bentak secara kasar sampai terjatuh dari kerusi roda merisaukan mereka yang ada. Lekas mereka bangunkan dia dari terbaring atas tanah kerana kaki yang patah.
Akmal menolak mereka semua yang cuba bangunkan dia. Dia berusaha heret tubuh memeluk kubur itu dan tiba-tiba mengais tanah laju-laju.
“Ya Allah Akmal! Apa kamu buat ni? Cukuplah tu. Bertenang, Mal! Sabar... kita semua akan masuk syurga nanti. Sabar Mal... ” Don menarik belakang tubuh Akmal dan memeluk tubuh itu dari belakang. Jenuh hendak redakan amukan anak muda itu.
Ada manik putih menempias pipi Tijah dan Leman menonton situasi Akmal tika itu. Setelah puas menenangkan Akmal, mereka membawa dia pulang ke rumah kerana dia berkeras tidak mahu kembali ke hospital.
Pujukan Tijah dan Leman yang mahu Akmal tinggal bersama mereka tidak diendahkan lagi. Mereka terpaksa akur dengan kehendak pemuda itu.
🌸🌸🌸🌸
DUA malam Khayra bersembunyi dalam bilik hotel, malam ini baru dia ada kekuatan untuk hidupkan semula telefon pintarnya.
Beratus notis panggilan masuk dari setiausaha juga keluarganya. Panggilan dari Dzil pun ada? Gelora perasaan kian berkecamuk. Dalam meladeni perasaan, telefon bimbitnya berbunyi tanda ada yang menghubungi. Gelodak resah di dalam dadanya berombak kencang saat terpapar di skrin perkataan my love papa.
Lambat dia menjawab panggilan itu sesudah mengumpul semangat ke dalam diri. Tidak mahu papanya berasa curiga dengan kegugupannya nanti.
“Hello, assalamualaikum papa...” Khayra cuba mengawal sehabis baik nada gelisahnya.
“Hello, waalaikumussalam Khayra.” Jelas suara kerisauan di sebelah sana.
“Ya... pa?”
“Apa ya... pa? Khayra buat apa sampai tak jawab langsung panggilan papa dengan kakak sejak semalam lagi?”
Persoalan Tuan Khalis membisukan Khayra sejenak. Cuba mencari alasan agar lelaki itu tidak terhidu apa yang cuba disembunyikan.
“Khayra sibuk dengan kerjalah papa.” Hanya alasan itu yang mampu terlintas di fikiran.
“Sibuk dengan kerja? Setiausaha kamu si Fatini tu contact papa bagitahu kamu tak masuk ofis hari ni. Sejak semalam kamu off phone sampai beberapa klien kamu cari kamu. And now, kamu boleh tipu papa mengatakan yang kamu sibuk kerja?”
Khayra mereguk liur. Papanya sudah tahu dia tak masuk kerja. Fatini pun satu hal. Kecoh sangat apa hal. Api kemarahannya mula merongga ke dalam diri terhadap setiausahanya.
“Em... sebenarnya Khayra rest di sebuah tempat untuk tenangkan fikiran. Nanti Khayra balik okey papa. Don’t worry about me. Bagitahu kakak dengan mama, Khayra okey je ni. Cuma Khayra perlukan me time. Sendirian. Harap papa faham. Take care, bye papa!” Cepat-cepat matikan talian demi tidak mahu disoal siasat lebih lanjut oleh papa sendiri. Bimbang jika rahsianya pecah.
Lama dia termangu menghadap luar jendela.
“Khayra, kau tak boleh terus berkurung macam ni. Lagipun, kemalangan tu takde siapa pun yang nampak. Hanya kau sorang je tahu. Lebih baik kau keluar dan teruskan hidup kau tanpa fikirkan apa yang jadi semalam. Kerjaya kau lebih penting sekarang. Klien kau semua jutawan. Kalau kau abaikan dorang macam ni, alamatnya lingkup bisnes kau. Kau dah sampai ke tahap ni, takkan kau nak musnahkan kerjaya kau semata-mata sebab kejadian semalam? Tapi... macam mana kalau dorang masih hidup dan tahu siapa yang langgar dorang?” Dia ramas rambut. Kejadian semalam kembali menggamit kerisauannya.
“Ah, tak mungkin dorang nampak dan tahu siapa yang langgar dorang sebab aku langgar dari belakang dorang. Bukan dari depan. Dorang terus tercampak dalam semak dan tak sedarkan diri. Mustahil boleh tahu siapa yang langgar dorang, kan? Ya, dorang takkan tahu. Jadi, aku boleh bangkit dan teruskan hidup aku. Lupakan apa yang jadi semalam. Ya, aku kena keluar dari sini.” Khayra tidak lengah-lengah lagi terus bersiap kemas dan keluar dari situ kembali ke rumah keluarganya.
Dia cuba sehabisnya melupakan insiden yang berlaku tanpa memikirkan keadaan mangsa yang dilanggar.
“Adik jangan buat kitorang risau boleh tak? Budak bertuah ni!” Kaysa memeluk Khayra sebaik adiknya pulang.
Khayra lemparkan senyuman manja buat si kakak. Tidak mahu tampak resah pada wajah. “Sayang jugak kakak dekat adik ek?”
“Mestilah!” balas Kaysa senada.
Ketawa mereka bersatu.
“Peluk kakak je? Mama? Kita ni risau dekat dia bagai nak rak. Tahu tahu je menghilang tanpa khabar berita. Suka buat hal betul anak bungsu mama ni,” leter Puan Dayyan bersama mimik gusarnya.
“Ala mama ni... Khayra kan dah balik ni. Janganlah risau lagi.” Khayra dapatkan mamanya dan mereka berpelukan. Bahagia terasa.
Tuan Khalis yang baru turun dari bilik usai solat isyak, hanya geleng perhatikan aksi pelukan anak-anak dan isterinya.
“Anak bertuah papa sorang ni memanglah suka buat orang risaukan dia.”
Ya, bahagia. Khayra bahagia di atas penderitaan orang lain, mampukah bahagia itu terus bersamanya sehingga ke akhir hayat?
21 oct 2022 updated wattpad
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top