I PROMISE YOU

Special Chapter

"Daniel takan hampakan hyung.Daniel akan buktikan yang Daniel boleh menang!"

Lelaki itu mula mengangkat kedua dua belah tangannya sambil bersorak gembira. Tanpa dia sedar,Daniel yang berada di belakangnya itu bingkas bangun. Dari bahagian belakang,Daniel melayangkan tumbukan pada kepala lelaki tersebut. Perut lelaki tersebut dihenjut dengan pahanya. Satu pukulan lagi singgah di kepala lawannya itu.

Lelaki itu terus terjelopok di atas lantai. Pengadil mula membuat kiraan.

"1"
"2"
"3"

Dan lelaki tersebut tetap jugak tidak bangun menandakan dia sudah tewas dan kemenagan menyebelahi Daniel. Pengadil mengangkat tangan Daniel.

"Pemenangnya adalah Kang Daniel," jeritnya. Semua penonton memberikan sorakan dan tepukan gemuruh pada Daniel. Sebuah piala berserta madel disarungkan pada leher Daniel. Tuan Jin bersama kawan kawan Daniel naik ke atas dan mereka bersama sama mengangkat Daniel.

"Aku banggalah dengan kau Daniel," kata Ji Hoon,membuat thumbs up.

"Tengoklah anak buah sape ni," sampuk Tuan Jin menggosok kepala Daniel.

"Memandangkan kau dah menang ni,apa kata kita pergi makan. Jae Hwan janji yang dia nak belanja kita semua malam ni," tambah Jin Young.

"Wei gila,bila masa aku janji. Pandai pandai je,"

"Eleh,kau kan menang loteri semalam. Tak nak share ke duit yang kau dapat tu," Guan Lin seluk poket seluar Jae Hwan dan tarik keluar wallet Jae Hwan. Semua ternganga melihat ketebalan wallet Jae Hwan yang penuh dengan duit.

"Korang,aku ada satu berita buruk!" Sung Woo yang nampak kalut dengan wajah yang pucat itu berlari mendapatkan Daniel.

"Pehal dengan kau ni Sung Woon?" soal Daniel. Sung Woon pegang bahu Daniel.

"Abang kau! Seong Woo kat hospital sekarang! Dia kemalangan!"

Di saat Sung Woon menghabiskan kata katanya,Daniel seperti dipukau. Piala yang digenggam erat terus terhempas jatuh ke lantai. Daniel terus berlari keluar dari gelanggang tinju.

*     *     *    *

"Tolonglah bagi saya masuk. Saya nak tengok hyung saya. Tolonglah!" tiga orang jururawat mengahalang Daniel yang cuba menerpa masuk ke dalam wad.

"Encik kena tunggu kat luar. Encik tak boleh masuk," kata jururawat itu lalu terus menutup pintu wad. Daniel tersungkur rebah di atas lantai. Jihoon datang memeluknya. Cuba untuk menenangkan Daniel. Di dalam pelukan Jihoon,teresak esak Daniel menangis sambil menjerit menyebut nama abangnya Seong Woo.

"Kau kena sabar Daniel. Seong Woo pasti akan selamat," kata Sung Woon.

"Aku tak nak hilang Seong Woo. Korang pun tahu kan yang aku dah 11 tahun berpisah dengan abang aku. Aku tak nak kehilangan abang aku buat selama lamanya," balas Daniel dalam tangisan. Hanya Tuhan yang tahu,betapa seksanya Daniel menunggu Seong Woo dengan begitu lama. Hanya Tuhan yang tahu betapa dia sangat gembira kerana takdir telah menemukannya dengan Seong Woo. Dan hanya Tuhan yang tahu betapa dia sangat memerlukan Seong Woo dalam hidupnya.

"Kita sama sama doa semoga Seong Woo selamat," tambah Guan Lin. Mata masing masing dah nampak merah,sedih melihat Daniel yang sekalipun tidak berganjak dari pintu wad tersebut.

*     *     *     *

Setelah beberapa jam menunggu,doktor yang merawat Seong Woo keluar dari wad. Daniel bergegas mendapatkan doktor tersebut.

