09
Taehyung menuruni anak tangga untuk menuju ke ruangan dapur. Niatnya ingin memasak tetapi kelihatan Hera sedang memotong lobak di situ. Taehyung mendekatinya.
"Nak masak apa ni?"
Hera memandang Taehyung di sebelah. Senyuman kecil diberikan kepadanya. "......"
"Kau rehatlah, biar aku masak." Taehyung menarik lembut pisau yang berada di tangan Hera.
"Awak? Pandai ke?"
Taehyung mengangguk yakin. "Duduklah kat depan. Layan drama sana."
Hera membuka apron yang berada di tubuhnya. "Taehyung." panggilnya.
Taehyung melihatnya. Hera memakaikan apron tersebut di tubuh Taehyung. Dirapatkan sedikit posisi mereka dan Hera mengikat sekali tali pada bahagian lingkaran pinggang Taehyung.
Taehyung kaku. Matanya tidak berkedip. Nafasnya tersingkap seketika.
"Hati-hati memasak." pesan Hera lalu dia beredar dari situ.
Taehyung menghembus nafas lega. Dia menggeleng kepala sambil meneruskan aktivitinya. Dipotong cermat beberapa batang lobak lagi yang tinggal.
Selesai, dia berhenti. Telefon dari poket seluarnya diambil lalu menekan nama panggilan Seokjin untuk ditelefon. Panggilan disambungkan selepas beberapa saat.
"Hyung..."
• • •
Petang itu, Hera duduk sendiri di belakang taman bunga kediaman Kim itu. Dia mengambil udara dengan tenang. Angin lembut menyapa pada kulitnya.
Dia tersenyum sendiri saat teringatkan kejadian makan tengahari tadi.
"Hera mari makan!" laung Taehyung setelah selesai menyediakan segala lauk pauk yang dia masak di atas meja makan.
Hera menghampirinya sambil melihat makanan yang dimasak oleh Taehyung. "Wahh banyaknya awak masak. Mesti sedap ni!" dia mengambil tempat duduk di hadapan Taehyung.
"Jangan puji sangat. Aku masak-masak campak je. Rasalah." tutur Taehyung sambil menyenduk nasi dan lauk di pinggan Hera.
Hera tersenyum. Dia mengambil sesudu (?) lalu disuap sekali masuk ke dalam mulut. Matanya terbuka luas.
"Machitaaa!" pujinya dengan memakan lagi masakan yang lain. Sekali lagi Hera memujinya.
"Awak pandai masaklah. Mana belajar?"
Taehyung menahan senyum. "Ehm... Terima kasih. Oh ya, aku call kawan aku minta resipi tadi." balasnya jujur.
"Tapi awak pandai cukupkan rasa semua. Bangganya saya." Hera tergelak kecil.
"Kau bangga?" soal Taehyung.
Hera mengangguk.
"Bangga dapat aku ke?" Taehyung menongkat dagu memandangnya dengan senyuman kecil di bibir.
Hera berhenti mengunyah. Dibalas kembali pandangan lelaki itu.
"T-tak. Saya tak maksudkan macam tu."
"Ya? Tak suka aku jadi suami kau?"
Hera melarikan matanya ke tempat lain tatkala renungan itu semakin menatapnya dengan mendalam.
"Bukan macam tu. Saya rasa tak layak tu je." katanya sedikit perlahan.
Tidak lama selepas itu, terasa kepalanya ditepuk lembut oleh Taehyung.
"Makanlah." arahnya dan selepas itu giliran Taehyung pula merasai air tangannya sendiri.
Hera mengemam lama bibirnya. Tangannya naik mengelus kepalanya dengan senyuman kecil.
Jatuh cinta? Mungkin jatuh hati sebab terharu dengan layanan Taehyung. Tapi kadangkala lelaki itu suka mengusiknya. Memang itu kot perangai sebenar dia. Duganya di dalam hati.
"Aku panggil dari tadi tak menyahut. Kat sini rupanya..." kehadiran Taehyung secara tiba-tiba itu membuatkan Hera terperanjat kecil.
"Awak panggil saya? Kenapa?" soalnya sambil melihat Taehyung yang masih berdiri itu.
"Aku cuma nak bagitahu omma appa balik esok petang nanti."
Hera mengangguk faham. Siap sedialah menerima kedatangan Tuan Kim berwajah singa itu.
"Kau okey, kan?"
"Ya okey."
"Menipu je tahu." Taehyung mengambil tempat duduk bersebelahan Hera.
"Kalau tak kita pindah rumah kat kondo aku. Nak?" cadang Taehyung.
"Awak ada kondo?"
"Eh taklah sayang. Kalau kau nak tahu aku duduk dalam gua sebelum ni."
Hera tersengih kekok. "Oh... Eh? Takpelah. Saya tak nak parents awak fikir bukan-bukan pula."
"Bukan-bukan apanya? Tu privacy untuk kita juga."
Hera terdiam seketika. Memikirkan kata-kata Taehyung itu. Namun dia masih tetap dengan pendiriannya.
"Kita duduk kat sini dulu. Lagipun saya nak kenal mereka dengan lebih dekat." Hera menyimpul senyum.
Taehyung mengiyakan sahaja. "Kalau omma dengan appa buatkan kau rasa tak selesa bagitahu aku terus, nae?"
"Ya..."
• • •
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top