CHAPTER 11
"Hoi,korang semua tengok ni!" Jae Hwan menjerit gembira sambil berlari anak menuju ke arah membernya.Sehelai kertas bersaiz A4 yang digengam erat olehnya ditayang pada mereka semua.Mereka hanya memandang Jae Hwan dengan pandangan yang pelik.Dah terencat ke budak ni?
"Kertas apa yang kau pegang tu?" soal Jin Young menunjukkan ke arah kertas yang berada di tangan Jae Hwan.
"Ada pertandingan tinju tak lama lagi." Jae Hwan menyerahkan kertas itu pada Jin Young.Woo Jin,Ji Hoon,Ji Sung dan Daniel mula menggerumuni Jin Young,berebut rebut mahu melihat kertas tersebut.
PERLAWANAN TINJU 2017
ajuran kelab tinju Seoul.
tarikh:29 November 2017
masa:5.00 petang
tempat:pusat tinju seoul
peserta dikehendaki membayar wang kemasukan terlebih dahulu sebanyak 3400 won untuk menyertai perlawanan ini.
hadiah yang diberikan adalah lumayan dan berbaloi.jom sertai ramai ramai.
"Alah,ruginya.Aku takleh joinlah.Tangan aku aku cedera.Nak tumbuk orang macam mana?" Ji Hoon mengeluh kesal.Poster tersebut terus digumpal.Dia berlatih dengan Tuan Jin selama ni pun sebab nak join contest ni lah.Dengan keadaannya yang tak beberapa nak stabil macam ni,memang tak boleh joinlah jawabnya.
"Kalau macam tu,apa kata aku je yang join." Dengan muka yang tak tahu malu,Jae Hwan dengan suka rela menawarkan dirinya.Mereka semua meletuskan tawa dengan kata kata Jae Hwan tadi.
"Tak payahlah.Kau tu lembik!Belum sempat masuk gelanggang dah pengsan." Ji Hoon tergelak panjang mengutuk Jae Hwan.Tak padan dengan sakit.Tangan je sakit tapi mulut tak.
Jae Hwan yang berasa geram menjentik tangan kiri Ji Hoon yang berbalut itu.Terus menjerit kesakitan Ji Hoon dibuatnya.Rasakan!
"Hahahaha,tu baru sikit.Kalau kau kutuk aku lagi,aku tumbuk tangan kau sampai putus."Jae Hwan ketawa besar.Nasib menyebelahinya kali ini.Ji Hoon hanya mampu zip mulut je.Tak berani melawan.
Daniel mengambil poster yang digumpal oleh Ji Hoon tadi lalu disimpan ke dalam poket seluarnya.Dia nekad.Dia nak masuk perlawanan tinju tu.Mungkin dengan cara ini dia boleh dapatkan duit dan langsaikan hutangnya dengan geng semsang tersebut.
* * * *
Gym tersebut menjadi sunyi sebaik saja Woo Jin,Jae Hwan,Ji Sung,Jin Young dan Ji Hoon pulang ke rumah masing masing apabila tamat waktu bekerja.Hanya tinggal Daniel sorang saja yang masih berada di situ.
Tuan Jin pulak dah balik rasanya.Lagipun,proses membuka dan menutup gym tersebut diberikan kepercayaan sepenuhnya pada Daniel.Maksudnya,kunci gym tu ada pada Daniel.Jadi tak kesahkan kalau dia nak gunakan peralatan peralatan dalam gym tu untuk berlatih tinju.
Daniel memanaskan dirinya terlebih dahulu sebelum memulakan latihan.Tekan tubi sebanyak 20 kali dilakukan.Dibalut kedua dua bulu lima tangannya dengan kain dan dia mula menumbuk samsak bertubi tubi.Segela bentuk pergerakkan yang dia lihat semasa Ji Hoon berlatih diaplikasikan.
Tubuhnya terasa melekit.Singlet putih yang tersarung pada tubuh kelihatan sudah basah.Bau hamis peluh menusuk masuk ke dalam rongga hidung.Latihan masih diteruskan.20 minit kemudian,Daniel mengambil keputusan untuk berehat sekejap,mengumpulkan balik tenaganya.
Dia membaringkan tubuh di atas lantai gelanggang tinju.Rambut yang menutupi permukaan dahi disebak ke belakang.
Dia mula mrngelamun jauh.Memikirkan banyak perkara.Tentang Seong Woo,tentang geng samseng tak guna tu,tentang perlawanan tinju yang bakal berlangsung dua minggu lagi dan tentang dia tak cukup duit untuk bayar wang pernyertaan pertandingan tersebut.Habislah!
Nafas berat dihela perlahan.Daniel bingkas bangun.Mengelamun lama lama tak bawak apa apa pun.Tanpa membuang masa,dia meneruskan latihannya.Beberapa pergerakan pukulan yang dia tahu diulang berkali kali.
Dalam tinju,seorang peninju perlu mahir dan bijak mengambil peluang untuk memukul pihak lawan.Kelincahan ketika mengelak pukulan pukulan dari pihak lawan juga perlu dikuasai sebaik mungkin.
