TUJUH🌌


"Yah yah jangan bagitau la yang dia tu suami kawan kau"

"Ish bodoh jugak pompuan ni"

Pagi-pagi lagi gadis itu sudah buat bising di hadapan televisyen. Tengok drama pon mulut masih bla bla bla bla.

Changbin yang baru masuk rumah itu menarik perhatiannya dan menegur jejaka itu.

"Pegi mana? pahal berpeluh?" Soal Minjung. Nampaknya dia terlupa dengan undang-undang sendiri.

"Jogging" jawab Changbin tanpa memandang Minjung dan terus pergi ke dapur untuk minum segelas air.

Setelah minum air dia kembali ke ruang tamu dan menegur gadis itu pula.

"Kau tak ada kelas harini?" Changbin bercekak pinggang. Acah macam model gitu.

"Kelas pagi dibatalkan, diorang pindah jadual buat petang" jawab Minjung tanpa mengalih pandangannya sedikit pon. Bak kata Minjung drama lebih penting ya.

"Kalau macam tu jom ah beli barang dapur " ajak Changbin.

"Ala lepas aku balik kelas la..aku nak tengok drama ni" Minjung memberi alasan. Dasar pemalas.

"Tak payah bagi alasan jom sekarang. Drama tu nanti tengok la balik nanti dia ulang jugak"kata Changbin dan berlalu pergi masuk ke dalam biliknya untuk mandi. Sempat lagi dia menjerit kepada Minjung suruh bersiap.

Minjung mencebik dan berjalan dengan malas pergi ke biliknya untuk bersiap.

Setelah 15 minit Minjung keluar dari bilik dan menapak ke arah Changbin.

"Jom"

Changbin memandang Minjung atas bawah. Hal itu membuatkan gadis itu juga turut memandang dirinya.

"Kenapa?" Soal Minjung

"Setahu aku kita nak pergi pasar je tau bukannya pergi shopping atau club" kata Changbin.

"Halah biar la aku nak pakai apa pon" Minjung menjeling Changbin.

"Pegi tukar" arah Changbin kedengaran tegas.

"Tapi-"

"Pegi tukar Lee Minjung sebelum aku yang tukarkan" ugut Changbin. Minjung menghentak kakinya tanda protes dan terpaksa masuk bilik semula untuk menukar pakaiannya.

Tak sampai 2 minit Minjung keluar kembali dengan hanya memakai hoodie dan juga seluar jeans. Changbin memandang minjung dengan sebuah senyuman.

"Cepat la" Minjung bersuara dengan sedikit geram dengan Changbin.

"Minjung cepat sikit ambil barang tu boleh tak?lembab la kau ni"

Changbin tersenyum sinis memandang Minjung yang tengah mencapai sepaket rumpai laut. Dah la rak dia tinggi mana sampai dengan ketinggian Minjung tu.

Sengaja Changbin mahu membuli si Minjung tu.

"Sabar la aku tengah nak ambik ni" balas Minjung yang masih berusaha mencapai rumpai laut itu.

Perbuatannya terhenti seketika dan memandang Changbin yang tengah rilek memandang dia.

"Tak sampai la! kau je la ambik ish" Minjung memasang wajah cemberut sambil memandang Changbin.

"Tu sebelah kau" Changbin menunjuk rak yang berada sama paras dengan pinggang Minjung.

Membulat mata Minjung apabila rumpai laut yang ingin dicapainya tadi ada je dekat rak bawah tu cuma dia je tak nampak.

Dia mengambil rumpai laut itu dan terus baling ke arah changbin. Nasib jejaka itu cepat tangkap.

"KENAPA KAU TAK BAGITAU AKU!!" marah Minjung.

"Siapa suruh kau gigih nak ambik yang atas tu" kata Changbin selamba.

"KAU YANG SURUH AKU AMBIK YANG ATAS TU KAN TADI" geram sungguh Minjung dengan Changbin tu. Selalu sangat buat dia marah.

Changbin tidak membalas atau melayan malah dia pergi begitu saja. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Minjung mengetap giginya. Bertambah geram lagi ada la bila Changbin buat macam tu dekat dia.

"Tunggu kau Changbin..aku akan balas balik" kata Minjung sendirian dan berlalu pergi mengejar Changbin yang dah jauh darinya.

___××___

"Hello pengantin baru" teguran dari Yeji itu Minjung hiraukan dan hanya fokus dengan telefonnya.

"Oi aku tegur kau ni" Yeji mengambil tempat di sebelah Minjung.

"Aku tak ada mood la jangan kacau aku" kata Minjung dingin.

"Tak ada mood? Siapa buat kau tak ada mood ni?Minho?" Tanya Yeji.

Minjung menutup telefonnya dan memandang Yeji. Muka yang tadinya dingin kini mula bertukar. Dia mencebik

"Yejiiiii~" panggil Minjung.

