SEMBILAN BELAS🌌
"Yah Minjung, skirt tu ke bawah sikit" arah Changbin setelah melihat skirt Minjung yang agak begitu pendek.
"Mana boleh dah..dia memang macam ni la" balas Minjung sambil membetulkan skirtnya.
"Tu la orang suruh pakai seluar jeans taknak..degil..nak jugak pakai skirt tu..pastu japgi mula la orang lain pandang, tambah lelaki..bukan boleh percaya sangat" mulakan dengan bebelan Changbin di waktu pagi.
"Halah bising la kau..okay dah ni" ujar Minjung sambil melihat skirtnya.
"MINJUNGGG!!!!!!"
Gadis itu menoleh apabila mendengar namanya dipanggil dan dengan segera tubuhnya dipeluk oleh sahabatnya.
"Yah Yeji pahal tetiba-"
"Kau okay ke? Yohan gila tu ada buat kau terluka ke?sorry wey aku tak ada dengan kau..kalau aku ada dah lama aku sepak muka dia biar dia rasa tendangan seksi aku" Yeji mula merepek di telinga Minjung.
"Oi oi alah rimas la ish budak ni..kau pahal" Minjung menolak Yeji dari terus memeluknya.
"Aku risau la!" Kata Yeji sambil mencebik.
"Halah aku okay la..jangan risau..oh ya, siapa bagitau kau pasal ni?" Soal Minjung.
"Hyunjin bagitau..semalam baru dapat berita..kau tau aku punya tergopoh gapah tu lain macam siot..masa tu jugak aku nak pergi rumah kau..pastu nasib Hyunjin tahan aku..dia cakap aku tak payah pergi sebab dia pasti, kau akan okay" cerita Yeji panjang lebar sambil membuat gayanya tersendiri dan Minjung hanya ketawa melihat gelagat Yeji bercerita.
"Comel. Haih dah la..aku okay je..aku sepatutnya berterima kasih dekat kau..kalau kau tak bagi lokasi dekat Changbin, entah apa la jadi dekat aku" ujar Minjung sambil membuat muka sedih.
"Alolo hmmm entah kenapa jari aku ni pergi pandai sangat kongsi lokasi yang kau bagi tu..lagipon aku tak berapa sedap hati masa tu..sebab tu la aku bagi dekat Changbin" terang Yeji panjang lebar dan Minjung hanya mengangguk.
"Okay-okay..dah jom masuk" Minjung menarik Yeji.
"Oi oi ni fail memang nak tinggal sini ke acane? Nak tunggu perompak ambik baru gelabah nak cari?" Changbin bersuara. Hal itu, membuatkan langkah Minjung dan Yeji terhenti.
"Alamak terlupa sikit je pon" Minjung mengambil failnya sambil mencebik. Changbin pula hanya tertawa kecil melihat Minjung sebegitu.
"Wah bahagia semacam je tadi..aku ada ketinggalan apa-apa ke?ke aku salah tengok? Uish aku nak kena check mata aku esok" Yeji mengacah matanya seperti tidak betul dan sengaja dia berjalan seperti orang buta.
"Eish apa benda kau merepek ni? Tak ada apa la..biasa je" Minjung menampar lengan Yeji.
"Tak, bukannya apa..kau siap buat muka comel depan dia..aku tak tahu la kot salah sorang dari korang kena santau" Yeji mula memikir perkara yang bukan-bukan.
"Eh kau..tak ada la" terus sahaja Minjung berjalan ke depan meninggalkan Yeji.
"Oiii tungguh ah!" Yeji berlari mengejar Minjung setelah perasan yang sahabatnya itu sudah pergi meninggalkannya.
___××___
"Yow! Awal keluar" soal Jisung yang baru sahaja tiba di kafeteria bersama makanan yang dibelinya tadi.
"Habis awal keluar awal la" balas Bangchan lalu menyuap nasi putih ke dalam mulutnya.
"Mana yang lain?" Soal Changbin pula dan Jisung terus memuncungkan mulutnya ke arah Hyunjin yang sedang berjalan ke arah mereka.
"Sorang tu je..yang lain?" Soal Changbin lagi sambil melihat Hyunjin.
"Sabar la..kejap lagi muncul la" kata Jisung dan Changbin mengiyakan saja.
"Yow! Oii manusia yang bernama Han Jisung, ke sana sikit" Hyunjin menolak bahu Jisung yang sedang menikmati makanannya.
"Ish apa masalah kau? Sini!sini! Sebelah sini ada tempat duduk kan?" Jisung menepuk tempat duduk kosong di sebelah kirinya.
"Ah taknak..aku nak duduk sini jugak" Hyunjin berkeras, dia langsung tidak mahu mengalah.
"Haih sabar jela" Jisung mengubah tempatnya ke sebelah kiri dan Hyunjin pula duduk di tempat Jisung.
"Good" Hyunjin tersenyum bahagia lalu menikmati makanan yang dibelinya.
"Oi makan tak ajak!" Kini Minho pula yang muncul bersama yang lain termasuk Minjung dan juga Yeji.
"Dah kau lambat buat apa nak ajak?" Kata Hyunjin. Minho mengangkat tangannya untuk menggaru lehernya tetapi Hyunjin pula menutup mukanya kerana takut Minho akan memukulnya.
"Kau pahal?" Soal Minho sambil tertawa.
"Aniya..saja" Hyunjin cuba mengcover dirinya dengan menyambung makan semula.
Changbin melihat Minjung makan disebelahnya dan kemudian matanya jatuh ke arah daging yang agak sedikit di dalam bekas makanan.
