Masuk hari ni , sudah genap sebulan Minjung bersama dengan Changbin. Langsung tidak ada tanda-tanda untuk mereka batalkan perjanjian itu.
"Okay Minjung, sekarang ni dah genap sebulan..kau sabar jap lagi 5 bulan je tinggal" kata Minjung seorang diri sambil membetulkan bajunya di hadapan cermin.
Setelah siap kesemuanya, Minjung keluar dari bilik dan ternampak Changbin yang sedang tidur lena di sofa.
"Dia ni taknak pergi kelas ke?" Soal Minjung sendirian dan melangkah kakinya ke arah Changbin.
Entah bagaimana, seperti magnet yang menarik Minjung mendekatkan dirinya dengan Changbin dan duduk di sebelah lelaki itu.
Minjung melihat setiap inci wajah lelaki itu satu persatu. Sungguh sempurna apabila dilihat secara dekat.
Tanpa sedar Minjung tersenyum kecil kerana terasa comel pula melihat Changbin yang tidur tidak ubah seperti bayi.
"Dah puas ke tenung aku?" Terus mati senyuman Minjung setelah mendapati Changbin terjaga dari tidur.
Changbin membuka matanya dan melihat Minjung yang masih dekat dengannya.
"Kau nak cium aku ke?" Soal Changbin dan Minjung terus cepat-cepat jauhkan dirinya dari lelaki itu.
"T-tak ada masa aku ish" Minjung memasang wajah cemberutnya.
"Kenapa kau tak kejut aku?" Changbin melihat jam di tangannya. Fuh nasib la awal lagi kalau tak mesti dah tergopoh-gapah dah keluar dari rumah.
"Erm dah la aku pergi dulu" kata Minjung.
Lain ditanya lain pulak di jawab. Apa la Minjung ni.
"Oi, taknak pergi sekali dengan aku ke?" Changbin bangun dari duduk dan mengambil begnya di atas meja kecil.
"T-tak aku eemm naik bas" Minjung menggaru kepalanya yang tak gatal.
"Jom la naik dengan aku" Changbin memakai kasutnya, begitu jugak Minjung.
"Tak apa ke?" Soal Minjung.
Changbin memandang gadis itu pelik.
"Tak apa ke aku naik dengan kau?" Soal Minjung dan Changbin menepuk dahinya. Apa kena dengan Minjung ni?
"Habistu, sebelum ni kau naik dengan aku tak tanya aku pon 'tak apa ke naik dengan aku??' " Changbin berkata sambil membuat memek muka seakan mengejek percakapan Minjung.
"Oh okay" mereka berdua terus keluar dari rumah dan menuju ke lif.
___××___
"Minjung-ah!!!"
Minjung segera mengalih pandangannya ke arah suara yang memanggil namanya.
"Eo, Yohan sunbae" Minjung tersenyum lebar memandang Yohan yang datang mendekatinya.
"Pegi mana?" Soal Yohan
Kafeteria..kenapa?" Jawab Minjung.
"Nak ikut boleh?" Pinta Yohan sambil tersenyum ke arah Minjung.
Minjung memikirnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
'Kalau Changbin nampak lagi macam mana? eh, kenapa aku nak kena fikir pasal dia pulak? Minjung, stop thinking about him... buat je la apa yang kau nak' kata Minjung dalam hati sambil menggeleng kepala.
"Minjung? Boleh tak saya ikut?" Soal Yohan lagi.
"Ah ye boleh..jom" Yohan tersenyum gembira apabila dia dibenarkan mengikut Minjung ke kafeteria sekali.
"Yahh Minjung-yaa!!! Sini!!!" Yeji melambai tangan ke arah Minjung.
Minjung yang nampak Yeji melambai tangan ke arahnya terus pergi ke arah gadis itu dan duduk di sebelahnya.
"Eo, Yohan sunbae pon nak join kitorang ke?" Soal Yeji dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
"Haah..boleh kan?" Tanya Yohan.
"Boleh je tapi sunbae selesa ke dengan kitorang?sebab kitorang ramai tau" kata Yeji lagi.
