07
"Awak tak kerja?"
Taehyung menggeleng sambil mengigit sekeping roti jem di tangannya. Hera yang selesai membancuh hot chocolate untuk Taehyung itu mula mengambil tempat di ruangan meja makan.
"Kau tak breakfast?"
"Dah pagi tadi. Awak makanlah." jawab Hera.
Taehyung mengerling jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 11 pagi.
"Kenapa tak kejutkan aku sekali tadi?"
Hera menggaru kepalanya. "Err... Awak tidur lena sangat. Tak nak lah saya nak kacau."
"Apa-apa jelah." sekali lagi Taehyung mengigit roti yang berbaki separuh itu. Kemudian disisip sedikit air buatan Hera untuknya.
Hera melihat sahaja tingkah laku Taehyung yang berselera menjamah air tangannya. Taehyung yang sedar terus menegurnya.
"Kenapa?"
"Eo?" Hera terpinga-pinga. Cepat dia mengalih pandang ke tempat lain.
"Kau ada benda nak cakap? Cakaplah, aku dengar." santai Taehyung berkata.
"Tak saya cuma rasa curious sikit. Keluarga awak ada office kan? Kenapa tak ikut appa awak kerja?" soalan itu menghentikan pemakanan Taehyung.
Kini mereka bertentang mata buat seketika.
"Aku just tak nak." balas Taehyung ringkas.
"Kenapa?"
"Banyak bunyi lah kau ni."
Hera diam. Baiklah nampaknya mood Taehyung bertukar serius bila dikaitkan tentang urusan keluarganya. Lama menyepi akhirnya Taehyung melepaskan keluhan berat.
"Kau tak perlu nak risau. Aku tetap bagi duit untuk makan pakai minum kau termasuk kos bersalin kau nanti. Tugas aku, aku tahu. Lagipun duit simpanan aku masih banyak." jelas Taehyung.
"Eh tak... Saya tak maksudkan soal tu. Saya... T-takde apalah."
Taehyung mengerut dahi. Tidak lama selepas itu dia mengangguk faham. "Kau nak tahu sebab apa aku tak berapa nak sekutu dengan appa aku tu, kan?" tebaknya.
"Saya masih tak faham tentang harga diri yang awak cakapkan hari tu. Maaflah, saya bukan nak menyibuk tapi..." Hera kematian kata. Dia menepuk pelan bibirnya. Busybody gila kau ni Hera!
"Appa dari dulu control hidup aku. Mana-mana anak perempuan rakan bussiness, dia sibuk nak kahwinkan dengan aku. Kau tahu sebab apa? Nak dapatkan title orang paling kaya, kena sanjung sana-sini. Mata duitan." tutur Taehyung dengan sinisnya. Sakit pula hati bila terbayangkan wajah kerek tua itu.
Hera mengumam perlahan. Wow beraninya dia kutuk bapak dia. Hera kagum sedikit.
"Tapi buruk mana pun keluarga kita, awak kena terima, ikut arahan mereka. Tak baiklah awak berperangai macam ni." nasihat Hera langsung tidak mengena pada diri Taehyung.
"Ya aku tahu tapi mengatur hidup anak atas kepentingan diri sendiri tu lagi teruk. Omma pun samalah ikut je cakap suami dia tu. Aku pun ada maruah diri untuk dipertahankan. Bukannya senang-senang nak serah sesuka hati." tanpa sedar kata-kata Taehyung itu menyentap sedikit hati perempuan Hera.
Berlapis pula maksud tu dalam hidup Hera yang berkaitan tentang maruah seorang insan ini. Taehyung memejam mata buat seketika. Aduh tersilap ayat pula! Tulah siapa suruh buka topik ni lagi...
Pandangan Hera mulai berair. Taehyung berdecit kecil. Satu hal pula nak pujuk dia lagi aduh!
"Jangan nangis... Aku tak maksudkan apa-apa tadi." Taehyung mendekatinya dengan wajah risau.
Hera menekup mulutnya dengan tapak tangan. Air matanya mula mengalir. Argh aku tak tahan lagi!
"Kau---"
Belum sempat Taehyung berkata, tubuhnya ditolak kasar ke tepi. Hera berlari menuju ke bilik air tingkat bawah. Perutnya memulas menahan isi yang hampir mengelonjak keluar dari anak tekak. Tidak sempat mengawal reaksi, Hera memuntahkan segalanya di atas lantai bilik air.
Taehyung yang turut gelabah itu cepat mendapatkan Hera. Taehyung mengundur beberapa tapak ke belakang apabila melihat suasana bilik air tersebut.
"Oh man holy sheitt!"
Hera menarik nafas dalam sebelum kembali muntah tapi kali ini selamat mendarat di dalam mangkuk tandas. Taehyung yang tidak sanggup melihat Hera terkial-kial seorang diri itu terus membantunya. Digosok belakang tubuh gadis itu manakala sebelah tangannya lagi mengangkat tinggi rambut panjang Hera ke atas.
Taehyung rasa hendak menangis pula sekarang ni. Tidak pernah dia melalui situasi begini. Nampaknya tugas seorang suami bukannya mudah. Banyak perkara lagi yang perlu dia bersedia untuk hadapinya. Sempat Taehyung berdoa di dalam hati supaya dia tetap bertabah dalam semua dugaan yang mendatang nanti.
•••
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top