01

Pregnancy test yang berada di dalam genggaman tangan dipandang buat seketika. Masih belum menunjukkan hasil tandanya dan itu semakin membuat jantung Hera berdegup kencang.

Sementara menunggu, Hera lantas mencapai telefon pintar lalu menghubungi teman lelakinya. Beberapa saat panggilan terus bersambung.

"Gugurkan."

Belum sempat Hera menyapa, suara itu sudah menjawab. Keluhan berat kedengaran di hujung talian.

"Buang anak tu sebelum dia membesar dalam perut kau."

Pandangan Hera mula berkaca-kaca. Hancur hatinya ketika ayat kejam itu terpacul keluar dari seorang lelaki yang amat dia sayangi.

"Sedar tak apa yang awak cakap ni?" Terketar-ketar nada Hera membalas.

"Hera, kita putus. Aku tak nak ada kena mengena lagi dengan kau, cukuplah. Pasal benih kita tu, lupakan je. Okey?" Langsung tidak ada sekelumit rasa bersalah pun dari nada bunyi lelaki itu berbicara.

"Tak! Awak kena bertanggungjawab. Lepas apa yang awak janji kat saya selama ni, senangnya awak lepas tangan?" Berlinangan air mata Hera pada saat ini namun sikit pun tidak memberi simpati terhadap lelaki durjana itu.

"Hey perempuan, sedar sikit! Entah berapa ramai lagi lelaki yang tebuk kau kat luar sana selain aku. Perempuan murah." cemuhnya.

"Hanya awak Jeon Jungkook! Saya bukan perempuan murah... Saya—" Hera menekup mulutnya cuba untuk menahan esakkan yang semakin menjadi-jadi. Tidak sanggup dia meneruskan ayat sehinggalah Jungkook terus memutuskan talian.

"Jungkook!" Hera menjerit kuat. Telefon miliknya tadi dilempar entah kemana. Pregnancy test yang ada di dalam genggaman dipandang dengan air mata yang jatuh. Sudah dia agak hasilnya positif.

Hera mengusap lembut perutnya. Memorinya bersama Jungkook kembali mengimbau dalam ingatan. Banyak janji manis yang ditabur oleh lelaki itu dan akhirnya dia ditinggalkan tidak ubah seperti tin kosong tanpa isi. Menyesal tiada guna, nasi sudah menjadi bubur.

"O-ottokhe... Hiks..." Hera termenung memikirkan jalan penyelesaian terhadap kandungan yang tidak bertaraf itu. Tiada siapa yang boleh membantunya selain daripada diri sendiri. Tidak lama selepas itu, Hera mengangguk kepalanya seakan-akan dia sudah jumpa cara mudah untuk selesaikan masalah yang dihadapinya ketika ini dan dia tekad.

Gugurkan kandungan atau lebih tepat membunuh bayi yang tidak berdosa itu.





•••






Rahangnya bergerak-gerak menahan api kemarahan yang hampir menggeledak ke penghujungnya. Renungan tajamnya tidak lepas menikam satu persatu wajah yang berada di hadapannya. Genggaman tangannya yang erat cuba menahan pelbagai rasa yang bercampur baur di dalam hati.

"No." sekali lagi Taehyung mengucap satu perkataan bagi seribu ayat daripada Tuan Kim dan Puan Kim, termasuk juga dengan menolak pinangan keluarga Shin. Mendesaknya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga bukanlah satu kebahagiaan bagi Kim Taehyung.

Menjual anak sendiri demi mendapat keuntungan syarikat serta nama baik yang bakal dijulang tinggi oleh semua orang, itu bukan cerita Kim Taehyung. Tidak kisahlah perempuan itu berketurunan segala kerabat diraja sekalipun, Taehyung tetap tidak mahu ikut telunjuk ibu bapanya bulat-bulat. Terasa bodoh dan murah harga dirinya jika dijual beli dengan perjanjian syarikat yang tidak menjamin hidupnya.

