EMOSI

🌺Hidup ini ibarat perang.
Jika ingin menang, terus bangkit menentang. Jika lemah dalam berjuang, dengan mudah mati terlentang!🌺

🌸🌸🌸

EQ Hotel Kuala Lumpur

"HEBAT Mr. Dzil Isyhad kita sekarang. Apa rahsia kejayaan Mr. Dzil untuk capai ke tahap ni dalam bidang hartanah? Kongsi la sikit." Dato' Seri Wan Cik cuba mencungkil sedikit rahsia kejayaan Dzil pelabur termuda.

Dzil menyurihkan senyum nipis sambil membetulkan suite greynya.

"Haih dato' seri... dato' seri orang yang lebih berpengalaman boleh tanya saya yang masih mentah ni pulak?"

Dato' Seri Wan Cik senyum. "Tak salah kalau yang berpengalaman ni nak menambahkan ilmu dalam bidang pelaburan dari yang lebih berjaya, kan?"

Dzil angguk lalu menyandar di kerusi dengan gaya santainya.

"Baiklah. Benda simple je dato' seri. Untuk berjaya dengan mudah macam saya, dato' seri kena tahu strategi pelaburan hartanah yang boleh bawa keuntungan kepada dato' seri tu dulu. Baru boleh berjaya."

"Itu saya dah kaji dari awal. Cumanya, saya nak tahu strategi lain yang mungkin boleh datangkan lebih keuntungan kepada saya nanti." Dato' Seri Wan Cik makin teruja sehingga mendekatkan kerusinya dengan Dzil.

"Seperti yang dato' seri tahu, pelabur hartanah majoriti mengejar sekunder dan subsale. Tapi era 2022, minat pelabur dah berubah ke arah luar dari Lembah Klang sebab di luar sana destinasi lebih banyak yang popular untuk pelaburan alternatif." Dzil berjeda.

"Betul. Saya pun sekarang lebih berminat ke arah kediaman servis, hotel, fleksibel, rumah persaraan dan data sebagai pelaburan alternatif. Kebanyakan pelabur sekarang tumpu ke arah tu sebab ia lebih mendatangkan keuntungan." Dato' Seri Wan Cik mempersetujui kata-kata Dzil.

"See, dato' seri sendiri dah sedia maklum tentang tu." Lebih melebar senyuman Dzil.

"Jadi, takkan itu je rahsia kejayaan kamu, Mr. Dzil? Saya percaya, pasti ada cara lain lagi yang kamu lakukan betul tak?"

"Saya akan kongsikan dengan dato' seri hari ni tapi... " Dzil perlahankan suaranya sambil matanya meneroka ke sekitar, cuba awasi sekitar kerana tidak mahu ada yang pasang telinga curi dengar.

"Tapi apa tu, Mr. Dzil?" tanya Dato' Seri Wan Cik, ingin tahu.

"Serahkan separuh dari aset industri perbankan dato' seri kepada saya. Setuju?" Syarat yang dikenakan Dzil agak keterlaluan.

Membulat besar mata Dato' Seri Wan Cik. Terkelu sebentar. Air mukanya nampak kelat berjaya menerbitkan sengihan plastik Dzil.

"Saya tak mintak banyak pun dato' seri. Secebis dari aset dato' seri je. Secoet tu dato' seri bagi saya, dato' akan dapat pulangan bergunung-gunung keuntungan. Fikir betul-betul, bakal bapa mentuaku..." Sengaja Dzil menggunakan perkataan 'bakal bapa mentuaku' di hujung ayatnya untuk memancing lelaki itu agar menyetujuinya.

Beberapa saat berfikir, Dato' Seri Wan Cik memberi kata putus. "Baik. Saya akan tunaikan syarat Mr. Dzil tu. Tapi, dengan syarat jugak..."

Dzil angkat kening, tanda bertanya 'apa?'

"Nikah dengan Luna hujung bulan ni." Bagaikan tercekik halkum dengan syarat yang dilontarkan Dato' Seri Wan Cik terhadapnya.

Si tua itu lebih licik dan telah mengatur lebih awal strategi untuk kenakan Dzil. Dzil perlu bersedia dan berlagak tenang di hadapan bakal mentuanya itu. Nikah jelah apa susah. Aku rasa tak nak pakai, aku buang jelah minah tu. Dia tu ibarat kain buruk aku je. Takde nilai pun. Getus hati kecil Dzil dengan seriuskan muka.

