CHAPTER 4
15 tahun kemudian,
"Selamat pagi haelmoni!" ucapnya pada wanita tua itu.Dulang yang dibawa itu diletakkan di atas lantai berhadapan wanita tersebut.
"Haelmoni makanlah.Seong Woo cuma masak nasi goreng kimchi je hari ni." kata Seong sambil tersenyum.Dua pinggan nasi goreng air tangannya dialihkan dari dulang lalu dihulurkan kepada Haelmoni.Haelmoninya menyambut pinggan tersebut sambil tergelak kecil.
"Kenapa nasi goreng kamu lain,macam bubur nasi je!" soal Haelmoninya sambil mencedok sedikit nasi itu dengan sudu lalu disuap masuk ke dalam mulut.Nasib baik haelmoninya tidak memuntahkannya balik.
"Sedap ke tak Haelmoni?"
"Oklah!Jap,kamu letak air ke masa goreng nasi ni!"
Seong Woo menganggukkan kepala.Haelmoninya meletuskan tawa.
"Kenapa Haelmoni gelak?Wae?" Dia menyoal pelik.
"Orang goreng nasi mana letak air.Nanti jadi lembiklah nasi tu!"
"Yeke.Kalau macam tu boleh tak Haelmoni ajar Seong Woo masak."
"Boleh je.Dah,makan.Nanti kamu lambat pulak nak pergi class!"balas Haelmoninya.Seong Woo sebenarnya risau mahu meninggalkan haelmoninya itu yang dah beberapa hari demam.Selepas mengemaskan pinggan pinggan,Seong Woo bersiap siap untuk pergi ke kampus.Begnya dan beberapa helai kertas yang berada di atas meja diambil.
"Kamu masih nak cari Daniel ke?" soal Haelmoninya.
"Seong Woo akan tetap cari Daniel sehingga Seong Woo jumpa dia!" balas Seong Woo.Bila ditanya,itulah jawapan yang dia bagi.
"Teruskan usaha kamu.Haelmoni yakin yang satu hari nanti kamu pasti akan jumpa Daniel balik!"Haelmoninya itu sentiasa menyokong dan memberi kata kata semangat pada Seong Woo.Seong Woo lakukan ini semua untuk appanya jugak.Encik Kang sudah meninggal 5 tahun yang lepas akibat serangan strok.Selepas itu,Seong Woo dan Haelmoninya nekad berpindah ke rumah lama mereka di Seoul.
" Terima kasih Haelmoni.Seong Woo pergi dulu ye.Haelmoni jaga diri baik baik.Jangan lupa makan ubat!"pesan Seong Woo sebelum melangkah keluar dari rumah.
* * * *
Poster gambar Daniel yang bersaiz A4 itu ditampal pada notice board bersama timbunan poster poster yang lain.Seong Woo tersenyum.Gambar Daniel ketika berusia 5 tahun itu diamati lama.Entah bagaimana rupa Daniel sekarang?Adakah masih seperti dulu?Tentu sudah banyak yang berubah selepas 15 tahun berlalu.Keadaan Daniel pun Seong Woo tak tahu mana?
"Hyung rindu sangat pada kamu,"ujarnya lalu keluar dari balai polis.Seong Woo mengerling jam tangannya.8.30 pagi.Classnya bermula pada jam 8.00 pagi.Alamak!Dia sudah lewat.Seong Woo terus pecut menuju ke kampusnya yang jarak lebih kurang 1 kilometer dari balai polis Seoul.
Pukul 8.45 barulah dia sampai di kampus.Dia sudah terlepas waktu pertama.Tercungap cungap Seong Woo bernafas kerana keletihan.Tanpa membuang masa,dia menuju ke dewan.
Pintu dewan dikuak perlahan.Kelihatan Prof.Kim sedang khusyuk menulis sesuatu di blackboard.Seong Woo senyap senyap menyusup masuk ke dalam dewan dan menuju ke tempat duduknya bersebelahan Hwang Min Hyun.
"Mian aku lambat lagi!"
" Yelah.Ni mesti kau baru lepas pergi merata rata tempat untuk tampal poster pasal adik kau tu kan!"teka Min Hyun.Dia memang faham sangat dengan Seong Woo.
"Waktu pagi dengan malam je aku ada masa buat semua tu.Lepas kelas aku kena pergi kerja.Malam pulak baru aku free!" balas Seong Woo.Dia belajar pada masa yang sama dia jugak bekerja sebagai buruh binaan.Kalau dia tak kerja,saper nak sara dia dan haelmoninya.
"Nah nota subjek yang kau miss tadi."
"Terima kasih banyak banyak tau!" Bahu Min Hyun ditepuk lembut.Min Hyun memang banyak membantunya dalam pelajaran.
"Tak lama lagi ujian kelayakan menjadi polis akan diadakan pada 19 November.Ujian ni terbahagi kepada dua bahagian iaitu ujian fizikal dan mental.Ujian kali ini sangat penting dan pastikan korang semua lulus.Kalau korang gagal ujian ni,bermakna korang takan dapat peluang jadi polis dan terpaksa pulak repirt." kata Prof.Kim.Student student yang lain mencatat maklumat tersebut di dalam memo.
