chapter 7
8 tahun kemudian.....
"Ecah, semua materials dah ada? Auni, barang semua dah ambil? Kalau dah jom kita pergi tempat lawatan." Kata Firzana kepada dua rakannya itu.
"Ok guys, make sure tak ada barang tertinggal dan pastikan semua barang dalam list ada dalam lori. We have to make sure everything is perfect." Kata Firzana pada semua pekerjanya.
2 tahun yang lepas Firzana menubuhkan syarikat pereka dalaman yang kecil dan sekarang sudah semakin maju dan terkenal dimata rakyat Malaysia.
"Okeyh everything is okay?" Tanya Firzana sebelum keluar dari pejabatnya.
"Yes." Kata semua pekerja.
"Okeyh lets go." Firzana turun dari bangunan lalu bergerak ke arah kereta diikuti oleh Ecah dan Auni. Kereta Firzana meluncur laju masuk kejalan raya. Bila sampai ke destinasi yang dituju Firzana lekas keluar dari kereta lalu bertemu dengan pemilik rumah untuk berbincang. Setelah settle semua kerja yang penting, barang semua ada, budjet cukup, materials semua ada baru dia berasa tenang. Perghh penat gila hari ni. Firzana pulang ke rumah untuk berehat. Buat apa lagi kat offis. Dah nak dekat pukul 11 malam dah pun.
Sebaik sahaja kereta Firzana diparkir dihadapan rumah dia melihat ada beberapa buah kereta lagi yang diparkir sebelahnya. Dia tersenyum, nasib baiklah rumah ni besar ada garaj besar boleh muat kereta yang berbuah buah tak seberapa nak mewah ni. Firzana membuka pintu banglonya.
"Assalamualaikum." Firzana memberi salam.
"Walaikumussalam." Anis menjawab. Firzana melihat Anis sedang kusyuk tengok tv drama korea sambil makan popcorn. Haihh aku balik ja dia ni tengok tv, aku balik ja dia tengok tv. Tak ada benda lain. Tapi jangan salah sangka Anis bukan penganggur aeh. Dia kerja pengurus bank sekarang kerja pegang duit ja. Haa sebab tu selalu balik tengok dia senang lenang ja tengok tv.
"Haa balik pun, ingat nak tido terus kat offis tuh aku ajak balik kau tak nak degil nak siapkan kerja kat offis jugak tengok sekarang dah balik pukul berapa, boleh ja kalau nak buat kerja tu kat rumah." Bebel Auni.
"Tu lah, aku pun pelik dengan dia ni, suka sangat buat kerja kat offis tuh duduk sana sampai berapa jam lebih dari offis hour, kalau aku tak boleh." Kata Ecah pula. Mesti pelik kan kenapa Auni dengan Ecah ada dekat rumah Firzana, haa diorang lah housemate Firzana, rumah besar besar duduk sorang sorang buat apa. Ada lagi housemate tak kenalkan lagi kejap lagi muncul.
"Balqis tak balik lagi ka? Lama naw pergi negara orang." Tanya Firzana.
"Dia balik esok petang." Kata Ecah.
"Ouhh sekoq lagi mana?" Tanya Firzana lagi.
"Dia dalam bilik kerja dia, dia jenis bawak balik kerja dia bukan macam kau buat dekat offis." Kata Auni pula.
"Ouhh bila dia balik?" Tanya Firzana lagi.
"Dia balik petang tadi." Kata Anis tapu kata masih tertacap pada tv. Dengar lagi perbualan aku walaupun kusyuk tengok tv.
"Ok lah aku nak pergi mandi lepastuh solat." Kata Firzana.
"Makan?" Tanya Ecah.
"Aku dah makan tadi." Kata Firzana sambil menaiki tangga ke biliknya.
Inilah rumah banglo 2 tingkat yang dihuni oleh 6 orang. Semua ada kerjaya sendiri dan berjaya. Korang mesti nak tau lagi sorang kan siapa dia? Tunggu kejap lagi watak dia keluar.
Keesokkan paginya.
Firzana seperti biasa turun terlebih dahulu ke dapur untuk menghidangkan sarapan kerana giliran dia pula yang menyediakan sarapan. Niatnya terhenti bila mendengar bunyi bising di dapur. Dia lupa hari ni, kawan dia sorang lagi dah balik.
"Hahh!! Buat apa tuh?" Sergah Firzana dari belakang.
Senduk hampir sahaja melayang ke muka Firzana tapi sempat dihalang oleh iman.
"Hahh buat lagi aku terkejut beruk macam tuh, kalau kau nak sangat senduk ni melekat kat muka kau, kau buat lah lagi." Kata Iman.
"Alaa sorry lah nak gurau gurau dengan kau pun tak oleh. Dah lah susah nak jumpa ni." Kata Firzana sambil membuat muka seposen.
"Susah nak jumpa apa tiap tiap minggu kut aku balik." Kata iman. Memang dia susah nak dilihat dirumah itu kalau balik pun terkurung sahaja dalam bilik membuat kerja dia. Duduk kat malaysia paling lama pun 4 - 5 hari, kerja dia ni suka travelling satu dunia. Korang fikir dia kerja apa?? Dia ni antara pereka fesyen terkenal di Asia okeyh. Sebab tuh lah asyik flight sana sini nak buat peragaan baju. Kalau nak paling lama dia kat Malaysia bila ada fashion Show kat Malaysia.
" kau masak apa?" Tanya Firzana. Kalau Iman balik sini kerja memasak memang diserahkan kepada Iman kerana iman terar memasak.
"Aku masak nasi goreng tomyam, tiba tiba aku teringin nak makan tomyam lepas tuh ada toast atas meja tuh and ada sandwich telur. Aku buat banyak sandwich so please Zana kau dengan anis kena makan sebab aku letak manyak manyak sayur for you two.
Kalau minah ni masak memang sedap tapi penuh dengan sayur. Bluekk i dont like sayur begitu juga dengan anis.
"Yelah yelah sebab kau yang masak aku boleh makan banyak banyak." Kata Firzana.
"Cepat makan panggil diorang sekali turun cepat nanti makanan sejuk lepas tuh lambat pula pergi kerja." Arah Iman. Iman memang seorang yang tegas dalam hal hal rumah macam isteri pula dia ni.
"Yelah yelah aku pergi panggil aku pergi mandikan sekali diorang tuh." Kata Firzana.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top