CHAPTER 8

Seawal pukul 8.00 malam lagi mereka sudah berada di depan pusat snoker Gwanjong.Diorang tak kesah kena tunggu 30 minit barulah tempat tersebut beroperasi.Kalau datang lewat,confirm meja meja snoker dah penuh.Tak boleh main snokerlah jawabnya.

"Korang masuk dulu.Aku nak gi bayar sewa meja snoker." ujar Ji Hoon menuju ke kaunter.Member yang lain pula mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas.

Kelihatan beberapa orang pelanggang sedang beratur di kaunter untuk membuat pembayaran.Masih awal dan nampaknya pelanggang taklah ramai sangat dan sesak.

Bayaran dikira pada meja yang disewa.Sebuah meja snoker telah ditetapkan harga sewanya dan pemain boleh main snoker tanpa had jam,maksudnya boleh main sampai kedai tutup pun takpe.

Sekumpulan lelaki berjaket kulit hitam tetiba muncul di belakang Ji Hoon.Selamba saja mereka menolak Ji Hoon dan memintas barisan Ji Hoon yang berada di hadapan.Kurang ajar gila.

Ji Hoon dah mula panas.Rasa nak je tumbuk muka diorang tu.Nasib baik dia dapat tahan sabar.Kalau dia bertindak kasar macam tu,tak pasal pasal kena halau keluar nanti.Tak ke menangis tak berlagu si Jae Hwan tak dapat main snoker.

*    *    *    *

Tajam matanya menikam ke arah cue ball.Sasarannya pada sebiji bola berwarna kuning yang bernilai dua mata.Bola tersebut berada berhampiran kawasan lubang pocket.Kalau bola tu masuk,confirm Jin Young akan menang dan Ji Sung terpaksa belanja pizza untuknya.

Kayu snooker digenggam erat.Posisi diambil.Jin Young menghela nafas panjang lalu menolak hujung kayu snooker ke arah cue ball.Cue ball bergolek laju ke arah bola berwarna kuning dan menolak bola itu ke satu arah tapi ia tersasar jauh dari lubang pocket.

Jin Young menepuk dahi tanda kesal.Member yang lain mula bersorak padanya.Malu wei kalau dia kalah dengan Ji Sung.

"Hoi,cepatlah Ji Sung.Turn kau pulak!"

Ji Sung memilih bola berwarna merah yang berada di sisi kiri meja snoker.Ketika menuju ke arah tersebut,kayu snoker yang dipegang oleh Ji Sung terlanggar pada bontot seorang lelaki yang sedang duduk menonggeng di sebelahnya.Saper suruh tayang bontot sangat.Ingat bontot anda tu cantik dan seksi ke.Lagipun,Ji Sung bukannya sengaja.

"Mian..." kata Ji Sung menundukkan kepala meminta maaf pada lelaki itu.

"Hoi budak,kau buta ke?" tengking lelaki tersebut,menjeling Ji Sung tajam.Dia melanggar bahu Ji Sung kasar.Pipi Ji Sung ditampar tampar lembut sebelum tangannya diangkat naik ke udara,mahu menumbuk Ji Sung nampaknya.

Member yang lain hanya diam kecuali Ji Hoon.Dia betul betul hilang sabar.Lelaki itu,lelaki yang sama melanggarnya di kaunter tadi.Ji Hoon meluru laju ke arah lelaki tersebut dan menahan tangannya dari memukul Ji Sung.

"Jangan berani kau sentuh kawan aku!"Tangan lelaki tersebut direntap kasar.Ji Hoon menumbuk perut lelaki tersebut sehingga jatuh terlentar di atas lantai.Dia segera menarik tangan Ji Sung mendekatinya.

"Lari!" jerit Ji Hoon pada lima orang membernya yang masih tercegang di situ.Mereka bergegas meluru ke pintu masuk.Geng geng lelaki tersebut yang agak ramai bilangannya mula mengepung mereka arah semua arah.Mereka berada dalam bahaya.Seakan akan tahu apa yang akan berlaku,Ji Hoon terus memukul tiga orang lelaki yang datang menyerang di hadapannya.

Mereka berlari keluar,tergesa gesa menuruni anak tangga.Ji Hoon berhenti sekejap dan memukul lelaki lelaki samseng tersebut bagi menghalang mereka menangkap kawan kawannya.

Mereka berjaya keluar dari pusat snoker tersebut.Ingatkan dah bebas,tapi kumpulan lelaki itu terus mengejar mereka dari belakang.

Ketika sedang berlari,kaki Jaehwan terseliuh.Jaehwan jatuh bergolek di atas tar jalan.Ji Hoon berundur ke belakang,melayangkan tedangan ke arah seorang lelaki yang cuba mendekati Jaehwan.Dia menangkat Jaehwan bangun.Kebetulan,kumpulan lelaki itu sudah berada dekat dengan mereka.Mereka dikepung.Tiada peluang lagi mahu melarikan diri,tambahan pula dengan keadaan kaki Jae Hwan yang cedera.Yang mereka boleh buat ketika itu ialah lawan dan lawan setiap serangan dari kumpulan  lelaki samseng itu.

Woo Jin mengangkat sebuah kerusi yang berada berdekatannya lalu dihayungkan ke arah seorang lelaki yang cuba memukulnya.

Seorang lelaki memegang tangan Ji Sung dan seorang lelaki lagi menumbuk perutnya bertubi tubi.

