TIGA🌌
"Minjung kamu tak keluar mana-mana kan malam ni?" Soal Puan Shin kepada anak perempuannya yang sedang leka menonton drama di kaca tv.
"Tak kot kenapa eomma?" Minjung mengalihkan pandangannya ke arah Puan Shin.
"Malam ni keluarga Seo nak datang, jadi eomma nak kamu duduk dekat rumah dan layan tetamu boleh?" Pinta Puan Shin.
"Tch mesti ada anak dia sekali kan huh" kata Minjung perlahan nasib Puan Shin tak dengar apa yang dia cakap kalau tak memang kena cili la mulut sebab kata dekat anak kawan baik dia tu.
"Boleh ke tak?" Tanya Puan Shin
Lama Minjung fikir. Bukan apa, dia bukannya pandai sangat layan tetamu ni. Buatnya tetamu yang layan dia kejap lagi ha kan terbalik tu? siapa yang tuan rumah sekarang ni? Dia ke tetamu tu?
"Kalau Minjung tak layan tak apa ke eomma? Minjung buat la diri Minjung tak wujud tak boleh ke?" Lantas kepalanya dipukul dengan bantal kecik.
"Tak payah nak mengada..layan je" arah Puan Shin.
"Baiklah haih" Minjung mengeluh seketika lalu menyambung melihat dramanya yang tergendala tadi.
___××___
Malam sudah pun tiba, kini minjung mula bersiap-siap untuk menyambut tetamu yang bakal datang sebentar lagi.
"Buat apa la tetamu datang memalam ni? kenapa tak subuh je haih" Minjung merenung dirinya di dalam cermin.
'Tokk tokk tokk'
Kedengaran bunyi ketukan pintu dari luar membuatkan Minjung berhenti merenung dirinya di hadapan cermin. Baru nak berangan jadi pewinces eh tiber.
"Masuk la" arah Minjung. Muka Minho terpampang dihadapan pintu bilik Minjung.
"Lah abang ke ingat kan eomma tadi. Kenapa harini rajin nak ketuk pintu pulak? bukan selalunya abang main terjah je ke masuk bilik Min?" Minjung pelik tiba-tiba abangnya yang sekor ni ada pulak tangan nak ketuk pintu. Selalunya akhlak dia bawah kapak kaki.
"Tak payah banyak cakap..jom turun tetamu dah sampai ada dekat bawah. Ni pon eomma yang suruh panggil" kata Minho dan Minjung keluar dari biliknya berjalan menuju ke ruang tamu diikuti Minho dari belakang.
Minjung lantas duduk di sebelah eommanya sempat dia memandang Changbin yang berada di hadapannya. Mereka merenung antara satu sama lain.
Changbin mengenyit mata sebelah kepada minjung membuatkan gadis itu terus menjelingnya.
"Jiyeon-ya sebelum ni kau pernah kenal dengan anak lelaki aku je kan, Lee Minho. Ni kenalkan anak perempuan yang akhir sekali" kata Puan Shin lalu menyuruh Minjung memperkenalkan diri kepada mereka.
"Annyeonghasaeyo Lee Minjung imnida" Minjung menunduk sedikit hormat kepada keluarga Seo sebagai tanda salam perkenalan.
"Cantik jugak ye anak kau Min-ah" serta merta Minjung tersenyum apabila ada orang puji dia cantik.
"Berapa umur kamu Minjung" tanya Tuan Seo pula.
"20 tahun" mereka hanya mengangguk dan hanya tersenyum apabila Minjung menyatakan umurnya sekarang.
"Macam mana dengan perjanjian tu? kita patut ke bagitahu diorang pasal ni atau kita tangguhkan dulu" soal Tuan Lee dan membuatkan Minjung, Minho dan Changbin memandang pelik.
"Saya rasa dah sampai masanya untuk mereka tahu" kata Tuan Seo pula.
Pening kepala apabila orang muda tak tahu apa yang orang tua mereka tengah berborak tentang apa sekarang ni dan lagi memeningkan apabila orang tua mereka sebut tentang perjanjian.
"Perjanjian apa tu?" Soal Minho ingin tahu. Bukan dia hendak menyampuk cakap orang tua tapi dia cuma ingin tahu sebab dia rasa ada yang tak kena.
Puan Shin hanya tersenyum lalu memandang suaminya untuk menerangkan apa yang terjadi kepada anak mereka.
Masing-masing memasang telinga untuk mendengar penerangan tersebut.