"Macam mana dengan hyung saya doktor? Dia tak apa apakan?" soal Daniel menggenggam kot putih pada tubuh doktor itu erat.

Doktor itu menepuk bahu Daniel lembut.

"Keadaan Seong Woo sangat kritikal. Seong Woo mengalami pendarahan yang sangat teruk di kepalanya. Kami memerlukan penderma darah yang sama jenis dengan darah Seong Woo. Kalau tak,Seong Woo akan mati. Buat masa sekarang ni,Seong Woo akan koma buat sementara waktu," balas Doktor tersebut. Daniel menekup mulutnya. Air matanya mengalir lagi,keluar dengan begitu laju.

"Saya akan dermakan darah saya untuk Seong Woo," Sung Woon bersuara mengangkat tangannya. Doktor itu terus menapak ke arah Sung Woon. Semua terkejut dengan tindakan Sung Woo.

"Saya jenis darah O,"

"Bagus. Kalau macam tu,Encik ikut saya sekarang. Lagi cepat kita buat pemindahan darah,lagi cepat kami boleh buat pemindahan pada Seong Woo,"balas Doktor itu.

Sebelum Sung Woon pergi,Daniel menarik tangan Sung Woon

" Gamawo Sung Woon!"kata Daniel. Sung Woon tersenyum lebar.

"Aku pun tak nak hilang Seong Woo. Dia sahabat baik aku,dah macam adik kandung aku sendiri. Aku akan berusaha tolong kau Daniel," Sung Woon tarik Daniel ke dalam pelukannya. Yang lain pun turun  memeluk Daniel bersama sama. Persahabatan mereka nampak sangat erat.

Nurse nurse yang bersama doktor tersebut membawa Sung Woon ke arah sebuah bilik. 

"Doktor,saya mohon tolong selamatkan hyung saya," pesan Daniel sebelum doktor itu melangkah pergi.

*    *    *    *

Daniel masuk ke dalam wad selepas mendapat kebenaran dari nurse.

Kelihatan Seong Woo terlantar lemah di atas katil dengan kepala yang berbalut. Seong Woo yang bergantung hidup dengan mesin bantuan pernafasan.

Bip! Bip! Bip!

Bunyi mesin jangka hayat memecah kesunyian. Daniel cuba untuk tidak menangis. Dia nekad untuk kuat semangatnya. Dia tak boleh jadi lemah.

Dia menghampiri Seong Woo. Tangan Seong Woo yang pucat lesi dan sejuk itu digenggam erat. Daniel gagal kawal perasaannya menyebabkan air matanya mengalir keluar.

Dia menangis lagi.

"Daniel belum puas lagi nak habiskan masa Daniel dengan hyung. Hyung tahu tak,masa kita berpisah dulu hari hari Daniel tunggu hyung,Daniel dan kawan kawan buat satu plan nak cari hyung. Dan berkat pertolong diorang,Daniel jumpa jugak hyung. Tapi kenapa,bila kita bertemu,Tuhan pasti akan pisahkan kita balik. Hyung dah jadi separuh daripada nyawa Daniel. Dalam dunia ni,Daniel hanya ada sorang ja abang iaitu hyung. Tapi kenapa Tuhan masih nak ambil hyung dari Daniel,"Daniel tak henti henti menangis. Dia betul betul lemah sekarang. Semangatnya dah mati. Dia buntu. Dia tak tahu nak buat apa.

"Mula mula omma pergi tinggalkan Daniel. Lepas tu pulak appa,dan sekarang Hyung. Bangun hyung! Bangun!" jerit Daniel. Nurse yang menjaga Seong Woo terpaksa menghalau Daniel keluar kerana menganggu pesakit yang lain.

Daniel menumbuk dinding berkali kali sampai tangannya berdarah. Rambutnya diramaskan. Jihoon yang melihat keadaan Daniel itu terus memegang tubuh Daniel.

Pishhh! Tangan Jihoon melayang laju ke arah pipi Daniel.

Siapa sangka di hadapan orang ramai Jihoon menampar pipi Daniel. Daniel tergamam,memegang pipinya yang terasa perit dan berbirat merah.

