LAPAN BELAS🌌
Flashback
Selepas Minjung keluar dari rumah, Changbin keluar dari biliknya lalu menelefon Minho untuk berjumpa.
"Hello" kedengaran suara Minho di dalam talian.
"Busy ke? Jom jumpa" ajak Changbin.
"Hmm boleh..dekat mana?" Soal Minho
"Kau sabar jap aku hantar lokasi" kata Changbin dan terus mematikan panggilan. Dengan segera dia menghantar lokasi kepada Minho.
Dalam 15 minit, Minho sampai di lokasi dan terus parking keretanya di sebelah kereta Changbin.
Dengan segera Changbin keluar dari keretanya lalu masuk ke dalam kereta milik Minho.
"Annyeong" sapa seseorang di seat belakang.
"Eo? Chan hyung pahal ada?" Soal Changbin terkejut melihat Chan juga ada bersama Minho.
"Aku lepak dengan dia tadi" terang Minho dan Changbin hanya mengangguk.
"Habis tu kenapa duduk belakang?" Soal Changbin lagi.
"Dia nampak kau macam nak masuk dalam kereta aku je, terus dia lompat pergi belakang" terang Minho dan Chan hanya tersengih menayangkan lesung pipitnya.
"Buat apa kita duduk dalam kereta ni? Taknak masuk dalam tu ke?" Soal Chan sambil melihat restoran yang berada di hadapan mereka.
"Tak. Kita tunggu je sampai minah tu keluar dengan si bahenol tu" kata Changbin.
"Minah?bahenol? Siapa tu?" Soal Minho.
"Minjung dengan Yohan laa siapa lagi! Ey geram pulak aku" balas Changbin.
"Diorang keluar berdua?serius la!!" Soal Chan terkejut.
"Ohh kau risau ke?" Soal Minho. Soalan apa tu bang..mesti la risau sebab tu kan wife dia alamakkkkkk!
"Entah la aku rasa macam tak sedap hati pulak" kata Changbin sambil matanya menghadap restoran di hadapan mereka.
"Okay kalau macam tu kita tunggu la sampai diorang keluar" kata Chan dan mereka berdua mengangguk setuju.
1 jam kemudian
"Lambat betul aku dah bosan ni" rungut Chan sambil mengeliat.
"Sabar la" kata Changbin.
"Eo! Tu diorang tuuu eh tengok-tengok!!" Seperti beruk sedang gelabah mereka dibuatnya setelah melihat Minjung bersama Yohan keluar dari restoran tersebut.
"Okay!!" Dengan segera Changbin keluar dari kereta Minho dan masuk ke dalam keretanya semula. Enjin dihidupkan dan dengan segera dia mengekori kereta milik Yohan.
Kereta yang dibawa oleh Minho juga bergerak mengikut belakang kereta Changbin sehingga sampai ke destinasi mereka.
"Amboi jauh betul dia bawak kita pergi bersiar-siar kan? Sampai ke taman ni ha dia bawak kita" kata Chan selamba.
"Apa-apa je la" kereta diparking sedikit jauh dari kereta yang dibawa oleh Yohan agar mereka tidak terkantoi.
Pintu kereta dibuka dan Changbin masuk kembali ke dalam kereta Minho.
"Macam mana?" Soal Chan kepada Changbin.
"Macam mana apa?" Soalan dibalas soalan. Okay bagus.
"Pahal lama sangat dalam kereta tu? Taknak keluar ke?" Soal Minho.
"Haih macam mana nak tau apa yang diorang buat" keluh Changbin.
"Nah changbin..hyung bawak ni" Chan menghulurkan teropong kepada Changbin.
"Apa benda ni? Boleh nampak ke?" Soal Changbin.
"Try dulu" arah Chan dan lelaki itu mula mencuba.
"Omo yah!! Wah jinjja daebak! Nampak woi nampak!!" Changbin berteriak gembira.
