chapter 42

"Dah sampai... ok dah jom turun." Kata Firzana lalu dia keluar dari perut kereta begitu juga dengan Aiman.

"Ni ke cafe yang kau cakap?" Tanya Aiman.

"Ni lah, tak nampak signboard dia tulis, Cafe Coffee and love?" Tanya Firzana.

"Aku tak buta lagi." Kata Aiman pula.

Firzana mengangkat bahunya, suit yourself. Firzana berjalan masuk kedalam cafe diikuti dengan Aiman. Lalu mereka memilih tempat duduk.

"Hello, nak order apa apa ke?" Tanya pelayan itu yang bernama Cilia.

"Hai, saya nak order... ermm cake red velvet, one slice, cream cheese cake one slice and 2 chocolate ice." Kata Firzana dengan senyuman.

"That's All?" Tanya pelayan itu lagi. Firzana mengangguk lalu pelayan itu pergi meninggalkan mereka.

"Weyh, aku tak order lagi." Kata Aiman. Aku tak order lagi dah suruh pelayan tu blah. Nak aku makan ke tak nak?

"Saya dah order untuk awak." Kata Firzana lalu dia melihat sekeliling.

"Kau order apa?"

"Favourite awaklah, cream cheese cake lah." Kata Firzana sambil mencari seseorang. Dia tak datang kerja ke?

"Mana kau tau?" Tanya Aiman lagi. Firzana mengeluh kecil, banyak tanya pulak dia ni.

"Aiman, sayakan tunang awak, mestilah saya tau apa yang awak suka apa yang awak tak suka." Kata Firzana. Lalu tiba tiba ada seorang wanita menuju ke meja mereka.

"Hai firzana, how are you?" Tanya wanita itu.

"Aeh weyh, Arsya! Ada pun kau." Kata Firzana dengan teruja.

"Mestilah aku datang, tapi aku datang sekejap je tengok tengokkan cafe. Aku dah nak on the way balik ni." Kata Arsya.

"Laa kau balik dengan apa?" Tanya Firzana.

"Balik dengan apa lagi, dengan husband aku lah." Kata Arsya dengan senyuman dibibir.

"Untunglah ada husband, boleh ambil ulang alik." Kata Firzana.

"Alahhh kau pun cepat cepat lah kahwin dengan si Aiman ni, betul tak Aiman?" Tanya Arsya sambil melihat wajah Aiman yang sedikit keliru.

Aiman terdiam lalu dia mengangguk sedikit disertakan dengan senyuman kekok.

"Saya tau awak tak ingat saya tapi Firzana lagi sakit kalau awak tak ingat dia."

"Aeh dah lah aku nak balik dulu." Kata Arsya lalu dia meninggalkan pasangan itu.

"Siapa tu?" Tanya Aiman.

"Awak tak kenal ke?" Tanya Firzana. Bukan ke dia tak ingat pasal aku je? Pasal Arsya pun dia boleh lupa?

"Itu Putri Arsya, owner Cafe ni, merangkap best friend awak dan saya."  Kata Firzana. Lalu makanan mereka dihidangkan diatas meja.

Sempat Firzana mengucapkan terima kasih pada pelayan itu sebelum pergi.

"Cepat sikit makan, aku nak pergi jumpa Sarah." Kata Aiman.

"Sarah?" Tanya Firzana pelik, Sarah mana pulak ni? Sarah Suhairi? Siti Sarah?

"Kenapa?" Tanya Aiman pula, minah ni dah kenapa.

"Siapa Sarah?" Tanya Firzana.

"Girlfriend aku." 

Sudu yang dipegang oleh Firzana terjatuh tanpa Firzana sedar.

"Gi..girlfriend?" Tanya Firzana tak percaya.

"Haah, girlfriend aku lah, takkan kau tak tau? Kata tunang aku." Sindir Aiman.

"Ta..tapi, saya lah girlfriend awak Aiman." Kata Firzana lagi.

"Kau ingat aku tak tau ke rancangan kau dengan ummi? Tunangkan aku senyap senyap lepas tu kahwin terus? Ingat aku bodoh ke?" Kata Aiman lalu dia menyuapkan potongan cake yang kecil kedalam mulutnya.

Firzana terkedu.

"Betul ke apa yang awak cakap ni Aiman? Awak ada girlfriend?" Tanya Firzana lagi.

"Kau pekak ke atau tak faham bahasa melayu? Aku cakap Sarah tu Girlfriend aku an, apa yang kau susah nak faham ni?"

Firzana hanya terdiam. Aku... aku tak faham, kenapa dia lupa aku dan si Sarah tu jadi Girlfriend dia? Siapa sarah ni? Kenapa Aiman ingat pasal dia? Penting ke dia?

Keadaan menjadi suram, selepas beberapa minit, Aiman sudah pun menghabiskan cakemya sementara Firzana pula hanya terdiam memandang Aiman.

"Kau asal tak makan? Kenyang tengok aku?"

"Jom, saya bawa awak jumpa 'girlfriend' awak." Kata Firzana lalu dia bangun meninggalkan Aiman. Soalan Aiman biar dibawa angin.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top