"Kalau kau lemah macam ni,macam kau nak teruskan hidup andainya Seong Woo mati suatu hari nanti. Aku kenal kau dah 11 tahun Daniel. Kita membesar sama sama. Aku tahu kau kuat. Kau boleh hadapi semua ni. Percayalah,Seong Woo takan apa apa," Jihoon cuba menyakinkan Daniel,mengembalikan semangat lelaki itu.

Daniel menggelengkan kepala. Perlahan lahan lututnya turun menghempas lantai.

"Aku tak boleh. Aku tak dapat nak teruskan hidup tanpa Seong Woo," jerit Daniel menghempas lantai dengan tangannya.

"Daniel!," Di hadapan Daniel muncul Guan Lin bersama Haelmoninya. Guan Lin menolak kerusi roda yang haelmoni duduk ke arah Daniel. Daniel bingkas bangun dan terus mendapatkan Haelmoninya.

"Haelmoni kau suruh aku bawa dia datang sini. Dia cakap dia nak tengok Seong Woo," kata Guan Lin.

"Haelmoni!"

"Daniel,walauapa pun yang jadi pada Seong Woo...Daniel mesti kuat tau. Ingat pesan omma dan appa Daniel. Haelmoni akan ada bersama Daniel," Wanita tua separuh dekad itu mengesat air mata Daniel. Dahi Daniel dikucup. Kepala cucunya itu diusap lembut.

*     *     *    *

"Kami dah selesai pemindahan darah dari tubuh Sung Woon. Kemungkinan hari ni jugak,kami akan buat pembedahan pada abang Encik. Kalau pembedahan dilengahkan,keadaan Seong Woo akan bertambah teruk," kata Doktor Park. Beberapa helai kertas diserahkan kepada Daniel.

"Apa akan jadi pada hyung saya bila pembedahan itu berjaya?"

"Hanya ada dua kemungkinan yang berlaku. Kemungkinan pertama Seong Woo akan mati walaupun pembedahan berjaya dibuat disebabkan sistem tubuhnya gagal berfungsi. Dan kemungkinan kedua,hyung encik akan hidup tetapi dia mungkin akan koma untuk jangka masa yang panjang," jelas Doktor Park. Daniel mengangguk faham.

"Kalau takde apa apa,Encik kena sign surat persetujuan ni terlebih dahulu,"

Tanpa teragak agak,Daniel menandatangani kertas kertas tersebut. Dia tak kesah kalau kos pembedahan ke atas Seong Woo memerlukan duit yang banyak. Duit boleh cari,nyawa abang itu lagi penting dari segala galanya.

*    *    *    *

Doktor Park bersama sama beberapa orang jururawat menolak Seong Woo yang berada di atas katil itu keluar dari wad menuju ke bilik pembedahan.

Daniel,Haelmoni dan kawan kawannya hanya menunggu di luar bilik pembedahan.

Daniel mundar mandir sana sini,nampak betul betul risau akan Seong Woo. Sesekali dia melihat keadaan di dalam bilik pembedahan melalui cermin kecil pada pintu masuk. Bibirnya diketap. Dia tak henti henti berdoa supaya Seong Woo berjaya di selamatkan.

"Daniel dari semalam lagi kau tak makan. Jom kita makan nak,lama jugak pembedahan tu nak siap," suara Jae Hwan.

"Aku tak nak makanlah! Aku nak tunggu Seong Woo. Kalau kau rasa kebulur sangat,kau pergi jelah makan," tengking Daniel. Jaehwan yang nampak monyok kena marah kembali semula ke tempat duduknya.

1 jam.

2 jam.

3 jam.

4 jam.

5 jam.

Daniel masih setia menunggu sehinggalah Doktor Park dan beberapa orang nurse keluar dari bilik tersebut.

"Macam mana dengan pembedahan tu Doktor?" soal Daniel.

"Semuanya ok. Keadaan Seong Woo dah kembali stabil. Seperti yang saya cakap,Seong Woo akan koma," balas Doktor Park. Lega sedikit hati Daniel dibuatnya. Daniel terus melangkah masuk ke dalam bilik tersebut untuk melihat Seong Woo.

Daniel tersenyum gembira.

