LIMA BELAS🌌


Minjung keluar dari bangunan universiti dan terus menuju ke parking dimana keretanya berada..oops salah! Kereta Changbin!!!

"Minjung" Minho memanggil adiknya.

"Aish orang tua ni..ye nak apa?" Minjung menyelak rambutnya ke balakang.

"Kau naik apa? Nak tumpang aku tak?" Soal Minho prihatin.

"Aku naik kereta la!" Jawab Minjung.

"Jinjja?yahhh!!!" Jerit Minho dan segera gadis itu menutup telinganya akibat penangan suara Minho yang agak terlebih merdu.

"Sakit la bodoh telinga aku!!" Marah Minjung.

"Siapa hantar?" Soal Minho lagi dan membuatkan Minjung tersengih sambil menggaru kepalanya.

"Err sendirian?ehe" jawab Minjung bersama dengan sengihannya.

"Yahhhh!!!Yang kau naik kereta sesuka hati tu kenapa!!!! Kau tau kan yang kau tak ada lesen!!! kalau polis buat roadblock tengah jalan lepastu kena saman hah siapa nak bayar????kau tu dah la bawak kereta pon macam nak masuk longkang!!!" Bebel Minho panjang lebar.

"Alah pagi tadi kau yang suruh aku pinjam kereta Changbin" kata Minjung dan menjuihkan bibirnya.

"MENJAWAB!!! Ni kalau kereta dia calar ke apa macam mana?" Soal Minho

"Halah jangan la mendoakan..tak baik tau tak" jawab Minjung dan menjeling Minho.

"Kalau eomma appa tau yang kau pandu tanpa lesen mampus kau" Minjung segera menggeleng kepalanya apabila Minho berkata begitu.

"Apa geleng-geleng!"

"Jangan bagitau eomma appa please!! Nanti mampus la aku diorang tak bagi aku beli kereta sendiri!" Rayu Minjung.

"Masalah betul la kau ni Minjung" Minho berpeluk tubuh.

Minjung menundukkan kepalanya.

"Haih dah la..cepat jom balik" ajak Minho.

"Habis tu Kereta?" Soal Minjung.

"Kau bawak la sampai balik..aku ikut belakang kau" arah Minho dan Minjung mengangguk lalu segera pergi ke arah kereta Changbin.

Masing-masing sudah menghidupkan ejin kereta lalu kereta yang dibawa oleh Minjung mula keluar dari perkarangan universiti dan diikuti kereta Minho dibelakang.

___××___

Setelah sampai di parking lot rumah, Minjung terus membuka telefonnya dan mendail no Minho lalu ditekapkan ditelinga.

"Hello"

"Dah sampai??dah parking?" Dua soalan ditanya sekali gus oleh Minho kepada Minjung.

"Dah dah dah dah..semua dah" jawab Minjung lalu menggulingkan matanya. Menyampah.

"Erm okay..dah bye"

Minjung terus mematikan panggilan dan terus membuka pintu kereta untuk keluar.

Setelah mengambil semua barangnya didalam..dia segera keluar dari kereta dan kunci kereta.

Minjung mula berjalan melepasi kereta dan tiba-tiba langkahnya terhenti saat dia ternampak kesan calar yang berada di pintu kereta itu.

"Omaigodddddd!!!!!! Minjung apa kau dah buat!!!!" Dia duduk mencangkung dan melihat kesan calar tersebut.

"Halah mlMinjung mati la kau kalau dia tau!" Dia menepuk dahinya banyak kali.

"Dekat mana pulak kau pergi main ni wahai kereta oi!! Sampai calar macam ni" dia menepuk kereta itu seolah-olah kereta itu boleh bercakap dengannya.

"Mampus  kau Minjung mampus..kereta orang ni!!"diamarannya diri sendiri. Dia berdiri semula lalu berjalan masuk ke dalam lif.

