chapter 6
"Assalamualaikum, mama abah, Zana dah balik." Kata Firzana sebaik sahaja pulang dari rumah Anis.
"Walaikumussalam, haa dah balik pun, meh duduk sini mama nak bincang sikit dengan kamu." Kata Puan Ariah sebaik sahaja lihat kelibat anaknya dipintu.
"Kenapa mama?" Kata Firzana sambik melabuhkan punggungnya diatas sofa.
"Kamu bila nak pergi masuk Universiti?" Tanya Puan Ariah.
"2 minggu lagi kenapa?" Tanya Firzana pula.
"Kalau mama carikan kamu suami nak?" Cadang Puan Ariah.
"Uishh mama ni, orang baru ja 18 tahun dah nak cari menantu? Mama demam ka apa ni?" Pelik pula dengan mama dia sorang ni, tiba tiba nak menantu awal sangat kenapa?
"Tak ada lah kalau Zana kahwin awal tak ada lah mama risau sangat." Pujuk Puan Ariah.
"Tak nak lah mama, Zana boleh jaga diri Zana sendiri, insyaallah kalau Zana ada calon, Zana sendiri bawa dia datang jumpa mama tapi lambertt lagilah nak bawa tuh." Kata Firzana.
"Ok lah mama Firzana masuk bilik dulu tak solat Asar lagi." Firzana bingkas bangun dari sofa lalu masuk ke biliknya. Puan Ariah hanya menganguk. Rancangannya nak bermenantu awal tidak berjaya. Terdetik rasa nak menantu awal bila menonton drama 'anak daraku kahwin awal'. Dapat menantu awal, cucu pun dapat awal. Tapi tak apalah, dah Firzana janji nak bawa calon menantunya datang rumah walaupun lambat lagi dia sanggup tunggu.
Firzana menghempaskan dirinya diatas katil. Soalan Puan Ariah terngiang- ngiang didalam kepalanya. Haishh takkan lah aku nak kahwin awal, tak pernah terlintas dalam kepala otak aku ni lepas belajar nak kahwin, tak nak!! Aku nak bina career aku dulu baru fikir hal nak kahwin. Tiada siapa yang boleh menambat hati aku kecuali.......Aiman haihh dia dah tinggalkan kau pun kau tunggu dia lagi, bertuah lah sapa dapat berbinikan kau ni, jenis yang setia.
Kalau Aiman suami aku, dia lah bertuah sebab dapat aku sebab aku setia. Aeh!! Fikir benda macam ni pula, kerja entah kemana fikir benda ni.
"Baik aku pergi solat dari fikir benda ni haihh." Firzana terus masuk kedalam bilik air.
🐄🐄🐄
"Apa kerja yang kau buat ni??!! Kerja senang macam ni pun kau tak boleh nak buat? Kau makan gaji buta ka apa hah?!! Aku tak kira kau nak buat macam mana tapi yang aku nak kau buat balik dari zero bagi semua perfect esok pagi ada atas meja aku faham?!!! Kalau kau buat kerja cincai macam ni lagi, aku tak fikir 2 kali aku akan pecat kau! Dah blah!"
Pekerja yang dari tadi menunduk terus mengambil fail yang telah dicampak sebentar tadi lalu terus menolak daun pintu dan berlalu keluar.
Tali leher dilonggarkan dengan kasar, rambut diraup kebelakang dan badan disandarkan pada dinding kerusi. Stress!! Tiba tiba deringan telefon didengari. Nama diskrin dilihat sebelum menekan icon hijau.
"Assalamualaikum anak umi." Puan Qamariah memulakan perbicaraan dahulu.
"Walalaikumussalam." Salam dijawab.
"Umi rindulah dengan anak umi, bila nak balik sini?" Tanya puan Qamariah, Rindu yang terbuku dihati tak dapat diubati bila anak kesayangannya sudah lama tidak balik rumah.
"Man banyak kerja lagi lah umi, bila man dah settle semua kerja man balik ya?" Pujuk Aiman.
"Hermm ye lah, kalau man ada isteri boleh teman umi kat rumah ni tak ada lah sorang sorang ja." Kata Puan Qamariah, sengaja pancing anaknya supaya mencari menantu untuk nya.
Aiman tergelak kecil.
"Ok lah umi, Man nak sambung kerja ni, nanti Man call umi balik ok? Assalamulaikum."
"Yelah, kamu jaga makan kamu, jangan skip sangat breakfast dan lunch kamu jangan obses sangat buat kerja tuh solat jangan tinggal ya balik awal jangan tidur dekat offis lagi,Waalaikumusalam." Kata Puan Qamariah, terselit nada Kecewa bila Aiman tidak berminat untuk mencari Menantu untuknya, dia tahu Aiman Penat bekerja walaupun umurnya masih muda tetapi Aiman juga perlu dijaga. Dibiarkan sahaja rasa kecewa ini tergantung sepi, nanti ada rezeki anaknya bawak lah dia berjumpa dengan menantunya walaupun lambat lagi.
Aiman meletakkan telefonnya kembali diatas meja. Muka Aiman diraup, Umur masih muda tapi sudah dibebani kerja yang melampau. Tiba tiba dia teringat pada Firzana. Gadis pujaannya dibangku sekolah menengah, apa khabar dia, mesti dia marahkan aku sebabkan aku tinggalkan dia hari tuh tapi aku terpaksa.
Aiman menggariskan senyuman tawar dibibir. Aiman kembali memperkemaskan dirinya kot dipakai sebelum keluar dari bilik pejabatnya.
"Zawaf, apa jadual aku hari ini." Kata Aiman sambil berjalan menuju ke lif. Zawaf hanya membuntuti Aiman dari belakang.
"Boss ada lunch dengan Tan sri Muhamed dari Huge Holdings, sebelah petang, boss kena main golf dengan Dato salleh dan Tan Sri Zafri, Malam pula boss ada dinner dengan Cik Sarah." Terang Zawaf.
Aiman terhenti seketika lalu berkata.
"Cancel dinner aku dengan perempuan tu, kata aku sibuk." Kata Aiman lalu terus berjalan ke lif.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top