Daging lebihan yang ada padanya mula dipindahkan masuk ke dalam bekas makanan Minjung, hal itu membuatkan Jeongin tercengang kerana Minjung langsung tidak berkata apa-apa malah terima sahaja daging yang diberi oleh Changbin.
"Bwoya!!!bwoya!!! I smell something strange in front of me" ujar Jeongin sambil melihat Changbin dan juga Minjung yang berada di hadapannya.
"Apa strange? Siapa???wah!!!!!" Hyunjin menekup mulutnya saat melihat Changbin yang sedang mengagihkan daging kepada Minjung.
"Yooo yooooo sejak bila ni?????ehem ehem" Jisung sengaja terbatuk-batuk di situ.
"Alamak virus!!!virus!!!" Bangchan mengipas-ngipas udara dan Jisung pula memandangnya tak puas hati.
"Wah dah berbaik ke?" Soal Felix
"Lain macam je hyung? Takkan lepas kejadian semalam korang dah berbaik kot?" Soal Seungmin sambil tersengih.
"Hey hey! Jangan ungkit!" Kata Minho.
"Oh- mian" ucap Seungmin sambil menggosok lehernya.
"Dah dah makan..jangan kacau orang!" Arah Bangchan dan mereka semua mencebik.
"Changbin hyung tak jawab soalan kitorang lagi pon" kata Hyunjin dan segera Bangchan menghalakan sudu kepada Hyunjin.
"Makan" arah Bangchan.
"Nae hyungnim!" Jawab Hyunjin.
___××___
"Kita pergi beli barang terus ke?" Soal Minjung sambil memandang Changbin yang sedang fokus memandu.
"Yup" balas Changbin sepatah dan Minjung hanya mengangguk lalu melemparkan pandangannya ke luar tingkap.
Setelah sampai di pasar raya, Changbin segera mengambil troli yang tersedia di pasar raya kemudian membawanya masuk.
Changbin menarik Minjung rapat dengannya kerana sedikit sahaja lagi gadis itu ingin berlanggar dengan orang.
Sebelah tangan gadis itu diletakkan di atas pemegang troli "pegang sini..dah la ramai orang nanti hilang pulak" arah Changbin dan Minjung hanya mengangguk.
"Changbin-ah" panggil Minjung sambil membawa beberapa snack kepada achangbin yang sedang memilih ramyeon.
"Kenapa?" Changbin segera menoleh ke arah gadis itu.
"Nak semua ni" pinta Minjung sambil melihat snack yang berada ditangannya.
"Ermm..letak la dalam troli tu" ujar Changbin dan segera gadis itu meletakkan kesemua snack yang dipilihnya tadi ke dalam troli sambil tersenyum gembira.
"Dah jom balik..semua barang dah beli kan?" Changbin menolak troli tersebut bersama Minjung.
"Erm dah..tapi aku nak singgah watson jap boleh?" Pinta Minjung dan Changbin mengangguk tanda membenarkan gadis itu pergi.
Setelah membayar kesemua barang, mereka berdua menuju ke watson yang berada di dalam pasaraya tersebut.
"Kau pahal ikut? Pergi la jaga barang" Minjung agak terkejut kerana melihat Changbin yang mengikutnya masuk ke dalam watson.
"Kenapa?salah ke? Barang bukannya ada orang nak curi pon" jawab Changbin selamba sambil melihat barang-barang yang berada di dalam watson tersebut.
"Hm suka hati la" Minjung mula mencari dan membelek kesemua harta benda di situ.
"Dari tadi aku usya..ambil yang ni letak balik..ambil yang tu letak balik..perempuan memang macam ni ke?" Changbin mula complain.
Minjung hanya memekakkan telinganya apabila Changbin bersuara. Malas nak dengar.
"Eo!" Lipstick yang berwarna merah diambilnya lalu mencalik sedikit di tangannya.
"Macam mana?sesuai ke dengan kulit aku?" Minjung bertanya pendapat kepada lelaki itu.
"Pahal tanya aku pulak?" Changbin mengerutkan mukanya.
"Ala aku mintak pendapat..selalunya aku minta pendapat Yeji je..ni dah kau ada aku tanya la..hmm" ujar Minjung dan menunjukkan warna yang dicalik di tangannya.
"Entah la..tapi aku rasa better kau ambil yang ni.." Changbin mengambil satu lagi lipstick yang berjenama innisfree vivid cottodone ink.
Penutup dibukanya lalu mencalit sedikit di tangan gadis itu.
"Ermm ni okay..bila kau pakai ni dia akan nampak natural and soft.." terang Changbin satu persatu mengenai warna tersebut.
"Nak try? Meh sini aku pakaikan" Changbin ingin cuba mencalit sedikit di bibir Minjung tetapi segera dihalang.
"Aniya..gwaenchana"
"Shhh diam jangan bergerak" dengan berhati-hati lelaki itu cuba memakaikan lipstick di bibir gadis itu.
Minjung hanya berdiam diri dan matanya fokus pada wajah Changbin. Hatinya mula tidak tenteram apabila wajah mereka agak begitu dekat.
"Okay done..hehe yeppo" Changbin berjaya melakukannya dan menyuruh Minjung melihat cermin di hadapannya.
"Eo?" Sungguh tidak sangka yang lelaki itu memang pandai memilih. Minjung mula tersenyum kerana berpuas hati dengan warna tersebut.
"Kau suka kan? Okay dah jom" Changbin menarik Minjung ke kaunter untuk membuat bayaran.
Setelah membayar, mereka segera keluar dari situ dan terus menolak troli keluar dari pasaraya tersebut.
"Terima kasih" ucap Minjung
"Huh no problem" balas Changbin sambil tersenyum.
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top