Di dalam lif dia cuba berfikir semula bagimana boleh ada kesan calar pada kereta itu. Seingatnya, dia tak ada pulak nak bawak kereta itu pergi lalu dekat tempat pokok yang tajam kiri kanan jalan ke apa..nak kata dia buat? sejak bila? Mungkin orang lain yang buat? Siapa tau kan.

'Ting'

Pintu lif terbuka dan Minjung melangkah keluar. Dirinya masih berfikir sehingga tidak sedar akan seseorang yang sedang memerhatinya disebalik dinding.

Saat menekan kata laluan untuk masuk ke dalam rumah, baru la gadis itu perasan akan sedang diperhatikan oleh seseorang.

Matanya fokus di sebalik dinding hujung koridor. Seperti ada seseorang sedang menyorok di sebalik dinding itu.

Untuk menyedapkan hatinya mungkin itu hanyalah seekor kucing yang sedang berkeliaran di kawasan koridor itu?

Minjung masuk ke dalam rumahnya dan terus menuju masuk ke dalam biliknya.

Badannya direbahkan di atas katil dan dengan perlahan-lahan matanya tertutup rapat.

Changbin yang baru keluar dari bilik terus memandang pintu bilik Minjung yang terbuka sedikit. Maklum la bilik depan-depan je.

"Dah balik ke?" Soal Changbin sendirian dan kakinya menapak ke arah bilik gadis itu.

Matanya tertancap pada tubuh gadis itu yang sedang baring di atas katil.

Kakinya menapak masuk ke dalam bilik tersebut dan terus duduk disisi katil.

Wajah Minjung yang sedang tidur dipandangnya sambil tersenyum sebelum mengejut gadis itu.

"Minjung-ah bangun..mandi dulu lepas ni tidur balik" arah Changbin sambil menggoyangkan tangan minjung.

"Sabar la aku ngantuk ni~" balas Minjung dengan mata yang masih tertutup.

"Sabar apa sabar?bangun sekarang!" Changbin menarik kedua tangan Minjung supaya gadis itu bangun.

"Cepat Seo Minjung sebelum aku dukung kau masuk dalam bilik air" ugut Changbin.

Dengan berat hati dia terpaksa tinggalkan tidurnya sekejap dan berjalan masuk ke dalam bilik air.

"Aku lebih rela suruh gajah angkat daripada kau angkat" sempat dia berkata begitu kepada Changbin sebelum masuk ke dalam bilik air.

Jejaka itu hanya tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Ada ke patut suruh gajah angkat..baik suruh gajah tu pijak je.

___××___

"Ku senandungkan lagu untukmu yang jauh dimata..daku kirimkan~-"

"Oi Minho, senang hati nampak..nak pergi mana malam-malam ni?" Soal Tuan Lee yang berada di ruang tamu melihat Minho yang sedang berjoget sambil turun tangga sebentar tadi.

"Eh appa ehehehe ermm nak keluar jap" kata Minho sambil menggosok telinganya yang kelihatan merah. Malu ah tu.

"Hmm okay..jangan balik lewat" pesan Tuan Lee kepada anak terunanya itu.

"Nae sonnim!" Minho menabik appanya sebelum kakinya mula melangkah keluar dari rumah.

Enjin kereta dihidupkan lalu pedal minyak ditekan. Kini kereta yang dibawa oleh Minho selamat meluncur laju di atas jalan raya.

Jari dihentak-hentak di atas stereng kereta sambil bibir bergerak mengikut rentak lagu yang dimainkan di corong radio.

"Just let me go

I gotta free me neoegeseo meolli
Meoreojilsurok gakkawojyeo no worries
Nobody can't stop me neoreul noa geop eopsi
Gotta free me, no worries

Nan ije neoreul tteona be me
Jigyeopge meoritsogeul hejibeotdeon
Nan ije neoreul tteona be me
Neoreul bonaelsurok nan nopi nara

Oh oh eh oh
Oh oh eh oh
Oh oh eh oh

Yaya!!

Oh oh eh oh
Oh oh eh oh
Oh oh eh oh-ARGHHH KAMCHAGIYA!!"

'BAM!'

