CHAPTER 6
"Mana girlfriend Daniel?Hyung dah tak sabar nak jumpa dia ni!" Seong Woo nampak agak teruja.Nak jumpa adik ipar kan.Daniel pula tersengih sengih dari tadi tak tentu pasal.Entah apa yang lawaknya.
"Takde pun.Betul ke Daniel janji dengan dia nak jumpa dia depan kedai motor ni!"soal Seong Woo lagi.Melilau biji matanya mencari kelibat seseorang.Memang takde.Yang ada hanya seorang wanita berbadan gemuk,muka macam Sherry Al-hadad sedang menunggu teksi berdekatan mereka.
"Tu ker yeojachingu Daniel!" Seong Woo menunjuk ke arah wanita itu.Dia tergelak kecil.
"Apalah hyung ni.Baby elephant tu mana sesuai dengan Daniel.Kalau dia dengan hyung macam pinang dibelah dua." giliran Daniel pulak ketawa terbahak bahak.Seong Woo mencebik geram.
"Kalau nak tahu,ni lah gf Daniel.Cantik tak?"Daniel halakan telunjuknya pada superbike yang berada di hadapan mereka.Sekali lagi Seong Woo meletuskan tawa.
"Lahhhh ni ke?Dah berapa lama bercinta?"
"Dari tahun lepas lagi!"
"Dah tu asal tak kahwin je dengan dia?"
"Duit tak cukup.Don't worry bulan depan nanti superbike ni akan jadi milik Daniel buat selama lamanya!"balas Daniel,nampak betul betul berazam mahu memilik motor tersebut.
"Nanti bolehlah Daniel bawak hyung pergi jalan jalan dengan motor ni.Kita round satu Korea Selatan!" Tersenyum Seong Woo melihat Daniel membuat gaya sedang menunggang superbike.Kalah budak budak.Perangainya memang tak pernah berubah.Mesti adiknya itu akan lebih gembira bila superbike tersebut menjadi miliknya secepat mungkin.
"Hyung sanggup buat apa saja untuk Daniel.Asalkan Daniel sentiasa tersenyum dan selalu berada di sisi hyung!" bisik hati Seong Woo.
* * * *
"Woi,kita buat datang sini.Kau nak sambung belajar ke?" Mereka agak pelik.Tetiba saja Daniel bawa mereka semua ke Seoul Univercity.Bukannya ada apa pun kat sini.Bukan main lagi tadi kata nak gi tempat best.
"Kau mimpi ke apa nak sambung belajar ni!" sampuk Jae Hwan,menggaru garu kepalanya yang tak gatal dengan berus jamban.Jae Hwa dan berus jamban kesayangannya memang tak pernah berpisah.
"Sejak bila aku cakap aku nak sambung belajar." Berus di tangan Jae Hwan itu dirampas lalu dihempuk pada kepalanya.Yang lain tergelak kecil.
* * * *
"Exam dah habis.Lega rasanya!"Min Hyun menjerit gembira sebaik saja keluar dari dewan peperiksann.Seong Woo yang berada di sebelahnya terpaksa menekup telinga.
"Now,kita hanya perlu tunggu result je.Aku harap sangat yang aku tak gagal ujian kelayakan tu.Malas nak repirt balik!"balas Seong Woo.Min Hyun menepuk nepuk belakang tubuhnya.
"Kau mesti lulus punyalah.Percayalah cakap aku." kata kata Min Hyun sedikit menaikkan semangat Seong Woo.Yakin pada diri sendiri dan kita boleh capai apa yang kita mahu tak kiralah perkara tersebut mudah ataupun susah.
"Hyung!" satu suara memanggil Seong Woo dari arah belakang.Dia kenal suara itu.Suara Daniel.Seong Woo dan Min Hyun menolehkan kepala.Memang betul tekaannya.Daniel bersama kawan kawannya sedang menuju ke arah mereka berdua.Ramai jugak geng geng diorang.
