LAST CHAPTER

"Aku dah lambat!" Daniel bergegas gegas turun dari rooftop.Tetidur kat situ sampai tak sedar yang matahari dah naik,dah pagi rupanya.Nyenyak betul dia tidur semalam biarpun tidur kat luar rumah.

Selesai mandi,Daniel menuju ke biliknya.Baru saja dia mahu memulas tombol pintu,sesuatu telah menarik perhatiannya menyebabkan pergerakan tangannya terhenti.

"Apa ni?"

Terdapat satu stinky note tertampal pada pintu biliknya.Kertas tersebut terus dicabut.Pesanan yang berada di atas kertas berwarna kuning cair itu dibaca.

Maafkan hyung sebab
dah marah Daniel semalam.Hyung bukannya benci Daniel,hyung cuma takut jadi apa apa pada DanielmOk,Hyung janji yang hyung akan balik cepat dan pergi tengok perlawanan tu.
Hyung nak tengok Daniel beraksi.Tentu hebat kan?Adik hyung ni memang hebat pun.

Daniel buat yang terbaik tau.Kalau boleh jangan kalah.Tumbuk lawan lawan Daniel tu sampai masuk hospital.Hahaha!Kejam tak hyung?

Hyung pergi dulu ye!Barang barang kamu hyung dah kemaskan dan letakkan dalam beg.Hyung tahu kamu akan bangun lewat hari ni!

Bye adikku sayang.Fighting!

Kang Seong Woo.

Bibir Daniel terus tersenyum lebar membaca mesej daripada Seong Woo itu.Dia kuak pintu bilik.Di atas katil kelihatan beg sandangnya bersama baju telah disiapkan.

Daniel tarik zip beg tersebut.Di dalamnya terdapat sarung tangan tinju,ubat luka,kain pembalut,minyak wangi,makanan dan banyak lagi.Semuanya cukup.

"Terima kasih hyung.Terima kasih banyak banyak!"

Berkat sokongan yang diberikan Seong Woo itu,Daniel jadi lebih bersemangat.Hilang semua rasa takut dan gugupnya.

*    *    *    *

Cahaya matahari memancar terik pada wajahnya membuatkan pandangannya berpinar.Seluruh tubuhnya terasa sangat panas.Peluh yang merenik di dahi dilap dengan lengan baju.Dalam keadaan yang tak bertenanga cam tu,Seong Woo masih meneruskan kerja memunggah batu bata ke tingkat atas.

Pagi tadi dia keluar terlalu awal sehingga tak sempat bersarapan.Bukan apa,dia ingat nak siapkan semua kerja kerja secepat mungkin.Bolehlah dia balik awal dan pergi tengok perlawanan gusti tu.Dia nak berikan sokongan pada Daniel.Harap harap Daniel baca stinky note yang dia tinggalkan pada pintu tadi.

Batu bata yang dikendong di belakangnya tiba tiba je jatuh.Nyaris nyaris je nak terkena kakinya.Nasib baik Seong Woo sempat mengelak.Mahu hancur lumat kakinya nanti.

Seong Woo labuhkan punggungnya di atas anak tangga.Berehet sekejap sambil mengumpul balik tenaganya.Perutnya sudah mula berkeroncong,minta diisi dengan makanan.Seong Woo hanya mampu tahan saja.Nak keluar beli makanan pun tak boleh sebab belum tiba waktu rehat lagi.Sabar jelah!

*    *    *     *

Melilau mata Daniel mencari kelibat Seong Woo.Kepalanya dipusingkan ke sekeliling.Batang hidung Seong Woo pun langsung tak nampak,ni kan pula tuannya sendiri.

"Mana hyung ni?Tak datang kot?" Daniel mengeluh kesal.Disandarkan tubuhnya pada dinding.Perlawanan dah nak mula beberapa minit je lagi.Dia betul betul berharap Seong Woo datang.Tika ini,dia sangat perlukan sokongan Seong Woo.

"Tolonglah datang hyung!"rayu Daniel masih lagi memasang harapan.Mungkin kerja Seong Woo belum siap lagi?

"Hoi,buat apa termenung kat sini lagi.Perlawanan dah nak mula.Turn kau lepas ni." sapa Ji Hoon.Terhinjut bahu Daniel kerana terkejut disergah oleh Ji Hoon.

"Kau ada nampak or jumpa Seong Woo tak?" Hanya Seong Woo yang terlintas di fikiran Daniel sekarang.Risau pada Seong Woo lebih kuat berbanding risau akan perlawanan yang bakal berlangsung kejap lagi.

Dia tahu,Seong Woo pasti takan mungkir janji.

"Takde rasanya.Tak yah risaulah nanti hyung kesayangan kau tu datanglah kejap lagi.Kau dah ready ke?" soal Ji Hoon.

Daniel menarik nafas panjang.Sarung tangan tinju disarungkan.Satu tumbukan dilayangkan pada permukaan lantai.Dia terus bingkas bangun.

"Ya,aku dah ready.Kau doakan aku ye supaya aku menang!"kata Daniel.