"Macam ni, dulu mendiang atuk kamu dengan mendiang atuk Changbin kawan rapat sangat-sangat memang rapat sangat la-" belum nak habis cerita Minjung sudah menyampuk.
"Habis tu apa kena mengena kalau dah rapat?" Tanya Minjung.
"Sabar la cerita tak habis lagi haih" kata Puan Shin dan menyuruh suaminya sambung semula.
"Jadi sebelum mereka berdua mati mereka ada minta kami tunaikan hajat mereka jadi kami hanya menurut memandangkan mereka nak sangat benda tu berlaku" sambung Tuan Lee.
"Berlaku apa tu?" Soal Changbin yang dah lama berdiam diri.
"Diorang mintak kami satu kan salah seorang daripada anak kami untuk berkahwin" kata-kata Tuan Lee itu membuatkan mereka bertiga terkejut.
Minjung yang sedang minum air tiba-tiba tersedak apabila mendengar perkara yang mengarut baginya.
"Yah!ish kau ni" Minho menegur Minjung yang berada di sebelahnya. Kurang sopan betul.
"Apa? aku terkejut la" kata Minjung.
"Kami nak jodohkan Minjung dengan Changbin" kata Puan Shin dan membuatkan mata Minjung membulat besar memandang Puan Shin disebelah.
"Eomma apa eomma cakap tadi? minjung pekak ke? Minjung salah dengar kan?" Soal Minjung. Terasa seperti dunia ni akan hancur berkecai. Dia masih tak percaya perkataan yang keluar dari mulut Puan Shin.
"Minjung, kau tak pekak lagi sebab abang dekat sebelah ni pon dengar tau" kata Minho bagi menyedarkan minjung yang dia tak pekak.
"Kenapa Minjung pulak? Umur Min baru 20 kan mana boleh kawin lagi. Minho kan ada? kenapa tak suruh dia kawin je? kenapa minjung pulak? Sedangkan umur minho dah cecah 21 kot" kata-kata Minjung membuatkan minho pulak yang membantah.
"Eh pahal aku pulak? kau la kawin! ey taknak aku kawin..aku tak sedia lagi kot" Minho membantah.
"Habis kau ingat aku ni nak sangat la kawin? eh memang tak la! dah la kena kawin dengan budak pendek tu" sempat dia menjeling Changbin yang sedang diamkan diri.
"Minjung tolong hormat tetamu ni" kata Puan Shin tegas.
"Changbin kan ada kakak kenapa tak kawin kan dengan Minho je? Kenapa mesti Minjung dengan Changbin?" Minjung cuba memberi banyak alasan untuk mencari jalan supaya tidak kawin dengan Changbin.
"Maaf la Minjung, tapi anak ahjumma yang sorang tu duduk jauh jadi dia jarang balik" alasan apa la yang mak si Changbin ni bagi? langsung tak logik dalam otak Minjung.
"Keputusan appa dah buat, Minjung tetap akan kahwin dengan pilihan ni. Cara ni je untuk menunaikan permintaan atuk kamu Minjung" kata Tuan Lee.
Minjung terdiam, dia pening nak fikir alasan apa lagi nak bagi. Sejujurnya dia taknak langsung kahwin dengan orang yang tak pernah terlintas difikirannya apatah lagi cinta dan sayang?
"Changbin terima je kalau itu yang terbaik" terkejut beruk Minjung apabila Changbin bersuara dan menerima permintaan bodoh dan tak masuk akal itu.
"Okay baiklah, kalau changbin setuju kita teruskan jela" Minjung terus memandang Tuan Lee.
"Appa" panggil Minjung sambil mencebik.
"Ini demi kebaikan kamu jugak Minjung.. kamu turutkan saja apa kemahuan atuk kamu. Tolong la terima" pujuk Puan Shin.
Minjung seperti hendak mahu menangis sahaja apabila dia dipaksa. Nak taknak dia terpaksa jugak mengangguk walaupon berat sungguh kepala dia hendak mengangguk.
Kalau tak terima pon diorang tetap dengan pendirian itu dan melancarkan sahaja walaupon Minjung membantah sebanyak mana pon alasan yang dia bagi.
"Okay good, thanks anak eomma" kata Puan Shin lalu mengusap kepala anak perempuannya.
Minjung terus naik ke biliknya. Malas nak mendengar tentang semua perkara mengarut dan lapuk yang mereka bincangkan itu. Sakit hati pula bila duduk lama-lama disitu.
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top