TUJUH BELAS🌌
"Jom Minjung" ajak Yeji setelah mengemas buku-bukunya dan mereka berdua terus keluar dari dewan kuliah.
"Kau jadi keluar ke dengan dia malam ni?" Soal Yeji sambil berjalan beriringan bersama Minjung.
"Siapa?" Tanya Minjung kerana tidak dapat meneka siapa.
"Aish pabo! Yohan sunbae la..siapa lagi? Tadi dia cakap nak ajak kau keluar pastu kau yang cakap kau akan mesej dia" kata Yeji dan Minjung baru teringat akan hal Yohan mengajaknya keluar malam nanti.
"Eh haah la aku baru ingat" kata Minjung dan segera menghantar mesej kepada Yohan. Yeji mencuri-curi melihat mesej Minjung bersama Yohan.
"KAU TERIMA MINJUNG???" Yeji meninggikan suaranya dan membuatkan telinga Minjung rasa nak tercabut.
"Auwh sakit telinga aku!" Minjung menutup sebelah telinganya dek kerana penangan suara Yeji.
"Ohh maaf..kau terima?" Soal Yeji lagi sekali.
"Yup..kenapa?" Minjung memandang Yeji pelik.
"Aniya..kalau Changbin tak bagi macam mana? Kau tau tak tadi dia bukan main jeles lagi bila kau-" segera percakapan Yeji dipotong.
"Shhhhhhhhh diam..aku tau apa aku nak buat..dan lagi satu kau tengok dia jeles? Huh entah-entah belakon je lebih..acah je lebih dia tu" tuduh Minjung tanpa rasa bersalah sikit pun.
"Eh sesuka hati kau je an..mana boleh cakap macam tu..aku tengok cara dia pon aku dah tau" ujar Yeji bersungguh-sungguh.
"Tau apa je?" Minjung memeluk tubuhnya.
"Aku tau la yang dia dah mula sayangkan kau" kata Yeji dan Minjung agak terkejut sedikit tetapi dia sempat mengcover dirinya.
"Tak- takkan la, haih dia tu acah je..tak mungkin la..eh dah la jalan cepat sikit nak hujan ni" Minjung segera menukar topik lain.
"Eh kita duduk bawah bumbung rileks la" kata Yeji dan Minjung hanya mengabaikannya.
Setelah sampai di parking kereta kelihatan Changbin dan juga Hyunjin sudah pon berada disitu.
"Jom" ajak Changbin manakala Minjung pula sibuk mencari keberadaan Minho.
"Minho mana?" Soal Minjung.
"Dia dah balik..katanya urgent" jawab Hyunjin dan Ninjung hanya mengangguk.
"Apa la urgent sangat..aku ni pon keluarga dia jugak..takkan la benda urgent tak bagitau aku?" Bebel Minjung seorang diri.
Pinn!!!
"Eomma kamchagiya!" Terkejut Minjung dibuatnya disebabkan Changbin menekan hon kereta.
"Aishhh member kau memang tak pandai nak bersabar kan?" marah Minjung sambil memandang Hyunjin lalu segera masuk ke dalam kereta.
Hyunjin hanya mengangkat bahu tanda dia tidak tahu sedangkan dia juga terkejut akibat Changbin menekan hon kereta sebentar tadi.
___××___
Jam menunjukkan pukul 8 malam. Kini Minjung sudah bersiap-siap untuk keluar bersama Yohan.
Apabila dia keluar sahaja dari bilik, terpampang la wajah Changbin yang baru sahaja ingin memasuki biliknya.
"Pergi mana?" Soal Changbin apabila melihat Minjung yang memakai pakaian seperti orang yang ingin keluar pergi date.
"Keluar" balas Minjung sepatah.
"Dengan Yohan?" Teka Changbin dan Minjung berpaling ke arahnya. Nampaknya betul la tu tekaannya.
"Mana kau tau?" Soal Minjung pula.
"Yeji" jawab Changbin sepatah. Tadi Minjung jawab sepatah sekarang ni biar Changbin pulak jawab sepatah.
"Kalau kau cancel je tak boleh ke?" Tanya Changbin dan Minjung segera menggeleng kepalanya tanda tidak mahu membatalkan. Degilnya budak ni.
"Kenapa? Kau dah jatuh cinta dengan dia ke?" Tuduh Changbin dan membuatkan Minjung memandang tajam ke arahnya.
"Apa masalah kau? Jangan nak menuduh boleh tak!aku malas nak cari gaduh dengan kau sekarang ni!" marah Minjung.
