SEPULUH🌌
Minjung membuka mata dan melihat sekeliling biliknya.
"Eik pahal aku dekat dalam bilik? Bukan semalam dekat ruang tamu ke?" Minjung menggaru kepalanya.
Minjung cuba ingat balik apa yang jadi semalam tapi yang dia ingat, lepas balik terus dia tidur atas sofa ruang tamu dan bukannya bilik.
"Takkan la- yaishhh Seo Changbin!!!!" Minjung menyerabutkan rambutnya sambil kakinya menendang selimut banyak kali.
Dah la rambut macam orang gila. Bila serabutkan lagi memang dah macam orang gila yang sebenar.
Selepas bersihkan diri, Minjung keluar dari bilik dan mencari kelibat Changbin.
"Yahh Seo Changbin!!!" Panggil Minjung. Changbin yang berada di dapur sambil minum air tersedak sebab terkejut Minjung jerit nama dia.
"Dah buang tebiat ke apa perempuan ni main jerit nama orang" kata Changbin sendirian sebelum menyahut.
Minjung datang ke dapur sambil membuat wajah cemberut kepada Changbin.
"Kau buat apa dekat aku semalam?" Soal Minjung dengan suara yang dikawal. Marah ni! Marah!
"Mana ada buat apa-apa" sisa air di dalam gelas diteguk sehingga habis.
"Tipu!! Macam mana aku boleh ada dalam bilik sedangkan semalam aku dekat sofa!" Changbin menggulingkan bebola matanya. Apa masalah pula ni.
"Huh pasal tu je ke kau nak marah bagai?" Soal Changbin lalu pergi ke sinki untuk membasuh semula gelas yang digunanya tadi.
"Mesti la..kau dah langgar perjanjian kita..satu!! Kau dah sentuh aku!! Dua!!! Kau dah masuk bilik aku tanpa izin!!" Marah Minjung.
"Eh aku tak buat apa-apa semalam dekat kau..aku cuma angkat kau je masuk dalam bilik..yang pasal masuk dalm bilik tu okay aku minta maaf..aku tak berniat nak masuk tanpa izin..aku masuk ada sebab okay" kata Changbin.
Wajah yang di tunjukkan sangat tenang. Langsung tiada niat nak marah Minjung semula.
"Lain kali tak payah angkat aku ke apa biar je la dekat sofa tu..nanti pandai-pandai la aku jalan masuk bilik sendiri" kata Minjung.
Changbin diam seketika sebelum sambung bercakap.
"Boleh tak kita lupakan je pasal benda list bodoh yang kau buat tu?" Pinta Changbin lembut.
"Taknak! Aku tetap dengan pendirian aku" Minjung menyilangkan tangannya.
"Kenapa? Kita boleh je-"
Kata-kata changbin dipotong oleh Minjung.
"Taknak!" Minjung terus berlari masuk ke dalam biliknya.
Changbin meraup wajahnya dan menyelak rambutnya ke belakang.
'Susah sangat ke permintaan aku ni? Aku cuma nak kebahagiaan je kot' kata Changbin dalam hati.
Minjung seorang yang degil dan tersangat la keras kepala sehinggakan Changbin lagi bertekad untuk mengubah hati gadis itu.
Changbin mengambil begnya yang berada di sofa lalu keluar dari rumah dan bertolak pergi ke U.
Minjung? Katanya kelas tengah hari. Jam baru menunjukkan pukul 9 pagi jadi changbin mengambil keputusan untuk gerak dulu sebab kelasnya akan bermula pukul 10:30 pagi.
___××___
"Kau pahal bro muram je" soal Jisung yang perasan akan Changbin dari tadi menongkat dagu sambil menguis makanan dalam pinggan.
"Dah macam perempuan moody je..ada masalah?cerita ah" kata Minho.
"Tak ada la.. aku okay je la" Changbin tersenyum nipis lalu menyuap jjangjamyeon ke dalam mulut.
"Betul ni kau okay?" Soal Hyunjin pula.
Changbin hanya mengangguk. Tak boleh cakap sebab makanan penuh dalam mulut dia jadi dia guna kepala untuk membalas pertanyaan rakannya.
Setelah selesai makan, masing-masing beredar pergi ke kelas kecuali Bangchan dengan Changbin sebab mereka mengambil kos yang sama. Jadi masuk kelas mesti la sama-sama.
"Changbin jom teman pergi tandas jap" pinta Chan sambil menghenjutkan bahunya.
