SEMBILAN🌌
Minjung dan Yeji mengemas buku mereka setelah tibanya waktu rehat.
"Yeji kau pergi cafe dulu..aku nak pegi locker jap nak ambil barang" Yeji hanya mengangguk dan membenarkan Minjung pergi.
Setelah sampai di locker, Minjung membuka lockernya lalu mencapai getah rambut yang berwarna hitam.
Rambutnya segera diikat disitu juga. Nasib ada cermin yang terlekat di locker dia tu. Senang la sikit nak tengok.
"Okay done" gadis tersenyum puas setelah rambutnya diikat kemas.
Dia menutup lockernya kembali dan menapak kakinya ke arah kafeteria.
"AHAHAHAHAHAA WUHUUU TAK DAPAT KEJAR!!" Minjung memandang dua manusia yang sedang berlari di koridor tanpa melihat orang sekeliling.
Hampir sahaja mereka ingin melanggar gadis itu dan tiba-tiba satu tangan menariknya untuk mengelak dari mereka.
"YAHHH DAH LARI TU TENGOK LA ORANG JUGAK!!" marah jejaka itu.
"Mianhae sunbae" dua orang yang berlari tadi meminta maaf.
"Lain kali pergi lari dekat padang sana tu..sini kawasan larangan nak main lari-lari..faham!" Nasihat jejaka itu.
"Nae sunbae..mianhae" mereka menunduk maaf dan berlalu pergi setelah jejaka itu menghalau mereka pergi dari situ.
Jejaka tersebut memandang minjung yang masih menunduk.
"Awak okay ke?" Soal jejaka itu. Tangannya masih memegang pergelangan tangan gadis itu.
Minjung mendongak memandang jejaka itu dengan perasaan malu yang hadir dalam dirinya.
"Eo s-saya okay..s-sunbae tolong lepaskan saya boleh?" Pinta Minjung dan jejaka itu terus lepas dari terus memegang tangan Minjung.
"YOHAN!!JOM MAKAN!!" seorang lelaki yang berada jarak jauh dari mereka berdua sedang menjerit memanggil nama pemiliknya.
"OKAY!! Minjung-ah saya pergi dulu" Minjung hanya memandang jejaka itu sehingga bayangannya hilang.
"Macam mana dia tau nama aku? ah lantak la" akibat malas nak fikir Minjung hanya abaikan saja dan terus menuju ke kafeteria.
Kesian Yeji, mesti dia dah tunggu lama.
"Oi Minjung, kau pergi mana lama sangat? kesian aku tau tunggu kau lama" rungut Yeji.
"Maaf la ada masalah jap tadi" kata Minjung dan tersenyum ke arah Yeji.
"Cerita apa? taknak share ke?" Kata Yeji dan menyumbat kentang goreng di dalam mulutnya.
"Nak cerita la ni" Minjung kebas kentang goreng milik Yeji dulu sebelum memulakan ceritanya. Gadis itu menceritakan kepada rakannya dari A-Z.
"Uwahh siapakah gerangan yang dah selamatkan kau tu?" Soal Yeji. Excited pulak dia nak tau siapa manusia yang selamatkan Minjung tadi.
"Ermm tak silap aku nama dia Yohan" Minjung memberitahu nama kepada Yeji.
"Yohan??dah macam ikan lohan je AHAHAHAHAHAHAHAH" kutuk Yeji.
"Ish kau ni tak baik la..tapi an dia hensem jugak" sempat Minjung memuji jejaka tadi.
"Oi oi ingat suami kau kak oi!!jangan lupa diri bro" pesan Yeji dan Minjung mula membuat muka menyampah.
"Eh dah la habiskan ni cepat..aku malas nak duduk sini lama-lama" arah Yeji dan Minjung segera menarik pinggan yang penuh dengan kentang goreng lalu makan sampai habis.
Makan kentang goreng je. Sungguh jimat betul manusia ni.
___××___
Minjung memasuki ke dalam rumah dengan riak muka jelas menunjukkan yang dia sangat letih harini.
"Baru balik?" Changbin yang baru keluar dari dapur datang menegur Minjung yang merehatkan diri di sofa.
"Eh taklah baru sampai! Tanya lagi" marah Minjung.
"Jangan la marah tanya je kot" Changbin duduk di sebelah Minjung lalu membuka tv.
Minjung malas nak berbahas dengan Changbin sebab dia terlalu penat.
Akibat terlalu penat, gadis itu terlelap di sofa tanpa mandi atau menukar pakaiannya terlebih dahulu.
Changbin memandang Minjung yang sudah terlelap disebelahnya lalu mengejut gadis itu menyuruhnya tidur di dalam bilik dan bukannya di sofa.
"Cepat la bangun tidur dalam bilik" Changbin menolak kuat bahu Minjung.
"Ishh sakit la!biar laaaaa" balas Minjung yang masih menutup matanya.
"Degil" Changbin menjeling dan membiarkan gadis itu tidur di situ. Cakap taknak dengar masalah betul Minjung ni.
Dengan tidak sedarkan diri, Minjung duduk tegak sambil menutup matanya lalu rebahkan kepalanya di atas peha Changbin.
Changbin agak terkejut dengan kelakuan Minjung. Pada mulanya dia ingin mengejut gadis itu lagi sekali, tapi terbatal niatnya dan hanya membiarkan sahaja gadis itu tidur di atas pehanya.
Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Changbin melihat Minjung yang masih tidur lena di atas pehanya.
Nak kejut tak sampai hati jadi dia mengambil keputusan untuk mengangkat gadis itu membawa masuk ke dalam bilik.
"Maaf la aku masuk bilik kau" kata Changbin walaupun dia tahu yang gadis itu takkan dengar apa yang dia cakap.
Pintu bilik Minjung dikuak luas dan dengan berhati-hati Changbin masuk ke dalam bilik gadis itu.
Tubuh gadis itu diletak dengan berhati-hati di atas katil supaya gadis itu tidak sedar atau mengganggu tidurnya.
Selimut ditarik lalu menutup tubuh Minjung sehingga ke paras bahu.
Changbin melutut menghadap muka gadis itu. Sungguh dia tidak sangka yang dia betul-betul cintakan gadis itu dalam masa yang singkat.
"Aku akan pastikan yang kau akan jatuh cinta dengan aku jugak Minjung" Changbin tersenyum nipis.
"Maafkan aku" kata-kata terakhir yang diucapkan kepada Minjung lalu mengucup sekilas dahi gadis itu.
Changbin berdiri semula dan melangkah keluar dari bilik tersebut lalu masuk ke dalam biliknya.
Dia membuka laptopnya dan ingin menyiapkan assignment tetapi terbatal niatnya kerana terfikir akan perkara yang dia nampak tengah hari tadi.
Siapa sangka Changbin ternampak Yohan yang menyelamatkan Minjung dari dilanggar orang.
Timbul rasa cemburu di dalam dirinya setelah melihat mereka begitu rapat.
"Aniya Changbin..dia cuma tolong isteri kau je kot haihh jangan ah jeles sampai macam ni" kata Changbin sendirian sambil menggigit kukunya.
Dengan malasnya changbin bangun dari duduk dan masuk ke dalam bilik air untuk gosok gigi dan cuci muka sebelum rebahkan dirinya di atas katil.
Tbc
Maaf idea aku tak banyak agagag
Tunggu 15 vote aku update ngeh!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top