CHAPTER 1

Cast:

*Ong Seong Woo
*Kang Daniel
*Bae Jin Young
*Lee Dae Hwi
*Lai Guan Lin
*Kim Jae Hwan
*Hwang Min Hyun
*Ha Sung Woon
*Park Ji Hoon
*Park Woo Jin
*Yoon Ji Sung

Encik Kang memasukkan barang barang seperti pakaian,mainam,
dan dokumen dokumen penting terutamanya sijil kelahiran Seong Woo dan Daniel ke dalam satu beg besar.Setelah memastikan semuanya diambil,tiada satu pun yang tertinggal dia terus menarik zip beg tersebut.

Dia duduk bersandar sekejap di dinding,melepaskan penat setelah beberapa jam dia dan ommanya mengemaskan barang barang di dalam rumah mereka untuk diletakkan di dalam lori pengangkut yang akan sampai sebentar lagi.Selepas kematian isterinya beberapa minggu yang lepas,Encik Kang membuat keputusan untuk berpindah ke Busan memandangkan dia telah mendapat pekerjaan baru di sana.Rumah ini terlalu banyak menyimpan memori pilu bersama isterinya.

Isterinya maut akibat menghidap kanser paru paru tahap empat.Encik Kang masih ingat lagi,sebelum isterinya menghembuskan nafas yang terakhir Puan Kang ada meninggalkan satu pesanan padanya supaya menjaga kedua dua cahaya mata mereka,Kang Daniel dan Kang Seong Woo sebaik mungkin.Mereka berdualah satu satunya harta peninggalan Encik Kang bersama isterinya.

Tanpa Encik Kang sedar,air jernih mengalir keluar dari tubir matanya lalu turun membasahi pipi.Dia terus mengesat pipinya.Cukup.Sudah banyak kali dia menangis.Apa apa pun dia mesti teruskan hidup bersama Seung Woo dan Daniel.

Encik Kang bingkas bangun dan menjijit beg tersebut ke ruang tamu.Kelihatan ommanya sedang mengosongkan almari pakaian milik isterinya.

"Omma,tak payahlah bawa baju baju Min.Tinggalkan je kat dalam almari tu.Lagipun saper nak pakai!" Encik Kang menghalang ommanya melipat baju baju arwah isterinya.Bukan dia benci pada Kang Min,tapi dia cuma tak nak bila lihat baju baju tersebut dia akan jadi lemah.

"Yelah.Omma faham!" Ommanya memasukkan semula baju baju tersebut ke dalam almari tanpa banyak soal.

"Kejap lagi lori dah nak sampai.Pastikan takde satu pun barang barang penting yang tertinggal."kata Encik Kang.Ommanya mengangguk faham.

"Appa,Seong Woo tak nak pindah.Seong Woo sayang rumah ni!Seong Woo nak tinggal kat sini" Anak bongsunya,Kang Seong Woo tiba tiba muncul di belakang Encik Kang.

"Kita kena pindah jugak.Appa kena kerja kat sana!"

Air muka Seung Woo nampak monyok.Tak seceria selalu.

"Ni rumah omma.Kalau Seong Woo tinggalkan rumah ni bererti Seong Woo tinggalkan omma!" kata kata Seong Woo menyebabkan Encik Kang membisu seketika.Dia mengusap umbu umbu kepala Seong Woo lembut.Tubuh kecil itu ditarik ke dalam pelukannya.

"Seong Woo jangan sedih ok,nanti muka Seong Woo tak comel.Kalau omma tahu Seong Woo nangis mesti dia tak suka."pujuk Encik Kang.

"Appa dah tak sayang omma ke?"pintas Seong Woo.

"Kenapa Seong Woo cakap macam ni.Appa sayang omma sangat sangat.Seong Woo dengar sini baik baik ye,omma bukan saja ada kat dalam rumah ni tapi omma sentiasa ada di mana mana je Seong Woo pergi!"Tangan Seong Woo digenggam erat lalu Encik Kang meletakkan tangan kecil Soung Woo pada dadanya.

" Omma selalu ada kat dalam hati appa dan Seong Woo.Appa janji,kalau appa ada masa kita datang lawat rumah omma ok!"

Seong Woo terus tersenyum gembira.Tubuh appanya dipeluk erat.