Jin Young rebah di atas tar jalan dipukul oleh seorang lelaki.Lelaki tersebut mengambil sebatang kayu dan menghayunkannya pada tubuh Jin Young .Ji Hoon yang berada berdekatan Jin Young terus menghalang pukulan itu dengan tangannya.Ji Hoon terus bangkit dan menumbuk lelaki tersebut dengan tangan kanan.Tangan kirinya terasa sangat sakit.Mungkin sudah patah disebabkan pukulan tadi.

Ji Hoon tak mampu lagi berlawan.Dia cedara parah.Dia terlalu lemah.Empat orang lelaki mengheret Ji Hoon ke bahagian tengah lorong.Mereka memukul Ji Hoon beramai ramai.Pipi Ji Hoon ditampar berkali kali.Perut Ji Hoon ditumbuk bertubi tubi sehingga dia memuntahkan darah.Tendangan demi tendangan dihayunkan pada kedua dua belah kakinya.Ji Hoon tiada kekuatan lagi untuk terus berdiri dengan kaki yang terasa sangat sakit.Pandangannya mula kabur dan ketika itu dia melihat satu cahaya terang muncul tidak jauh di hadapannya.Deruan ejin motor jelas kedengaran.
Kelihatan satu susuk tubuh meluru laju ke arahnya.

Itu.......

Daniel.

*    *    *    *

Enjin motor dimatikan.Helmet hitam yang tersarung pada kepalanya segara ditanggalkan.Dari jarak lebih lima meter dari hadapannya,jelas dia melihat Ji Hoon dan kawan kawannya yang lain sedang dibelasah teruk.Jelas jugak telinganya menangkap suara Ji Hoon menjerit jerit meminta tolong darinya.

Tanpa berlengah lagi,Daniel terus meluru ke arah Ji Hoon.Empat orang lelaki yang membesalah Ji Hoon dipukul habis habisan.1 lawan 4.Sememang tak adil,tapi Daniel berjaya mengalahkan mereka.

"Ji Hoon,kau ok tak ni?" Daniel terus mendapatkan Ji Hoon.Muka Ji Hoon luka teruk.Ji Hoon hanya diam.Pandangannya dialihkan ke arah seorang lelaki yang terbaring kaku berdekatannya.

"Dia dah mati.Kitorang dah.....bunuh dia!"balas Ji Hoon.Bunyi siren kereta polis mula kedengaran dari kejauhan.Yang pasti,kereta kereta polis itu sedang menuju ke arah mereka.Kumpulan lelaki gangster tadi lari lintang pukang.

"Kita nak buat apa sekarang.Aku takut.Aku tak nak masuk penjara.Tolong aku Daniel!"rayu Ji Hoon.

*    *    *    *

"Bagi saya satu aiskrim kon perisa vanila." kata Seong Woo pada ajuhssi penjual aiskrim itu.Kebanyakkan gerai di pasar malam Gwanjong sudah ditutup kerana dah lewat malam.Makan aiskrim pun dah kenyang.Lagipun Seong Woo sempat beli 3 biji burger ayam untuk dia,Haelmoni dan Daniel.

"Nah aiskrim kamu!"Ajusshi penjual itu menghulurkan aiskrim vanila yang dipesan oleh Seong Woo tadi.Seong Woo membayar harga aiskrim tersebut dan berlalu pergi.

Bunyi siren kereta polis sedikit mengejutkan Seong Woo ketika dia melalui lorong di hadapan pusat snooker Gwanjong.Apa yang dah berlaku?Persoalan itu terbit di fikirannya.Dia semakin dirundum rasa ingin tahu apabila dia melihat beberapa orang pemuda terbaring di atas jalan.Ada sesuatu telah berlaku.Dia membawa langkah ke arah kumpulan pemuda tersebut.

Mata Seong Woo terus terbeliak.Beg plastik yang dijinjingnya jatuh serta merta.Kumpulan pemuda itu adalah Daniel dan kawan kawannya.

" Apa dah jadi pada korang ni?Sape yang pukul korang sampai luka luka ni?"soal Seong Woo nampak betul betul kalut.Dia dan Daniel memapah tubuh Ji Hoon untuk bangun.Bunyi siren kereta polis semakin kuat bererti ia semakin dekat menuju ke arah mereka.

"Lari sekarang!Nanti polis akan tangkap korang!" jerit Seong Woo,risau sekiranya Daniel dan yang lain lain akan ditangkap sebaik saja polis sampai.

"Hyung pulak macam mana?" Agak berat Daniel mahu meninggalkan Seong Woo sorang diri di situ.

"Tak payah risaukan Hyung.Tinggalkan je Hyung kat sini.Yang penting sekarang,kamu kena selamatkan kawan kawan kamu."Seong Woo berkeras.Daniel akur.Dia membawa Ji Hoon ke arah motornya.Ji Hoon cedera parah dan perlu dibawa ke hospital dengan segera.

Beberapa minit kemudian,polis tiba di lorong hadapan pusat snoker Gwanjong.Seong Woo masih di situ dan sudah tentulah Seong Woo yang menjadi suspek utama.

" Saya yang pukul dua!Saya yang bersalah!"ujar Seong Woo terus menyerahkan diri pada pihak polis tanpa memberi apa apa penjelasan.Dia terpaksa menipu,demi menyelamatkan Daniel dan kawan kawannya.

2 orang anggota polis menggari tangan Seong Woo dan membawa Seong Woo ke balai polis.Lelaki samseng tersebut pula dibawa ke hospital.

Malam itu,Seong Woo dan Daniel berpisah lagi.

Vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top