Tanpa Daniel sedar,Ji Hoon sedang terpacak berdiri tidak jauh darinya,memerhatikan Daniel dengan penuh ralit.Bibir Ji Hoon mengukirkan senyuman lebar.Dia membawa langkah menuju ke gelanggang tinju.Daniel masih tak sedar akan kehadirannya di situ.
"Kuatkan lagi pukulan kau tu.Kalau macam ni lah gaya kau,aku tak jamin kau boleh menang perlawanan tu." jerit Ji Hoon membuatkan Daniel menjadi pegung di situ buat seketika.
"Ji Hoon!Kau buat apa kat sini.Bukan kau dah balik ke tadi?"soal Daniel.Ji Hoon mara ke arahnya sambil membuat thumbs up.
"Daebak bro!Aku tertinggal ubat luka aku tadi.So,aku patah balik datang sini!" terang Ji Hoo melabuhkan punggung di pinggir gelanggang tinju.
"Ji Hoon,aku nak mintak tolong sikit boleh tak.Sikit je!"ujar Daniel.
"Tolong apa?Tolong ajar kau tinju ke?" Belum apa apa lagi Ji Hoon dah dapat teka apa yang keluar dari mulut Daniel nanti.
Daniel tersenyum senyum macam kerang busuk,menyiku bahu Ji Hoon manja.
"Aku nak masuk perlawanan tu.Tapi takde orang nak train aku.So,aku berlatih jelah sorang diri berdasarkan apa aku tengok kau buat masa training dengan Tuan Jin!" jujur Daniel berterus terang.Ji Hoon hanya tergelak kecil.
"Asal kau tak cakap awal awal.Kau ada masa dua minggu lagi untuk berlatih.Ok,aku akan jadi trainer kau!"Mendengar kata kata Ji Hoon itu,Daniel terus menjerit gembira.Tubuh Ji Hoon dipeluk erat.
"Kita mulakan latihan esok ye.Dah nak malam ni."
"Arassoe seongsonim!"
* * * *
Kakinya tiba tiba berhenti melangkah di hadapan kedai motor itu.Superbike biru milik Daniel kelihatan elok terparking di dalam kedai tersebut.Mula timbul rasa bersalah pada dirinya.
Kerana nak bebaskan Seong Woo dari longkap,Daniel sanggup menjual superbikenya.
"Maafkan hyung Daniel.Hyung dah menyusahkan Daniel.Hyung janji akan dapatkan balik motor Daniel tu." desis Seong Woo memasang satu janji.Dan dia akan berusaha untuk tunaikan janji tersebut demi Daniel.Dia nak Daniel kembali tersenyum.
Sejak dari peristiwa hari tu,hubungan dia dan Daniel menjadi renggang.Yelah,awal awal pagi lagi Daniel dah keluar dan balik pulak bila lewat malam.Mereka dah lama tak luangkan masa bersama.
Daniel seperti mengelak dari Seong Woo.
Adakah Daniel telah membencinya disebabkan perkara itu.
* * * *
"Daniel,Tuan Jin nak jumpa kau sekarang!" Daniel yang mengemop lantai berhenti sekejap bila Woo Jin menyapanya.Wajahnya terus berubah pucat dengan pesanan yang disampaikan Woo Jin.Habislah.Tuan Jin mesti dah tahu dia curi curi guna peralatan dalam gym.
Maty beb!Cam mana boleh kantoi pulak.Takan Ji Hoon bagitau Tuan Jin.Batrey betul!
Daniel menolak daun pintu bilik Tuan Jin dengan tangan yang terketar ketar.Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut,Tuan Jin menepuk meja.Bunyinya sangat kuat.
"Ada apa Tuan nak jumpa saya?Mesti Tuan nak pecat saya sebab saya dah guna peralatan gym tanpa kebenaran Tuan!" Daniel menundukkan kepala ke arah lantai.Tak berana nak pandang wajah Tuan Jin.
"Ingat saya tak tahu ke kamu berlatih tinju tanpa ajak saya sekali.Dalam gym ni ada cctv.So,saya boleh nampak apa yang kamu buat kelmarin.Lain kali kalau nak berlatih tu bagitau saya dulu.Saya boleh latih kamu.Faham tak?"Kelopak mata Daniel berkelip.Mulutnya ternganga luas.Betul ke apa yang dia dengar tadi?
Tuan Jin bangun dan menghampiri Daniel.Di tangan lelaki itu terdapat buah kotak dan kotak itu diberikan pada Daniel.
"Ambik ni!Nak berlatih tinju kenalah ada sarung tangan tinju!" kata Tuan Jin dengan senyuman lebar di bibir.Daniel seakan akan tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang.
Pintu bilik tersebut tiba tiba dikuak dari luar.Muncul member membernya yang lain.Daniel agak terkejut.
"Aku yang bagitau Tuan Jin pasal kau nak join perlawanan tu.Kau ada bakat.Sayanglah kalau kau sia siakannya." pintas Ji Hoon.
"Pasal bayaran nak join pertandingan tu kau tak payah risaulah.Kitorang dah kumpul duit tolong bayarkannya untuk kau." tambah Ji Sung pula.Daniel jadi terharu.Terus dia peluk membernya dan Tuan Jin sekali.
Vote and comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top