"Tak payah la buat macam tu..cepat la" kata Changbin dan mereka berdua pergi ke tandas yang berdekatan.
"Hyung aku tunggu dekat sini" Changbin menyandarkan badannya di dinding sebelang tandas.
"Taknak masuk sekali?" Soal Chan dan Changbin menggeleng.
"Arraseo" Chan terus masuk ke dalam.
Changbin bermain telefon sambil menunggu Chan yang lama gila dekat dalam..dia buat apa? melepas ke?
"MINJUNG-AH!!"
Satu suara menangkap telinganya dan terus dia memandang orang yang menyebut nama yang tidak asing baginya.
"Eo Minjung?" Changbin melihat Minjung yang tersenyum apabila berborak dengan Yohan.
Ya manusia yang panggil Minjung tadi Yohan. Changbin agak berjauhan dengan mereka jadi dia tidak dengar apa yang mereka borakkan.
"Fuh lega rasanya..dah jom" Chan keluar sambil buat muka bahagia. Seronok la tu dapat melepas.
"Yahh" Chan menampar bahu Changbin kuat dan membuatkan jejaka itu terus beralih pandangan ke arah Chan.
"Dah?" Soal Changbin
"Dahhhhh aku dah cakap tadi" kata Chan.
"Ermm jom" baru selangkah menapak Chan menahan lengan Changbin.
"Apa?" Soal Changbin
"Tuu..kau tak perasan ke?" Soal Chan dan menunding jari ke arah Yohan dan Minjung.
"Biar je la" Changbin ingin beredar secepat mungkin kerana malas nak tengok.
"Kau jeles eh?" Chan menarik tangan Changbin lagi apabila jejaka itu mahu melangkah pergi.
"Nyeh! Tak ada masa dah la jom cepat!" Changbin meninggalkan Chan di belakang.
"Elehh tak jeles konon" kata Chan seorang diri dan memandang Yohan dan Minjung semula.
"Tak ada tempat lain ke nak borak? Depan tu jugak korang nak borak kan? Tapi tu macam Yohan kan? Ermm" Chan mengecil kan mata untuk melihat lelaki itu dengan betul. Rabun ke bang?
"Eh betul ah Yohan..langsung tak ada taste..bini orang jugak kau nak nyehh" kata Chan lagi dan membuat memek muka.
(Yeah seperti yang anda lihat..mcm tu la dia buat)
"Yahhh!! Chan hyung cepat la!!!!" Jerit Changbin dan Chan cepat-cepat berlari mendapatkan Changbin yang dah jauh darinya.
Minjung melihat Changbin dari jauh kerana baru dia perasan yang Changbin berada di disitu bersama Chan.
'Dia nampak ke?ermm' kata Minjung dalam hati.
"Minjung?" Panggil Yohan.
"Oh nae sunbae?" Sahut Minjung.
"Saya tengok awak termenung tadi pandang orang yang tengah jerit tadi..kenapa? suka dia ke?" Gurau Yohan.
Dia hanya bergurau tapi dia langsung tidak tahu manusia yang tengah menjerit tadi tu la suaminya Minjung huh.
"A-aniyaa! Bukan macam tu ahahaha er s-saya tak kenal dia pon ehehe" kata Minjung sedikit gagap. Nasib Yohan tak syak apa-apa.
"Ah okay..hmm"
"Yohan sunbae.. Saya nak tanya boleh?"
"Silakan"
"Kenapa kita masing berborak dekat sini sedangkan dekat hujung sana ada bangku?" Soalan itu membuatkan Yohan menggaru lehernya.
"Ah AHAHAHAHAHAHA err entah hehe err jom duduk sana?" Yohan mengajak Minjung.
"Tak apa la sunbae..terima kasih saja la..saya nak kena pergi kelas ni nanti lambat tak boleh masuk pula" kata Minjung.
Yohan hanya mengangguk dan membenarkan Minjung pergi ke kelasnya.
Senyuman lekang dibibirnya. Gembira apabila dapat berborak dengan gadis yang dia idamkan selama ini.
Dari dulu dia sukakan Minjung tetapi jejaka itu langsung tidak ada keberanian untuk bercakap dengannya. Sejak dari dia menyelamatkan Minjung, dari situ la dia tekad untuk rapat dengan gadis itu.
Persoalannya,adakah dia dapat dekatkan dirinya dengan Minjung atau sebaliknya?
Tbc
Aiyyo aku punya la beria nak update minggu depan tapi tiba ii 15 vote naik dalam masa dua hari agagaga jadi aku teruskan je update hari ni :)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top