SEBELAS🌌
Minjung membuka peti sejuk sambil otaknya memikir nak masak apa malam ni.
"Masak telur gulung dengan sup rumpai laut sudah la"
Minjung mengambil 2 biji telur yang tersusun kemas di dalam peti sejuk.
"BAHHHHHHHH!!! HANTU BELAKANG KAU!!AHAHAHAHAHAHA"
"ARGHHHHH!!!"
Changbin tergelak sakan apabila melihat reaksi muka Minjung yang masih terkejut dengan sergahannya.
"YAHHHHH!!SEO CHANGBIN AKU PUKUL KAU DENGAN TELUR AYAM NI KANG!!!!" Minjung memandang tajam ke arah Changbin sambil mengangkat telur ayam ke atas, acah seperti mahu membaling pada lelaki itu.
Changbin hanya memandang Minjung dengan muka selamba. Langsung tidak gentar dengan pandangan maut yang diberi oleh Minjung.
"Ala lerk ah tu pon nak marah" kini lelaki itu memberi pandangan mengejek pula.
"Mana tak marah kalau kau buat macam ni? Cuba tegur elok-elok. Kalau telur ayam ni jatuh macam mana?" Bebel Minjung.
"Okay okay maaf" Changbin meminta maaf kepada Minjung.
Minjung mendiamkan diri dan teruskan kerjanya yang tergendala tadi. Apa lagi? masak laa.
"Nak aku tolong tak?" Tanya Changbin yang siap sedia untuk menolong apa saja di dapur.
'Ting tong'
"Eo ada orang datang..kau pergi la tengok siapa datang" Changbin baru nak tolong Minjung tapi dia diarahkan pula untuk melihat siapa yang datang.
Changbin melihat di screen untuk mengetahui siapa yang datang ke rumahnya malam-malam macam ni.
Selepas dapat dikenal pasti, changbin menekan punat hijau supaya pintu dapat dibuka kepada manusia yang nak masuk.
"ANNYEONGHASAEYO YEOROBUN!!!" Minho masuk ke dalam rumah dan terus menyapa mereka.
"Yah yah shhhhh" Changbin membuat isyarat suruh diam. Bising je dekat rumah orang.
"Changbin-ah siapa tu? bising nak mampus manusia tu" kata Minjung dari dapur.
"Aku la" Minho duduk di kaunter dapur sambil menongkat dagu.
"Oh abang ke..ingat siapa la yang suka buat bising macam orang gila tadi" kutuk Minjung.
"Amboi kau! suka ye mengutuk aku" kata Minho dan Minjung hanya tergelak kecil.
"Masak apa?" Soal Minho
"Telur gulung dengan sup rumpai laut je" jawab Minjung sambil mengacau sup rumpai lautnya.
"Erm nampak macam sedap..aku nak makan sini la" tanpa segan silu Minho mmebuat keputusannya.
"Ikut suka la..ha, macam mana abang boleh tau alamat rumah ni? Rasanya Minjung tak bagi lagi alamat rumah" soal Minjung.
"Changbin bagi petang tadi..alang-alang aku bosan sekarang ni aku datang ah sini nak lepak" kata Minho.
"Ermm abang duduk la dekat ruang tamu tu dulu dengan Changbin. Nanti bila semua dah siap Minjung panggil" arah Minjung.
Minho hanya mengangguk dan pergi sertai Changbin tengok tv dekat ruang tamu.
Setelah 15 minit memasak Minjung terus sediakan hidangan di atas meja dan memanggil mereka berdua untuk makan.
Masing-masing duduk di kerusi dan menyantap makanan di hadapan mereka.
"Wahh tak sia-sia kau belajar masak dengan eomma, Minjung" puji Minho setelah dia merasa sup rumpai laut yang Minjung masak.
"Hehe sedap kan?"Minjung mengangkat kening berkali-kali. Minho hanya mengangguk lalu menyuapkan telur gulung ke dalam mulutnya.
Perbualan hanya sedikit sahaja selepas itu masing-masing senyap dan menikmati makanan yang berada di hadapan mereka.
___××___
"Kau pergi la layan Minho dekat depan tu" arah Minjung.
"Ish biar la aku nak tolong kau kemas" kata Changbin.
"Habistu Minho? Kesian dia duduk sorang-sorang dekat ruang tamu tu" kata Minjung.
"Halah dia bukannya budak kecik lagi pandai-pandai la dia buat rumah ni macam rumah dia" Minjung menggeleng kepala setelah mendengar kata-kata Changbin itu.
Sementara Minho di ruang tamu, sempat dia melayan telefonnya sambil menunggu mereka berdua selesai mengemas di dapur.
Sesekali Minho memandang sekeliling ruang tamu itu dan perabot disitu.
" kaya tapi nak belanja aku beli topi baru punya la susah" kutuk Minho
Minho ingat lagi apabila dia meminta Changbin membeli topi baru untuknya tetapi Changbin tidak mahu dan menyuruhnya memakai topi keledar sahaja.
"Masalah betul"Minho tergelak kecil dan matanya terlekat pada sehelai kertas yang terlipat kemas tersekat di celah sofa.
"Eo, apa benda la pergi campak sampah dekat sofa ni..tak ada tong sampah ke?" Bebel Minho dan mengambil kertas tersebut.
Niat ingin menggumpal kertas tersebut, tetapi dia terbaca tajuk pada kertas itu dan terus membuka sepenuhnya untuk melihat apa yang ditulis.