"Baik, saya setuju!" Akhirnya, Dzil dan Dato' Seri Wan Cik jabat salam dengan perjanjian syarat yang dimeterai.

"Sekarang dedahkan rahsianya," pinta Dato' Seri Wan Cik dengan memaniskan mukanya. Begitu juga Dzil.

"Ramai pelabur yang tak tahu teknik ni. Tapi ramai jugak yang guna teknik ni, mereka berjaya macam saya iaitu teknik sublet."

"Sublet?"

"Nak tahu intinya? Buka telefon tu, search google. Cari dalam tu. Mudah, kan?" Kata-kata Dzil kedengaran agak biadab kerana dia tahu, si tua itu juga ada agendanya sendiri mahu nikahi anak terburu-buru. Dia hanya ikut rentak permainan lelaki itu buat masa ini.

     “Kamu jangan cuba kuban-kuban, Mr. Dzil. Kamu tahu apa akibatnya bermain dengan api?” Air muka Dato’ Seri Wan Cik menterjemahkan keraguannya.

        Dzil senyum lagi mendepani sikap skeptis Dato’ Seri Wan Cik lalu bangun berdiri. Tangannya naik memegang bahu lelaki itu.

      “Jangan sembang karilah dato’ seri. Pernah ke dato’ seri dengar, api takut bermain dengan api? Kalau ia bergabung meletup dan... bom!” Dia membuat gaya meletup dengan mulut sendiri. Seakan mempermainkan lelaki itu menambahkan kebungkaman di sanubari lelaki separuh usia itu.

        “Tapi, ingat... kalau tak berhasil... jangan mimpi separuh dari aset tu jadi milik Mr. Dzil.”

         Dzil mengembalikan keseriusannya dan menunduk sedikit membisikkan sesuatu ke cuping telinga Dato’ Seri Wan Cik.

      “Yang dato’ seri perlu risaukan pasal anak dato’ seri si Luna Leisha tu. Oh ya, dato’ seri jangan lupa sediakan dokumen perjanjian kita sekali dokumen aset penting tu semua tau. Jangan buat saya tunggu lama sangat sebelum pernikahan dengan Luna dibatalkan serta-merta. Dato’ seri pun tahu apa akan jadi kalau pernikahan tu terbatal, kan?” Dzil tegakkan tubuh semula dengan jatuhkan tangannya dari memegang bahu lelaki itu dan angkat kaki.

      “Sublet pun tak tahu? Sub-sewa atau sewa atas sewa. Itu cara pelaburan yang menguntungkan. Orang buat pelaburan. Dia nak buat pelaburan. Tapi, bodoh dalam mengatur strategi, hmpf! Benda kecil macam tu pun tak tahu, macam mana nak berjaya? Tapi, pelaburan aku bukan setakat sublet tu. Banyak lagi strategi lain yang aku dah buat untuk sampai ke tahap ni. Sublet tu tip celah kuku je untuk budak budak baru nak belajar.” Sukma Dzil mengutuk lelaki itu.

       Tinggal Dato’ Seri Wan Cik sendirian bengkak hati dek terkesan dengan ugutan Dzil.

       Dzil bertembung dengan kedua ibu bapanya yang baru tiba. Dia meminta diri membiarkan mereka di situ dan segera turun mengarah ke kereta.

       Dzil memandu pulang sendiri tanpa pemandu peribadi. Dia datang ke situ pun kerana Dato’ Seri Wan Cik sendiri menjemput dia ke situ mahu bincangkan hal kerja sekali pernikahan anaknya. Bukan dia tak tahu muslihat lelaki itu.

        Pemanduannya dilencongkan ke arah laluan lain dan berhenti di kawasan Bukit Kiara Residence. Kepalanya mendarat di kepala kusyen kulit kereta dengan ekor mata memanah ke arah sebuah banglo di hadapannya. Dia cuba hubungi seseorang, hanya operator yang tolong jawabkan.

       “Such a bitch!” Dia tunduk muka bersama keluhan rindu.

        “I miss you... Nur Khayra Karissa.” Kenangan dan harapan yang dibina berkecai sudah berpunca dari keegoannya sendiri.

            🌺🌺🌺🌺




BINTIK-BINTIK peluh bercambah di sana sini di tubuhnya disebabkan lelah berlari dikejar suara-suara yang mengerikan. Bukan itu sahaja, bayangan mangsa kemalangan beberapa hari lalu ada di mana-mana tempat dia pergi. Sungguh menakutkan sehingga dia jatuh tersembam atas tanah dalam kawasan tak berorang.

