chapter 3
"Firzana dan Aiman kamu satu kumpulan , ok ini kumpulan terakhir jadi tolong beri kerjasama yang baik. Selamat membuat Eksperimen."cikgu Faizah pergi meninggalkan Aiman dan Firzana dibelakang.
Aiman melihat muka Firzana. Seketika dia tersenyum melihat muka Firzana yang sudah membatu.
"Awak..." tiada balasan.
Aiman menepuk bahu Firzana berkali kali.
Firzana tersedar dari lamunannya, Aiman hampir nak tergelak melihat telatah Firzana. Termenung fikirkan apa lah.
"Y..ya?" Firzana tersenyum kambing.
" jom mulakan eksperimen, nanti siap buat eksperimen siaplah laporan tu." Kata Aiman.
Firzana hanya mengangguk.
Seketika kemudian,
"Burung ni akan bertelur selepas 3-4 bulan, jadi tempoh yang dia ada, burung ini akan membuat sarang dekat pokok dengan menggunakan ranting......." Aiman tekun mendengar apa yang diperkatakan oleh Firzana, kadang kadang dia terpegun melihat Firzana. Cantik ja bila banyak cakap, hahahaha apa ni tenung anak dara orang Lama lama, buat dosa ja. Kalau bini kau tak apa lah jugak.
(Mengarut ja fakta diatas😂)
😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍
"Bila daun menyerap tenaga cahaya ia akan melakukan proses fotosintesis pada waktu siang dan liang stomanya terbuka pada wak.........." makin lama suara Aiman makin menghilang dalam otak Firzana. Firzana menenung muka Aiman ketika Aiman membuat penjelasan.
'Handsomenya... crush sapa la ni, comel sangat, bila serius comel, bila senyum comel, bila gembira plus plus comel haihh... untungnya siapa yang dapat awak Aiman.' Kata Firzana dalam hati. Matanya masih setia melihat Aiman. Penjelasan Aiman yang bertubi tubi itu langsung tak diambil kesah. Bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"Awak?" Aiman menghapuskan lamunan Firzana.
"Ya?" Tanya Firzana, aduh kantoi usha dia.
"Awak faham tak apa yang saya cakap tadi?" Tanya Aiman. Dia sedar yang Firzana asyik tengok dia sampaikan dia berasa malu. Ditenung oleh orang lain itu perkara biasa bagi Aiman tapi bila Firzana yang tenung dia, dia jadi malu pula.
"Ahh ya saya paham, terima kasih sebab terangkan kepada saya." Firzana menghadiah senyuman manis pada Aiman. Aiman membalasnya dengan senyuman yang lebih lebar. Cumil......!!!!
"Kumpulan yang sudah siap membuat eksperimen boleh masuk kedalam makmal untuk membuat laporan." Jerit cikgu Faizah.
Kebetulan eksperimen mereka sudah habis maka mereka kumpulan pertama yang masuk kedalam makmal. Semua orang pakat pakat berbisik, budak budak pandai satu kumpulan memang cepatlah walaupun diorang yang lambat mula.
"Kumpulan Kamu ja yang dah siap?" Tanya puan Qirah.
"Ya."
Aiman dan Firzan bercakap serentak
"Ok pergi duduk dan buat laporan kamu, siapkan laporan masing masing letak dalam fail paham"
Aiman dan Firzana menganguk paham, mereka mencari tempat dihadapan sekali dan mula membuat laporan bersama sama. Cikgu Qirah mula melihat perkembangan kumpulan lain diluar. Tinggallah Firzana dan Aiman sahaja didalam makmal itu. Suasana menjadi kekok, tak tau nak sembang apa masing masing membuat kerja masing masing.
"Awak dah siap laporan?" Tanya Aiman pada Firzana. Firzana menganguk. Walaupun setengah jam telah berlalu tetapi kumpulan lain masih belum siap membuat eksperimen. Eksperimen ja pun apa yang susah. ( bila budak pandai berbicara)
Aiman meletak laporannya dalam fail begitu juga dengan Firzana. Ok now is awkward. Nak sembang apa? Takkan nak senyap? Cikgu pun tak ada nak ajak bersembang. Tiba tiba Aiman bersuara.
"Awak nama Nur Firzana kan?" Tanya Aiman.
"Y..ya." kata Firzana. Dia tahu nama aku? Wow amazing.
"Jadi awak lah yang jadi pesaing saya dalam exam?" Aiman tergelak kecil dihujung ayat.
"Aeh saya? Tak lah saya bukan nya pandai mana." Kata Firzana merendah diri. Memanglah tak sepandai mana, tak sepandai Aiman. Jika Aiman mendapat no 1 dalam Tingkatan maka Firzana akan mendapat no 2 masing masing pandai.
"Ya ka? Saya anggap ja lah awak persaing saya, baru best bila belajar." Kata Aiman.
Firzana hanya senyum.
"Awak balik belah mana?" Tanya Aiman kerana waktu sains hampir habis dan selepas ini mereka akan pulang ke rumah.
"Saya balik belah kedai mak cik kiah." Kata Firzana.
"Ouh saya pun balik belah tuh , kita balik sama sama nak?" Ajak Aiman. Apa kau cakap ni Aiman kau baru kenal dia tadi sekarang kau ajak balik sama sama, habislah kau kalau kena tolak.
?? Dia ajak aku balik dengan dia, alamak, nak terima ka nak tolak aeh... pipi ni dah mula panas, hati pula dah berdegup laju.
"A..hh.."
"Kalau awak tak nak tak apa." Kata Aiman.
"Aeh, saya nak saya nak." Firzana terus sedar, sedar yang dia telah setuju. Mulut ni tak boleh duduk diam.
Aiman sudah tersenyum lebar, dia tak tahu kenapa tapi dia sangat gembira bila Firzana menerima pelawaannya.
Firzana membalas dengan senyuman kekok.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top