Ji Hoon menepuk bahu Daniel lembut.Dia betul betul yakin pada kemampuan Daniel.Tengoklah hari tu,bukan main bersungguh sungguh lagi Daniel berlatih.

"Aku dan member member yang lain sentiasa sokong kau tak kiralah kau menang ataupun kalah.Aku percaya kau boleh buat yang terbaik.Just percaya pada diri kau!"kata Ji Hoon mengiringi Daniel ke gelanggang.
Begitu ramai penonton yang berhimpun di luar gelanggang untuk memberi sokongan kepada petinju petinju yang bakal beraksi.

Di satu sudut,kelihatan chingu chingu Daniel sedang bersorak padanya.Guan Lin,Ji Sung,Jae Hwan,Dae Hwi,Sung Woon,Jin Young,Min Hyun dan Ji Hoon.Semuanya hadir kecuali Seong Woo.

"Daniel,fighting!" jerit mereka serentak.Tuan Jin lah yang paling bersemangat sekali.Siap melompat lompat lagi melambaikan tangannya pada Daniel.

Daniel masuk ke dalam gelanggang.Lelaki berbaju biru yang menjadi lawannya itu mula mengambil posisi.Daniel pun sama.

"Ready?" soal pengandil yang berada di tengah gelanggang.Daniel dan lelaki itu mengangguk serentak.Tanpa membuang masa,pengadil tersebut meniup wisel menandakan perlawanan bermula.

*    *    *    *

Sudah banyak kali Seong Woo ulang alik dari tingkat bawah ke tingkat atas memunggah wayar paip.Nak angkat sekali gus dah tarak larat.Terpaksa bawa satu satu.Benda ni dah la berat berkilo kilo.

Cuaca pula semakin panas terik.Dengan tenaga yang masih lagi bersisa dalam tubuh,dia berusaha memanjat anak tangga walaupun kakinya sudah terasa sangat lenguh akibat tak henti henti berjalan.

Kepalanya terasa sangat sakit dan pening pening.Pandangannya tiba tiba menjadi kabur.Dia cuba bertahan,menarik nafas dalam dalam tapi itu tidak dapat menghilangkan kesakitannya.Tubuhnya tak kuat lagi terus berdiri teguh.Perlahan lahan tubuhnya terasa melayang di udara.

Seong Woo pejamkan matanya.Di dalam kegelapan,dia dapat melihat Daniel.Melihat wajah Daniel yang kelihatan sangat bersinar membuatkan dia tersenyum.Dapat jugak dia jumpa Daniel sebelum dia pergi.

Bukkk!

Tubuh Seong Woo jatuh terhempas di atas lantai konkrit.Kepalanya pecah berkecai.Tulang belakangnya patah renyuk.Darah merah pekat berlumuran keluar.Rasa sakit itu hanya Tuhan saja yang tahu.Tapi bagi Seong Woo kesakitannya itu terus lenyap bila ada Daniel di sisinya.Dia angkat tangannya,cuba untuk menggapai tangan Daniel tapi perlahan lahan Daniel pergi meninggalkannya.

"Dddaannniell!Daaannniell!" jeritnya dengan suara yang tersekat sekat di hujung korongkong.Dadanya turun naik.Air matanya bercucuran keluar.Nafasnya kian lemah dan semuanya menjadi gelap gelita.

Pekerja pekerja di bangunan itu mula menggerumuni Seong Woo.
Keadaan menjadi kecoh.Tidak lama kemudian,kedengaran siren ambulans bersama kereta polis.Sebaik saja polis sampai,pita berwarna kuning direntang di sekeliling kawasan itu bagi menghalang sesiapa daripada mendekati mangsa.Seong Woo dimasukkan ke dalam ambulans dan dibawa ke hospital.

*    *    *     *

Diperhatikan tajam lawannya itu.Pada masa yang sama otaknya sedang ligat berfikir,mencari peluang untuk menyerang.

Daniel melayangkan penumbuknya pada kepala lawannya.Lelaki itu pantas mengelak.Daniel menyerang pula dari arah bawah,mahu menumbuk perut lelaki itu tetapi tak berhasil.Lelaki tersebut seakan akan dapat membaca setiap pergerakkan  Daniel.

Lelaki tersebut mula membalas serangan.Dia cuba memukul kepala Daniel tapi Danie cepat cepat menundukkan kepala.Ketika itu juga,Daniel terus memukul pinggang lelaki itu.Ia berhasil.

Beberapa serangan dari lelaki tersebut berjaya dipatahkan oleh Daniel.Perlawanan menjadi semakin sengit.Lelaki tersebut menumbuk Daniel dan Daniel jugak turut menumbuknya.Pengadil terpaksa menolak Daniel dan lelaki tersebut ke tepi gelanggang.Tak nak jadi pergaduhan pula.

Perlawanan masih diteruskan.Ji Hoon yang berada di luar gelanggang mula risau bila tengok keadaan Daniel lemah dan seperti dah tak bermaya.Member member yang lain masih setia menjerit memberi sokongan.

Daniel tarik nafas dalam dalam. Dia tak boleh kalah.Dia mesti menang.