       Dia angkat muka dan terkejut lagi besar tatkala seorang lelaki berlumuran darah sedang mengheret kaki yang terkulai sebelah kanan mendatanginya.

        “Kau pembunuh mak aku! Kau patut mati!”

          Lelaki itu angkat pisau sabit di tangan mahu melibas Khayra dan gadis itu menjerit sekuat hati.

        Buk!

        Khayra tergolek jatuh katil dan tersedar dari dibunuh. Nafasnya berlumba-lumba keluar. Ternyata, dia hanya bermimpi. Puas dia beristighfar beberapa kali sehingga bunga ketenangan mengembang di hati.

        Oleh kerana sibuk dengan projek rekaan terbaru telah melesukan tubuh Khayra sampai terlelap di meja kerja.

      Dia pandang belakang, Kaysa sudah terlelap atas katil. Bibirnya menyulam secebis senyuman.

        Lehernya yang terasa lenguh diurut dengan jemari seketika dan bangkit menuju ke arah cermin tingkap. Wap yang memperasit kaca jendela digosok-gosok dengan lengan baju. Dari tingkap itu pandangannya ditebarkan keluar, jauh ke arah jalan dari tingkat dua. Sinaran matanya yang semakin layu itu tertancap ke arah Bugatti Divo blue racing parkir tidak jauh dari banglo itu.

      “Dzil Isyhad? Apa dia buat dekat luar tu?” Dia terus bersua dengan Dzil dek kebuncahan hati jikalau lelaki itu membuat kacau-bilau.

         Khayra mengetuk pintu kereta menjentatkan tubuh Dzil yang menyandar di kerusi kereta. Lelaki itu menjenguk ke luar tingkap kereta lantas mengorak senyum terpandangkan figura apati Khayra. Langsung dia membuka pintu bersemuka dengan gadis yang dirindui.

         “Khayra... baby... i miss you,” lafaz Dzil tanpa ragu-ragu seolah terlupa dia pernah memaki gadis itu sebelumnya.

          Khayra menyilang tangan ke dada. Muak mendengar luahan itu buat masa ini. “Apa you buat dekat sini? Tak takut ke jiran i nampak kereta mahal you parkir sini, jadi hot news?”

        “I tak pedulikan semua tu, Khayra. I nak you. I mintak maaf atas apa yang terjadi sebelum ni. Masa tu kepala i tengah kusut. Kita baiki semula hubungan kita, ya?”  Dzil meraih jemari Khayra ke dalam genggaman. Khayra menepis kasar dan sembunyikan tangan di belakang tubuh sendiri.

           “Baliklah, Dzil. Jangan buang masa you nak mengarut dekat sini. Baliklah teruskan hidup yang you dah rancang tu. Lupakan insan yang dah you buang ni.” Khayra berpaling mahu kembali masuk ke dalam pagar banglo keluarganya itu.

         Dzil lebih cekap memangkah laluan si gadis membantutkan langkah Khayra.

       “I mintak maaf, Nur Khayra Karissa. I betul-betul nyesal dengan apa yang i dah cakap hari tu dekat you sebab masa tu hati i tengah panas you tampar i. I betul-betul takde niat nak buat macam tu pun.” Dzil cuba jernihkan hubungan mereka yang keruh.

         Khayra mengacuhkan rayuan Dzil dan masih mengekalka  muka bekunya.

          “Cuba you letak diri you kat tempat i, apa yang you akan buat bila nampak laki lain dalam rumah i?”

           “Tentulah i marah,” jawab Dzil serius. Terbenam senyumannya tadi.

           Khayra naikkan tangan dan dihala ke muka Dzil hingga menjuling mata lelaki itu merenung tapak tangan gadis kesayangan. Dzil ambil kesempatan itu menangkap tangan Khayra. Sekali lagi Khayra menarik kuat tangannya dari disentuh lelaki yang telah melukai hatinya.

           “Stop! Tak perlu jelaskan perasaan you sekarang. I just nak you pertimbangkan balik apa tindakan you kalau you di tempat i, Dzil Isyhad. I  dah dengar semua luahan you tadi. So, ada apa-apa lagi nak cakap?”
  
        Dzil menampan sebahagian rambutnya yang tergigil disergah angin malam dengan jari. Mata hazel nutnya kekal pada roman bersih tanpa solekan milik Khayra.

       “I cuma nak luangkan masa dengan you, Nur Khayra Karissa.”

        Meledak tawa Khayra. “Tiber! Selepas you hina i dan sakitkan hati i dengan kehendak mummy you tu?”
      