"Uish serius ah? Macam mana boleh nampak malam-malam gini?" Soal Minho
"Aku beli mahal tu..limited edition huh habis duit tabung aku hiks" kata Chan sedikit bangga dan bercampurkan sedikit kesedihan.
"Nampak apa?" Soal Minho ingin tahu.
Dengan ganasnya Changbin mencampak teropong itu kepada Minho secara tiba-tiba dan keluar dari kereta lalu berlari ke arah kereta milik Yohan.
"Yahh Changbin!!" Panggil Minho. Sempat lagi dia cuba teropong untuk melihat apa jadi tetapi malangnya dia tidak nampak apa yang berlaku.
"Yahh nampak apa?" Soal Chan ingin tahu juga.
"Aku nampak benda yang pelik!" Kata Minho sambil membesarkan matanya.
"Ape benda?" Soal Chan ingin tahu.
"Masa depan kau gelap" kata Minho sambil tertawa.
"Eh main-main la kau ni!" Chan menepuk bahu Minho
"Ahahahahha sorry sorry" ucap Minho dan memandang ke hadapan semula.
"Eh Changbin tumbuk anak orang!!! Cepat-cepat!!" Dengan segera mereka keluar dari kereta. Minho mengarahkan Chan untuk memberhentikan tindakan Changbin.
End flashback
___××___
Setelah sampai di hadapan pintu rumah mereka, Changbin segera membuka pintu untuk Minjung masuk ke dalam rumah.
Dalam hati Minjung niat untuk meminta maaf kepada Changbin dengan segera tetapi takut dirinya dimarahi oleh Changbin pula.
Dengan keberanian yang ada, Minjung memusingkan badannya untuk menghadap Changbin yang berada di belakangnya.
"Changbin-ah aku-" Minjung belum menghabiskan ayatnya lagi tetapi Changbin terlebih dahulu memeluk gadis itu dengan erat.
"Gwaenchana" tanya Changbin lembut.
Minjung agak terkejut dengan tindakan Changbin dan dirinya juga terkaku seketika.
Changbin melepaskan pelukan dan mula membelek tangan dan muka Minjung. Sungguh takut isterinya ada luka dimana-mana.
Minjung mengharapkan yang Changbin akan memarahinya dan dia takut dirinya tidak dimaafkan, tetapi lain pula jadi.
"Changbin" panggil Minjung. Lelaki itu hanya menggumam.
"Maafkan aku..aku betul-betul minta maaf" ucap Minjung dan Changbin hanya tersenyum manis.
"Tak apa, aku maafkan kau..tapi aku nak mintak satu je..tolong jangan bagi aku risau lagi" pesan Changbin sambil mengusap lembut rambut milik Minjung.
Minjung mengangguk dan memegang tangan Changbin yang sedang mengusap kepalanya.
"Kenapa kau baik sangat dengan aku? Kenapa kau tak marah aku lepas aku buat kesalahan? Kenapa kau lain Changbin?" Pelbagai soal ditujukan kepada Changbin.
"Kenapa kau tanya macam tu? Mesti la sebab kau tu isteri aku dan itu tanggungjawab aku untuk jaga kau..kau buat apa-apa kesalahan pon aku tetap maafkan kau..and last! Aku sayang kau minjung..sayang sangat-sangat"
Changbin menjawab segala soalan yang ditanya Minjung.
Mata gadis itu mula menjadi panas dan dengan sekelip mata sahaja air matanya mula mengalir dipipi.
"Hey hey! Kenapa kau menangis ni, sayang?" Changbin yang sedar akan itu terus mengesat air mata di pipi milik Minjung.
"Maafkan aku Seo Changbin..selama ni aku langsung tak kisah pasal perasaan kau dan langsung tak tahu yang kau betul-betul sayangkan aku hiks" ucap Minjung sambil menangis.
"Shhhhh gwaenchana gwaenchana..aku tak kisah pun" Changbin menarik Minjung masuk ke dalam dakapannya.
