chapter 15

"Weyh kau nak pergi mana malam malam ni?" Tanya Ecah pada Firzana yang sudah terpacak dihadapan pintu dengan berblazer blazer bagai.

"Aku nak pergi jumpa client." Kata Firzana sambil menyarungkan kasut pada kakinya.

"Malam malam macam ni? Lain macam kau punya client ni." Kata Ecah lagi. Pelik.. Firzana tak pernah jumpa client pada waktu malam.

"Mula mula tu aku macam ragu ragu jugak nak pergi tapi dah client penting.. nak buat macam mana, dia pun sibuk."  Kata  Firzana lagi lalu mengambil kunci keretanya diatas rak kasut.

"Aku pergi dulu tau tak payah tunggu aku, kunci pintu tau lepas aku pergi ni, aku bawak kunci sendiri tak apa. Bye Assalamualaikum." Kata Firzana sebelum menutup pintu.

"Waalaikumussalam hati hati!!." Jerit Ecah dari dalam rumah supaya didengari oleh  Firzana.

Firzana terus memboloskan dirinya kedalam kereta lalu memecut laju ke Restoran Alferdo.

🍭🍭🍭🍭🍭🍭

Aiman mengerling pada  jam rolex di pengelangan tangannya. 'Lambatnya dia ni sampai.' Aiman melihat sekeliling restoran pula namun kelibat Firzana masih belum muncul. Rasa risau mula mempengaruh dirinya.

Firzana terkocoh kocoh masuk kedalam restoran lalu melihat sekeliling kawasan restoran itu. Mata Firzana tertacap pada  satu figura yang sedang duduk membelakangi dirinya. Firzana melihat skrin telefonnya.

CEO MEGA TRANDING HOLDINGS
-meja 10, blazer navy blue.

'Itu lah kut orangnya' teka Firzana. Dia pergi ke meja itu lalu menjeguk kepalanya sikit itu untuk melihat wajah lelaki itu. Firzana tergamam.

Aiman ternampak Firzana yang berdiri kaku statik di tempatnya. Dia tersenyum.

"Sampai dah? Have a seat." Kata Aiman.

"Aeh maaf saya rasa  saya salah ora..." Firzana berura ura untuk pergi ke meja lain. Menafikan orang yang mahu berjumpa itu adalah Aiman.

"Aehh no, sayalah CEO MEGA TRANDING HOLDINGS."  Kata Aiman lagi sekali. Tapi Firzana tidak mengedahkannya lalu terus berjalan meninggalkan Aiman tetapi niatnya terbantut bila Aiman memanggil namanya kuat kuat.

"Tak kan nak lari dari client kut?" Kata Aimab sambil tersenyum manis. Ishh dah sebut nama aku kuat kuat boleh pulak dia tersenyum sumbing pulak.

"Aeh.. sapa yang nak lari dari client, maaflah Encik.. mata saya kurang nampam sikit jadi saya kurang cam Encik tadi." Bohong Firzana. Lalu dia mengambil tempat didepan Aiman

"Lain kali buatlah cermin mata, senang awak nak tengok jodoh awak yang kat depan ni." Kata Aiman. Firzana menjelingkan matanya. Perasan. Sapa jodoh kau.

"Hello sir, can i take you order." Kata pelayan yang baru sampai ke meja mereka.

"Cik Firzana nak makan apa ya?" Kata Aiman sambil membelek menu makanan yang diberi oleh pelayan itu sebentar tadi.

"Orange juice please."  Kata Firzana pada Pelayan itu sambil senyum. Pelayan itu dengan tekunnya menulis.

"Makan?" Aiman menaikkan keningnya. Tak nak makan ka?

Firzana menggeleng laju lalu senyum tipis. Dia tak nak makan dengab malaun ni. Walaupun perut dia tengah berpesta riuh rendah dalam perut.

Aiman mengangguk kecil. "Orange juice two." Kata Aiman lalu menghulurkan menu itu kembali pada pelayan itu. Pelayan itu menunduk hormat lalu pergi dari situ.

"So.. Cik Firzana apa khabar?lama tak jumpa bukan." Tanya Aiman memulakan topik.

Firzana menjelingkan matanya tanoa dia sedar. Menyampah sampai jeing pun tak sedar. Ye lah siapa ja tak menyampah. Baru ja minggu lepas jumpa ini jumpa lagi.

"Jangan kerja jerling orang sahaja nanti terkeluar biji mata baru tau." Kata Aiman.

Cehh biji mata aku yang terkeluar bukan mata kau. Keadaan semakin sunyi bila Firzana tidak membalas perlian Aiman. Beberapa minit kemudia pelayan tersebut kembali dengan mendulang 2 biji gelas orange juice lalu diletakkan  diatas meja mereka. Sempat lagi Firzana mengucapkan terima kasih.

"So back tu our topic,  Encik dah bawa barang barang yang saya tuh encik bawak?" Tanya Firzana. Kalau benda tu tak ada maknanya. Memang dia blah punya.

"Ofcouse saya bawak. Awak ingat saya ni cuaika?" Tanya Aiman sambil menyeluk tangannya kedalam briefcase mencari kertas yang diminta Firzana.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top