Changbin tidak berkata apa-apa dan terus masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempas kuat dan menyebabkan Minjung agak terkejut dengan kelakuan lelaki itu.
"Urgh stress aku dengan manusia macam ni" Minjung segera melangkah keluar dari rumah setelah memakai kasut.
Baru beberapa langkah jaraknya dari rumah tiba-tiba satu suara yang tidak asing baginya memanggil.
"MINJUNG!"
Segera Minjung menoleh ke belakang dan melihat gerangan tersebut.
"Y-Yohan sunbae" agak terkejut kerana dengan secara tiba-tiba lelaki itu boleh sampai kesitu. Bagaimana?
"Y-Yohan sunbae buat apa dekat sini?" Soal Minjung.
"Tunggu awak la..erm boleh tak jangan panggil saya sunbae kalau dekat luar macam ni..panggil je nama saya..ok" ujar Yohan tenang sambil tersenyum manis ke arah Minjung.
Bagi lelaki itu memang tenang tetapi bagi Minjung tidak berapa tenang kerana masih lagi berfikir bagaimana si Yohan boleh tahu alamat rumahnya? Tingkat rumahnya?Setahu gadis itu, tidak pernah lagi dia memberikan alamat rumahnya kepada orang lain selain keluarganya sendiri.
"Jom, dah lewat ni" ajak Yohan dan Minjung hanya mengikut sahaja dari belakang.
Setelah 20 minit masa perjalanan diambil akhirnya mereka berdua tiba di suatu tempat.
'Sweet Home'
Ia adalah sebuah restoran dimana pasangan yang mempunyai hubungan yang istimewa.
Rasa tidak selesa Minjung bersama Yohan tadi mula hilang seketika dan rasa kagum pula yang muncul dalam dirinya.
Sungguh kagum melihat dekorasi di dalam restoran tersebut. Ia membuatkan para pasangan menjadi romantik apabila bertemu dengan pasangan masing-masing disitu.
"Suka?" Soal Yohan dan Minjung hanya mengangguk sambil tersenyum kekok.
Tempat duduk dipilih dan menu juga telah dipesan oleh mereka. Tinggal nak makan je.
Yohan yang tadinya duduk di hadapan Minjung, mula bertukar tempat disebelah gadis itu. Perasaan tidak selesanya mula datang kembali dan membuatkan telapak tangannya berpeluh.
"Awak okay ke?" Tanya Yohan prihatin.
"Y-ye" Minjung tersenyum kekok kepada Yohan.
Tidak sampai 5 minit menunggu kini makanan yang dipesan oleh mereka tadi mula terhidang di atas meja.
"Makan la..jangan tengok je" pelawa Yohan dan Minjung hanya mengangguk lalu menyuap makanan ke dalam mulutnya.
Selama 1 jam mereka menghabiskan masa di restoran itu dan akhirnya mereka keluar juga dari situ.
"Err sunbae saya-" baru sahaja gadis itu ingin berbicara tetapi kata-katanya dipotong.
"Saya ada hal penting nak bagitau awak, Minjung" kata Yohan. Minjung diam untuk memberi ruang kepada Yohan.
"Tapi bukan dekat sini..jom" mereka berdua menaiki kereta dan menuju ke tempat yang ingin dibawa oleh lelaki itu.
Setelah sampai ke destinasi, Minjung ingin keluar dari kereta tetapi sempat ditahan oleh Yohan dan membuatkan Minjung memandang pelik ke arah Yohan.
"Taknak keluar ke?" Tanya Minjung dan ingin membuka pintu kereta tetapi dihalang oleh Yohan lagi dengan cara mengunci pintu tersebut.
"Tak..tak keluar" jawab Yohan.
Kedua-dua mereka kelihatan nervous. Seorang nervous sebab takut diapa-apakan dan seorang lagi takut untuk meluahkan perasaan.
"Ermm sunbae nak cakap apa? kenapa bawak dekat taman ni? Macam sunyi je?" Minjung memberanikan diri untuk bertanya.
"Saya suka awak" luah Yohan
"Huh?" Minjung agak bingung dengan ungkapan yang telah dilontarkan oleh Yohan tadi.
"Saranghae Lee Minjung" luahnya sekali lagi dan Minjung menggeleng kepalanya dengan laju.
"Sunbae tak boleh buat macam ni..maaf sunbae, saya tak boleh terima" Minjung menolak dengan baik.
"Kenapa? Saya ni tak cukup baik untuk awak ke?" Soal Yohan dan membuatkan Minjung rasa bersalah.
