chapter 24

"Brand ni lagi bagus."

"Aehh brand ni lah lagi bagus."

"No! Brand ni lagi sedap, letak balik yang tuh. Kita ambik yang ni je."

"Tak nak.. ambik brand ni, lagi sedap."

"Aiman... sekarang ni siapa yang nak beli barang? Awak ke saya?" Marah Firzana. Haishh pasal brand pun dah gaduh 10 minit.

"Ok fine." Kata Aiman sambil mengangkat bahu. Firzana meletakkan Keropok mamee ke dalam troli.

Kerja Firzana ambik barang kerja Aiman pulak tolak troli. Fair kan?

Firzana meninggalkan Aiman dibelakang untuk mencari Coklat. Aiman pula mengambil peluang untuk menukar keropok itu kepada potatoes sebelum mengejar Firzana.

Aiman ternampak Firzana sedang memandang coklat itu. Nak ambik coklat pun susah ke?

"Haa.. tengok coklat tu dah kenapa? Ambik lah." Tegur Aiman. Bahu Firzana terhinjut.

"Ishh, sekejaplah." Firzana menyambar coklat cadbury yang besar lalu meletakkan dalam troli. Aiman senyum nipis. Dari tadi ambik kan senang.

"Aehh maggie siam budak tu aku tak ambik lagi." Kata Firzana dalam diam. Firzana pergi ke rak mee segera. Sedang dia mencari maggie tomyam made from thailand tiba tiba dia terlanggar sorang lelaki.

"Maaf encik, saya tak sen.." Firzana kaku.

"Aehh.. sayang.. buat apa kat sini?" Tanya lelaki itu dengan senyuman. Firzana tidak menjawab.

"Kenapa sayang? Terkejut ke tengok abang?" Kata lelaki itu lagi. Firzana merengus. What the hek dia ni. Dah lama tak makan penampar aku ke. Firzana menjeling. Lalu dia menghiraukan lelaki itu.

Firzana ternampak maggie siam dari jauh.sampai depan maggie tu Firzana mengeluh.. haihh kenapa lah diorang susun maggie tu tinggi tinggi? Tak terfikir ke perempuan dekat malaysia ni kurang tinggi.

Firzana jinjat kakinya , tangannya cuba dipanjangkan untuk mengambil manggie. Tiba tiba ada satu tangan muncul.

"Kalau dah tau tak sampai kenapa nak susahkan diri.. sayakan ada." Kata Aiman sambil menghulur maggie itu kepada Firzana. Firzana ambik maggie tu. "Terima kasih." Kata Firzana.

"Kasih diterima."

"Siapa ni sayang?" Lelaki tu datang balik. Firzana menjulingkan mata. Kenapa lah dia menyemak kat sini...

Aiman mengerutkan kening.

'Ewah ewah.. sedapnya mulut kau panggil future wife aku sayang. Kaki aku melekat kat muka kau, masuk ICU kejap lagi.

Firzana menuju ke troli meninggalkan Aiman dan lelaki itu dibelakang.

"Hai.. I boyfriend Firzana, Izhan." Kata Izhan sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

"Huh..." Aiman senyum sinis.

"Kalau kau boyfriend dia..aku pun boleh cakap aku suami dia." Kata Aiman sebelum pergi kearah Firzana. Riak muka Izhan berubah. Biarlah, aku kesah apa.

"Siapa dia?" Tanya Aiman pada Firzana yang sedang menolak troli.

"Tak penting untuk awak tau." Kata Firzana. Dia malas lah nak bukak cerita lama. Buang masa dan air liur.

"Aehh pentinglah, saya ni...." kata Aiman terhenti. Nak kata bakal boyfriend ke bakal suami ke bakal bapa kepada anak awak. Aehh??

"Saya ni apa? Penyibuk dalam hidup orang?" Kata Firzana dengan sinis. Sambil sambil menyindir orang, mata meliar mencari kaunter pembayaran yang kosong. Haishh tak ada, ramainya orang berbaris. Malasnyaa!!!

"Aehh mana ada saya sibuk tentang orang lain, saya sibuk tentang awak je." Kata Aiman sambil senyum manis. Oppss Firzana tercair dengan senyuman. Cantiknya ciptaan mu Ya Allah.

"Kenapa awak tengok saya macam nak makan saya je? Boleh jee kalau awak nak tapi tunggu lepas kahwin." Kata Aiman selamba. Firzana cuak. Kantoi pulak.

"Mana ada saya tengok awak. Ada tahi mata dekat mata awak." Kata Firzana sebelum menolak troli itu dan masuk kedalam barisan.

Aiman masih berdiri disitu. Cepat cepat dia keluarkan telefonnya lalu melihat skrin gelap itu. Ishh dia tipu aku! Mana ada tahi mata pun. Mati mati aku ingat aku senyum ada tahi mata.

Firzana puka tergelak kecil melihat muka cemberut Aiman. HAHAHAHAHAHA padan muka.. mengarut sangatkan. Setelah barang barang yang dibeli telah discan. Pekerja itu memberitahu harganya.

"Rm 167.89" baru sahaja Firzana nak mengeluarkan dompet dari beg. Ada tangan nya menghulurkan kad kredit berwarna emas kepada penjual itu. Tangan siapa lagi kalau bukan tangan Aiman.

"Aeh... kenapa awak nak bayar?" Kata Firzana sambil menarik tangan Aiman. Pekerja itu baru nak ambil kad itu terbantut bila Firzana mengambil tangan itu semula.pekerja itu mengekuh dalam diam. Bukan selalu aku nak jumpa orang bayar guna kad kredit.

"Tak apa lah biar saya bayar." Kata Aiman lagi. Lalu dia menghulurkan lagi kad itu. Firzana menarik kembali.

"Tak apa biar saya bayar, barang saya.. dah awak pergi sana jauh jauh." Kata Firzana menghalau Aiman jauh dari kaunter pembayaran. Aiman tidak berganjak.

"Biarlah saya nak bayar." Aiman dengan kepala kerasnya. Firzana pun tak mengalah.

"Tak apa kak, ambik duit saya." Kata Firzana lalu memghulurkan dua keping not 100 kepada pekerja itu. Aiman pun menghulurkan kad kreditnya. Pekerja itu pening.

"Tak apa bagi duit tu dekat saya." Aiman mengambil duit itu lalu menyimpan dalam pokek seluarnya. Kad Kredit dihulurkan dengan senyuman. Pekerja itu mengambil kad itu.

Firzana pasrah. Haihh degil tahap gaban dah dia ni. Mengalah je lah

Satu persatu barang dimasukkan kedalam plastik dan dimasukkan kedalam troli.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top