Dia meluru laju ke arah pihak lawan. Dia cuba menumbuk lelaki tersebut sehingga tak sedar lawannya itu terlebih dahulu mencuri peluang menyerangnya.

Dushhh!

Satu tumbukan dilancarkan oleh pihak lawan tepat mengenai rahang kanannya.Kepala Daniel berpusing 180° ke sebelah kiri.Air liurnya yang bercampur darah tersembur keluar dari mulut.Tepi bibirnya pecah.Terasa sakit dan pedih.

Daniel terus tersungkur di atas gelanggang.

"Bangun Daniel!Bangun.Jangan cepat mengalah.Bangunlah wei!" Daniel boleh dengar jeritan kawan kawannya yang berada di luar gelanggang.Tuan Jin pula sedang menyumpah seranahnya.Habis semua hewan dalam hutan disebut.

Di satu sudut,kelihatan Seong Woo sedang tersenyum lebar ke arahnya.Daniel membalas senyuman itu.Gembira rasanya bila Seong Woo datang,bila dapat lihat Seong Woo biarpun dari jarak jauh.Bibir Seong Woo nampak bergerak.Walaupun dia tak dapat dengar suara Seong Woo tapi dia tahu Seong Woo pun turut sama menyuruhnya supaya bangun.Bangun!Bangun sebelum pengadil menghabiskan kiraan tiga.

"Daniel,figthing.Jangan kalah.Bangun dan tumbuk lawan tu balik.Hyung tahu Daniel boleh!" Suara halus Seong Woo kedengaran membisik di telinganya.

"Daniel takan hampakan hyung.Daniel akan buktikan yang Daniel boleh menang!"

Perlahan lahan Daniel mengangkat tubuhnya,cuba bingkas bangun biarpun dalam keadaan sangat lemah.Bagi Daniel,bila Seong Woo berada dekat dengannya....dia akan jadi lebih kuat dan lebih bersemangat.

Kalah.Takan.Sesekalipun dia takan kalah.Dia akan berusaha untuk meraih kemenangan demi Seong Woo,kawan kawannya dan Tuan Jin.

*    *    *    *

Tangan Seong Woo digenggam erat seperti tak mahu dilepaskan.Dia takut sekiranya dia melepaskan tangan Seong Woo,mereka berdua akan terpisah.Dia takut sangat kalau dia akan kehilangan Seong Woo lagi.

"Hyung,hyung sayang Daniel tak?" soal Daniel memandang lama wajah Seong Woo.

"Mestilah sayang.Hyung sayang sangat sangat pada Daniel.Daniel satu satunya adik yang Hyung ada.Lagipun,kan hyung dah janji dengan omma akan jaga Daniel baik baik." Daniel tersenyum mendengar kata kata Seong Woo itu.Seong Woo mengusap lembut rambut Daniel.Air matanya mengalir keluar tapi cepat cepat dia mengesatnya.Dia tak nak Daniel tengok dia menangis.Nanti Daniel fikir dia lemah.

"Kalau macam tu,hyung janji ye...hyung takan tinggalkan Daniel.Daniel takutlah dok sorang sorang.Sunyilah hidup Daniel kalau hyung takde.Sape nak temab Daniel main nanti?"

"Nae,hyung janji.Cuba Daniel tengok kaset ni.Ada dua lubang kan?" ujar Seong Woo.Daniel agak blur,hanya memandang saja kaset yang dipegang oleh Seong Woo itu.

"Lubang yang besar ni hyung dan lubang yang kecil ni pulak Daniel.Lubang lubang ni saling membantu,memerlukan antara satu sama lain.Kalau takde lubang lubang ni,rosaklah kaset ni nanti.Faham tak?" terang Seong Woo.Daniel masih blur.Menggaru garu kepalanya,cuba mencari maksud apa yang dikatakan oleh hyungnya tadi tentang kaset tersebut.

"Daniel tak fahamlah!"

"Tanpa Daniel,hidup hyung akan jadi tak lengkap.Kita dilahirkan untuk berkongsi hidup bersama sama,berkongsi setiap suka dan duka.Kalau salah sorang daripada kita takde,hidup kita akan........."

Daniel menganggukkan kepala tanda faham.Mereka berdua berjalan di atas landasan kereta api,sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.Cantik sangat.
SO BEAUTIFUL!

The End

Ending yang tergantung.Author hanya ikut jalan cerita dari movienya je.Ingat nak ubah balik,tapi takde idea.Mesti readers semua tertanya tanya apa yang jadi lepas tu pd Daniel dan Seong Woo?Seong Woo mati ke?Daniel menang ke kalah?Bila Tuan Jin nak mati?

Hahahaha.Kita tunggu je dulu next comeback wannaone.mungkin diorang ada buat sambungan pasal beautiful ni.Kalau takde,terpaksalah author reka sendiri.

Thanks kepada yang sudi baca,vote,comment and add ff ni dlm reading list korang.Author harap korang semua terhibur baca ff ni biarpun sangat pendek dan hambar.Bye!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top