        Reaksi Khayra menimbulkan perasaan tidak senang di hati Dzil.

      “Jangan cakap ‘tiber’ macam tu. Sifat you yang angkuh tu perlu dibaiki. You akan buat orang kecil hati dengan you tahu tak.”

       “Dah itu yang terlintas dalam fikiran i. You nak i cakap apa lagi?” sinis Khayra tanpa mengubah pandangan ke arah lain.

         “Dari dulu budi bahasa takde dalam diri you, Khayra. Macam mana mummy i nak suka you?” Apa yang dituturkan Dzil menjentik kolam amarah Khayra.

         “Jangan nak cari alasan untuk meletak kesalahan dekat i kalau masalah ni datang dari you sendiri. Dan sekarang you tak payah jelaskan apa-apa atau betulkan apa yang jadi dengan hubungan kita. Keputusan i tetap sama. Hubungan kita dah berakhir.” Khayra mahu beredar sebaliknya Dzil tidak membiarkan dia pergi dengan mudah.

        “Khayra, i nak you. Tolonglah maafkan i... apa yang perlu i buat untuk kita kembali macam dulu?” Dzil berusaha menarik Khayra masuk ke dalam kereta meski dilawan.

        Khayra mengusir Dzil. “You tak faham lagi ke maksud i dari awal perbualan kita tadi tu? I tak nak you. Baliklah!” Khayra bergelut dengan lelaki itu sehingga terlepas satu baris ayat.

        “Sampai mati i tak nak you. You penyebab i terlanggar...” Khayra katup mulut rapat sebaik sahaja tersedar kesilapannya yang hampir terbocor rahsia sendiri.

         Dzil menghentikan perbuatannya. “Terlanggar apa?”

         Khayra geleng dan terus berlari masuk ke dalam pagar membiarkan Dzil penasaran sendiri.

           🌺🌺🌺🌺

ANGIN malam menerobosi tingkap bilik Akmal. Suara-suara bisikan ketika di hospital kembali lagi dengan memanggil namanya berkali-kali.

       Tidak membuang masa lagi, dia  mencapai kerusi roda di sebelah katil. Gagahkan diri panjat duduk atas kerusi roda. Mengikuti ke mana arah suara itu mampir. Suara itu membawa dia keluar jauh dari rumah lajak ke kubur.

         “Akmal... ke sini...”

         “Mak... abah?” Akmal tenung pusara kedua ibu bapanya. Sebelah menyebelah.

         Dia lucutkan tubuh ke atas tanah dan mengengsot kemudian perlahan memeluk pusara si ibu. Senyumannya memekar hanya di bibir.

        Di lubuk yang paling dalam tak siapa tahu hatinya berkata-kata.

       “Mal selalu doa supaya Mal dapat hidup normal macam orang lain. Sampai bila Mal akan rasa lega? Mal tak tahu mak abah. Mal juga tak faham, ramai cakap suka Mal. Tapi pandangan mata mereka menunjukkan kebencian dan jijik dengan Mal. Depa kata Mal tak normal. Depa kata Mal cacat. Tapi, Mal tak kacau depa pun kenapa depa nak benci Mal? Mak dengan abah cakap Mal anak yang baik. Kalau Mal ni baik, kenapa mak dengan abah pergi tinggalkan Mal? Mal ada buat salah ke? Kalau ada... Mal mintak ampun. Mak... abah... Mal kan dah janji takkan tinggal mak dan abah. Malam ni, Mal tidur sini. Mal nak tinggal sini dengan mak abah.”

      Dam!

     Kilat sambar menyambar disusuli guruh berdegar-degar di langit. Air mata Akmal berleretan dari lubuk kesedihan mengenang nasib diri ditinggal pergi. Tak siapa menyedari dia pergi dari rumah ketika Leman dan Tijah sedang nyenyak tidur.

       Awan gelap mula membocorkan langit dengan mencurahi air hujan ke bumi. Menyirami tubuh kerekot kesejukan si Akmal. Dia masih tercari-cari punca kematian ibunya. Dia seakan lupa dia dilanggar dan menganggap apa yang berlaku salah dari dirinya sendiri.

         “Mak abah... Mal rindu...” Terungkap kalimat rindu dari si anak buat ibu bapanya yang telah tiada.


Update 24 oct 2022

Bab ni panjang sikit sebab target 70k bab full. Terima kasih sudi membaca. Vote dan komen sekali 😘

annecayunk
RohanahDandai
IbtisamSufian
Ktaeekook

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top