"Daniel janji,Daniel akan tunggu Hyung. Daniel takan tinggalkan hyung. Daniel akan sentiasa berada di sisi hyung. Daniel JANJI!" jari kelikingnya dipaut erat pada jari kelingkin Seong Woo,mengikat satu janji.

*     *     *     *

3 bulan kemudian,

"Janji aku tidak pernah padam. Aku masih setia menunggu Seong Woo. Aku memang betul betul tak sabar nak tunggu Seong Woo buka mata. Terlalu banyak perkara yang nak aku ceritakan pada Seong Woo terutamanya tentang aku jadi juara dalam pertandingan tinju hari tu. Seong Woo tentu bangga dengan kejayaan aku. Ohh ya,duit yang aku dapat dalam pertandingan tinju tu aku gunakannya untuk bayar bil rawatan Seong Woo. Separuh baki duit tu pulak aku beli Danny balik. Aku ingat,bila Seong Woo dah sedar nanti,aku nak bawa Seong Woo jalan jalan round satu korea. Aku akan berusaha tunaikan janji janji aku pada Seong Woo,"

Keadaan Seong Woo masih sama. Langsung tidak menunjukkan apa apa tanda Seong Woo akan bangun. Dah 3 bulan Seong Woo koma. Daniel,Haelmoni,dan kawan kawanlah yang jaga Seong Woo. Mereka tak pernah berputus asa.

"Selamat pagi hyung!"

Setiap pagi,sebelum pergi kerja Daniel akan ke hospital dulu untuk jenguk Seong Woo. Bila waktu malam pulak,dia akan tidur di hospital. Haelmoninya di rumah kawan kawannya yang tolong tengokkan.

Langsir bilik ditarik. Cahaya matari memancar masuk melalui cermin tingkap. Daniel menuju ke arah Seong Woo bersama sebesen air suam. Tuala kecil dicelupkan ke dalam besen tersebut. Kemudian,dilekapkan tuala basah itu pada dahi Seong Woo.

"Bila hyung nak bangun? Daniel rindu sangat dengan hyung! Bangunlah hyung!" kata Daniel sambil menggenggam erat tangan Seong Woo. Daniel perasan yang kelopak mata Seong Woo bergerak. Setitis air mata mengalir keluar dari peluk mata Seong Woo. Jari jemari Seong Woo bergerak sedikit,memberi tindak balas.

"Hyung! Hyung!" Daniel tersenyum gembira lalu keluar dari bilik memanggil doktor Park.

*     *     *     *

"Nampaknya keadaan Seong Woo dah makin baik. Esok Seong Woo dah boleh discharge," kata Doktor Park selepas selesai membuat pemeriksaan pada Seong Woo.

"Betul ke ni Doktor? Finally,hyung saya dah sembuh. Terima kasih doktor," Daniel nampak betul betul gembira.

"Apa yang dah jadi pada hyung?" soal Seong Woo masih bingun dengan apa yang berlaku.

"Tak payahlah hyung ingat semua tu. Yang penting sekarang hyung dah sembuh,hyung dah boleh balik. Tiga bulan Daniel tunggu hyung bangun,akhirnya Tuhan makbulkan juga doa Daniel,"terus Daniel peluk Seong Woo erat,melepaskan rindunya pada abangnya itu. Air mata Daniel mengalir keluar. Dia menangis kegembiraan.

"Haelmoni,korang semua...marilah masuk. Seong Woo dah sedar!" pelawa Daniel pada Haelmoni dan kawan kawannya yang tercegat di luar bilik.

"Keadaan Daniel semakin teruk. Haalmoni dah tak tahu nak buat apa. Haelmoni terpaksa hantar dia ke sini untuk dapatkan rawatan sampailah dia sembuh balik," haelmoni hanya memandang Daniel dari jauh. Luluh hatinya melihat keadaan cucunya itu yang dah tak waras. Daniel tak boleh terima hakikat yang Seong Woo dah meninggal. Selepas beberapa hari pembedahan tersebut dijalankan,Seong Woo tak dapat meneruskan hidupnya.

"Haelmoni sabar ya. Kitorang akan tolong haelmoni. Yang penting sekarang kita sama sama pulihkan Daniel balik," balas Jihoon,memeluk bahu haelmoni erat.

The End

*    *    *    *

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top