" Aishhh eomma~minho terlanggar anak orang~hiks"

Dengan segera dia keluar dari kereta dan melihat apa yang berlaku.

"Omo omo yah cik adik gwaenchana?" Soal Minho prihatin kepada gadis yang tidak dikenali itu.

"Saya okay..saya okay" kata gadis itu dan mencuba sedaya upaya untuk berdiri namun gagal kerana kakinya sakit.

"Alamak ermm errr ermmmmm alahai ermmm haa okay ermm jom saya bawak awak pergi klinik" pelawa Minho dan gadis itu hanya mengiyakan sahaja.

Dengan perlahan-lahan Minho memimpin gadis itu masuk ke dalam kereta lalu dibawak terus ke klinik.

"Sabar ye cik adik kejap lagi kita sampai" ujar Minho sambil matanya mencari klinik yang terdekat.

Pintu dibuka dan terpampang la wajah gadis yang dilanggar oleh Minho tadi.

"Gwaenchana? Doktor tu cakap apa?kaki luka?patah kaki?ke nak kena buat operation ke apa ke?" Bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Minho kepada gadis itu.

"A-aniya awak tak payah risau..kaki saya terseliuh je..esok ni baik la" kata gadis itu sambil tersenyum manis.

"Oh oh ermm okay kalau macam tu saya hantar awak balik la sebagai tanda minta maaf?atau saya belanja makan?err pasal bil jangan risau saya dah bayar..macam mana?" Pelawa Minho. Amboi baiknya kau.

"Eh tak payah susah-susah saya boleh balik sendiri..maaf sebab menyusahkan" kata gadis itu lalu membongkok kepada Minho dan berlalu pergi dari situ.

Minho menggosok lehernya lalu terus tangannya beralih kearah kepalanya dan terus mengetuk kepalanya perlahan.

"Aigoo Minho..kau cuai" katanya sendirian.

"Err encik okay ke?" Tegur salah seorang jururawat disitu.

"Tak saya tak okay" katanya dan terus berlalu pergi dari situ.

Jururawat tersebut terasa agak blur disitu kerana kelakuan yang dilakukan oleh lelaki itu tadi. Dia berfikir sejenak..'dia ni okay ke tidak?'

___××___

"Kau nak makan ke?" Soal Changbin apabila melihat Minjung yang baru keluar dari biliknya.

Gadis itu hanya menggumam sahaja kerana mengantuk masih lagi menguasai dirinya jadi dia malas nak bercakap.

Dua bungkus ramyeon di keluarkan dari kabinet dan mula la sesi memasak ramyeon.

Setelah lima minit, Changbin mula menghidang ramyeon yang dimasaknya tadi di atas meja.

"Makan la" Changbin menghulurkan chopstick dan sudu kepada Minjung lalu gadis itu menyambutnya.

'Ting tong~'

"Aigoo siapa pulak yang datang ni" dengan segera Changbin berjalan mendekati pintu dan melihat di screen untuk mengetahui siapa yang datang.

Selepas dapat dikenal pasti, Changbin menekan punat hijau supaya pintu dapat dibuka kepada manusia yang nak masuk.

"Hai hyung" sapa Changbin

"Hmm" balas lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan si penyibuk Minho tu kan.

"Aku bau benda sedap la..korang masak maggie ke?" Soal Minho tanpa rasa segan.

"Yup" balas Changbin.

"Oh okay" dengan segera dia berlari pergi ke dapur untuk melihat makanan yang ada.

"Oi saeng! Makan ke? Abang nak sikit boleh?" Pinggan kecil dan Chopstick diambil di dalam kabinet dan segera duduk di sebelah Minjung.

"Hmm makan je la oppa~rezeki dah ada depan mata kan?" Kata Minjung dan segera menjeling abangnya.

Dah masak dengan perangai Minho. Setiap kali datang memang tak payah halang dia nak makan ke nak apa. Dia akan buat macam rumah dia sendiri.

"Hyung buat apa datang sini?" Tanya Changbin yang berada di hadapan Minho.