"Ramai? Siapa lagi kau ajak?" Soal Minjung yang kebingungan.
"Geng abang kau la" jawab Yeji dan Minjung memandang Yohan pula.
"Sunbae okay ke?" Soal Minjung pula. Bukan nak menghalau ke apa takut nanti dia pulak yang tak selesa.
"Eh tak apa..saya okay je lagipon boleh kenal-kenal kan?" Balas Yohan dan dua gadis itu hanya mengangguk.
"Yowwwwwwwww!!!!" Sapa Jisung dan terus duduk di sebelah Yeji.
"Aduhh duduk betul-betul la...sampai bergoyang kerusi woii!" Marah Yeji.
"Ehe mianhae baby"Jisung tersengih sambil menggaru kepalanya.
"Siapa baby kau!" Hyunjin mengetuk kepala Jisung dengan buku yang berada di tangannya.
"Ark sakit la" Jisung memuncungkan mulutnya sambil memandang Hyunjin. Datang sudah!
"Pfft- kau bercinta dengan Yeji ke bro?" Soal Jeongin dengan menahan tawanya.
"ANIYAA!!!" Mereka berdua menjawab serentak.
"Ey memang tak lah aku nak bercinta dengan si tupai ni" Yeji membuat muka Jijik. Eh jijik sangat tu.
"Mana ada, aku dah terbiasa panggil baby sampai orang lain pon aku terpanggil baby sekali" kata Jisung pula.
"Ouh ingatkan ye..kalau ye aku nak korang putus jugak..aku takkan benarkan siapa-siapa dekati budak ni" kata Hyunjin dan memeluk bahu Yeji.
"Yah lepas la aku nak makan ni" Yeji memberi pandangan maut kepada Hyunjin.
"Ha ye la..ha makan-makan" Hyunjin terus melepaskan asik kembarnya. Yeji menyuap makanan ke dalam mulut.
"Eo, baru aku perasan kita ada member baru la" Bangchan yang perasan akan Yohan itu terus menegur dan membuatkan yang lain juga turut memandang Yohan yang berada di sebelah Minjung.
"Eh, kau Yohan kan?" Soal Minho
"Ye..hye" Yohan tersenyum.
"Er korang tak kisah kan dia join?" Soal Minjung dan yang lain hanya mengangguk membenarkan sahaja Yohan sertai mereka.
"Aku nak pergi beli makanan..siapa nak join" Changbin bingkas bangun dan pergi beli makanan.
"Uish laju je..oii sabo jap nak ikut!! Jom Minho " Bangchan berdiri dan menarik baju Minho.
"Baju aku! Ish tak sabar betul orang tua ni" Minho turut bangun sekali dan mengikut belakang Bangchan mengejar Changbin yang sudah beratur untuk membeli makanan.
Masing-masing makan tanpa membunyikan suara sehingga la satu adegan ini terjadi.
"Omo!!" Minjung mengangkat tangannya ke paras bahu lalu memandang bawah. Dia segera berdiri sehingga yang lain memandang Minjung yang berdiri secara tiba-tiba.
Seluar jeansnya sudah basah akibat air tumpah.
Yohan yang berada di sebelah cepat-cepat mengangkat cawan yang terbalik itu dan memberikan tisu kepada Minjung untuk mengelap seluarnya.
Changbin yang melihat adegan itu hanya berdiam diri dan makan dengan bersahaja.
Jeles? Of course la.
Kalau dia tolong pon dia pasti yang Minjung akan menolaknya buat demikian. Jadi lebih baik dia diamkan diri saja.
"Aigo...hati-hati la makcik oi! Kan dah tumpah" kata Minho.
"Nak buat macam mana dah dia nak tumpah hmm" jawab Minjung yang masih mengelap seluarnya.
"Jom Minjung, kita pergi tandas" ajak Yeji dan Minjung terus sahaja mengikut langkah Yeji pergi je tandas.
"Bangchan, kelas lagi 10 minit..aku masuk awal dulu la" Changbin segera bangun dari duduknya dan beredar dari situ.