"Siapkan tugasan yang saya bagi hari ni.Makesure esok semua students hantar hantar assignment masing masing tepat pada masanya!"kata Prof.Kim lagi sebelum melangkah keluar dari dewan usai sesi pengajarannya tamat.
* * * *
Dia menongkat dagu menggunakan hujung batang mop.Sesekali lelaki itu mengelamun jauh.Bunyi tumbukkan bertalu talu menyedarkannya kembali dari lamunan.
Di gelanggan latihan tinju kelihatan Ji Hoon sedang berlatih pukulan cross bersama sama dengan Tuan Jin,pemilik gym tersebut.Ji Hoon menumbuk punch mitt yang dipegang oleh Tuan Jin.Ji Hoon mahir bertinju.Oleh itu,Tuan Jin mengambil Ji Hoon sebagai anak buahnya dan Daniel,Jin Young,Jae Hwan,Woo Jin dan Jin Sung hanya bekerja sebagai cleaner di gym tersebut.
Daniel menyambung kerjanya.Samsack yang tergantung berdekatannya itu sedikit menarik perhatiannya.Daniel layangkan buku limanya pada samsack tersebut.Mak aih,rasa nak patah lima putung jarinya.Keras gila benda ni.
* * * *
"Ji Hoon-ah,cepat pukul muka Tuan Jin tu.Pukul pukul!Kalau Tuan Jin cedera,esok kita boleh cuti!" sorak Jae Hwan di luar gelanggang tinju sambil menghayunkan berus jamban.
"Tunggu apa lagi,pukullah wei.Tuan Jin suruh pukul muka dia tu!" tambah Ji Sung.Yang lain turut bersorak pada Ji Hoon.Mata Tuan Jin mencerlung tajam memandang ke arah wajah mereka.
"Pergi buat kerjalah!" jerkah Tuan Jin.Mereka terus berlari dan pergi menyambung kerja masing masing.Takut Tuan Jin potong gaji.
Ji Sung sedang seronok melekapkan pengempang mangkuk jamban pada samsack.
"Hoi budak,berhenti main benda tu!"Tuan Jin yang melihatnya terus menjerit memarahi Ji Sung.Ji Sung mencebik.Sempat lagi dia menoleh ke arah Tuan Jin dan menjelirkan lidah pada lelaki itu.Daniel tergelak sakan dibuatnya dengan perangai Ji Sung yang macam kebudak budakkan.Memang cam budak budak pun.
"Asal kau gelak.Aku tunjul pengempang jamban ni kat muka kau baru tahu!"ugut Ji Sung.Daniel terus zip mulutnya.
* * * *
Pekerja pekerja yang lain kelihatan sedang berbaring di atas lantai kerana kelihatan.Kerja sebagai buruh binaan memang berat dan memenatkan.Memandangkan sekarang peluang pekerjaan semakin terhad,Seong Woo terpaksa bekerja di sini.Asalkan dia dapat duit.
Seong Woo membuka begnya.Bekalan nasi goreng kimchi tadi masih ada separuh.Cukup rasanya untuk isi perutnya.
Sambil makan,Seong Woo mengulang kaji pelajarannya.Ujian kelayakan tersebut dah nak dekat.Tinggal beberapa minggu je lagi.Dia nekad kali ni dia tak nak gagal.
* * * *
" Mana si Daniel ni?Janji pukul 4 tapi sekarang dah pukul 4:15."rungut Guan Lin.Matanya melilau mencari kelibat Daniel.
"Sabarlah.Mungkin Daniel tak habis kerja lagi kot!"balas Sung Woon.Dae Hwi pula sedang mengisi perut,5 batang taeobokki berjaya dihabiskan.
" Kau dah text Daniel kan yang kita tunggu dia kat depan gerai taebokki ni?"soal Guan Lin dan Dae Hwi menganggukkan kepalanya.Mereka bertiga tidak bekerja di gym milik Tuan Jin.Guan Lin bekerja sebagai penghantar barang.Sung Woo dan Dae Hwi pulak bekerja di sebuah syarikat perabot sebagai kerani.
"Yahhh,mian sebab korang terpaksa tunggu aku!" jerit Daniel yang sedang meluru ke arah mereka sambil melambaikan tangan.
"Asal lambat sangat?Baru habis kerja ke?"
"Haah,Tuan Jin denda kitorang sebab curi tulang masa kerja.Yang lain tak dapat datang sebab letih!"kata Daniel.Beberapa helai poster gambar Seong Woo ditampal pada dinding gerai tersebut setelah mendapat kebenaran dari pemiliknya.
"Aku dah tampal semua poster kat area sana masa aku pergi hantar barang tadi!" ujar Guan Lin.
"Aku dan Sung Woon pun ada masukkan artikel pasal adik kau ni kat internet." pintas Dae Hwi.Daniel tersenyum lebar memandang mereka bertiga lalu dipeluk erat tubuh tubuh itu.
"Thanks korang sebab sudi tolong aku cari adik aku." Daniel sedikit terharu.
"Kan kitorang dah janji dengan kau sejak dari kecil lagi yang kitorang akan tolong kau cari Seong Woo." balas mereka.
"Dah,jom pergi area sana pulak.Lepas tu kita pergi balai polis seoul untuk tampal benda ni."
Vote and comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top