"Saja..bosan la duduk rumah" balas Minho dan menghirup kuah maggie. Air yang berada disebelah Minjung diambilnya lalu diteguk sehingga habis.

"Air aku jugak kau kebas haih" Minjung mengeluh apabila melihat perangai abangnya yang tidak serupa bikin ni.

Minho hanya membuat tidak endah sahaja apabila Minjung berkata begitu. Yang dia tahu dia lapar dan nak makan.

"Eomma dengan appa tak tanya abang pergi mana?" Soal Minjung sambil menongkat kepalanya memandang Minho disebelah.

"Tadi appa tanya nak pergi mana je la..tapi aku tak cakap pulak nak datang sini" jawab Minho.

"Oh ni aku nak cerita dekat korang sesuatu" Minho sambung percakapannya. Mula la dia nak membuka cerita hangat.

"Apa pulak?" Soal Changbin.

"Tadi aku terlanggar anak orang" setelah melepaskan kalimat itu terus tangan milik Minjung melayang di kepala milik Minho.

"Argh sakit la bahenol!" Marah Minho sambil menggosok kepalanya.

"Anak orang tu!! Siapa suruh langgar? Kau ingat kau mafia ke hah!" Marah Minjung tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Kang aku tampar bisu terus kot! AKU CAKAP TERLANGGAR KAN?" kata Minho meninggikan suaranya sedikit.

Itu bukannya tanda dia marah pada Minjung, tetapi itu untuk menjelaskan lagi perkataan di telinga Minjung.

"Aishh apa-apa lah! Macam mana abang boleh langgar dia?" Soal Minjung.

"Entah la..tak perasan kot" jawab Minho.

"Macam mana la boleh tak perasan hyung? Dia tu ada kuasa halimunan ke sampai kau tak perasan?" Changbin mula membuat andaian sendiri.

"Entah..tadi masa tengah menyanyi lagu Bme pastu tiba-tiba dia melintas..mana hyung nampak" jawab Minho jujur.

"Hmm cuai la abang aku yang sekor ni..dia lelaki ke perempuan?" Soal Minjung sambil mengangkat kedua belah keningnya.

"Of course yeoja" Minho tersenyum bangga. Apa yang dibanggakan langgar anak dara orang pon aku taktau la dia ni.

"Tch macam drama siot AHAHAHA" kata Changbin lalu tertawa.

"Kepala hotak kau drama" sudu dibaling ke arah Changbin. Nasib tak kena muka kalau tak hmm mampus japgi.

"Bahaya dia ni..dah-dah kemas aku nak tidur ni..mengantuk sudah~" kata Minjung dan terus bangun dari duduk lalu berjalan masuk ke dalam biliknya.

"Hyung pergi duduk dekat ruang tamu dulu..biar aku basuh semua ni nanti aku pergi dekat hyung" arah Changbin dan Minho hanya menurut sahaja.

Setelah membersihkan semua benda di dapur, Changbin datang menghampiri Minho yang sedang berada di sofa ruang tamu sambil bermain telefon.

Keadaan menjadi senyap seketika sebelum mereka memulakan perbualan.

"Aku nak tanya kau" Minho memulakan topiknya seraya meletakkan telefonnya di atas meja.

"Kenapa kau bagi Minjung pandu kereta kau?" Soal Minho dan Changbin mula tertanya-tanya kenapa.

"Kenapa?" Soal Changbin dan Minho mengeluh seketika sebelum kembali bersuara.

"Dia tak ada lesen wahai Changbin..bawak kereta pon masih perlahan" terang Minho dan Changbin agak terkejut dengan pernyataan itu.

"Ye ke? Tapi dia sendiri yang cakap dia ada lesen..aku pon bagi la" kata Changbin dan Minho mengangguk.

"Aigoo suami jenis apa kau ni? Haih lain kali jangan bagi dia pandu kereta lagi..kau sebagai suami kena la tau latar belakang dia sikit..eh tak bukan sikit tapi banyak" nasihat Minho.

"Ermm baik hyung" balas Changbin.

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top