"Bukan-" kata-kata Minjung dipotong.
"Kenapa awak tak boleh terima saya Minjung? Kenapa?KENAPA!!!!" Yohan meninggikan suara sehingga membuatkan Minjung terkejut.
"HARI-HARI SAYA CUBA UNTUK DAPATKAN AWAK! HARI-HARI SAYA BAYANGKAN AWAK MINJUNG! KENAPA SUSAH SANGAT NAK TERIMA SAYA? saya tak boleh terima awak buat macam ni dekat saya" Yohan meluahkan segala yang terkubu di hatinya.
Minjung agak terkejut dengan pengakuan Yohan. Selama ni tidak pernah langsung terlintas difikirannya untuk mencintai lelaki itu. Dia hanya menganggap Yohan sebagai kawan sahaja dan tidak lebih dari itu.
"S-sunbae saya minta maaf" Ujar Minjung dengan sedikit gagap.
"Huh? Buat apa awak nak minta maaf? Sepatutnya saya yang kena minta maaf..maafkan saya Minjung..saya tertinggikan suara dekat awak pula ehehe" kata Yohan dan tergelak kecil.
Ketakutan mula menyelubungi diri Minjung akibat melihat perwatakan Yohan yang agak pelik. Tadi marah sekarang ketawa pulak. Gila ke?
"S-sunbae s-saya nak balik" Minjung ingin membuka pintu kereta malah tidak berjaya. Dia lupa ke yang si Yohan tu dah lock kereta?
"Oh, sabar ye..awal lagi ni" Yohan cuba menyentuh kepala Minjung tetapi gadis itu segera menepis.
"YAH!" daripada wajah manis tadi kini mula berubah menjadi serius kembali. Dia merenung tajam tepat ke mata Minjung.
"Kau nak mampus ke perempuan? Tak pernah sekali pon perempuan lain tolak tapi kau!-"
Tangan diangkat setinggi yang mungkin untuk menampar gadis itu tetapi nasib menyebelahi Minjung kerana Yohan tidak sempat berbuat apa-apa kepadanya kerana seseorang mengetuk tingkap kereta dengan kuat.
"Aihh kacau" lock di buka. Belum sempat lelaki itu mahu membuka pintu kereta tetapi satu tangan lebih pantas membuka pintu kereta tersebut dan dengan segera dia menarik Yohan keluar dari kereta.
"KAU KACAU WIFE AKU!!" satu tumbukan mula mendarat di pipi Yohan dan terus jatuh terduduk.
Minjung yang terkejut segera keluar dari kereta untuk melihat apa yang berlaku.
Matanya membulat saat melihat Changbin sedang memukul Yohan dengan secukupnya.
"Yaahh Changbin cukup la tu!! Chan pegang dia" arah Minho yang baru keluar dari kereta bersama Chan.
Dengan segera chan mendekati Changbin lalu menariknya jauh daripada Yohan.
"SINI KAU! AKU TAK PUAS LAGI TUMBUK KAU! BERANI KAU SENTUH MINJUNG..AKU RASA NAK PIJAK-PIJAK JE KEPALA KAU!!" changbin meninggikan suaranya. Ringan sahaja tangannya untuk melayang tumbukan di muka Yohan tapi malangnya Chan tidak membenarkannya.
"Tch kau siapa nak halang aku?" Yohan memandang sinis kepada Changbin.
"Huh, sepatutnya aku yang patut tanya kau!! Kau siapa nak sentuh wife aku!" Changbin berbalik soalan dengan amarahnya. Yohan yang tadinya tersenyum sinis kini mula memudar senyuman itu.
"Kau blah sekarang sebelum aku lunyai-lunyaikan kepala kau!" Ugut Changbin dan dengan perlahan-lahan Yohan bangun dari duduk lalu masuk ke dalam keretanya untuk beredar.
"CEPAT LA!" Sempat lagi Changbin menendang kereta milik Yohan supaya lelaki itu cepat beredar.
Setelah pemergiannya, mereka bertiga mula memandang ke arah Minjung yang berada di belakang Minho.
"Gwaenchana?" Soal Minho risau sambil memegang kedua belah bahu milik Minjung.
Minjung tidak berkata apa-apa malah hanya mengangguk sahaja.
Air mata yang mula membasahi pipinya segera dilap dengan hujung lengan baju yang dipakai.
"Shhh uljima" Minho menariknya masuk ke dalam dakapan sambil mengusap kepala gadis itu supaya bertenang.
Tbc
Aku tak yakin senanye nak update chap ni AHHHHH
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top