02

Taehyung merenung lama wajah gadis yang masih tidak sedarkankan diri itu. Bibirnya pucat, kulitnya seputih susu dan kesemua ciptaan pada gadis itu melekakan Taehyung buat seketika. Tidak dinafikan ianya cantik. Milik siapakah gadis ini? Siapa suaminya? Bermain-main soalan itu dalam fikiran Taehyung. Matanya jatuh pada perut gadis itu.

Baru dia tahu gadis ini sedang membawa satu lagi nyawa yang bakal lahir melihat dunia. Senyuman kecil Taehyung terukir di bibir. Terbayang pula jika dia bergelar seorang ayah pada anaknya di masa depan kelak. Banyak perkara yang ingin dia lakukan bersama anak-anaknya nanti dan itu pasti berlaku cuma jodoh belum sampai pada waktunya lagi.

Hera yang separuh sedar itu mula menunjukkan respon. Desisan pedih keluar daripada mulutnya apabila merasakan lututnya berdenyut sakit. Mungkin disebabkan hentakan kecil yang berlaku saat kemalangan tadi. Pandangannya bertembung dengan sepasang mata lelaki yang tidak dikenali. Raut wajah mereka mempamerkan riak terkejut.

"Awak siapa?" soal Hera sambil meneliti penampilannya dari atas ke bawah. Pakaian simple tetapi masih kacak bergaya. Taehyung yang berasa kurang senang dengan tatapan itu berdehem kecil.

"Kim Taehyung. Maaf, aku tak sengaja terlanggar kau tadi. Mujurlah kau dan anak kau tak apa-apa." balas Taehyung sekaligus memberi penerangan ringkas. Tapi dalam hatinya hendak sahaja dia menegur kelakuan gadis itu.

Berlari tanpa menoleh kiri kanan memang padahnya menempah mautlah. Namun bila difikirkan, Taehyung berdiam sahaja. Bimbang hati sensitif  perempuan mengandung ni terganggu pula.

Hera tidak memberi sebarang respon kecuali matanya yang sudah bergenang dengan air mata. Kenapa Tuhan masih panjangkan umurnya? Hajat yang dia mahukan sebelum pengsan di tengah jalan tadi ialah mati.

Taehyung mula gelabah. Dia mendekati gadis itu dengan memeriksa keadaannya. "Kau sakit?" soalnya bertambah gelisah bila melihat cecair jernih itu mula jatuh membasahi pipinya.

"Saya nak mati. Kenapa awak tak langgar je saya terus tadi? Kenapa?!" jerit Hera dengan emosi tidak terkawal. Dia menekup wajah dengan tapak tangannya menyembunyikan tangisan walhal suara esakkan masih kedengaran di pendengaran Taehyung.

"Hey... Niat aku pun nak mati masa tu tapi kau pula yang muncul tiba-tiba." bisik kecil Taehyung. Nasib Hera tidak mendengar kerana masih menangisi benda yang Taehyung sendiri pun tidak tahu.

Taehyung mengerling jam yang tergantung elok di dinding. Sudah pukul 6.50 petang hampir masuk waktu malam. Panggilan daripada tuan Kim tidak terjawab sejak dari tadi. Mungkin ada hal yang ingin dibincangkan. Tapi siapa kisah? Dia langsung tidak peduli.

"Nak aku telefon suami kau? Dia perlu tahu kau ada kat sini."

Sepi. Tiada balasan. Tanpa buang masa, Taehyung mengeluarkan sekeping kad berserta nombor telefon yang terpapar di situ lalu diletakkan di sisi katil.

"In case kau masih tak berpuas hati pasal kejadian tadi, kau boleh call aku." ayat Taehyung terjeda seketika.

"Urm...?" Taehyung mengumam sendiri. Baiklah gadis itu masih tidak membuka mulut. Baru sahaja Taehyung ingin melangkah, Hera cepat menghentikannya.

"Tunggu!"

Hera mengangkat wajahnya bertentangan dengan Taehyung. "Saya perlu berbincang dengan awak." katanya diselangi dengan sedu yang masih bersisa.

"Kalau macam tu panggil suami kau sekali, aku taknak berurusan tanpa–"

"Saya takde suami."

Taehyung terdiam.

"Terlanjur?" soal Taehyung sambil memeluk tubuh.

"Tak. Sukarela."

Hampir tersedak Taehyung dibuatnya. Muka innocent macam ni buat perkara tu?

"Habis tu mana dia? Tak bertanggungjawab?"

Hera menggeleng. Malunya dia bila bercakap soal maruah ni. Pasti lelaki di hadapan ini berasa jijik dan kotor dengan dirinya.

"Jadi itu alasan kau untuk mati?"

Hera mengangguk. Taehyung mula mengambil tempat duduk di sofa bersebelahan katil. Tidak lepas matanya melihat Hera yang sudah menunduk kepala itu.

"Kau nak jadi hantu harum sundal malam? Roh bergentayang lepastu ganggu aku sebab aku penyebab punca kau mati langgar lari." kata-kata Taehyung yang berbaur lawak itu tidak terkesan bagi Hera.

"Saya... Tak nak mati katak macam tu. Niat saya lain." ucap Hera lagi.

"Habis tu?"

"Saya nak gugurkan kandungan ni."

Kali ini Taehyung rasa macam nak hempuk kepala perempuan ni kat dinding. Fikiran cetek betul! Ni mesti umur baru belasan tahun.

"Nak jadi pembunuh pula?"

Hera rasa tersentap dengan ayat Taehyung.

"Sedangkan aku yang orang luar ni risau tentang kandungan kau, kau pula senang-senang nak bunuh dia? Tu bukan jalan mudah. Tak dihukum di dunia tapi percayalah hidup kau takkan tenang kalau kau buat perkara tu." lebar Taehyung berkata.

"Awak nak saya buat apa? Besarkan budak ni tanpa seorang ayah? Saya menyesal sebab dia wujud dalam perut saya."

"Masa buat perkara tu tak menyesal lah? Tiada guna kalau kau pun ditinggalkan selepas tu. Lelaki tu... Aku harap dia dapat kanser servik ke apa biar jadi balasan. Kau pula aku doakan kau kuat dengan semua dugaan ni. Pandai buat pandai tanggung." Taehyung berdiri berura-ura ingin beredar.

Hera pantas menahan lengannya. Genggaman erat sehingga Taehyung dapat merasakan haba dari sentuhan gadis itu.

"T-tolong jangan tinggalkan saya. Saya dah takde siapa kat dunia ni... Saya tak tahu nak buat apa, saya buntu. Awak dah selamatkan saya dari buat tindakan yang bodoh. Saya sedar saya salah. Awak tolong... Hiks..." tangisan Hera bergema lagi, meruntun sayu bunyinya dan itu sedikit sebanyak menyentuh hati lelaki Taehyung.

Namun Taehyung membuang segala perasaan yang bersarang di hati. Tanpa mengucap apa-apa, Taehyung menolak pelan tangan Hera darinya kemudian berjalan keluar dari bilik. Setiap derapan langkah yang dibuka setiap itu jugalah Taehyung berasa berat untuk meninggalkan gadis yang bernasib malang itu. Perasaan apa dia sendiri tidak pasti. Simpati mungkin.

Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Yang pasti bukan dari keluarganya. Taehyung mengangkat tanpa ragu.

"Yeobseo?" sapanya.

"Nal tteonajima..." suara itu menangis lagi.

•••






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top