MIMPI
🌺Setiap orang memiliki mimpi namun tak semua orang yang bersedia bangkit dari tidur agar mimpinya itu terwujud🌺
🌸🌸🌸🌸
“MUHAMMAD AKMAL.” Seruan satu suara menjuluki gegendang telinga Akmal memerangahkan lelaki itu yang tengah melamun jauh di tebing sungai.
Dia mencari seraut sang pemilik suara dan anak mata hitam biji saganya itu terhunjam pada susuk tubuh seseorang yang amat dirinduinya. Sengihan ceria terlukis jelas pada wajahnya.
“Abah?” Hanya itu yang mampu menyusul keluar dari rekahan bibir Akmal.
Abahnya turut membalas senyuman si anak lalu berlalu duduk di sebelah.
Lelaki itu bertanya khabar Akmal dan Farizah. Akmal gembira kerana perkataan cacat yang didakwakan oleh budak-budak kampung tentang abahnya itu, jauh menyimpang. Jelas di mata Akmal, abahnya tidak cacat. Dia seseorang yang normal. Di mana cacatnya? Dia tidak temui itu dalam diri lelaki yang dirindui di hadapan mata ini.
“Abah, mak betul. Abah tak cacat. Budak-budak tu yang gila. Depa yang buta kan abah kan?” kata Akmal masih bengang dengan mereka yang menghina bapanya itu.
Ahmad senyum mengangguk mengiakan kata Akmal. “Biarlah apa orang nak kata. Yang penting sabar. Allah sayang orang yang sabar, Mal.”
Lelaki itu mengusap sayang belakang tubuh Akmal.
Tidak lama di situ dia minta diri dan pesanan terakhir sebelum menghilang di balik kabus pagi, buat mata Akmal berair berasak-asak tanpa henti. Senyuman cerianya mati semerta.
“Akmal satu-satunya anak abah, jaga diri dan emak baik-baik. Jangan mudah percayakan orang. Jangan mudah disakiti dan tersakiti. Abah pergi dulu. Abah tunggu Mal dan mak di sana. Abah sayang kamu berdua.”
“Abah!” Akmal terjaga dari tidurnya dan melingas pandang ke sekitar. Bayang lelaki itu sudah tiada. Nafasnya seakan semput.
“Abah? Tunggu!” Dia tidak berputus asa memanggil abahnya sehingga keluar bilik. Habis satu rumah digeledah.
Dia berlari keluar rumah dalam keadaan gelisah. “Abah?”
Farizah yang baru selesai solat subuh tergesa-gesa keluar dari bilik tidurnya apakala terdengar suara teriakan Akmal. Sorotan matanya dapat menangkap kelibat Akmal berlari keluar dari rumah dalam keadaan hujan lebat. Lantas, dia mengejar si anak. Bimbang terjadi apa-apa terhadap anak istimewanya itu nanti. Lagi haru.
“Mal! Nak pergi mana tu?”
Akmal masih lagi berlari anak mencari abahnya. Tidak lelah dalam seakan anak-anak kecil merindukan bapanya.
“Abah! Jangan... jangan pergi!”
Farizah tidak lengah membiarkan si anak makin jauh, memantaskan langkahnya dan sempat menarik belakang baju Akmal sehingga jatuh terlentang atas jalan. Puas Farizah bergelut di situ menahan Akmal dari lari lagi. Sudah masak tiap kali mimpi abahnya, perkara begini akan terjadi.
“Mal! Tenang sayang! Tenang...”
“Abah! Tu abah!” Akmal menuding ke arah sesuatu di hadapannya sambil mahu melucutkan tubuhnya dari pelukan si ibu atas jalan.
“Abah dah takde, Mal. Tolonglah jangan buat mak sedih macam ni...” Dalam desiran hujan kedengaran sayup tangisan si ibu bila anaknya menyebut perihal bapa yang telah tiada. Meruntun kalbu wanita itu.
“Mak! Abah tu mak. Abah! Abah jumpa Mal tadi. Abah!” Akmal mahu pergi lagi tetapi ditarik Farizah ke pelukan kuat. Basah lencun mereka bermandikan hujan.
“Mal, Mal lupa ke abah dah takde. Abah dah meninggal 4 tahun lepas.”
“Tak! Abah ada. Mal tahu. Abah ada! Tu abah!”
“Ya Allah, Mal... sudahlah tu. Jom kita masuk. Mak tahu Mal rindu abah. Jom kita masuk rumah kita doakan abah ya sayang,” pujuk Farizah dan akhirnya berjaya membawa Akmal masuk ke dalam rumah semula.
Demam lelaki itu gara-gara mimpi yang bertandang. Mimpi rindukan abahnya.