"Saper tu?" soal Min Hyun.
"Adik aku dan kawan kawan dia!"
"Adik kau!" Biji mata Min Hyun terbeliak akibat terkejut.
"Daniel buat apa kat sini?"
"Hyung dah habis exam kan?Jom pergi tengok movie!"
Bukan Min Hyun sorang je yang terkejut,kawan kawan Daniel pun sama.
"Hoi,ni hyung kau ke?" soal Guan Lin tergagap gagap.Susah nak percaya.Seong Woo dan Daniel mengangguk sambil merangkul bahu masing masing.
"Kenalkan,nilah Kang Seong Woo.Hyung aku yang aku cari selama ni." Daniel memperkenalkan Seong Woo pada kawan kawannya.Terus Jin Young meluku kepala Daniel.
"Asal kau tak bagitahu kitorang yang kau dah jumpa abang kau.Jahatlah kau ni!" Jin Young mencebik.Dipandang tajam wajah Daniel seperti mahu ditelan hidup hidup.
"Min Hyun,nilah adik aku Kang Daniel.Korang semua kenalkan ni pulak Min Hyun."
Mereka meneruskan sesi berkenalan.Walaupun kali pertama Seong Woo dan Min Hyun bertemu mereka semua,namun mereka sudah nampak serasi dan rapat.Langsung tak rasa kekok.
* * * *
Seong Woo-ah!" Lelaki berkumis tebal,wajahnya sentiasa menyenangkan dan sikapnya pula tidaklah cepat naik angin,atau suka memaki pekerja yang lain.Itulah Encik Park,boss Seong Woo.
"Ada apa boss?" Seong Woo menghentikan sekejap kerja kerja mengangkat batu bata dan meluru ke arah Encik Park sebaik saja lelaki itu memanggil namanya.
"Ni gaji kamu!" Encik Park menghulurkan satu envelop pada Seong Woo.Seong Woo tidak menyambut sebaliknya memandang bosnya itu pelik.Buang tebiak ke Encik Park ni.
"Awalnya gaji saya.Rasanya tak cukup bulan lagi!"balas Seong Woo.Encik Park menepuk bahunya.
" Saya tahu kamu perlukan duit.Ambil je,tapi jangan bagitau pekerja pekerja yang lain ok.Anggaplah ni bonus pada kamu sebab kamu selalu je kerja overtime!"Encik Park tersenyum lebar.Dia bangga ada pekerja yang komited seperti Seong Woo.Tangan Seong Woo diraih lalu envelop itu diletakkan pada tapak tangannya.
"Terima kasih boss!"Memang poket Seong Woo tengah kering sekarang.Encik Park macam tahu tahu je yang dia perlukan duit untuk beli ubat haelmoni dan bagi sikit gajinya itu pada Daniel.Ya,dia mahu Daniel beli superbike tu secepat mungkin.Nak tunggu hujung bulan,20 hari lagi.Kesian Daniel!
* * * *
"Susahkan hyung je jemput Daniel balik."Aiskrim kon perisa vanilla yang berada di tangannya dijilat sedikit,merangsang adrenalin.
"Kebetulan Hyung pergi beli ubat untuk Haelmoni kat farmasi area kedai runcit Ahjumma Jung tu.So,hyung singgahlah sana!"Plastik kecil berisi ubat yang dijinjit itu ditayang pada Daniel.
"Jadi,tulah ahjumma Jung yang Daniel cerita hari tu?"
"Nae!Dia baik sangat.Dia dah anggap Daniel macam anak sendiri sebab tu Daniel panggil dia omma.Dia sebatang kara.Takde anak.Takde suami.Anak dia meninggal dalam kemalangan dan suami dia pulak dah bercerai."cerita Daniel.Seong Woo terlompong mendengarnya.Sadis jugak kisah hidup Ahjumma Jung tu.
Dringgg!