"Kenapa? Ada masalah ke? Mind to share with me?" Minjung mengangguk menandakan dia mahu kongsikan ceritanya dengan Yeji.

"Okay apa dia?"

"Changbin" Ninjung menyebut nama jejaka yang sudah buat hati dia panas selalu.

"Kenapa dengan dia? Kemalangan?" Terus bahu Yeji ditampar oleh Minjung.

"Auch sakit la! Cerita la cepat tak payah la sebut satu-satu" Yeji mengusap bahunya yang sakit ditampar oleh Minjung.

"Dia suka buli aku la..hmm aku tak suka" Minjung mencebik.

"Lorhh kesiannya kau..mesti hidup kau bahagia kan?" Lagi sekali tamparan lekat di bahu milik Yeji.

"Auwh sakit la sengal!" Marah Yeji.

"Padan muka! Kau tau tak hidup aku tak bahagia..lagi menyusahkan ada lah! Ish benci betul"

"Sabar la ini semua dugaan untuk kau..nanti lama-lama okay la tu" kata Yeji.

"Tak, kami takkan bertahan lama" Yeji memandang Minjung pelik. Apa yang takkan lama?

"Apa maksud kau takkan bertahan lama?"soal Yeji.

Minjung menarik Yeji supaya dekat dengannya dan berbisik sesuatu di telinga Yeji.

"APA??" jeritan Yeji membuatkan semua satu kuliah memandang mereka.

"Sorry-sorry" Yeji tersenyum malu dan meminta maaf lalu memandang Minjung semula dengan muka tak percaya.

"Kau gila ke Minjung? Cerai tak boleh dibuat main kau tau tak!" Yeji perlahankan suaranya.

"Itu je jalan yang terbaik" serta merta kepala Minjung diketuk dengan buku milik Yeji. Ha padan muka.

"Kepala otak kau terbaik! Wahai Lee Minjung adik kepada Lee Minho, i know you don't like him. But, you can't do this without thinking about how someone feels. Fikir perasaan dia jugak. Jangan main suka-suka je cakap pasal benda tu!" Nasihat Yeji.

"Ni kalau Minho tau lepastu dia bagitau dekat parents kau..apa kau nak jawab?" Sambung Yeji lagi.

Minjung terdiam taktau nak balas apa dah. Kata-kata Yeji itu membuatkan dia berfikir lebih dalam.

"Kau faham tak apa aku cakap ni? ingat, jangan buat tindakan bodoh kau tu" kata Yeji lagi dan mula fokus ke hadapan setelah prof mereka sudah tiba.

___××___

Minjung termenung sendirian di perhentian bas sambil menunggu bas yang belum tiba.

"Minjung!"

Minjung memandang gerangan yang memanggil namanya sebentar tadi.

"Eo, abang!"

"Jom aku hantar balik" pelawa Minho.

Minjung mengukirkan senyuman lalu masuk ke dalam kereta Minho.

"Bagitau alamat rumah kau dekat mana? " Minho ingin membuka waze. Dah macam grab dah.

"Jalan je la nanti Min tunjuk jalan mana" Minjung menghalang Minho dari membuka waze di telefon.

"Arraseo"

Suasana dalam kereta terlalu senyap sehingga Minho melepaskan keluhan.

"Kenapa?" Soal Minjung

"Hmm?"

"Kenapa abang mengeluh? ada masalah ke?"tanya Minjung.

" tak ada apa la" jawab Minho.

"Macam mana tinggal dengan Changbin, okay tak?" Soalan dituju kepada Minjung.

"Okay je" balas Minjung singkat.

"Okay je macam mana tu? Korang ada gaduh tak? Changbin ada buli kau? makanan cukup?" Bertalu-talu soalan Minho bagi.

Adoi bang sabo la hiks banyak betul soalan. Markah sikit je.

"Okay okay okay semua okay..makanan tu tanya buat apa..dia kaya kan mesti la cukup" Minjung menggeleng kepala. Agak pening dengan abang dia yang sekor ni.

"Tanya je" Minho mencebik dan membuatkan Minjung tergelak kecil melihat perangai abangnya.

"Belok kiri lepastu berhenti dekat depan tu" arah Minjung dan Minho hanya menurut.

"Ni ke rumah kau?" Minho memberhentikan keretanya dan melihat bangunan yang tinggi di hadapannya.

"Yup. Aku dengan changbin tinggal sini la" Minjung menggalas begnya.

"Abang taknak pergi jumpa Changbin dulu ke? minum air ke apa?" Pelawa Minjung.

"Tak payah la dah lewat ni. Abang nak balik tidur je" Minho menolak pelawaan itu.

"Okay kalau ada masa lapang datang la" kata-kata terakhir diungkapkan sebelum minjung keluar dari kereta Minho dan masuk ke dalam bangunan itu.

Tbc

Im sorry jika ada salah :)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top