CHAPTER 9

Daniel memecut laju superbikenya.Nasib baik jalan tak jammed sangat.Dari cermin pandang belakang motornya,Daniel melihat Ji Hoon sedang memegang tangan kirinya yang cedera.Tepi bibirnya pecah dan luka.Dia menyandarkan kepala pada belakang Daniel.Dia nampak betul betul lemah.

"Kau bertahan ok.Sikit lagi kita nak sampai kat hospital." kata Daniel.Dia takut kalau Ji Hoon pengsan.Gear motor dipertingkatkan dan motornya terus memecut laju.

10 minit kemudian,mereka sampai di hospital Kanghan.Daniel terus memapah Ji Hoon masuk ke dalam hospital.

*    *    *    *

Semalaman Seong Woo ditahan di dalam longkap,menjadi banduan buat pertama kalinya.Biarlah dia sorang saja yang tanggung semua ni,jangan Daniel dan kawan kawannya.

Seong Woo mengesat pipinya yang dibasahi air mata.Ya,dia menangis kerana ketakutan.Takut sekiranya pihak polis akan jatuhkan hukuman penjara padanya kerana telah membunuh.Tapi,bukan dia yang bunuh lelaki tu.

Apa yang harus dia buat.Terus berbohong atau memberitahu perkara sebenar.

Di sebelah Seong Woo,beberapa orang banduan sedang nyenyak tidur.Mereka nampak tenang saja,seakan akan bila mereka bangun mereka semua masalah mereka hilang.Bagi Seong Woo tak.Apa apa masalah yang dia hadapi pasti akan membuatnya tak senang duduk,tak dapat tidur lena.

*    *    *    *

Selepas 15 minit menunggu di luar bilik rawatan itu bersama sama dengan Dae Hwi dan Guan Lin,Ji Hoon keluar bersama sama dengan seorang doktor yang merawatnya.Mereka bertiga terus pergi mendapatkan Ji Hoon.

"Macam mana dengan keadaan kawan saya?" soal Daniel memapah tubuh Ji Hoon dengan bantuan Guan Lin.

"Dia ok.Cuma tangannya patah.Kaki kanannya pula terseliuh.Nanti pergi ambil ubat luka dan ubat sapu ambik kat kaunter."balas doktor itu dan berlalu pergi meninggalkan mereka.

Daniel dan Guan Lin membawa Ji Hoon ke kerusi.Mereka berempat duduk berbincang di situ.Daniel mahukan penjelasan daripada Ji Hoon mengenai kejadian semalam.

" Boleh tak kau explain kenapa korang bergaduh dengan geng samseng tu?"soal Daniel dengan suara yang naik seoktaf.

"Diorang yang mulakan dulu.Salah sorang samseng tu cuba pukul Ji Sung sebab Ji Sung terlanggar dia.Aku pukullah dia balik.Aku cuma nak lindungi kawan aku je.Tapi tak sangka boleh menyebabkan pergaduhan besar macam ni."terang Ji Hoon bersungguh sungguh.

"Nasib baik lelaki tu hidup lagi.Cuma cedera teruk." tambah Dae Hwi.Kes tersebut dah masuk newspaper dan menjadi berita hangat.

"Apa dah jadi pada Seong Woo?Daniel,mana hyung kau?"Ji Hoon menyoal lagi.Kalau bukan disebabkan Seong Woo,rasanya sekarang dia sedang meringkup di dalam longkap.

" Dia kat balai.Polis tahan dia buat sementara waktu.Oklah,aku nak pergi balai polis.Nak settlekan masalah Seong Woo pulak.Nanti Guan Lin dan Dae Hwi hantar kau kat gym.Tuan Jin cakap dia nak jumpa kau sekarang!"Belum sempat Ji Hoon berkata apa apa,Daniel bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari hospital.

Ji Hoon mula diserba rasa bersalah pada Daniel dan Seong Woo.

*    *    *    *

"Kang Seong Woo,ada pelawat nak jumpa kau sekarang."kata salah seorang anggota polis yang mengawasinya.Seong Woo dibawa keluar dari bilik tahanan menuju ke sebuah bilik khas.

Dinding bilik tersebut separuh plastik dan lut sinar.Seong Woo boleh lihat dengan jelas Min Hyung dan Daniel yang berada di luar bilik tersebut.

Seong Woo terus menerpa ke arah dinding plastik yang menghalang mereka.Daniel pun sama.Mata Daniel nampak merah.Ada kesan lebam pada pipinya.

" Daniel!Daniel ok ke tak?Daniel cedera ke?Min Hyun,boleh tak kau tolong bawa Daniel ke klinik!"Walaupun berada dalam keadaan begitu,Seong Woo masih tetap mengambil berat tentang adiknya.

"Hyung tak payahlah risaukan Daniel.Daniel ok.Daniel janji yang akan bebaskan hyung dari sini secepat mungkin." Daniel melekapkan tangannya pada dinding itu.Air matanya turun membasahi pipi.

"Terima kasih Daniel!" ucap Seong Woo.

"Maaf Seong Woo.Aku tak boleh bebaskan kau sesuka hati.Aku tahu kau tak bersalah." Min Hyun yang lengkap beruniform polis itu bersuara.Sepatutnya hari ni,hari pertama bagi Seong Woo dan Min Hyun menjadi polis.Tapi segala galanya telah berubah.

