chapter 8
"Weyh aku dah lambat nak jumpa client ni, nanti apa apa kau call aku aeh." Kata Firzana sambil mengemas barang barangnya.
"Okeyh okeyh." Kata Ecah.
Firzana turun dari bangunan syarikatnya lalu berlari anak ke keretanya. Kereta mini cooper yang berwarna navy blue itu keluar dari parkir kereta lalu meluncur laju diatas jalan raya. Dia sudah terlambat!
🍭🍭🍭
Sementara itu...
"Dato Fakri nak cancel meeting tu?! Kenapa tak inform kat aku awal awal? Ni aku dah sampai restoran tiba tiba dia nak cancel meeting tuh? Dia nak bergabung dengan syarikat kita ke tak hah??! Dia ingat aku ni lapang sangat ka masa??! Dah! Kalau lepas ni dia nak jumpa aku kata aku tak nak jumpa dia." Kata Aiman dengan nada marah. Marah itu dilepaskan pada Zawaf. Zawaf redha sahaja memang dia akan kena tempias, dah biasa...
Dah lah aku yang kena pergi jumpa dia walhal dia yang nak collaboration dengan aku, herghhh buang masa aku jaa.
"Zawaf, ambil kereta,aku nak pergi tempat lain." Arah Aiman. Zawaf hanya mengikuti arahan yang diberikan oleh majikannya. Kalau sehari tak tengking tengking orang memang tak boleh.
"Tuan nak pergi mana?" Tanya Zawaf pada majikan nya yang duduk di seat belakang.
"Bawa saya pergi cafè yang selalu pergi tuh." Kata Aiman.
"Baik." Zawaf mula menghidupkan enjin lalu memandunya dengan cermat.
♥♥♥
"Terima kasih kerana menggunakan perkidmatan kami, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk renovate rumah Encik." Firzana bingkas bangun dari meja itu lalu keluar dari cafe tersebut. Tiba tiba kedebuk!
Firzana terlanggar seseorang lalu terjatuh tersungkur diatas lantai.
"Aduh sakitnya." Kata Firzana sambil memegang pinggangnya.
"Cik.. Cik tak apa apa?"tanya orang yang dibelakang lelaki itu.
"Ahh saya ok." Kata Firzana yang cuba bangun.
"Mata letak kat mana? Lutut?" Kata Aiman tanpa melihat wajah Firzana. Baginya Firzana sengaja melanggarnya untuk mendapatkan perhatian. Dia tersenyim sinis
Firzana yang mendengar ayat itu langsung melihat wajah Aiman dengan muka marah. Dah lah dia yang langgar aku lepas tuh tak minta maaf , boleh pulak dia mengata aku depan depan. Tak boleh jadi ni!
"Aehh Encik! Encik yang langgar saya, dah lah minta maaf pun tak ada, Encik pakai kot semua ni ingat saya takut?" Kata Firzana sambil melihat muka Aiman. Aku macam pernah nampak muka dia ni kat mana aeh? Agh biar lah aku mana pernah jumpa orang yang tak ada adab macam dia ni.
Aiman terkejut dengan tindakan Firzana yang terlebih berani itu. Lalu dia berkata.
"Woi perempuan ingat aku tak tau ka kau sengaja langgar akukan, aku tak heran lah dengan perempuan sejenis kau ni, sampah!" Maki Aiman.
Dari kejadian langgar bertukar menjadi pergaduhan memaki.
"Amboiii sedapnya mulut Encik kata saya ni sampah. Buat pengetahuan encik saya ada nama tau bukan perempuan. Nama saya Firzana bukan perempuan yang encik samakan macam perempuan sampah tuh." Kata Firzana tapi ia belum cukup untuk melepaskan geram dia
Aiman terkejut mendengar nama perempuan yang baru sahaja dia maki. Sepanjang dia bergaduh dengan perempuan ni dia tak menoleh pun melihat muka Firzana. Selepas dia melihat wajah Firzana baru dia mengecam. Itu Firzana yang dia kenal. Aiman menunjukkan muka riak terkejut.
"Dan lagi satu Encik, kalau macam ni lah Perangai Encik dengan perempuan dekat luar sana, perangai encik tak beza dengan binatang. Hanya tahu memburuk burukkan kaum hawa sahaja. Kalau bagi encik perempuan macam saya ni sampah, bagi saya Encik macam lelaki yang boleh buang dalam longkang. Saya tak nak buang masa gaduh dengan Encik, saya pergi dulu Assalamulaikum." Sambung Firzana sebelum pergi meninggalkan Aiman seorang di belakang. Aiman masih terkaku disitu.
'Tuh Firzana, Nur Firzana.. memang tak silap lagi!!' Bila Aiman memandang semula kehadapan kelibat Firzana sudah hilang.
Aiman melihat sekeliling mencari Firzana namun tidak jumpa lalu dia berkata pada Zawaf.
"Cari maklumat perempuan tadi, aku nak esok."
"Baik tuan" kata Zawaf.
'Saya dah jumpa awak Firzana.' Desis Aiman dalam hati.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top