Tuan Kim membalas renungan anak sulung lelakinya, tersirat setiap makna di sebalik pandangannya tetapi Taehyung berbuat tidak tahu sahaja. Senyuman palsu dilemparkan kepada kedua-dua rakan kerja atau bakal besannya yang masih setia menunggu jawapan mereka. Cincin yang berada di dalam genggaman Tuan Kim diletakkan di atas meja yang memisahkan kedudukan dua keluarga itu.

"Anak saya setuju. Bila majlisnya?" soalan Tuan Kim itu tidak memuaskan pihak keluarga Shin. Bukannya mereka tidak perasan perang dingin antara anak beranak itu. Terang lagi bersuluh Taehyung menolak mentah-mentah anak perempuannya yang jelitawan ini.

Butakah Taehyung? Fikir Puan Shin tidak puas hati.

"Macam ni lah Kim, saya rasa ada baiknya kamu sekeluarga berbincang lagi." balas Tuan Shin dengan secalit senyum. Taehyung menggeleng kepala sambil melastik sekotak cincin tadi ke hadapan dan semua mata tertumpu kepadanya. Biadap caranya tapi Taehyung sudah tidak tahan lagi.

"Saya dah lastik bermakna saya dah tolak. Jadi perbincangan menjual anak sendiri ni dah tamat. You guys should leave now. Thank you." ucap Taehyung sopan namun pedas pada katanya.

Usai keluarga Shin beredar dengan iringan ucapan maaf daripada tuan Kim dan puan Kim, ketiga beranak itu masih bertentangan. Puan Kim mengeluh sambil mengurut dahinya dengan hujung jari. Susah betul ada anak keras kepala ni.

"Puas malukan appa dan omma depan diaorang tadi?"

"Tak puas lagi ke appa dengan omma nak aturkan hidup Tae?" soalan berbalas soalan.

"Imej syarikat kita penting! Kami cuma nak Taehyung berkahwin dengan anak perempuan dia. Itu pun susah?" sifat pentingkan diri sendiri itu sudah semestinya tuan Kim. Berfikir soal kerja didahulukan manakala soal hidup mati anak diabaikan. Manusia dengan duniawi sekarang sudah rosak.

Taehyung tersenyum sinis. Pandangannya beralih pada puan Kim yang sejak tadi berdiam diri. Seorang ibu yang menatangnya dengan penuh kasih sayang itu juga sanggup menggadaikan anaknya. Taehyung betul-betul rasa kecewa. Mengapa dia dilahirkan dalam keluarga bermarga Kim ini?

Tanpa membalas, Taehyung segera bangkit dari tempat duduk. Kunci kereta miliknya dicapai sebelum keluar daripada rumah agam yang besar dan gah itu namun secebis rasa bahagia pun tidak terasa bila tinggal di dalamnya. Laungan namanya yang dipanggil berkali-kali itu diendahkan. Taehyung langsung masuk ke dalam kereta berjenamanya lalu beredar pergi dari kediaman tersebut.

Dalam perjalanan, Taehyung memandu mengikut emosi. Pedal minyak ditekan pada kelajuan. Tidak teratur jalanannya di jalan raya yang kurang kederaan lalu lalang di situ. Jalan menuju ke arah mana dia sendiri tidak tahu yang pasti lelaki ini tanpa sedar sedang mengejar ambang kematian. Bila-bila masa sahaja boleh berlaku jika takdir nyawanya melayang akibat kemalangan jalan raya disebabkan sikapnya yang tidak berhemah itu.

Mati lagi baguslah. Seakan-akan bisikan halus itu menyuruhnya berbuat demikian. Taehyung tekad. Jika ini yang mampu membuatkan hati ibu bapanya senang, dia akan.

SKRETTTTT––

Bunyi decitan keempat-empat tayar itu bergesel di atas permukaan kasar jalan raya tatkala satu susuk tubuh gadis berlari ingin melintasinya. Automatik pemanduan Taehyung terhenti kerana tanpa sengaja gadis tadi sudahpun jatuh pengsan disebabkan perasaan terkejut yang menghentam diri. Taehyung melepaskan gear sambil meraup wajahnya dengan kesal.

Bukan dia yang mati tapi orang yang hampir mati olehnya.

•••




Fanfic khas sementara hiatus. Dh lama dalam draft, tinggal publish je :3







Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top