"Eo apa ni?" Wajah Minho berkerut membaca satu persatu apa yang ditulis pada kertas itu.
Setelah selesai membaca, Minho menutup kembali kertas tersebut dan meletakkannya atas meja.
Minjung dengan Changbin yang baru sahaja selesai mengemas dapur terus meluru ke arah Minho yang keseorangan di ruang tamu.
"Maaf la abang sebab lama" kata Minjung.
"Tak apa" balas Minho.
"Aku nak tanya boleh?" Kedua pasangan itu memberi perhatian penuh kepada Minho.
"Apa dia?" Soal Changbin.
"Kertas tu" Minho menunjuk sehelai kertas yang berada di atas meja hadapan mereka.
Changbin dan Minjung terkejut. Dalam hati mereka berdoa agar Minho tidak membaca isi dalamnya.
"A-abang dah baca ke?" Tanya Minjung.
"Dah" Minho membalas.
Minjung bermain dengan kukunya sambil menunduk manakala Changbin pula mengusap lehernya.
"Yah" Minho memasang suara datarnya.
Masing-masing menunggu apa yang ingin disampaikan oleh Minho.
"Kenapa dalam list ni tak ada pon hadiah yang aku suka?" Kata Minho.
Changbin dan Minjung mengangkat kepala masing-masing dan memandang Minho dengan wajah yang keliru.
"A-apa abang cakap ni?" Minjung pelik.
Changbin mengambil kertas tersebut dan membaca isi dalamnya. Ah itu senarai hadiah yang akan dibeli Changbin nanti untuk memberikan kepada rakannya apabila tiba hari jadi mereka.
"Kau kan tulis?" Minho memandang Changbin dan jejaka itu hanya mengangguk. Kenal sangat dengan tulisan cakar ayam rakannya itu.
Minjung yang taktau apa-apa terus meragut kertas dari Changbin dan membaca isi dalamnya.
"Fuh ingatkan senarai perjanjian tu" kata Minjung tanpa sedar terkuat pulak suara dia.
"Perjanjian apa?" Soal Minho.
"Ha? Oh ah ni err senarai nak beli barang dapur ahahaha" Minjung menggaru kepalanya yang tak gatal. Apa benda la alasan.
"Apa kena mengena dengan perjanjian dengan barang dapur?" Minho agak curious dengan adiknya.
"Halah itu ermm nak nak err apa tu? nak bergilir dengan Changbin sebab erm Minjung je cari barang Changbin asyik tengok je orang pilih barang jadi err nanti Changbin pulak cari barang ha gitu ahahah" terang Minjung dan sedikit hambar disitu.
"Tch apa-apa je la..oh ya Changbin, awal kau buat senarai hadiah ni" soal Minho.
"Oh ehehehe aku bosan semalam lepastu saja la buat senarai ni..nanti bila nak dekat birthday korang tak ada la pening nak pilih hadiah nanti" kata Changbin.
"Nyeh tapi aku tak suka hadiah yang kau nak bagi dekat aku ni..kau padam balik! Tulis apa yang aku nak" arah Minho.
Eh ikut suka dia je. Dah la meminta.
"Aish macam-macam la orang tua ni..yela nanti aku padam dan tulis apa yang kau nak" kata Changbin dan menjeling Minho yang dah tersenyum puas.
"Aku nak ps5" ternganga Changbin dibuatnya apabila mendengar permintaan Minho.
"Yah yah aku tak kaya mana pon..ps5 tu mahal oii mintak lain la" kata Changbin.
"AHAHAHAHAHAH..okay aku nak satu set rumah kucing"
Changbin memikirnya dahulu sebelum membuat keputusan.
"Okay" changbin mengangguk dan Minho pula menepuk tangan kerana suka.
"Okay la aku nak balik dulu bye" Minho bangun dari duduk dan menuju ke pintu.
"Kalau ada masa lapang, datang la lagi..rumah ni sentiasa terbuka untuk abang" ujar Minjung dan Minho hanya tersenyum.
"Okay" Minho terus keluar dari rumah mereka.
"Fuh lega..aku ingat dia baca list perjanjian tu" kata Minjung sambil memegang dadanya.
"Ermm" Changbin terus masuk ke dalam biliknya.
Minjung hanya memandang changbin yang terus masuk ke dalam biliknya.
"Apa kena pon taktau la" kata Minjung seorang diri dan mula membuat halnya.
___××___
Minho termenung di dalam keretanya sambil memegang sehelai kertas.
Dia terus membuka kertas itu dan membacanya lagi sekali. Ini kali kedua dia membaca isi dalamnya.
"Apa la masalah korang buat perjanjian ni" adu Minho seorang diri.
Dia memandang kertas itu dengan wajah yang runsing.
"Macam mana korang nak bahagia kalau buat macam ni? bercerai bukan jalan mudah untuk korang nak hidup bahagia " Kata Minho lagi dan mengeluh.
Tanpa membuang masa dia terus memandu balik ke rumah memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.
Ya, siapa sangka yang Minho jumpa jugak kertas yang dimaksudkan Minjung tadi.
Macam mana Minho boleh jumpa? Macam mana minho boleh buat macam tiada apa-apa yang berlaku tadi? dan macam mana pula Minho boleh ambil kertas tu senyap-senyap?
Ohoks semua tertanya-tanya tak?
Okay nantikan next chap. AHHHAHAHAHAHAHAH
Tbc
Nyeh tunggu 20 vote baru aku update 😏
Ahaks terasa panjang pulak an
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top