Poket seluar Seong Woo terasa bergetar.Dikeluarkan telefonnya.Skrin telefon menyala dengan satu pesanan daripada nombor tak dikenali.
Seong Woo terus buka dan baca mesej tersebut.
Tahniah,Kang Seong Woo anda telah lulus ujian kelayakan dan terpilih sebagai salah satu anggota polis.Anda dikehendaki melapor diri pada 10 November di balai polis Seoul.
Seketika kemudian,bibirnya tersenyum lebar dan dia menjerit kecil sambil mengangkat tangan ke udara.
"Kenapa ni hyung?"
"Hyung lulus ujian kelayakan hari tu dan hyung dapat tawaran jadi polis." kata Seong Woo nampak sangat teruja.Dia memeluk Daniel erat.
"Tahniah hyng.Daniel betul betul bangga dengan Hyung."Daniel pun turut sama tumpang gembira dengan kejayaan hyungnya.
* * * *
Sempena meraia kejayaan Seong Woo dan Min Hyun yang bakal menjadi polis tak lama lagi,mereka bersepakat mengadakan parti di rooftop rumah Seong Woo.Parti yang serdahana tetapi sangat meriah.
Kek pulak disponser oleh Daniel and the geng.Haelmoni tak join sekali.Awal awal lagi dah masuk tidur.Darah tua,biasalah.
"Min Hyun,hyung....cepatlah tiup lilin.Sebelum tiup tu buatlah wish!" Kek coklat besaiz serdahana yang dipegang oleh Daniel itu dihalakan ke arah Min Hyun dan Seong Woo yang berdiri di atas pangkin.Anggap jelah tu stage.Yang lain pun turut sama menggerumi mereka berdua sambil bertepuk tangan dan menyanyi.
Seong Woo dan Min Hyun menarik nafas dalam dalam lalu meniup serentak empat batang lilin yang terpacak di atas kek.Mereka bersorak sakan dan mencempung tubuh Seong Woo dan Min Hyun.
"Saya Inspektor Kang Seong Woo sedia berkhidmat untuk negara dan bangsa korea selatan."
"Saya Inspektor Hwang Min Hyun sedia berkhidmat untuk negara dan bangsa korea selatan."
Seong Woo dan Min Hyun menabik tangan pada dahi persis seorang polis.Tepukan gemuruh diberikan.
"Untunglah kau Daniel ada hyung yang jadi polis.Lepas ni kalau kitorang masuk longkap ke bolehlah Seong Woo tolong back up!" kata Ji Hoon memeluk bahu Seong Woo.
"Masuk longkap?Kitorang tak nak!Kau jelah yang masuk!" pintas Jaehwan,laju je mulutnya memotong.
"Diamlah kau!" Ising kek coklat dicalit sedikit lalu Ji Hoon menyapunya pada hidung Jae Hwan.Macam badut sarkas Jae Hwan jadinya.Jae Hwan balas balik.Digosok berus jambannya pada rambut Ji Hoon sehingga berserabai.
"Hoi,dah dah lah tu gaduh!" Jin Young menjerit marah.Nak berparty pun tak senang sebab anjing dan kucing dua ekor tu tengah bertekak.
"Aku betul betul excited wei nak jadi polis ni.Kau tahulah kan tugas polis ni bukan main main!" Seong Woo melagakan kedua dua tapak tangannya.Haba panas terhasil.Kurang sedikit rasa sejuk pada tubuh.
Min Hyun asyik tergelak saja memerhatikan gelagat Ji Hoon dan Jae Hwan sedang bergaduh.Mungkin dia tak dengar apa yang Seong Woo katakan.
"Tulah.Aku harap aku dapat jalankan tanggungjawab ni dengan baik.Polis ni dah kira macam gurdian dalam sesebuah negara." Telinga lintah rupanya.
"Kita sama sama buat yang terbaik ok dan kita sama sama jaga keselamatan negara kita!"Min Hyun menekup mukanya.Seong Woo tergelak kecil.
Vote and comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top