Chapter 12

Sudah 2 hari berlalu tapi keputusan masih belum diputuskan. Nak jadi girlfriend ke tak? Aku tak nak jadi girlfriend dia.. sampai bila bila pun NEVER! Nampaknya kau kena tebalkan muka Firzana.

"Anisss......" Firzana memanggil dengan suara meleret.

"Dah kenapa kau ni? Sawan ka tiba tiba panggil aku macam tuh." Sindir Anis.

"Ish kau ni, aku nak minta tolong ni." Orang nak minta tolong dia boleh kata aku sawan. Aku sawankan kau kejap lagi kut.

"Apa."

"Kau ada duit tak? Aku nak pinjam 5 k boleh?" Tanya Firzana takut takut.

"5k banyaknya kau nak buat apa?" Tanya Anis pula.

"Bayar hutang."

"Hutang? Sejak bila kau berhutang? ni hutang apa?" Anis menanya soalan bertubi tubi.

"Hutang kereta....."

"Cer cita kat aku sikit."Firzana pun menceritakan segalanya dari A hingga Z tak tinggal satu scene pun. Start  dari dia langgar Aiman dekat Cafè.

"What the heck mamat tuh minta kau jadi girlfriend dia? Terkena panahan cinta pertama  ka?" Usik Anis.

"Ishh kau ni, agak agak lah terkena panahan cinta pertama apanya, first time jumpa pun dah maki maki, panahan maut adalah. Geram ja aku dengan dia." Adu Firzana pada Anis. Puas! Puas dapat menyumpah seranah lelaki itu.

"Jodoh lah tuh." Suara dari belakang membuatkan diri Firzana terkejut. Alamak ada orang dengar. Firzana melihat gerangan orang yang mendengar curi curi perbualannya.

"Kau pasang telinga ka Iman, kau jangan bagitau orang aeh kalau tak malu aku." Kata Firzana yang melihat Iman yang menuju ke dapur. Mungkin minum air.

"Aku pasang telinga apanya.. kalau cakap tuh macam tertelan mic jiran sebelah pun boleh dengar." Selamba Iman bercakap. Betul apa, nak cakap bisik bisik lah sikit.

Firzana terdiam. Aku cakap kuat sangat ka? Firzana memandang Anis yang kusyuk menonton tv. Meminta kepastian. Anis hanya senyum kesian melihat Firzana.

"Duit yang ada dekat kau berapa?" Tanya Iman yang sedang mengacau air milo.

"Dalam bank ada rm 10 k tu yang aku mintak dekat Anis." Kata Firzana.

"Aku boleh je nak pinjamkan kau 5k tapi lagi 5k kau nak cari mana?" Tanya Anis.

"Aku boleh tapau lagi 5k bila kau nak?" Kata Iman sambik meneguk air milo ais itu, perghh lega tekak aku.

"Srslah?  Iman kau nak pinjamkan?" Wow dia sukarelawan nak tolong.

"Hmm ikut kau lah nak bayar bila, bila kau ada duit  bayar lah." Kata Iman lalu masuk kedapur kembali. Lapar.. maggie kari ada tak?

"Terima kasih sebab bagi aku pinjam Anis.. Iman..  nanti aku ada duit aku bayar." Kata Firzana keriangan.Huhuhu tak payah lah dia nak jadi girlfriend mamat sengal tuh.

"Welcome.. no hal lah takkan lah kami nak bagi kau jadi girlfriend orang yang kau tak kenal... tapu handsome tak lelaki tu?" Tanya Anis pula. Mana tau boleh sangkut dengan dia, dia ok ja nak jadi girlfriend kontrak pun. No hal, ibu dia pun duk gesa dia suruh bawak balik menantu.

"Tak handsome pun, muka macam kena pijak ja." Selamba dia mengutuk. Padahal Aiman tuh handsome nakmatey. Tapi mungkin pada pandangan Firzana  dia tuh muka macam jalan tar ja.

"Ouh tak pa lah baru ingat nak buat suami tapi dah kau cakap macam tuh dia out of my list lah." Kata Anis pula lalu mengalihkan pandangannya pada kaca tv. Tengok oppa  Lee min ho lagi best.

"Kau nak bila? Nanti aku transfer." Kata  Iman yang baru sahaja keluar dari dapur sambil membawa mangkuk berisi maggie. Kecur liur dibuatnya.

"Kalau boleh hari ni jugak sebab hari ni aku nak bayar dekat dia lepas tuh biar dia lenyap dari pandangan aku." Kata Firzana pula. Dia bayangkan macam  mana hebatnya dia menolak mentah mentah perlawaan Aiman itu didepan matanya. I will never be your Girlfriend.

"Weyh kau masak maggie ka? Nak sikit!!!" Kara anis lalu terus melompat dari sofa berlari pecut ke meja makan dimana makanan ada.

"Siapa masak maggie ni!! Nak jugakk." Orang dari atas pun boleh bau maggie.  Iman membuat mimik muka menyampah. Kalau aku masak maggie ja serbu ambik aku punya.  Tangan alhamdulilah ada lagi tapi tak nak guna. Jawabnya aku kena masak lain lah ni. Nasib maggie ada lagi kalau tak aku hempuk kepala sorang sorang dengan mangkuk ni.

____________

:) sorry hambar idea tak ada... but don' t forget to vote!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top