"Takpe.Maafkan aku juga Min Hyun sebab hari aku tak dapat bertugas sama sama dengan kau.Btw,kau nampak hensem sangat pakai baju polis tu."Seong Woo tersenyum tawar.Min Hyun menundukkan wajahnya.Tak sampai hati untuk terus menatap Seong Woo.

" Aku tahu Seong Woo kau kuat.Walau banyak manapun ujian datang menimpa kau,kau masih mampu tersenyum untuk adik kau dan kawan kawan kau!"monolog hati Min Hyun.

*    *    *    *

"Dasar budak budak bodoh.Korang takde otak ke nak fikir dulu sebelum bertindak.Korang semua dah cari pasal dengan geng samseng berbahaya tu.Korang dah tempah maut.Silap hari bulan tak pasal pasal korang semua mati kena bunuh dengan diorang."Tuan Jin berleter panjang.Meja ditepuk berkali kali tanda dia betul betul naik angin dengan budak budak 5 ekor yang berada di hadapannya itu.

Mereka hanya mampu diam dan menadah telinga saja.Malas mahu bertekak.Benda dah jadi pun.Redo jelah.Tuan Jin hanya tahu salahkan mereka je.

Malas lagi mahu menahan sakit telinga mendengar suara sumbang Tuan Jin,Ji Hoon bingkas bangun dari sofa.Selamba badak saja dia lalu depan Tuan Jin menuju ke pintu masuk.Pintu dikuak kasar.

" Nak pergi mana tu?Aku belum habis cakap lagi.Dasar budak tak guna.Duduk sekarang!"tengking Tuan Jin bingkas bangun dari kerusi.Ji Hoon terus meluru keluar tanpa berkata apa apa.Lantaklah Tuan Jin nak kata kurang ajar ke apa.Dia penat.Dia nak rehat.

"Tengok kawan kamu tu.Perangai buruk.Sekarang aku nak korang duduk je kat dalam gym ni.Jangan gatal gatal nak keluar dari sini.Kan tak pasal pasal pihak polis or geng samseng tu jumpa korang naya nanti."pesan Tuan Jin.Disebalik sikap garangnya itu terselit juga rasa belas kasihan pada anak anak buahnya.Dia marah,tengking,maki mereka bukan bererti dia benci....tapi dia sayang.Mereka tu dia dah anggap MACAM ANAK SENDIRI.

*     *    *    * 

Keputusannya muktamad.Demi untuk membebaskan Seong Woo dari longkap,Daniel terpaksa menjual Danny pada kedai motor tersebut.Dia terhimpit.Dia sangat terdesak sekarang.Dia perlukan wang dengan segera.

Ketua geng samseng tersebut meminta bayar ganti rugi atas apa yang berlaku dan barulah mereka menarik balik tuduhan ke atas Seong Woo.

Daniel memarkingkan superbikenya di hadapan kedai motor tersebut.Tanpa membuang masa,dia melangkah masuk ke dalam kedai.

"Selamat datang Encik.Ada apa apa yang ajusshi boleh tolong kamu?" sapa lelaki penjaga kedai yang sama.Dia tersenyum melihat Daniel.

"Ehh,kalau tak silap ajusshi kamu ni kan budak yang datang beli superbike dua hari lepas.Nama kamu Kang Daniel kan?" tambahnya lagi.Dia masih ingat pada Daniel.

"Ha'ah!" Daniel menganggukkan kepalanya.

"Kenapa datang sini?Superbike kamu rosak ke?"

"Taklah.Emmm,sebenarnya boleh tak kalau saya nak jual balik superbike tu pada kedai ni."

"Boleh.Takde masalah.Tapi kami akan beli dengan harga yang sedikit murah dari harga asal sebab kamu dah pakai superbike tu.Macam barang second handlah." terang lelaki tersebut.

"Kalau macam tu,saya nak jual superbike tu sekarang jugak.Saya betul betul perlukan duit sekarang."balas Daniel.Lelaki tersebut tak berkata apa apa.Dia dah boleh agak,Daniel sedang dihimpit masalah besar.

"Ajusshi bincang dengan bos dulu ye.Kamu tunggu kat sini kejap."

*    *    *    *

"Bos setuju untuk beli superbike kamu tu balik.Nah,duitnya." Lelaki itu menghulurkan sejumlah not won pada Daniel.

Daniel mengalihkan pandangan ke arah Danny buat seketika.Wajah Seong Woo terlintas di mindanya.Dia dah janji dengan Seong Woo yang bila dia beli Danny nanti,dia nak bawa Seong Woo jalan jalan.Tapi,dia terpaksa mungkir janji itu.

Mianhae.

Daniel mengusap lembut tubuh Danny.Sekejap je dapat bersama Danny pun jadilah.Lepas ni,mungkin Danny akan dapat tuan baru.

"Maafkan appa Danny." kata Daniel lalu menyerahkan kunci motor pada lelaki itu dan mengambil duit tersebut.Lelaki itu menepuk nepuk bahu Daniel lembut.Dia faham perasaan Daniel.

"Terima kasih ajusshi.Tolong jaga Danny baik baik!" pesan Daniel sebelum berlalu pergi.Lelaki itu terus membawa Danny masuk ke dalam kedai dan Danny diletakkan di tempat yang sama.

*    *    *    *

Vote and comment.

3 chapter lagi and ff ni akan habis.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top