10

Esok petangnya, puan Kim dan tuan Kim selamat tiba di rumah. Hera menyapa mereka dengan mesra di muka pintu. Cuma berbeza sedikit layanan tuan Kim kepadanya. Jelas mata tajam lelaki itu tidak suka akan kehadirannya di situ.

"Taehyung mana?" soal tuan Kim senada.

"Dia keluar jumpa kawan dia, appa..." Hera perlahankan sedikit panggilan hormat di hujung ayatnya. Tuan Kim sekadar tersenyum sinis sebelum pergi dari situ.

"Anak omma sihat? Macam mana baby?" puan Kim mengelus lembut kepala Hera.

Hera tersenyum kepadanya. "Sihat... Dia pun sihat." Hera mengusap perutnya.

"Dah bagi nama?"

Hera menggeleng. "Belum. Awal lagi omma." balasnya dengan sengihan kecil.

"Dah jom masuk. Kita borak-borak kat dalam. Omma rindu sangat kat menantu omma ni." puan Kim memeluk lengan Hera lalu mereka bergerak menuju ke ruang tamu.

Hera menghela nafas lega. Hati puan Kim tidaklah dingin semacam. Layanan dia sama seperti mendiang ibunya. Lembut, penyanyang. Hera bersyukur. Cuma seorang sahaja yang masih belum menerima kehadirannya sebagai ahli keluarga dan menantu di dalam rumah ini iaitu tuan Kim.

• • •

Cafe. 

Seokjin menyedut airnya sebelum matanya kembali tertumpu pada Taehyung. Dia perasan fizikal Taehyung nampak agak berisi sedikit. Comel sejak menjadi suami orang ini. Seokjin tertawa kecil.

"Kenapa hyung?" soal Taehyung hairan. Rasanya tidak ada topik lucu yang mereka bincangkan sekarang.

"Pipi kau tembab. Kau makan apa?"

Tangannya naik memegang pipi sendiri. "Aku rasa aku takdelah makan banyak sangat lately ni. Banyak benda aku uruskan Hera."

"Bersungguh betul kau nak jaga dia. Simpati atau sayang?"

"Dua-dua." jawab Taehyung.

Seokjin hampir menyembur air ke muka Taehyung. Matanya membulat.

"Maksud aku sayang anak dalam perut dia." Taehyung betulkan ayatnya tadi.

"Kau jangan main-main. Terkejut aku bila kau cakap macam tu." Seokjin mengelap bibirnya dengan tisu di tangan.

"Entahlah hyung. Aku selalu rasa something kalau aku dekat dengan dia."

"Dia main guna-guna tu."

"Apa?"

Seokjin menggeleng. "Tak aku tak nak buruk sangka. Cuma hati-hati dengan dia je, okey? Kau betul berani mati kahwin dengan perempuan tu, Tae. Apa kau fikir masa tu, hah?"

Taehyung mengetap bibirnya. "Aku tak tahu hyung. Niat aku nak kaburkan mata parents aku je. Hyung pun tahu masalah aku, kan?"

"Ya faham tapi cara kau ni salah."

"Tak hyung dengar dulu. Macam yang aku kata tadi, aku ada something feeling bila dengan dia. Start first day kami jumpa lagi. Bukan benda tak baik tapi bila dekat tu aku rasa berdebar. Faham?"

"Kau berdebar sebab takut? Jap muka dia elok tak?" Seokjin mengerutkan dahinya.

Ingin sahaja Taehyung menampar Seokjin tetapi ditahan. "Aku serius hyung."

"Tak masalahnya aku belum pernah jumpa wife kau tu. Kau kahwin pun diam-diam. Dasar." Seokjin menjelingnya.

Taehyung tersengih dan tidak lagi membalas kata-kata Seokjin. Dia tahu Seokjin tidak faham tentang situasinya sekarang ini. Ada baiknya dia luahkan dengan seseorang yang fahamkan perasaannya nanti.

• • •


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top