Pelukan hangat diberikan kepada gadis itu untuk bertenang. Sesungguhnya ini kali pertama minjung menangis bagai nak rak di hadapan Changbin.
Selimut dibetulkan sehingga paras dada gadis itu dan tidak lupa juga, Changbin memberikan satu kucupan di dahi gadis itu.
"Tidur la" Changbin membelai rambut Minjung dengan lembut.
"Eung..tapi aku tak boleh tidur" ujar Minjung dan Changbin mengangkat keningnya.
"Kenala?" Soal Changbin
"Lapar" ujar Minjung sambil memegang perutnya. Changbin tergelak kecil melihat karenah isterinya itu.
"Jom makan dulu" Changbin menghulurkan tangannya dan Minjung hanya menyambut. Dengan kekuatan yang ada Changbin menarik Minjung untuk bangun dari baring. Mereka berdua bergegas pergi ke dapur.
"Ermm nak masak apa? Bahan dah habis la" kata Changbin sambil selongkar peti sejuk.
"Ramyeon? takkan habis jugak?" Soal Minjung yang sedang duduk di atas meja kaunter sambil menggoyang kakinya.
Bukan sengaja dia tidak mahu untuk pergi melihat sendiri malah Changbin yang mengangkatnya duduk disitu dan mengarahnya supaya jangan turun.
"Sabar jap" Changbin menutup peti sejuk dan menuju ke kabinet pula.
"Eo, ada tapi satu je la" Changbin menunjukkan sebungkus ramen kepada Minjung.
"Okay..kita makan tu dulu..pastu esok lepas balik dari kelas kita pergi beli barang dapur" cadang Minjung dan Changbin hanya mengangguk setuju.
Minjung hanya fokus melihat Changbin yang sedang memasak ramyeon untuknya.
"Telur nak letak?" Soal Changbin.
"Ermm tak payah kot?" Jawab Minjung.
"Betul ni?" Changbin ingin memastikan gadis itu.
"Alah kau bukannya pandai pecahkan telur pon" saja Minjung mahu mengusik lelaki itu sambil ketawa sakan.
"Yahh!!!!" Changbin membuat muka marah tetapi Minjung masih lagi ketawakannya.
"Okay okay..tak payah letak la" ucap Minjung dan Changbin menjelingnya lalu meletakkan telur tersebut ke tepi.
Setelah siap Changbin mula menghidang ramyeon di atas meja makan. Minjung yang berada di atas meja kaunter tadi mula mendekati meja makan dan duduk di atas kerusi.
"Nah" Changbin memberikan Chopstick dan juga sudu kepada Minjung.
"Kau tak nak makan?" Soal Minjung kepada Changbin yang sedang berdiri di hadapannya.
"Aniya..kau makan la" Changbin menolak manakala Minjung menggelengkan kepalanya.
"Sini!duduk sini" Minjung menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya. Changbin tidak membantah dan hanya menurut sahaja.
"Kita kongsi" Changbin tersenyum riang saat Minjung berkata begitu. Selama mereka tinggal bersama, ini kali pertama Changbin mendapat layanan baik dari Minjung.
Kalau tidak selalunya ada je lelaki itu asyik kena marah.
"Changbin-ah aku nak tanya boleh?" Minjung memandang Changbin yang sedang menghirup kuah ramyeon.
"Tanya apa tu?" Soal Changbin.
"Macam mana kau tahu lokasi aku dengan Yohan?" Minjung membuka topik tentang itu.
"Oh- erm Yeji bagi lokasi tu dekat aku..tapi aku tak mintak pon..dia je tetiba bagi" jawab Changbin dengan jujur.
"Oh..terima kasih" ucap Minjung sambil tersenyum ke arah Changbin.
"Huh apa-apa je la..cepat makan" arah Changbin.
Pada malam itu mereka menikmati makanan yang dikongsi bersama sehingga habis.
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top