___××___
Minjung menunggu Changbin di kereta sambil bercekak pinggang.
"Mana mamat ni aduhh dah la lapar ni" kata Minjung seorang diri.
Dah 15 minit gadis itu menunggu tetapi langsung tiada bayangan manusia yang bernama Seo Changbin.
"Minjung"
"Yohan sunbae" Yohan tersenyum ke arah Minjung apabila gadis itu tersenyum ke arahnya.
"Tunggu siapa?nak saya hantarkan?rumah awak dekat mana?" Pelawa Yohan. Huh dasar sweet talker.
"Eh tak payah la..saya tunggu...err ha tu dah sampai..bye sunbae" Ninjung berlari mendapatkan Minho yang tengah bukak pintu keretanya.
"Abang tumpang!"
"Arghh kamchagiya!aishh Seo minjung!" Minho memegang dadanya.
Tanjat boboi!
"Yah aku bukan Seo laaaa!" Minjung mencebik.
"Apa-apa jela..kau nak apa?" Soal Minho.
"Ish orang dah cakap tadi nak tumpang" kata Minjung.
"Changbin?" Soal Minho.
"Masuk dulu nanti aku cerita" Minjung memandang belakang sebelum masuk ke dalam kereta milik Minho.
"Ha cerita cepat!" Desak Minho.
"Okay" Minjung terus menceritakan perkara tadi kepada Minho dari A hingga Z.
"Ohh patut la kau lari datang dekat aku?"Minho menyoal dan Minjung hanya mengumam.
"Kau rasa Yohan sunbae tu macam mana?" Soal Minjung.
"Kenapa?" Soal Minho
"Tanya je" balas Minjung.
"Kau jangan macam-macam Minjung..kau tu dah kawin tau..jangan nak menggedik dengan jantan lain" nasihat Minho.
"Halah aku tau la tapi aku tanya je lagipon, tinggal lagi 5 bulan untuk aku dengan dia-" Minjung terus sedar dengan percakapannya yang langsung tak tapis.
Minho yang mendengar itu terus menghentikan keretanya di tepi jalan.
"Lagi sekali lee Minjung!" Minho memandang Minjung dengan riak wajah yang sukar ditafsir.
"A-apa?" Dalam hati sudah di sumpah seranak diri sendiri sebab terlepas cakap.
"Jangan pura-pura lagi Minjung..aku dah tau apa yang berlaku" Minho mengambil sesuatu di dalam dashboard dan tunjuk kepada Minjung.
"Perjanjian apa ni Minjung?" Soal Minho.
"M-mana abang dapat?" Soalan dibalas soalan..ha siapa nak jawab dulu ni.
"Okay, aku akan bagitau kau macam mana boleh jumpa..nanti kau pulak cerita dekat aku kenapa jadi macam ni. Deal?" Cadang Minho dan Minjung hanya akur.
Flashback
Minho duduk di sofa sambil menunggu Changbin dan Minjung selesai kerja di dapur.
"Eo?" Minho ternampak sehelai kertas yang terbang jatuh dari atas meja televisyen. Dia terus mengambil kertas tersebut.
Niat ingin meletak semula tapi terbatal niat kerana hatinya tergerak untuk baca isi dalamnya.
Dia memandang kiri dan kanan sebelum membuka dan membaca isi di dalamnya.
"Apa benda ni? orang gila mana pulak tulis ni? Ermm ni sah si Minjung" dia kenal sangat tulisan Minjung macam mana jadi dia syak memang Minjung yang tulis perjanjian tu.
Terus dia menyimpan kertas itu di dalam koceknya dan duduk semula seperti biasa sambil bermain fon.
Selepas itu baru la dia jumpa sehelai lagi kertas yang terselit di sofa semalam.
End flashback
Tbc
Happy new year wahai para readers beta!!!
Hiks seperti yang dijanjikan jsjsjs
Maaf kalau chapter kali ni agak membosankan jsjsj
Tapi cukup an satu chapter??
Ehek say yes la hoho
Okay aku akan update lain kali la ye..tunggu lepas 2 bulan aku sambung balik hiks
Bye
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top