* * * *

Sekitar pukul 8.15 malam,lori yang disewa Encik Kang tiba di rumahnya.Perabot perabot,kotak kotak berserta beberapa buah beg pakaian sudah siap diletakkan di bahagian belakang lori.

Seong Woo dan Daniel kelihatan sangat seronok bermain di bahagian belakang lori.Lega sikit Encik Kang rasanya apabila dapat memujuk Seong Woo.

Seong Woo membaling bola ke arah Daniel.Daniel berjaya menyambutnya.Dibaling semula bola itu ke arah Seong Woo tapi balingannya sedikit tersasar menyebabkan bola tersebut terkeluar dari bahagian belakang lori.Daniel segera turun dari lori dan pergi mengejar bola itu yang sudah tergolek jauh meninggalkannya.Daniel sayang bola itu kerana ia merupakan hadiah yang diberikan oleh ommanya semasa hari jadinya.

"Palli!palli!" jerit Seong Woo.

Pemandu lori bergerak ke bahagian belakang lori dan menutup pintu bahagian tersebut.Enjin lori mula dihidupkan.Seong Woo jadi tak tentu arah apabila kelibat Daniel masih tidak kelihatan.Dia menjerit jerit memanggil nama Daniel dengan harapan Daniel akan dengar dam datang semula.Tapi tak,lori yang dinaikinya sudah jauh meluru pergi meninggalkan kawasan rumah dan turut meninggalkan Daniel.

"Berhenti!Berhenti!Appa,hentikan lori ni sekarang!" jerit Seong Woo sambil melompat lompat.Malangya Encik Kang yang sedang berbual di telefon bimbit tidak mendengar suaranya.Seong Woo melambai lambaikan tangannya.Kebetulan ketika Encik Kang melihat cermin sisi lori,dia terpandang refleksi Seong Woo di bahagian belakang lori.Ada sesuatu telah berlaku.Encik Kang menyuruh pemandu lori supaya berhenti lalu dia turun dari lori dan mendapatkan Seong Woo yang berada di bahagian belakang.

"Daniel!Daniel!Daniel dah kena tinggal!"Setelah mendengar kata kata anaknya itu,Encik Kang terus berlari ke arah laluan yang menuju ke rumah mereka.Dia mencari Daniel di sekitar rumahnya dan di merata rata tempat yang berdekatan tetapi dia gagal menemui Daniel.

Encik Kang sudah keletihan.Dia betul betul menyesal kerana tidak menjaga Daniel dengan baik.Ayah jenis apa dia ni.Dia gagal mengotakan janjinya pada Kang Min.Tentu Kang Min akan berasa kesal dengannya.

" Mianhae!mianhae!Appa memang tak guna.Appa gagal jaga kamu dengan baik Daniel!"

* * * *

Daniel hanya berjalan sepanjang malam sambil menjerit jerit memanggil nama Seong Woo,omma dan appanya.Sedar tak sedar waktu sudah pun berginjak subuh.Tenagannya mula berkurangan.Matanya sudah mula rasa sangat mengantuk dan tekaknya pula terasa perit akibat kuat menjerit.Daniel hilang arah tuju.Digagahkan juga dirinya untuk terus berdiri.Kakinya terus melangkah dan melangkah sehingga membawanya di kawasan landasan kereta api.

Air mata Daniel tak henti henti mengalir keluar."Appa!Omma!Seong Woo!Daniel takut!"Dia menangis teresak esak.

Seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan itu terus menuju ke arah Daniel apabila dia mendengar jeritan budak lelaki itu.

"Kamu tak apa apa ke?" soal wanita itu.Dia menghampiri Danielo.Bila dia cuba memegang Daniel,tangannya ditepis kasar dan Daniel menjauhkan dirinya dari wanita tersebut.Dia ingat pesan appanya,tidak boleh bercakap atau mendekati orang yang tidak dikenali.

"Janganlah takut.Ahjumma takan apa apakan kamu!" pujuk wanita itu.

"Nama kamu apa?Kamu buat apa kat sini?" soalnya.

"Daniel.Saya cari omma,appa dan hyung saya!" balas Daniel dengan suara yang lemah.Tubuhnya terasa berat dan perlahan lahan pandangannya menjadi kabur sebelum dia rebah ke bumi.Tapi nasib baik wanita itu sempat menyambutnya.

Vote and comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top