“Ya Allah, tabahkanlah aku... sihatkanlah aku supaya aku boleh jaga anak aku dengan baik. Supaya dia tak tersakiti. Lindungilah dia, Ya Allah... ” Farizah mencium dahi anaknya Akmal yang terbaring lemah atas katil.
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
KHAYRA yang menyerlah dalam busana mewah di Amerika(US), berjaya melonjakkan perniagaannya. Ekoran pengukuhan ekonomi di negara itu.
Semenjak putuskan hubungan dengan jejaka hot Dzil Isyhad si pelabur terbesar hartanah dan memiliki aset bersih sebanyak MYR60B hasil dari industri perbankan, hartanah dan makanan, rezeki Khayra bertambah.
Bagi Khayra, ugutan Dzil tempoh hari yang mahu jatuhkan dia hanyalah sampah. Langsung tidak berbekas di hati. Dia mampu bangkit di atas kaki sendiri. Kalau nak ikutkan, dia bukanlah dari keluarga yang miskin. Hanya papanya sahaja yang tidak mahu manjakan anak-anak dengan gelimpangan harta. Lelaki itu mahukan anak-anak hidup berdikari dan berjaya cipta nama atas usaha sendiri.
Kini, Khayra telah berjaya membuktikan kepada keluarga yang dia mampu miliki kerjaya sendiri bukan atas bantuan kedua ibu bapanya. Walau dia akui, Dzil yang bantu dirinya pada awal-awal. Setelah itu, semua usaha dia sendiri bukan lagi bantuan lelaki itu. Untuk apa dia khuatir lagi jika kerjaya musnah disebabkan lelaki itu? Hmph! Rengus Khayra sendiri.
Malam itu, senyuman Khayra tidak lekang meriasi bibir ketika dirinya diserbu beberapa wartawan dari pelbagai media yang mahu temu ramah dengannya setelah kembali ke Malaysia. Bangga diri itu yang pasti. Jika Dzil lihat dia waktu ini, menangis tak berlagu. Betapa dia mampu hidup dengan gah tanpa si hipokrit itu. Huh! Khayra mendengus suka.
“Kalau boleh kami tahu, bagaimana dengan rekod tahunan jualan Miss Carissa di seluruh negara pada tahun ini?”
“Dan apa perancangan Miss Carissa pada masa akan datang sebagai ikon fesyen muda yang terkenal pada abad ini?” Soalan yang diajukan beberapa wartawan yang hadir dijawab Khayra dengan tenang sambil diawasi dua orang pengawal peribadi berbayarnya. Demi keselamatan gadis itu.
“Saya merekodkan peningkatan tempahan sebanyak 100 peratus untuk musim luruh 2022 berbanding 2021. Saya menerima banyak tempahan dari pelanggan termasuk dari jutawan wanita juga jutawan lelaki sepuluh variasi baju musim panas serba mewah.” Dia mengulas mengenai fesyen terbaharunya pada Minggu Fesyen Malaysia di Grand Ballroom, Bangi.
Semua ilham itu tercipta hasil dari Yves Saint Laurent dan mereka semula mengikut kegemarannya.
“Pada masa akan datang saya dah membuat perancangan untuk mencipta empat puluh keunikan produk mengikut variasi musim bunga versi Inggeris. Warna pilihan saya akan datang adalah warna-warna yang cerah. Saya harap ia mendapat sambutan tinggi di pasaran menerusi Boutique Collection nanti.”
“Sama seperti tahun-tahun sebelum ni saya berjaya cipta nama dengan jualan paling tertinggi kerana keunikannya. Yang penting semua tu atas usaha saya sendiri dan jangan sesekali jadi hipokrit untuk kepentingan sendiri!” sambung Khayra. Sengaja ayat akhir itu ditekan dengan harapan, Dzil akan mendengarnya.
Apa yang diulas gadis itu membuat mereka yang menemuramah dirinya amat teruja untuk menanti keluaran produk akan datang.
Dzil yang sedang menonton siaran langsung di kaca TV babak Khayra ditemuramah seorang diri, senyum dongkol.
“Angkuh betul kau, perempuan. Kau tunggulah nasib kau akan datang macam mana. Aku akan pastikan kau tersungkur dan merayu aku untuk bantu naikkan kau semula. sebab aku dah tak sabar nak meludah muka kau!” Dzil tekad. Tidak peduli jika dialah punca gadis itu pergi meninggalkannya. Hatinya tidak puas melihat kesenangan orang yang dicintai atas asbab pipinya disentuh dengan tamparan wanita itu. Sungguh tercalar maruahnya diperlakukan begitu oleh wanita biadab.
“She’s so rude!” Ungkapan itu laju menulusuri keluar dari belahan dua ulas bibir kecilnya.
🌸🌸🌸
Update 8 oct 2022
Selamat membaca uols. Thanks sudi membaca naskhah baru saya... Jangan lupa tekan butang bintang di bawah tu😘😍
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top