chapter 4
Langit sudah makin gelap menunjukkan hujan akan turun bila bila masa sahaja. Firzana masih berdiri di bawah bus stop menunggu sehingga Aiman muncul. Sudah 10 minit Firzana menunggu tetapi batang hidung masih tidak nampak. Firzana masih sabar menunggu. Mana nak tau tiba tiba dia kena tolong cikgu.
30 minit berlalu...... hujan semakin lama semakin lebat tetapi kelibat yang ditunggu tidak muncul juga. Firzana semakin risau, kenapa tak datang- datang lagi. Ish kalau dibuatnya jadi apa apa dekat dia dalam sekolah tuh macam mana.
Ketika Firzana sedang sibuk memikir tentang Aiman, ada kereta hitam yang mewah meluncur laju didepan Firzana. Secara tidak langsung, Firzana melihat sekilas pada tempat duduk belakang kereta itu, Firzana terkejut. Aiman ada didalam kereta itu. Walaupun cerminnya sedikit gelap tapi masih kelihatan wajah Aiman.
Itu Aiman bukan? Aiman terlupa aku ka? Tadi ajak aku balik sekali, tapi dia balik dulu sebelum aku. Kalau dia terlupa aku mesti dia nampak aku tengah tunggu dia kat bus stop nih. Dia sengaja tinggalkan aku dekat sini?!
Firzana termenung seketika sebelum dia kembali sedar. Riak mukanya tidak menunjukkan sebarang perasaan. Dia buntu, dia pelik, adakah aku dipermainkan? Tapi kenapa dia nak buat macam tuh, apa salah aku dengan dia. Firzana perlahan lahan menuju ke basikalnya yang diparkir ditepi bus stop.
🍉🍉🍉
Semasa dalam perjalanan pulang kerumah Firzana tidak menggunakan payung untuk melindungi dirinya dari hujan. Dia meredah hujan yang lebat itu.
Firzana tersenyum sinis, bodohnya aku letak harapan tinggi pada dia akhirnya dia yang tinggalkan aku sorang sorang dekat bus stop. Sengal! Kurang ajar punya lelaki! Kau pun satu Firzana, harapan Dia akan layan orang macam kau memang tak lah. Nasib kau sebab mudah percayakan orang. Orang yang macam tuh kau jadikan crush? Boleh letak dalam tong sampah perasaan suka kau dekat dia. Memang kau tak layak nak suka dekat orang kaya macam tu.
Firzana menyandarkan basikalnya pada dinding rumahnya lalu membuka pintu rumahnya.
"Assalamulaikum..." Firzana terlebih dahulu memberikan salam.
"Hah.. kamu pergi mana? baru jumpa jalan balik rumah? Aehh kamu dah kenapa Zana basah basah ni? Itulah bukannya nak bawak payung siap siap kan dah basah. Sebab tuhlah orang tua tua kata sediakan payung sebelum hujan." Beleter puan Ariah bila melihat anak daranya basah kunyup.
Leteran Puan Ariah dibiarkan begitu sahaja. Firzana hanya menggeleng lalu terus masuk kedalam biliknya.
Puan Ariah pelik dengan perangai Firzana yang pelik itu. Selalunya balik sekolah ada saja cerita yang nak diceritakan tapi hari ini Firzana hanya mendiamkan dirinya.
🍼🍼🍼
Firzana menghempaskan dirinya diatas katil. Leganya dah mandi....!! Kalau Firzana tak mandi nanti boleh demam 10 hari 9 malam tak kebah. Firzana memang susah nak dapat demam tapi kalau dah demam susah nak sembuh. Haihh ada payung tak nak guna, pikirkan pasal Aiman sampai tak sedar hujan menghempas diri.
Firzana termenung melihat kipas yang sedang berpusing. Kenapalah dia tinggalkan aku sorang sorang dekat bus stop macam orang bodoh. Kalau nak balik dulu informlah kat aku tak adalah aku balik sekolah main redah hujan ja. Entahlah malas nak fikir baik aku solat dari fikir pasal dia.
Firzana bangun dari katil lalu terus mengerjakan solat Zohor. Keesokkan harinya, Firzana tidak hadir kesekolah kerana demam panas. Kelmarin okey ja pagi tadi panas pulak, nasib kau lah Firzana oii siapa suruh mandi hujan. Huhuhu
♥♥♥♥
Seminggu Firzana tidak hadir ke sekolah kerana demam panas. Dia menggagahkan dirinya untuk ke sekolah kerana tahun ini dia SPM. Firzana tidak memboceng basikalnya kerana dilarang oleh puan Ariah jadi Encik Zairi lah yang menghantar dan mengambil Firzana dari sekolah sehingga kebah demamnya itu.
Dengan longlainya Firzana berjalan menuju ke kelas. Baru sahaja mahu melabuhkan punggung, ada seseorang datang memegang bahu Firzana. Firzana terkejut lalu dia menoleh ke belakang. Dia ternampak Anis sedang tersengih sengih melihatnya. Firzana mengerutkan dahinya.
"Kau asal tersengih sengih macam orang gila ni?" Tanya Firzana. Anis yang sedang melakarkan senyuman terus bermasam muka.
"Senang senang ja kau kata aku gila, aku tampor pipi tu kang baru tahu, dah lah tak datang sekolah banyak hari, aku sorang sorang tau tak?" Anis membuat mulut itiknya, huduh naw orang tua tua merajuk.
"Alololololo, sorrylah aku demam, ini pun aku gagah juga datang sekolah, kau pun tahukan kalau aku demam macam mana." Kata Firzana.
"Ye lah ye lah aku faham." Anis mendiamkan diri sebentar kemudian dia bersuara semula.
"Kau tau tak hari First kau tak datang sekolah hari tuh ada orang cari kau." Kata Anis.
Firzana mengerutkan dahinya.
"Siapa?" Tanya Firzana.
"Aiman."
"Ouh." Firzana malas mahu bercakap tentang Aiman. Hatinya masih marahkan Aiman sebab tinggal dia seorang sorang dekat bus stop.
"Kau tak nak tanya kenapa dia cari kau?"
"Asal dia cari aku?" Firzana acah acah bertanya malas mahu mengambil tahu.
"Dia kata dia nak cakap sesuatu, dia ada minta nombor telefon kau tapi aku tak ingat nombor telefon kau bila aku balik rumah pun aku lupa nak bagi nombor telefon kau dekat dia." Anis ni boleh tahan nyanyoknya, tapi bagus juga dia tak bagi nombor telefon aku.
"Bagus my friend kalau dia minta lagi kau jangan bagi." Ujar Firzana.
"Hermm dia tak akan mintak dah sebab dia dah pindah 4 hari lepas." Kata Anis.
"Pindah?? Dia pindah pergi mana?" Firzana terkejut. Dia dah lah tak mintak maaf dengan aku sebab tinggalkan aku lepas tuh dia pindah macam tu ja?
"Haa dia pindah pergi putrajaya kut tapi asal kau terkejut sangat ni?" Anis pelik, bila aku cakap Aiman datang cari dia, dia tak heran. Ni bila aku cakap Aiman dah pindah terkejut beruk pulak.
"Aku cuma pelik ja kenapa dia pindah." Firzana berbohong. Kalau dia beritahu cerita sebenar mesti digelak oleh Anis.
"Aeh dah lah kelas dah nak start, cikgu dah masuk dah tu." Firzana cuba mengubah topik, kalau tak memang benda ni takkan habis sampai ke esok.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top