chapter 44

"Saya minta maaf lagi sekali kerana kecuaian dari pihak kami, jadi kalau tak keberatan, saya harap Datin dapat membenarkan kami decorate semula rumah datin seperti yang datin nak." Ujar Firzana lembut.

"Im so sorry sebab I dah buat kacau kat office you tapi masa tu I marah sangat. Sorry ok?" Kata Datin Zairah.

"Its ok datin." Kata Firzana sambil tersenyum.

"You ni single ke?" Tanya Datin Zairah.

"Saya dah bertunang." Jawab Firzana.

"Ouhhh." Wajah Datin Zairah sedikit mendung.

"Mummy."

------------------------

"Maksud you?" Tanya Aiman pelik.

"Tak ada apa lah, I saja tanya." Kata Sarah lalu dia terus menukar topik.

"Ermm you esok tak kerja ke?" Tanya Sarah pula.

"Esok I cuti lagi sampai lusa baru I kerja."

"Ouhhh you.." panggil Sarah.

"Hmm."

"You.. nak kahwin dengan pilihan ummi you ke?" Tanya Sarah serius.

"Entahlah, maybe kahwin kut." Kata Aiman lalu dia menyedut air minuman.

"Isyhh you ni! Kalau you kahwin dengan dia I pula macam mana?" Marah Sarah. Dah macam Girlfriend betullah pulak.

"You jadilah isteri I yang nombor 2." Lalu Aiman tergelak.

"Isyhh tak lawak lah.. cakap betul betullah." Paksa Sarah.

"Mana I sanggup tinggalkan you, youkan buah hati I mesti I kahwin dengan you." Kata Aiman  memujuk sang pujaan hatinya itu.

"You nak kahwin dengan I?" Tanya Sarah ceria. Aiman nak kahwin dengan aku?!

"Mestilah I kahwin dengan you." Kata Aiman lagi.

"Kalau macam tu break off your engangment and marry me." Kata Sarah pula.

"You gila ke? Kalau ummi I kejar I dengan parang macam mana?" Aiman membayangkan Ummi mengejarnya dengan menghunuskan parang yang tajam kearahnya. Perghh seram.

"Katalah you dah ada calon. And you nak kahwin dengan I. So kenalkan I dengan ummi you." Kata Sarah lagi.

"Kalau macam tu esok kita pergi." Kata Aiman.

"Aik cepatnya." Kata Sarah.

"Kata nak kahwin dengan I kan kena lah cepat takut nanti dikebas orang." Kata Aiman dengan senyuman yang menjadi ingauan gadis gadis.

"Okay kalau macam tu you kena teman I pergi shopping nak pakai baju untuk jumpa you ummi esok boleh?" Tanya Sarah gedik.

"Of course boleh. Habis kita minum kita pergi shopping aek sayang." Kata Aiman lalu melihat ke skrin telefon.

Aiman membuka whatappsnya dan ruang chat dengan Firzana dibuka.

Malam ni kita jumpa aku ada benda nak bincang dengan kau - Aiman

Tak boleh, saya sibuk. -Firzana

Apa yang penting sangat dari tunang kau?- Aiman.

Kerja yang saya buat lagi penting dari awak. -  Firzana

Kau ni memang nak kenakan.- Aiman

Saya sibuk, kalau tak ada apa apa yang urgent  jangan chat saya.- Firzana

Firzana sudah tidak online. Tiba tiba dia terasa ada satu pandangan memerhatinya lalu dia  mengangkat kepala dan ternampak Sarah memerhatinya dengan perasaan yang ingin tahu.

"You chat dengan siapa tu?" Tanya Sarah.

"I Chat dengan kawan I diorang nak ajak I keluar dinner malam ni " kata Aiman.

"Ye ke you chat dengan kawan you?" Gumam Sarah.

"Betullah... I chat dengan member I sebab diorang ajak lepak. " kata Aiman lagi.

"Fine dah jom pergi shopping." Ajak Sarah. Aiman hanya mengikuti.

-----------------------------

Firzana menyandarkan badannya pada kerusi. Lalu dia mengeluh. Penat membuat design yang sesuai untuk rumah Datin Zairah. Design dia laen maciam.

Firzana melihat jam yang tergantung pada dinding bilik kerjanya. Pukul 10 malam. Firzana menyimpan pensil dan barang barangnya diatas meja. Nampak semak sangat.

Tiba tiba telefonnya berbunyi. Nama Aiman tentera diskrin. Firzana menjawab panggilan itu.

"Assalamulaikum, ada apa awak call saya." Lalu Firzana menguap.

"Waalaikumussalam, aku hantar kau location." Kata Aiman lalu dia meletakkan panggilan. Firzana mengerutkan kening. Macam tu je?!  Sabar Firzana... SABARRRR.

Selepas menerima location yang dihantar oleh Aiman. Firzana keluar dari kereta dan menuju ke tempat Aiman berada.  Sebaik sahaja nampak Aiman sedang leka bermain dengan telefon pintarnya, Firzana terus melabuhkan punggung duduk dihadapan Aiman. Aiman terkejut.

"Aeh kafir ke tak bagi salam?" Sindir Aiman.

"Assalamualaikum warrahmatullahhiwabarakatu." Panjang Firzana memberi salam.

"Waalaikumussalam. Kau nak order tak?" Tanya Aiman lagi.

"Nak. waiters." Panggil Firzana sambil mengangkat tangannya keatas memanggil waiters untuk mengambil order untuknya.

"So... apa yang awak nak bincangkan sangat sampai nak jumpa saya tengah malam malam buta ni." Tanya Firzana terus terang.

"Lepas makan kita bincang." Firzana mengangguk. Selepas setengah jam menjamu selera akhirnya mereka selesai menjamah makanan.

"Cakaplah." Kata Firzana. Sebenarnya dia nak terus balik rumah dan dating dengan katil dia. Mata dia benar benar susah nak dibuka.

"Aku nak kita putus tunang."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top